Apakah ciri-cirinya? Ramai tahu, kalau seorang isteri pandai memasak, sedap pula, suka kemas rumah, pandai jaga anak-anak dan cantik pula penampilan diri MALAH… ‘terbaik’ di kamar, pastinya akan disayangi suami! Dicintai encik suami kannn… Tapi, itu semua standard lahhhh… Siapa pun kalau dah pasangan cam gitu sure happy!! Puas hati punyalah kan. Makan sedap, rumah selesa, tidur pun nyenyak gitew 😊 Namun ada sesuatu yang mungkin tidak ramai yang tahu. Yang boleh buat si suami jatuh cinta berkali-kali! Haaa… nak tahu apa tak? 😀 Encik Suami anda akan sangat sayang kepada Isteri yang BIJAK dalam segi kewangan & bisnes! Bijak urus perbelanjaan, bukan boros sakan Ada plan bajet dan simpanan emergency Pandai labur & gandakan duit Tapi yang paling power? Isteri yang boleh buat duit sendiri tanpa tunggu duit suami, malah boleh bantu dan boost bisnes suami pulak! FOR SURE disayangi suami. Perghhh… bayangkan encik suami tengok isteri boleh generate income sendiri, urus duit dengan bijak, siap boleh bagi idea lagi untuk bisnes dia. Fuuuuu… dah la best, dapat menguntungkan suami pula?? WO… MANA NAK CARI ISTERI CAM TU??? Pasti encik suami sanggup mati-matian demi isteri sebegitu. TETAPI… mahu menjadi isteri macam ni, mesti kena ada ilmu & mindset yang betul. SO, jangan risau, boleh start sikit-sikit dulu, dan cuba follow TIPS di bawah ni untuk guide anda menjadi isteri yang memiliki ciri-ciri disayangi suami selalu : A – Mindset Kaya & Positif Setiap hari start dengan “Aku boleh!” Fikir peluang, bukan masalah. Jangan mudah mengeluh bila bisnes slow. B – Ilmu Bisnes & Kewangan Belajar asas accounting, labur & marketing. Cuba apps budget & simpanan. Baca buku, ikut webinar, join komuniti usahawan. C – Disiplin & Konsisten Buat kerja sikit-sikit hari-hari. Tetapkan target income mingguan. Jangan harap “sekali buat terus kaya”, dunia ni tak gitu. D – Kreatif & Flexible Kalau satu plan gagal, buat plan B, C, D… Cari jalan baru untuk tarik client atau boost jualan. Kreatif dalam marketing & branding sendiri. E – Network & Support System Cari mentor, join komuniti, belajar dari yang berjaya. Kalau ada kawan yang sama passion, boleh tukar idea & support each other. Jangan malu minta bantuan bila perlu. Tips Harian (Extra Bonus) : Morning routine power: bangun awal, solat subuh dulu dan rancang hari anda. Check duit masuk/keluar, siap mindset “hari ni aku buat duit”. Budget Smart: catat semua perbelanjaan harian. Anda akan shocked berapa banyak boleh save tiap bulan. Side hustle small steps: start dengan bisnes kecil dari rumah, tak perlulah terus-terus BESAU. Contoh: jual e-book, class online, atau handmade. Support suami smart: Bantu En Suami dengan idea, tapi jangan pula biar kerja dia terus tanggung semua. Self-care & appearance: Jangan lupa diri sendiri walau busy. Suami tengok pun jatuh cinta lagi. Demi untuk memiliki kasih seorang suami yang sejati, semua tips & guide ini kena praktik. However… jangan lupa tengok juga jenis suaminya… Kalau asyik tonggang terbalik kerjanya… baik tak perlu bantu. Kalau mata keranjang, curang sana-sini… buang masa you all je atau jenis pemalas… kita pulak yang kerja lebih dia tidur je… Kalau cam tu biar kita sendirian je lah yang kaya raya… dia boleh tidur sampai kiamat haha :)) Dalam perkahwinan, suami & isteri kenalah berusaha bersama, bersusah payah bersama. Baru ada hasil dan nilai yang bermakna untuk dikongsikan bersama-sama nanti. If not, it just a waste of time. ikhlas, Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
Bagaimana Pementoran Boleh Mengubah Masa Depan Sosioekonomi Wanita
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, wanita bukan sahaja memikul tanggungjawab di rumah, tetapi juga memainkan peranan besar dalam ekonomi keluarga, komuniti dan kerjaya. Namun, di sebalik potensi yang besar, ramai wanita masih berhadapan satu kekangan utama: Tiada Kurses Pementoran? Pementoran bukan sekadar bimbingan. Ia adalah proses yang membuka peluang, membina keyakinan dan membantu wanita membuat keputusan yang lebih bijak dalam kehidupan sosioekonomi dan keusahawanan. Di bawah ini ialah bagaimana pementoran mampu mengubah masa depan wanita secara praktikal, realistik, dan mudah difahami: 1.Pementoran Membantu Wanita Mengenal Pasti Potensi Diri Ramai wanita sebenarnya berbakat, kreatif, rajin dan berjiwa kepimpinan cuma mereka tidak menyedarinya. Di sinilah pentingnya apabila ada mentor: suara hati yang meragui diri mulai hilang, bakat terpendam mulai muncul lebih jelas, dan kekuatan diri lebih terserlah. Kadang-kadang seseorang hanya perlukan seorang yang percaya pada mereka, sebelum mereka mampu percaya pada diri sendiri. 2. Memberi Arah & Halatuju yang Lebih Jelas Dalam kerjaya, bisnes atau kehidupan, mungkin sesetengah wanita agak kurang yakin, lalu… “Aku patut buat apa dulu eh?” “Betul ke salah jalan aku ambik ni?” “Kenapa aku asyik sangkut-sangkut nihhhh?” Di sinilah Mentor boleh membantu: memberi perspektif luar, menyusun sasaran, memecahkan masalah besar menjadi langkah kecil, dan mengelakkan wanita buat kesilapan yang sama berulang kali. Pementoran bukan shortcut tetapi ia memendekkan jalan yang sepatutnya panjang. 