Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

5 ciri-ciri Wanita Bekerjaya Bakal Pemimpin Masa Depan

5 ciri-ciri Wanita Bekerjaya Bakal Pemimpin Masa Depan

Dalam dunia kerja hari ini, semakin ramai wanita tampil ke hadapan sebagai pemimpin yang dihormati. Namun, menjadi pemimpin bukan sekadar tentang jawatan — ia tentang karakter, kematangan, dan keupayaan mengemudi diri sebelum memimpin orang lain.

Jika anda seorang wanita bekerjaya yang ingin melangkah lebih jauh, berikut adalah 5 ciri-ciri utama yang menunjukkan anda sebenarnya sudah berada di landasan yang betul dalam menjadi pemimpin masa depan.

1. Anda nampak JELAS Matlamat anda & Tahu Ke Mana Mahu Pergi.

Pemimpin yang bijak tidak akan bergerak tanpa sebarang perancangan yang betul. Mesti ada arah dan tujuan. Wanita yang bersedia untuk memimpin biasanya mempunyai visi yang jelas — bukan sahaja tentang kerjaya, tetapi juga tentang nilai hidup dan impak yang ingin mereka tinggalkan sebagai legacy darinya.

Mereka tahu why mereka bekerja. Mereka tahu kenapa mereka ingin berjaya.

Dan visi inilah yang membuatkan mereka sentiasa bergerak maju walaupun cabaran datang bertalu-talu. Anda punya ciri-ciri ini? Cuba renung-renungkan 🙂

 

2. Anda Mampu Mengawal Emosi sewaktu situasi Dalam Tekanan

EQ adalah “senjata rahsia” seorang pemimpin wanita. Wanita yang bersedia memimpin bukan yang tak pernah stress, tetapi yang tahu mengurus stress dengan tenang, tanpa melepaskan emosi pada orang sekeliling. Fuhh… stress dalam hidup wanita ni, boleh dikatakan ada saja setiap masa. Tinggal nak meletup atau sabar menahannya.

Sekiranya anda boleh:

  • Berfikir dengan tenang sebelum bertindak,
  • Membuat keputusan tanpa dipengaruhi emosi semata-mata,
  • Menenangkan semua orang sewaktu hampir kesemua orang panik…

…mungkin anda ada chance untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Keupayaan ini akan membuatkan anda dihormati secara semula jadi nanti. So, again tanya diri dan lihat sejarah sebelum ini, adakah anda possessed ciri-ciri ini?

 

3. Sentiasa Belajar dan Tak Pernah Berhenti Bertanya

Pemimpin masa depan ialah lifelong learners. Haa… maknanya, seorang yang tidak segan untuk terus belajar dan belajar, walaupun kadang dia sudah tahu. Ini kerana kadang-kadang, apa yang sudah kita pelajari, mungkin tidak sama dengan apa yang kita bakal pelajari nanti. Always be open for a good knowledge.

Wanita bekerjaya yang layak memimpin tidak pernah rasa cukup. Mereka sentiasa membaca, menghadiri kursus, mencari mentor, bertanya soalan, dan terbuka pada feedback dan juga kritikan.

Mereka tahu bahawa kepimpinan bukan bakat — ia satu kemahiran yang dibina dan diusahakan.

Dan wanita yang rajin belajar, akan sentiasa melangkah lebih jauh daripada yang berhenti berkembang.

 

4. Pandai Menjalin Hubungan dan Bekerja Dengan Orang Lain

Kerjaya moden bukan tentang kerja seorang diri — ia tentang bagaimana kita bergerak secara berpasukan. Jika ada good relation bersama TEAM MEMBER, anda boleh berjaya lebih jauh.

Wanita yang bersedia menjadi pemimpin mempunyai satu ciri penting iaitu, mereka pandai membina hubungan.

Mereka tahu berkomunikasi dengan baik, hormat pandangan orang lain, dan tidak rasa terancam oleh bakat orang sekeliling. Malah, mereka suka berkongsi ilmu dan menaikkan orang lain pula — kerana mereka faham, pemimpin sebenar bukan hanya memimpin kerja, tetapi memimpin hati dan perasaan team member tadi yang mana akhirnya mereka ini jugalah yang akan memberi kerjasama dan ini akan banyak memudahkan anda nanti.

 

5. Berani Ambil Tanggungjawab, Bukan Cari Alasan

Kesemua ciri-ciri yang telah saya jelaskan tadi, mungkin anda sudahpun memilikinya. Namun, ciri yang kelima ini, jarang-jarang ada pada ramai orang. Kerana ianya adalah dari sebuah PENGALAMAN!

Melalui pengalaman, anda akan akan mulai menjadi seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berani mengaku kesilapannya dan jelas mahu membaik pulih dan menjadi lebih baik. INI JELAS salah satu ciri seorang pemimpin yang berjaya! Kerana, mereka bertanggungjawab atas keputusan sendiri.

Wanita bekerjaya yang bersedia memimpin tidak takut gagal, tidak mudah salahkan keadaan, dan tidak sembunyi di belakang alasan. Sebaliknya, mereka berani mengatakan: “Apa pun yang berlaku, saya akan cari jalan penyelesaiannya.”

Inilah sifat yang membezakan “pekerja biasa” dan “pemimpin masa depan”.

 

Kesimpulan

LEADERSHIP atau kepimpinan bukan hanya sebuah gelaran — ia refleksi siapa kita di luar dan dalam. Ia mempamerkan siapa diri kita yang sebenarnya. Jika anda memiliki beberapa ciri-ciri ini, besar kemungkinan anda sebenarnya sudah pun berada dalam perjalanan menuju kepimpinan yang jitu.

Dan perjalanan ini tidak perlu anda lalui seorang diri. Dengan bimbingan yang tepat, anda boleh mempercepatkan pertumbuhan, mengasah EQ, dan membina keyakinan sebagai pemimpin wanita yang dihormati.

Don’t worry jika anda tidak memiliki ciri-ciri yang telah saya jelaskan. Kerana ianya boleh dilatih malah boleh dipelajari melalui pengalaman dan tunjuk ajar dari pemimpin awal. Yang penting ada kemahuan, pasti ada jalan!

ikhlas,

Dr Suffia Hany
Leadership & EQ Strategist
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

www.drsuffiahany.com

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com