Mingguan Malaysia, 24 Feb 2019 Saat menginjak ke fasa menopaus, Ia sebenarnya satu waktu yang sangat membimbangkan dan menakutkan bagi seorang wanita. Banyak perkara yang bermain di minda mereka terutamanya memikirkan hubungan intim bersama pasangan . Soal ini harus dijaga terutama bagi wanita yang mempunyai pasangan yang usianya lebih muda ataupun pasangan yang masih aktif dalam hubungan seksual. Hal yang sama berlaku ke atas diri rohani ( Bukan nama sebenar ) .Memikirkan hal ini membuatkan rohani ada kalanya menjadi murung dan tidak mahu gembira bersama pasanganya. Ini kerana tanda-tanda menopaus sudah ada dan ia menjadi kerunsingan bagi dirinya. Menurut Dr Suffia Hany, pakar Estetik & Anti-aging, dari Francsuffia wellness centre, wanita dan menopaus dua perkara yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan . Setiap wanita yang sudah mencapai usia emas ataupun lewat 50-an malahan ada pada awal 50-an akan mengalami situasi dan keadaan ini. Simptom seperti haid tidak lagi teratur hingga ada yang tidak mengalami kedatangan haid sehingga dua bulan dan selepas itu ada kembali , Itu juga antara simptom dan tanda-tanda seorang wanita itu akan menopaus. Namun begitu, kerunsingan dan kerisauan yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kemurungan dan kecicaruan fikiran. Hal ini sebenarnya akan menyumbangkan lagi kepada kecepatan menopaus itu terjadi. Apa yang perlu ialah, tenangkan diri dan anggap ia adalah perkara biasa terjadi kepada setiap wanita normal. Perbincangan dua hala pasangan serta sokongan daripada pasangan adalah sangat penting. Pada situasi ini pasangan tidak boleh membawa haluan sendiri kerana isteri perlukan pemahaman daripada suami. Kata-kata sokongan dibantu dengan perbuatan membuatkan isteri terasa diri mereka dihargai. Vagina dan kulit disekitarnya terasa kering dan tidak lagi lembap seperti dahulu adalah kesanya .Keinginan untuk bersama pada peringkat awal juga mungkin akan berkurang kerana tidak berasa selesa dengan perubahan vagina. Terjadinya keadaan sebegini adalah disebabkan oleh hormon estrogen wanita menopaus ia sudah menurun. Apa yang perlu dilakukan , Jangan terus mengelak untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan , boleh diteruskan seperti biasa dengan bantuan dan sokongan pelbagai gel serta krim yang disyorkan. Dan sebenarnya dengan cara terus merangsang aliran darah disekitar vagina dan tubuh anda tetap sihat walapun sudah menopaus. “Tanggapan mengatakan mereka yang sudah menopaus tidak mencapai tahap orgasma yang memuaskan adalah satu tanggapan yang tidak tepat …” APA YANG TERJADI PADA WAKTU MENOPAUS? CARA PANDANG TERHADAP DIRI BERUBAH Banyak perubahan yang terjadi selama menopaus tidak hanya tertakluk pada perubahan fizikal tetapi tertakluk juga pada mental. Menopaus boleh mengubah cara pandangan wanita mengenai tubuhu dan kehidupan seksual mereka serta harga dirinya .Bagi mengatasinya cubalah alihkan kepada minat seperti bermain piano ataupun apa sahaja kegemaran anda yang boleh meningkatkan kepercayaan diri anda. USAHA LEBIH KERAS Tanggapan mengatakan mereka yang sudah menopaus tidak mencapai tahap orgasma yang memuaskan adalah satu tanggapan yang tidak tepat . Boleh sahaja mencapai tahap orgasma namun perlu sedikit usaha yang lebih. Pasti nya kondisi diri sudah jauh beza ketika usia 20 tahun berbanding hubungan intim pada usia 50 tahun . Jadi ia adalah satu kejadian normal dan tidak perlu menjadi satu isu yang besar dan membuatkan anda tertekan. Tidak Konsisten Ia adalah kalangan memberikan kesan yang berbeza untuk setiap orang. Ada yang membawa kesan kepada penurunan keirginan untuk melakukan hubungan intim namun ada juga ketikan keinginan itu memuncak . Jika keinginan yang tidak konsisten ini akan memberikan kesan kepada pemikiran jika ia tidak terkawal dengan baik. Jadi penuhkan diri dengan aktiviti seperti bersenam dan sebagainya mampu mengembalikan keceriaan diri dan hidup. Dinding vagina menipis Salah satu masalah kehidupan seks terbesar setelah menopaus ialah menurunnya kadar estrogen yang menyebabkan berlakunya penipisan dinding vagina. Penipisan dinding vagina ditambah pula dengan berkurangnya darah lubrikasi akan menjadi keadaan menyakitkan ketika hubungan intim . Jika anda mengalami hal tersebut maka sebaiknya anda berjumpa dan meminta nasihat daripada doctor supaya mendapat khidmat dan nasihat. Prepared by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com