3. Pementoran Meningkatkan Keyakinan Sosioekonomi Wanita Ramai wanita ada potensi besar, tetapi terhalang oleh: kurang yakin berunding hal kewangan, takut untuk memulakan sesuatu usaha, cepat risau akan tidak mampu bersaing, malah sering pula merasakan diri tidak layak. Mentor yang baik bukan hanya memberi nasihat, tetapi membina keyakinan melalui: contoh pengalaman sebenar, perkongsian strategi, dan sokongan moral yang konsisten. Wanita yang ada keyakinan adalah wanita yang mampu membuat keputusan ekonomi yang lebih baik. 4. Mengukuhkan Literasi (Kemahiran) Kewangan Wanita Tahap sosioekonomi wanita tidak bergantung pada gaji semata-mata, tetapi bergantung pada cara mengurus pendapatan, seperti: simpanan kecemasan, pengurusan hutang, perancangan jangka panjang, disiplin kewangan harian. Pementoran membantu wanita memahami bahasa kewangan dengan lebih ringkas, mudah dan praktikal. Sebab itu wanita yang faham duit → lebih stabil, lebih tenang, dan lebih berkuasa dalam membuat keputusan keluarga. 5. Membuka Pintu Ke Arah Peluang Baru Wanita yang ada mentor biasanya: lebih mudah dapat peluang kerjaya, lebih cepat masuk jaringan profesional, lebih banyak terdedah kepada idea baru, dan lebih berani memulakan projek atau bisnes kecil. Pementoran bukan magic. Tetapi ia membuka pintu yang mungkin selama ini tertutup. 6. Menyelesaikan Cabaran Keusahawanan Wanita Dengan Cara Lebih Bijak Ramai wanita nak mula bisnes, tapi: tak tahu nak mula daripada mana, takut gagal, tak cukup modal, takut tak ada sokongan, atau tak yakin mempromosikan diri. Dengan pementoran: langkah permulaan jadi jelas, risiko dapat dikurangkan, strategi pemasaran lebih fokus, dan wanita tidak keseorangan. Bisnes yang baik bukan bermula dengan modal besar — ia bermula dengan bimbingan yang betul. 7. Pementoran Menjadikan Wanita Ejen Perubahan Komuniti Apabila seorang wanita berubah menjadi lebih berpengetahuan : ekonomi keluarga pasti akan berubah menjadi lebih baik, mindset anak-anak dan ahli keluarga turut berubah, dan komuniti setempat turut terkesan secara positif. Wanita yang diperkasa akan memerkasakan orang lain. Itulah kuasa pementoran ia tidak berhenti pada seorang wanita, tetapi merebak menjadi kebaikan untuk seluruh komuniti. Kesimpulan: Pementoran Bukan Kemewahan sebaliknya Ia adalah KEPERLUAN! Dalam era moden, wanita berperanan besar dalam ekonomi keluarga dan komuniti. Mereka membuat keputusan penting setiap hari, dan setiap keputusan itu memberi kesan kepada masa depan diri, kerjaya, serta generasi yang dibesarkan. Di sinilah pementoran memainkan peranan: memberi halatuju, membina keyakinan, membuka peluang, serta melahirkan wanita yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Pementoran bukan untuk “orang hebat”. Ia adalah untuk setiap wanita yang mahu berkembang, mahu difahami, dan mahu memimpin kehidupan dengan lebih yakin. ikhlas, Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ———————————————————————————– ** Sedikit Tentang Dr Suffia Hany: “Kepakaran Yang Mengangkat Potensi Wanita” Dalam perjalanan pembangunan sosioekonomi wanita, kehadiran tokoh yang memahami realiti sebenar amat penting. Dr. Suffia Hany telah lama bergerak di lapangan komuniti — membimbing wanita, melatih kepimpinan akar umbi, dan membuka ruang kepada mereka yang selama ini tidak pernah diberi peluang bersuara. Pendekatan beliau lembut tetapi tegas, akademik tetapi mudah difahami, dan praktikal tanpa membebankan. Beliau percaya setiap wanita boleh memimpin, selagi diberi ilmu, sokongan dan bimbingan yang betul. Kerana pada akhirnya, wanita yang diperkasa tidak hanya mengubah hidup sendiri — mereka mengubah komuniti di sekeliling mereka. www.drsuffiahany.com
5 ciri-ciri Wanita Bekerjaya Bakal Pemimpin Masa Depan
Dalam dunia kerja hari ini, semakin ramai wanita tampil ke hadapan sebagai pemimpin yang dihormati. Namun, menjadi pemimpin bukan sekadar tentang jawatan — ia tentang karakter, kematangan, dan keupayaan mengemudi diri sebelum memimpin orang lain. Jika anda seorang wanita bekerjaya yang ingin melangkah lebih jauh, berikut adalah 5 ciri-ciri utama yang menunjukkan anda sebenarnya sudah berada di landasan yang betul dalam menjadi pemimpin masa depan. 1. Anda nampak JELAS Matlamat anda & Tahu Ke Mana Mahu Pergi. Pemimpin yang bijak tidak akan bergerak tanpa sebarang perancangan yang betul. Mesti ada arah dan tujuan. Wanita yang bersedia untuk memimpin biasanya mempunyai visi yang jelas — bukan sahaja tentang kerjaya, tetapi juga tentang nilai hidup dan impak yang ingin mereka tinggalkan sebagai legacy darinya. Mereka tahu why mereka bekerja. Mereka tahu kenapa mereka ingin berjaya. Dan visi inilah yang membuatkan mereka sentiasa bergerak maju walaupun cabaran datang bertalu-talu. Anda punya ciri-ciri ini? Cuba renung-renungkan 🙂 2. Anda Mampu Mengawal Emosi sewaktu situasi Dalam Tekanan EQ adalah “senjata rahsia” seorang pemimpin wanita. Wanita yang bersedia memimpin bukan yang tak pernah stress, tetapi yang tahu mengurus stress dengan tenang, tanpa melepaskan emosi pada orang sekeliling. Fuhh… stress dalam hidup wanita ni, boleh dikatakan ada saja setiap masa. Tinggal nak meletup atau sabar menahannya. Sekiranya anda boleh: Berfikir dengan tenang sebelum bertindak, Membuat keputusan tanpa dipengaruhi emosi semata-mata, Menenangkan semua orang sewaktu hampir kesemua orang panik… …mungkin anda ada chance untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Keupayaan ini akan membuatkan anda dihormati secara semula jadi nanti. So, again tanya diri dan lihat sejarah sebelum ini, adakah anda possessed ciri-ciri ini? 3. Sentiasa Belajar dan Tak Pernah Berhenti Bertanya Pemimpin masa depan ialah lifelong learners. Haa… maknanya, seorang yang tidak segan untuk terus belajar dan belajar, walaupun kadang dia sudah tahu. Ini kerana kadang-kadang, apa yang sudah kita pelajari, mungkin tidak sama dengan apa yang kita bakal pelajari nanti. Always be open for a good knowledge. Wanita bekerjaya yang layak memimpin tidak pernah rasa cukup. Mereka sentiasa membaca, menghadiri kursus, mencari mentor, bertanya soalan, dan terbuka pada feedback dan juga kritikan. Mereka tahu bahawa kepimpinan bukan bakat — ia satu kemahiran yang dibina dan diusahakan. Dan wanita yang rajin belajar, akan sentiasa melangkah lebih jauh daripada yang berhenti berkembang. 