Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Sosial Ekonomi Negeri Selangor
“Membina peluang, memacu perubahan, menginspirasi komuniti.”
PERSENS, diasaskan oleh Dr. Suffia Hany Mohd Amin, dan ianya adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif melaksanakan program pembangunan sosial dan ekonomi di Negeri Selangor. Organisasi ini memperkasakan masyarakat, khususnya wanita, belia, dan komuniti B40 melalui latihan, program keusahawanan, dan sokongan pembangunan komuniti.
Matlamat:
Visi: Latih & kembangkan kemahiran wanita dalam penjagaan kesihatan & kecantikan
Misi: Melahirkan usahawan profesional berjaya di bandar & luar bandar
*Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan pertubuhan NGO anda, anda bolehlah mendaftar di Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
PERSENS memberi tumpuan kepada beberapa bidang pembangunan komuniti yang dirangka bagi memastikan kesejahteraan sosial dan
peningkatan ekonomi masyarakat tercapai secara menyeluruh. Bidang tumpuan strategik ini merangkumi:
01 – Pendidikan & Pembangunan Kapasiti
02 – Keusahawanan & Kemahiran Ekonomi
03 – Kebajikan & Sokongan Sosial
04 – Kesihatan & Kesejahteraan
05 – Pembangunan Komuniti & Jaringan Kerjasama
Cipta pengalaman ceramah/talk yang bukan sekadar motivasi, tetapi perjalanan menyentuh hati dan mengubah perspektif.