4. Pandai Menjalin Hubungan dan Bekerja Dengan Orang Lain Kerjaya moden bukan tentang kerja seorang diri — ia tentang bagaimana kita bergerak secara berpasukan. Jika ada good relation bersama TEAM MEMBER, anda boleh berjaya lebih jauh. Wanita yang bersedia menjadi pemimpin mempunyai satu ciri penting iaitu, mereka pandai membina hubungan. Mereka tahu berkomunikasi dengan baik, hormat pandangan orang lain, dan tidak rasa terancam oleh bakat orang sekeliling. Malah, mereka suka berkongsi ilmu dan menaikkan orang lain pula — kerana mereka faham, pemimpin sebenar bukan hanya memimpin kerja, tetapi memimpin hati dan perasaan team member tadi yang mana akhirnya mereka ini jugalah yang akan memberi kerjasama dan ini akan banyak memudahkan anda nanti. 5. Berani Ambil Tanggungjawab, Bukan Cari Alasan Kesemua ciri-ciri yang telah saya jelaskan tadi, mungkin anda sudahpun memilikinya. Namun, ciri yang kelima ini, jarang-jarang ada pada ramai orang. Kerana ianya adalah dari sebuah PENGALAMAN! Melalui pengalaman, anda akan akan mulai menjadi seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berani mengaku kesilapannya dan jelas mahu membaik pulih dan menjadi lebih baik. INI JELAS salah satu ciri seorang pemimpin yang berjaya! Kerana, mereka bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Wanita bekerjaya yang bersedia memimpin tidak takut gagal, tidak mudah salahkan keadaan, dan tidak sembunyi di belakang alasan. Sebaliknya, mereka berani mengatakan: “Apa pun yang berlaku, saya akan cari jalan penyelesaiannya.” Inilah sifat yang membezakan “pekerja biasa” dan “pemimpin masa depan”. Kesimpulan LEADERSHIP atau kepimpinan bukan hanya sebuah gelaran — ia refleksi siapa kita di luar dan dalam. Ia mempamerkan siapa diri kita yang sebenarnya. Jika anda memiliki beberapa ciri-ciri ini, besar kemungkinan anda sebenarnya sudah pun berada dalam perjalanan menuju kepimpinan yang jitu. Dan perjalanan ini tidak perlu anda lalui seorang diri. Dengan bimbingan yang tepat, anda boleh mempercepatkan pertumbuhan, mengasah EQ, dan membina keyakinan sebagai pemimpin wanita yang dihormati. Don’t worry jika anda tidak memiliki ciri-ciri yang telah saya jelaskan. Kerana ianya boleh dilatih malah boleh dipelajari melalui pengalaman dan tunjuk ajar dari pemimpin awal. Yang penting ada kemahuan, pasti ada jalan! ikhlas, Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
Global Leadership Wisdom: 6 Powerful Lessons From the World’s Greatest Leaders
6 Pengajaran Kepimpinan Dari Tokoh Dunia Terhebat Apa Yang Pemimpin Terhebat Dunia Selalu Pesan Tentang Hidup, Kepimpinan & Masa Depan Manusia? Dalam sejarah tamadun, para pemimpin hebat sentiasa meninggalkan satu perkara yang paling berharga — “pesanan untuk manusia.” Ia bukan tentang politik. Bukan tentang kuasa… Tetapi tentang bagaimana kita boleh menjadi manusia yang lebih baik, masyarakat yang lebih matang, dan memiliki dunia yang lebih aman. Hari ini, di era serba mencabar, kata-kata hikmah daripada pemimpin global amat menyerlahkan cara pemikiran mereka yang berbeza, ianya sangat berilmu dan tinggi nilai-nilainya. Kepimpinan sebeginilah yang perlu kita ada sebenarnya. Daripada Nelson Mandela kepada Jacinda Ardern, daripada Steve Jobs kepada Dr. A.P.J. Abdul Kalam, daripada Malala Yousafzai, kepada tokoh kemanusiaan dunia — semuanya menyampaikan mesej yang sama: Dunia akan berubah apabila manusia memilih untuk memimpin dengan NILAI MANUSIAWI YANG TINGGI! Berikut adalah rangkuman pesanan terbesar yang selalu diulang oleh para pemimpin hebat dunia. 1. “Lead with empathy.” Dalam dunia yang semakin berpecah, pemimpin terhebat abad ini menekankan satu perkara utama: empati. Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, pernah berkata, “Kindness is power.” Manakala Michelle Obama pula mengingatkan, “When you walk in someone’s shoes, you understand better how to lift them.” Hari ini, pemimpin yang dihormati bukan lagi yang keras, sombong atau hanya mementingkan prestasi. Pemimpin yang paling berjaya ialah mereka yang: memahami tentang rasa manusia di bawah mereka, mendengar segala rintihan sebelum mula bercakap, dan memimpin dengan hati nurani sebelum membuat sebarang keputusan. “Empati membuka pintu. Autoriti hanya mengunci.” 2. “Courage builds nations.” Nelson Mandela & Warisan Keberanian Beliau mengubah dunia dengan satu falsafah mudah tetapi berat: “Keberanian bukan ketiadaan ketakutan — tetapi keberanian adalah bertindak walaupun kita takut.” Menurut Nelson Mandela, Keberanian membina: bangsa, organisasi, keluarga, dan diri kita sendiri. Hari ini ternyata kata-kata benar belaka, keberanian bukan hanya pada medan perang. Ia ada pada: wanita yang bangkit selepas trauma, pemilik bisnes kecil yang memulakan semula dari kosong, pekerja yang berani mencuba sesuatu yang baru, dan pemimpin yang membuat keputusan sukar demi kebaikan ramai. Setiap perubahan besar dalam sejarah bermula dengan seseorang yang berani mengorak langkah sukar. 3. “Innovation separates leaders from followers.” Steve Jobs Dalam dunia yang berubah tersangat pantas, Steve Jobs meninggalkan satu pesanan yang menjadi prinsip global: “Stay hungry, stay foolish.” Inovasi sentiasa menjadi tanda aras kepimpinan. Pemimpin yang berpengaruh adalah mereka yang: tidak takut mencuba, tidak takut gagal, dan tidak takut mencipta sesuatu yang belum wujud. Hari ini, inovasinya menyerlah ke seluruh dunia dan menjadi tanda aras dan bukan hanya sekadar teknologi — ia juga pemikiran. Cara kita bekerja, memimpin, berkomunikasi, menyelesaikan masalah, bahkan cara kita melihat masa depan. “Pemimpin melihat apa yang orang lain belum nampak. Dan mereka berani bertindak sebelum dunia bersedia untuk memahaminya.” 4. “Education is the engine of equality.” Malala Yousafzai Malala, ikon global untuk pendidikan, pernah berkata: “One child, one teacher, one book, one pen can change the world.” Pendidikan bukan sekadar akademik. Ia adalah kunci kepada: kesedaran, kemajuan, kestabilan, dan kebebasan manusia. Pemimpin dunia selalu percaya bahawa: masyarakat yang berpendidikan adalah masyarakat yang kuat, wanita berpendidikan adalah tulang belakang bangsa, dan generasi muda yang berilmu adalah pelaburan masa depan. Tiada negara boleh naik lebih tinggi daripada tahap pendidikannya. 5. “Discipline is destiny.” Dr. A.P.J Abdul Kalam & Pemimpin Sains Dunia Tokoh-tokoh sains dan teknologi seperti Dr. A.P.J. Abdul Kalam sering menekankan bahawa: “Great dreams need great discipline.” Semua pemimpin hebat dunia mempunyai satu persamaan: Disiplin harian yang tidak pernah gagal untuk diikuti. Mereka berjaya kerana: tabiat yang konsisten, kerja keras yang tidak glamor, komitmen yang tidak dilihat oleh orang ramai. Disiplin, bukan motivasi, ia adalah asas kejayaan sebenar dan ianya adalah sesuatu yang amat susah diikuti. Namun sekiranya anda boleh mendisiplinkan diri, maka anda berada ke arah kejayaan. “Semakin hebat impian seseorang, semakin tinggi disiplin yang diperlukan.” 6. “Your life is your message.” Mahatma Gandhi Falsafah Gandhi adalah antara pesanan paling universal dalam sejarah: “Be the change you wish to see in the world.” Kepimpinan bukan jawatan, bukan gelaran, bukan mikrofon. Ia adalah contoh kepada Cara kita: bekerja, bercakap, menghormati orang lain, mengurus stres, menjaga hati, … semuanya adalah mesej kepada dunia. “Pemimpin sebenar tidak perlu memperkenalkan diri. Orang boleh melihat kepimpinannya melalui tindakan.” —————————————————————————————– Kesimpulan: Kepimpinan Bukan Tentang Kuasa — Tetapi Tentang Nilai Apabila kita melihat kembali pesanan pemimpin hebat dunia, semuanya membawa satu inti yang sama: “Dunia ini bukan milik orang yang paling kuat, tetapi milik orang yang paling sedar!” Sedar siapa kita. Sedar apa yang kita mampu lakukan. Sedar peranan kita dalam membina dunia yang lebih baik. Kepimpinan bukan hanya untuk presiden, menteri atau CEO. Kepimpinan adalah untuk setiap manusia yang memilih untuk hidup dengan integriti, empati dan keberanian. Akhir kata dari saya… “Pemimpin sejati bukan yang memegang kuasa, tetapi yang memberi harapan dan jalan untuk sama-sama berjaya.” Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
Pengorbanan Seorang Isteri, Asas Sebuah Kejayaan | 5 peringatan Penting
Pengorbanan Seorang Isteri Dalam setiap kejayaan seorang lelaki, seorang suami, atau pun sebuah keluarga, sering kali berdiri seorang wanita di belakangnya. Dan wanita inilah yang bergelar isteri. Dan dialah yang sering berkorban untuk suami tercinta. Namun, selalunya pengorbanan seorang isteri ini sering dilihat sebagai tidak penting di mata masyarakat. Ya, wanita inilah yang jarang-jarang disebut, tetapi pengorbanannya? Hanya Tuhan sajalah yang tahu… Saya seorang isteri, leader, usahawan, speaker dan saya juga seorang ibu… saya melihat sendiri di sekeliling kehidupan saya bagaimana ramai isteri memikul beban yang tidak terlihat oleh sesiapa. Mereka bukan hanya “menyokong di belakang tabir”— merekalah tulang belakang yang membuat sebuah keluarga mampu berdiri, dan mereka inilah yang menrealisasikan sesebuah kejayaan. Lalu, hari ini saya mewakili semua isteri-isteri, memohon agar suami-suami di luar sana… please lah hargai, pengorbanan seorang isteri… Peringatan Penting: 1. Isteri selalu kelihatan kuat… walau sebenarnya amat letih… Isteri ialah makhluk yang pelik tetapi luar biasa: Dia boleh tersenyum walaupun jiwanya penat. Dia boleh terus berjalan walaupun kakinya sudah lenguh. Dia boleh terus memberi walaupun dirinya hampir sudah tidak punya apa-apa… Ramai isteri tidak minta dihargai setiap hari. Mereka cuma mahu suami nampak la sikit-sikit effort mereka… dan sedar, bahawa mereka juga manusia. Adakala mereka letih, dan ada rasa ingin diberi perhatian. 2. Pengorbanan isteri bukan kecil — ia membina masa depan keluarga Seorang isteri berkorban bukan untuk dijulang. Dia berkorban kerana di hati penuh dengan kasih sayang. Kadang isteri sanggup tinggalkan impian kerana mahu membesarkan anak-anak dengan baik. Kadang bekerja lebih masa pula demi membantu suami yang sedang bertatih baru mula berniaga. Seorang isteri sanggup simpan segala duka, supaya rumah mereka tetap menjadi tempat pulang yang merehatkan. Sekiranya kita lihat lelaki berjaya hari ini, please jangan lupa: Di belakangnya ada seorang isteri yang pernah menangis diam-diam… menahan seksa, menahan segala cabaran hanya kerana percaya suaminya akan berjaya suatu hari nanti. 3. Wanita perlu tahu: pengorbanan kamu itu berharga Buat si isteri pula, ramai yang merasa mereka “tak buat apa pun”. Tapi sebenarnya… Kamulah yang bangun awal setiap pagi. Kamulah yang fikirkan semua benda yang orang lain tak nampak. Kamulah yang menguruskan anak, rumah, emosi, kewangan, masa, dan diri — serentak. Itu bukan benda kecil. Itu bukan perkara biasa. Itu adalah satu bentuk kepimpinan yang hebat. Dan kalau tiada siapa yang pernah ucapkan ini pada kamu… Terima kasih. Kerana pengorbanan kamu membina masa depan sebuah keluarga. 4. Suami, hargailah isteri yang sentiasa berdiri untuk kamu Jika kamu ada isteri yang tidak pernah meninggalkan kamu walaupun waktu kamu jatuh… Jika kamu ada isteri yang percaya pada impian kamu lebih kuat daripada kamu sendiri… Jika kamu ada isteri yang sanggup bersama waktu susah sebelum waktu senang… Maka kamu memiliki salah satu nikmat terbesar dalam hidup. Hargailah dia. Pegang tangannya dan ucapkan terima kasih. Kadangkala, satu ayat itu mampu menyembuhkan rasa yang lama terpendam. 5. Dan kepada para isteri… banggalah dengan perjalanan kamu Pengorbanan kamu bukan tanda kelemahan. Ia tanda kekuatan yang luar biasa. Kamu membina manusia. Kamu membina rumah. Kamu membina masa depan. Kamu bukan sekadar “isteri”. Kamu adalah pendidik, pemimpin, penyembuh, penjaga yang sabarnya tiada penghujung. Dan walaupun dunia jarang memuji, ketahuilah: Tuhan melihat semuanya. Dan setiap kebaikan tidak akan pernah sia-sia. Akhir kata dari saya, Kejayaan tidak pernah datang sendirian. Ia datang bersama doa, sokongan, dan pengorbanan baik dari suami sudah pastinya dari isteri baik yang tidak pernah meminta apa-apa. Kepada semua isteri di luar sana… Teruskan melangkah dengan hati yang tegar. Dunia ini lebih indah kerana kamu. Kerana sesungguhnya, Kamulah sebenar-benar wira dalam sebuah kejayaan. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
Bakti Perdim buat Orang Asli, wanita dibimbing berdandan
Artikel ditulis oleh pemberita Kosmo : MOHD SHAZWAN YUSOP Dalam usaha menggalakkan masyarakat luar bandar lebih prihatin terhadap isu kesihatan, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) terpanggil untuk menganjurkan program Sihat dan Ceria Bersama Perdim (Sihat dan Ceria). Program yang berlangsung di Kampung Orang Asli Alur Beruang, Rompin, Pahang itu telah mendapat sambutan yang baik apabila ramai penduduk setempat hadir memeriahkan setiap aktiviti dianjurkan. Menurut Presiden Perdim, Dr. Boi Saidi, Sihat dan Ceria merupakan program tanggungjawab sosial (CSR) yang bermatlamat untuk mendekatkan ahli pertubuhan tersebut dengan komuniti terutama di luar bandar. Ujarnya, program tersebut membuktikan bahawa ahli-ahli Perdim sentiasa komited untuk memartabatkan profesion doktor klinik swasta melalui aktiviti kebajikan dan kerja amal yang dijalankan. “Walaupun doktor swasta kini berdepan dengan pelbagai cabaran, namun ahli Perdim tetap membuktikan bahawa kami mampu menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan.” “Langkah ini membuktikan komitmen Perdim dalam memperkukuh peranan pertubuhan ini sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kesihatan yang relevan dan berdaya saing,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini. Program amal yang julung kali dianjurkan oleh Perdim di perkampungan Orang Asli itu berlangsung dalam suasana cukup harmoni. Dianggarkan hampir 75 peratus daripada 500 orang penduduk kampung hadir memeriahkan program seharian itu. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pemeriksaan kesihatan, cara penampilan dan dandanan bersama Dr. Suffia Hany Amin, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, selain perkhidmatan gunting rambut serta perurutan refleksologi percuma. Pada sebelah malamnya pula, program Sihat dan Ceria dimeriahkan dengan pertandingan karaoke yang melibatkan seramai 18 orang peserta dalam kalangan penduduk kampung. “Program ini bukan sahaja berjaya mengeratkan silaturahim antara warga perubatan dan masyarakat Orang Asli, malah membuktikan bahawa khidmat bakti yang dilakukan dengan ikhlas mampu menyemai kasih dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.” “Saya mewakili Perdim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tok Batin serta seluruh penduduk Kampung Alur Beruang atas sambutan yang luar biasa ini,” katanya. Untuk makluman, program tersebut telah dirasmikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff. Salah seorang sukarelawan yang juga Ahli Jawatankuasa Perdim, Dr. Suffia memaklumkan, program Sihat dan Ceria memberi peluang kepadanya untuk menyantuni dan menabur bakti kepada masyarakat di luar bandar. Dalam program tersebut, Dr. Suffia telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti cara penampilan dan dandanan yang melibatkan seramai 45 peserta wanita. “Menerusi aktiviti ini saya berpeluang berkongsi ilmu asas solekan dan penjagaan diri kepada golongan wanita. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kecantikan, malah menanam keyakinan diri dalam kalangan peserta,” ujarnya. Sementara itu, Tok Batin kampung tersebut, Jazli Kurus merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdim kerana berjaya menganjurkan satu program yang amat bermakna untuk masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut. Dia sangat berharap supaya Perdim dapat terus menabur bakti kepada masyarakat setempat, khususnya di kawasan DUN Pulau Manis dan menjadikan Sihat dan Ceria sebagai program tahunan. disediakan oleh: Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ————————————————————————————————————————— Inisiatif seperti ini selari dengan usaha berterusan yang digerakkan oleh Dr Suffia Hany, seorang tokoh latihan pembangunan wanita di Malaysia yang aktif memperkasa wanita melalui pendekatan beretika dan berstruktur.Baca latar belakang penuh Dr Suffia Hany di sini.
7 Strategi EQ & Komunikasi – Menjadikan Wanita Lebih Berwibawa
Bila bercakap tentang strategi EQ, dan juga tentang komunikasi, kedua-duanya berkait rapat. Sekiranya anda dapat menguasai both, anda boleh menjadi seorang yang sedang mengorak langkah ke arah kejayaan di dalam kehidupan kekeluargaan dan juga untuk diri sendiri. Pendahuluan: Kepimpinan Wanita Bukan Lagi Pilihan — Ia Keperluan Organisasi Moden Dalam dunia pekerjaan hari ini, organisasi yang benar-benar ingin berkembang tak boleh lagi mengabaikan kehebatan kepimpinan wanita. Kajian global menunjukkan wanita mempunyai kelebihan semula jadi dalam Strategi EQ, empati, komunikasi pengaruh, dan ketahanan jiwa — malah, wanita memiliki elemen yang menjadikan sesebuah pasukan lebih stabil, produktif dan inovatif. Para pakar di laman Psycology Today juga telah mengatakan ramai yang melupakan untuk menggunakan EQ sebagai timbang tara dalam kehidupan. Di mana ianya amat berguna. Di sinilah saya Dr Suffia Hany, menampilkan diri dengan berperanan sebagai seorang Leadership & EQ Strategist yang ingin membantu wanita hari ini untuk lebih memahami potensi diri, menguasai komunikasi, dan membina imej kepimpinan yang dihormati. Untuk journal kali ini, saya akan huraikan strategi paling berkesan untuk wanita yang ingin naik ke tahap kepimpinan yang lebih tinggi. Kuasai Strategi EQ: Rahsia Kepimpinan Wanita yang Paling Berpengaruh Emotional Intelligence (EQ) adalah kelebihan besar wanita. Wanita secara semula jadi mempunyai keupayaan membaca situasi, memahami emosi orang lain, dan bertindak dengan empati — menjadikan mereka pemimpin yang lebih stabil. Bagaimana EQ menguatkan kepimpinan wanita Membina kepercayaan dalam pasukan Menyelesaikan konflik dengan lebih tenang Meningkatkan moral & produktiviti pekerja Membuat keputusan dengan lebih seimbang Komunikasi Berpengaruh: Bukan Sekadar Cakap, Tapi Mempengaruhi Sebagai pemimpin, wanita perlu menguasai komunikasi strategik — bukan hanya bercakap, tetapi mempengaruhi tindakan di dalam sesebuah team. Formula komunikasi berwibawa: Cakap dengan struktur, bukan emosi semata Pilih perkataan yang tegas tetapi lembut Ambil masa sekejap untuk menarik nafas & fikir sejenak sebelum respon Contoh ayat komunikasi pemimpin ✔ “Bagaimana jika kita cuba pendekatan ini? Saya lihat ia boleh percepatkan hasil.” ✔ “Terima kasih dengan usaha awak. Kita upgrade sedikit di bahagian ini.” Imej Profesional: Wanita yang Menjaga Imej Lebih Cepat Dipercayai Imej adalah bahasa yang bercakap tanpa suara. Pemimpin yang menjaga imej akan lebih mudah dihormati. 3 elemen imej kepimpinan wanita lebih berwibawa Penampilan kemas & konsisten Bahasa badan yakin & tenang Gaya komunikasi visual — eye contact, senyum, posture Ini bukan tentang kecantikan — tetapi tentang ketegasan dengan sopan, dan tenaga kehadiran (presence) yang kuat. Itu yang dinamakan strategi Eq & komunikasi Bangunkan “Leadership Voice” — Suara Kepemimpinan yang Orang Ikut Suara wanita sering disalah ertikan sebagai lembut — padahal ia boleh jadi senjata kepimpinan paling kuat. Cara bina Leadership Voice Bercakap perlahan tapi jelas Jangan mulakan ayat dengan “Maybe” atau “I think only” Gunakan “power words” — fokus, jelas, hasil, strategi Leadership voice membentuk aura kepimpinan tanpa perlu meninggikan suara. Ketahanan Jiwa (Emotional Resilience): Senjata Wanita Dalam Tekanan Kerja Pemimpin wanita sering diuji: work-life balance, staff management, expectation yang tinggi. Untuk kekal kukuh, wanita kena ada emotional resilience. Teknik bina ketahanan jiwa Self-awareness harian (tanya diri: “Apa yang aku rasa?”) Beri batas pada kerja Rehat bila perlu (pemimpin pun manusia juga) Kuasai Kemahiran Coaching — Bukan Arahan, Tetapi Bimbingan Pemimpin moden bukan boss — mereka coach (melatih dengan bijak). Kemahiran coaching membolehkan pemimpin: membimbing pasukan tanpa micromanage memupuk kepakaran & keyakinan staff menjadikan pasukan lebih berdikari Gunakan teknik GROW Model: Goal Reality Options Will Ini menjadikan pemimpin wanita lebih dihormati & mudah disokong. Buat Keputusan Dengan Fakta dan Data, Bukan Dengan Andaian Wanita kadang dituduh “emotional decision maker”. Cara patahkan stereotaip itu? ➡️ Gunakan data dalam setiap cadangan & keputusan. Contoh: “Mengikut data jualan bulan lepas…” “Berdasarkan statistik staff attendance…” “Feedback pelanggan menunjukkan…” Pemimpin wanita yang menggunakan data dilihat lebih kredibel dan sukar dipersoalkan apabila anda memiliki fakta dan data yang lengkap. Kesimpulan: Pemimpin Wanita Bukan untuk Masa Depan — Mereka SUDAH ADA HARI INI! Kepimpinan wanita bukan lagi “kategori khas”. Ia adalah standard baru dalam organisasi moden. Wanita yang menguasai Strategi EQ, komunikasi, imej, dan ketahanan jiwa akan menjadi pemimpin wanita lebih berwibawa: lebih dihormati lebih stabil lebih berpengaruh lebih memberi inspirasi Dengan panduan dan latihan yang betul, mana-mana wanita boleh meningkat dari biasa MENJADI LUAR BIASA. Salam ikhlas dari, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
8 Ciri-ciri Usahawan Wanita Berjaya
Di era ini, bergantung hanya pada satu sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga semakin kurang praktikal. Seorang isteri yang berdikari bukan sahaja membantu meringankan beban ekonomi — dia mengangkat martabat keluarga, menambah keyakinan diri, dan membuka ruang untuk kehidupan yang lebih seimbang. Tetapi menjadi usahawan wanita berjaya bukan sekadar membuka akaun perniagaan — ia memerlukan karakter, strategi dan keteguhan dalaman. Usahawan Wanita Berjaya Tanya diri: adakah anda mempunyai ciri-ciri yang membezakan usahawan biasa dari usahawan wanita yang benar-benar berjaya? Kalau belum pasti, baca 8 ciri-ciri penting di bawah — dan perhatikan, anda mungkin sudah memiliki lebih banyak daripada yang anda sedar. 1. Visi yang Jelas Usahawan berjaya bermula dengan visi — gambaran masa depan yang bukan hanya tentang keuntungan, tetapi tentang impak maksima yang bakal dilakukan. Bila anda tahu mengapa anda berniaga, keputusan sukar jadi lebih mudah. Tip : Tuliskan visi 1 halaman: siapa pelanggan anda, masalah yang anda selesaikan, dan impak jangka panjang yang anda mahu capai. 2. Keberanian Mengambil Risiko Terancang atau (Calculated Risk) Berani tetapi TIDAK MEMBUTA TULI. Berani setelah membuat research dan perancangan yang baik. Ia kemampuan yang bijak untuk melangkah meskipun ada ketakutan — tetapi selepas membuat analisis dan mitigasi. Usahawan wanita hebat berani pivot, uji produk, dan buat pelaburan kecil untuk belajar cepat dan tahu selok belok serba sedikit sebelum terjun. Tip : Cuba satu eksperimen kecil minggu ini — iklan, produk baru, atau kolaborasi — ukur hasilnya dan belajar. 3. Ketekunan & Konsistensi Idea hebat tidak bermakna tanpa ketekunan. Perniagaan berkembang pada sistem dan pengulangan — bukan hanya semangat sekali dua. Konsistensi dalam pemasaran, servis, dan kualiti menghasilkan kepercayaan pelanggan. Tip : Tetapkan rutin 90 hari — aktiviti pemasaran, follow-up pelanggan, dan peningkatan produk — dan patuhinya. 4. Kecerdasan Emosi (EQ) Mengurus pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan keluarga memerlukan kecerdasan emosi. EQ membantu anda mendengar, berempati, dan mengekalkan hubungan yang membuka peluang. Pemimpin dengan EQ tinggi membina pasukan yang setia. Tip : Latih diri untuk active listening — dengar lebih banyak, bertanya lebih tepat, jawab dengan empati. 5. Fokus pada Penyelesaian Masalah Pelanggan membayar penyelesaian, bukan produk. Usahawan berjaya melihat masalah sebagai peluang. Fokus pada nilai yang anda berikan — bukan hanya ciri-ciri produk. Tip : Ambil 3 pelanggan terbaik anda — tanya masalah terbesar mereka — dan ubah satu produk/senarai servis anda berdasarkan maklum balas itu. 6. Kebolehan Mengurus Kewangan (Financial Discipline) Banyak perniagaan kecil gagal bukan kerana jualan rendah, tetapi kerana aliran tunai tidak diurus dengan baik. Belajar asas kewangan — margin, kos tetap, dan pengurusan tunai — ini adalah wajib agar kita tidak berbelanja lebih dari sepatutnya. Tip : Buat ringkasan kewangan bulanan: jualan, kos, untung kasar, dan tunai bersih. Gunakan itu untuk keputusan berikutnya. DAN MENYIMPAN LEBIH dari MENGGUNA. 7. Jaringan & Kolaborasi (Network & Collaboration) Tiada siapa berjaya sendirian. Hubungan strategik membuka pasaran, ilmu, dan sokongan emosi. Wanita yang membina jaringan padu mempercepat pertumbuhan perniagaan mereka. Tip : Sertai satu kumpulan profesional bulan ini atau atur sesi kopi-mengopi dengan 2 usahawan lain untuk explore kolaborasi. 8. Belajar Berterusan & biasakan ia dalam kehidupan harian Dunia berubah pantas — pelanggan, trend dan teknologi. Usahawan hebat tidak pernah berhenti belajar. Mereka adapt cepat, upgrade skill, dan baca situasi dengan tangkas. Tip : Komitedkan diri untuk 1 jam seminggu belajar: podcast, webinar, atau baca buku berkaitan bisnes anda. Penutup — Dari Hati Seorang Pemimpin Menjadi usahawan wanita berjaya bukan hanya mengumpul sales atau status — ia tentang membina kehidupan yang lebih kukuh, memberi contoh kepada anak-anak, dan mengangkat komuniti di sekeliling anda. Ciri-ciri di atas boleh dilatih; ia bukan bakat semula jadi sahaja. Jika anda mahu berubah, mulakan hari ini dengan satu tindakan kecil — dan ulangi lagi esok. Di bawah payung Dewi Hany Training, saya merangka modul praktikal yang membantu wanita membina semua ciri-ciri ini — dari kepimpinan emosi hingga pengurusan kewangan. Kalau anda serius nak transformasi, mari kita bincang langkah pertama. Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
8 manfaat utama EQ yang menjadikan wanita luar biasa
EQ: Kekuatan Emosi yang Menjadikan Wanita Luar Biasa Dalam dunia yang semakin laju dan penuh dengan dugaan, cabaran dan TEKANAN ini, ramai yang menilai kejayaan berdasarkan pencapaian luaran — jawatan, pendapatan, atau status. Tapi semakin lama saya memerhati, saya makin sedar: kejayaan sebenar bukan tentang siapa paling tinggi darjatnya, siapa pandai, siapa paling kaya, tetapi siapa paling stabil emosinya. Itulah kekuatan Emotional Quotient (EQ) — satu keupayaan untuk mengenal, memahami dan mengawal emosi diri, sambil mampu membaca emosi orang lain. Bayangkan anda berpangkat tinggi, memiliki harta dan kekayaan, tetapi anda mengalami masalah emosi dan tekanan jiwa, – apa yang anda ada akhirnya semua tidak berguna. Dan bagi wanita, EQ bukan sekadar kemahiran — ia adalah senjata paling berharga dalam kehidupan, kerjaya dan kepimpinan. Berikut adalah 8 manfaat utama EQ yang menjadikan wanita luar biasa: 1. Lebih Tenang Menghadapi Tekanan Wanita dengan EQ tinggi mampu bertenang walau di saat genting. Mereka tahu bila perlu berundur, bila perlu melawan, dan bila masa terbaik untuk diam. Ketenangan itulah yang membezakan antara pemimpin yang panik dan pemimpin yang matang. 2. Mampu Mengawal Emosi Diri Emosi bukan musuh. Dengan EQ yang tinggi, wanita belajar untuk merasakan tanpa dikuasai perasaan. Dia boleh menangis, tapi tetap kuat. Dia boleh kecewa, tapi tidak berhenti berusaha. Inilah keseimbangan yang membuat mereka disegani. 3. Lebih Empati dan Disenangi Ramai EQ menjadikan wanita lebih mudah memahami orang lain — dan itulah kunci pengaruh sebenar. Wanita yang empatik boleh menyentuh hati tanpa perlu meninggikan suara. Mereka membina kepercayaan, bukan ketakutan. 4. Bijak Membaca Situasi dan Perasaan Orang EQ tinggi menjadikan seseorang lebih peka terhadap energi sekeliling. Wanita yang ada kepekaan ini boleh menilai sesuatu keadaan sebelum bertindak. Ia melindungi mereka dari banyak kesilapan dalam membuat keputusan — sama ada dalam bisnes, kewangan mahupun kehidupan. 5. Komunikasi Lebih Berkesan EQ bukan tentang apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita membuat orang rasa. Wanita dengan EQ tinggi mampu berkomunikasi dengan bijak dan jelas, cara penyampaian juga penuh dengan ketenangan, dan keikhlasan yang membuat orang terbuka untuk lebih mendengar. 6. Kekuatan Dalam Kepimpinan Pemimpin wanita yang ber-EQ tinggi bukan sahaja dihormati, tapi juga disayangi. Mereka tahu memimpin bukan dengan arahan, tetapi dengan contoh yang mudah disukai dan dicontohi. Mereka tidak hanya membina pasukan, tapi membina sekumpulan komuniti masyarakat yang baik dan membawa tauladan yang hebat. 7. Lebih kuat Ketahanan Mental Ketika Gagal EQ menjadikan wanita mampu melihat kegagalan bukan sebagai penghujung, tapi permulaan baru. Mereka tidak terus kecewa dan hanyut akibat dari kegagalan. Sebaliknya, kerana gagal itulah mereka menghampiri kejayaan. Mereka reflektif, bukan reaktif. Dan dari setiap kejatuhan, mereka bangkit dengan lebih bijak dan matang. 8. Mencipta Keseimbangan Dalam Hidup EQ membantu wanita mengimbangkan tuntutan kerja, keluarga dan diri sendiri. Bila emosi terkawal, hidup terasa lebih damai — kerana dia tahu, kebahagiaan bukan datang dari luar, tapi dari cara kita mengurus hati sendiri. Dalam setiap modul yang kami jalankan di bawah Dewi Hany Training, saya selalu tekankan bahawa EQ bukan ilmu teori — ia adalah seni hidup. Sesuatu yang harus dipraktikkan dalam kehidupan. Wanita yang belajar mengurus emosinya akan mampu mengurus dunia di sekelilingnya. Kerana akhirnya, kekuatan sebenar wanita bukan terletak pada suaranya — tetapi pada ketenangan dalam hatinya. by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com
Formula Wanita Hebat Dalam Kepimpinan dan Keusahawanan
Bangkit, Bijak & Berani: Setiap wanita memiliki potensi luar biasa untuk memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan negara. Namun potensi itu hanya akan menyerlah apabila wanita diberi ruang, ilmu dan keberanian untuk memimpin serta mencipta perubahan. Kerana itu, saya percaya — wanita perlu diperlengkapkan dengan ilmu kepimpinan dan keusahawanan. Bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan peribadi, tetapi untuk mengangkat golongan lain yang masih bergelut di bawah. Seorang wanita berilmu dan berjiwa pemimpin mampu menjadi cahaya buat ramai yang masih mencari arah. Inilah sebab utama mengapa Program Kepimpinan Dalam Sosioekonomi dan Keusahawanan Wanita diwujudkan. Program ini bukan sekadar latihan — ia adalah sebuah gerakan minda dan jiwa, membentuk peserta menjadi wanita yang lebih yakin, berpengetahuan, dan berstrategi dalam mengharungi cabaran hidup yang penuh ranjau. Namun, saya sedar sesuatu. Setiap wanita yang datang ke dalam program seperti ini, selalunya bukan datang dengan tangan kosong. Mereka datang dengan cerita luka, dengan kegagalan yang pernah membuat mereka hampir menyerah — sama ada dalam keluarga, kerjaya, atau kehidupan. Tetapi di situlah bermulanya keindahan sebuah perjalanan. Sebab itu saya selalu katakan, untuk wanita berjaya, mereka perlu melalui tiga langkah penting: Bangkit. Bijak. Berani. Pertama, mereka perlu BANGKIT. Bangkit dari kegagalan, dari kesedihan, dari kisah lama yang menahan potensi mereka. Tapi bangkit semata-mata tanpa arah tidak cukup. Kita tak mahu wanita yang hanya kuat secara luaran, tetapi kosong di dalam. Selepas itu, mereka mesti BIJAK. Bangkit tanpa kebijaksanaan hanya akan membawa kita berputar di tempat yang sama. Di sinilah pentingnya ilmu — ilmu yang membentuk minda strategik, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, dan kemampuan untuk menilai peluang dengan mata hati yang tajam. Dan akhirnya, mereka perlu BERANI. Kerana tanpa keberanian, semua ilmu dan potensi akan kekal menjadi teori. Berani mengambil langkah pertama. Berani menyuarakan pendapat. Berani mencipta perubahan. Salah satu modul penting dalam program saya nanti ialah tentang Kecerdasan Emosi (EQ) — kerana kejayaan sebenar bukan hanya bergantung pada kepintaran intelektual, tetapi bagaimana kita menguruskan emosi, memahami diri, dan berhubung dengan orang lain dengan empati. Itulah sebabnya saya memilih motto yang menjadi nadi perjuangan saya: “Bangkit. Bijak. Berani.” Ia bukan sekadar slogan — ia adalah falsafah hidup untuk setiap wanita yang mahu menulis semula kisah kejayaannya. by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com