Lambatkan Proses Penuaan
Mingguan Malaysia, 7 April 2019 Alangkah beruntung seorang wanita yang memiliki kulit cantik dan berseri tanpa sebarang cela. Kulit yang segar berupaya melindungi usia sebenar seseorang wanita. Namun, bagi wanita yang sudah menginjak umur 4o-an, potensi mengalami masalah tanda-tanda penuaan tidak dapat dielakkan seiring dengan peningkatan usia dan kekurangan hormon dalam badan . Masalah penuaan yang tidak ditangani dengan sebaik mungkin boleh memberi kesan kepada wanita sama ada dari segi perubahan emosi mahupun fizikal. “Wanita yang kelihatan tua pada usia sebenar turut berpontensi mengalami Proses penuaan bermula ketika seseorang itu memasuki usia 25 tahun, justeru setiap individu memerlukan masa yang lama untuk menangani masalah tersebut.” Dalam hal ini,’wanita lebih tinggi mengalami masalah penuaan berbanding lelaki memandangkan factor perubahan hormon yang berlaku dengan lebih cepat dalam badan mereka. Lagi lama anda tunggu untuk menangani proses penuaan lebih sukar untuk mengawalnya serta memperlahankan kesannya. Sebagai contoh, jika anda mula mengambil langkah untuk mengatasi penuaan pada usia 3o-an, ia mungkin mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk mengatasinya. Sekiranya anda tunggu sehingga berusia 5o tahun atau lebihi masalah penuaan memerlukan tiga hingga lima tahun untuk ditangani. Penuaan amat berkaitan dengan perubahan dari segi dinamik, biologi, fisiologi, persekitaran, psikologi, kelakuan dan proses sosial. Penuaan bukanlah penyakit tetapi penyakit-penyakit yang kronik akan mempercepatkan proses penuaan. Proses penuaan ini melibatkan sel, komponen tisu dan system tubuh badan manusia. Penuaan pada wajah bermula dengan perubahan pada permukaan-luar dan dalam struktur tisu muka iaitu kulit, lemak, otot dan tulang. Perubahan itu boleh dilihat melalui ekspresi muka. Tanda-tanda penuaan pada wajah : Kedutan atau garisan atas dahi Kedutan antara dua kening berkerut Kedutan tepi mata terutama ketika senyum Garisan tepi hidung Garisan bawah mata Garisan bawah tepi pipi shingga ke bahagian dagu Kendur pipi di wajah akan terjadinya garisan di tepi hujung bibir. BAGAIMANA PENUAAN BERLAKU? Teori penuaan, secara rawak berlaku mutasi pada sel somatic DNA yang menyebabkan berlakunya perubahan sel. Teori berkaitan cToss-linkedkolagen dengan protein yang menyebabkan non enzymatic kombinasi antara glukos dan asid amino yang menyebabkan kerosakan pada tisu. Boleh dibahagikan kepada proses biologi iaitu kronologikal dan hormonal.proses kronologikal adalah proses secara normal atau semula jadi. Kolagen akan hilang secara semula jadi disebabkan pengurangan penghasilan kolagen oleh Jibroblast danelastic Jibers yang menjadi lemah. Ini menyebabkan kekenduran pada kulit sekali gus ada nya tanda kedutan garisan halus,kekeringan pada kulit dan tiada lagi ketegangan pada kulit wajah. Proses hormonal pula adalah daripada proses evolusi badan secara natural. Antaranya berkaitan perubahan hormon seperti perubahan hormon semasa mengandung atau semasa menopaus iaitu kekurangan hormon estrogen. Selain itu, penuaan boleh disebabkan oleh sinaran matahari. Kajian menunjukkan bahawa 80peratus penuaan pramasa disebabkan oleh persekitaran yang tercemar. Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan menyebabkan peningkatan penghasilan radikal bebas yang meningkatkan proses oksidasi pada kerosakan sel dan DNA. Tanda-tanda yang dapat tona kulit yang tidak sekata, garisan halus dan kedutan. BAGAIMANA PENUAAN BOLEH D LAMBATKAN? Lindungi kulit daripada terdedah berlebihan kepada cahaya matahari. Penggunaan pelindung cahaya matahari (sunblock atau sunscreen) sangatlahpenting (SPF). Hentikan merokok supayatidak terdedah secara langsung kepada bahan kimia rokok dan asap. Makan pemakanan seimbang dan pemakanan Minum air satu hingga dua liter sehari senaman pastikan menjalani pemeriksaan kesihatan yang berjadual. RAWATAN PENUAAN Rawatan pemeriksaanhormon dan seimbangkanparas hormon yang normal. Rawatan laser. Filler atau BTX boleh membantu. Teknik platelet rich plasma (PRP) yang memudakan sel-sel dalam badan. Prepared by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com
The Secret Within Our Own Blood
We live in a world that celebrates quick beauty — instant results, faster promises, endless injections. Many women, in the hope of achieving a flawless complexion, unknowingly take shortcuts that may harm more than heal. I’ve met patients who believed collagen drinks or injections could restore youth overnight. What they didn’t realise is that collagen molecules are too large to be absorbed through the gut — and many “collagen shots” circulating out there are unsafe, sometimes containing silicone or unverified substances that can cause severe reactions, even skin cancer. True beauty, I’ve always believed, should never come at the cost of your health. Healing Begins From Within There’s a far more natural way — a method that uses your body’s own healing intelligence. It’s called Platelet-Rich Plasma (PRP) therapy. PRP utilises a small amount of your own blood, processed to extract the plasma rich in growth factors and proteins. This golden serum is then reintroduced into areas that need rejuvenation, encouraging your skin to repair and renew itself — from the inside out. I often describe it as your body remembering how to heal again. Within weeks, many notice smoother texture, an even skin tone, and that healthy glow that looks beautifully effortless. More Than Skin Deep PRP isn’t just about beauty — it’s about well-being. It has been shown to help restore thinning hair, ease joint discomfort, and even support intimate wellness. Because it uses your own blood, it is halal, safe, and uniquely natural — a reminder that our bodies are capable of extraordinary repair when given the right care. For those who fear needles, micro-rollers can make the process gentler. Any minor swelling fades quickly, leaving behind renewed confidence and calm. A Promise of Authentic Care Only a small number of Malaysians have truly discovered the power of PRP. That’s why I continue to share its benefits through wellness programmes and community collaborations — especially among women who deserve to feel confident, radiant, and strong. If you ever consider this treatment, please ensure it is done by a qualified medical professional at a registered aesthetic clinic. Beauty should always be guided by science, ethics, and compassion. Because the most beautiful thing a woman can wear — is her health. Written by Dr. Suffia Hany Certified Aesthetic & Anti-Aging Physician | FrancSuffia Wellness Centre drsuffiahany.com
Vampire facial rawat wajah guna darah
Mingguan Malaysia, 24 Mac 2019 SAYA didatangi oleh seorang wanita berusia 40-an yang mengadu mukanya semakin kusam, kendur dan berkedut serta berparut disebabkan jerawat. Dia merasakan dirinya tidak cantik pada pandangan mata suaminya. Keyakinan dirinya semakin kurang. Malu kerana nampak tua sebelum usia. Orang selalu menganggap dia ialah ibu kepada suaminya sekiranya keluar bersama. Ini kerana suaminya kelihatan lebih muda. Saya kemudian menyarankan dia menjalani rawatan hormon dan plasma darah atau platelet rich plasma (PRP). Dalam rawatan estetik, PRP semakin diminati dan menjadi trend terkini yang mampu memulihkan kulit dan membantu bagi menampakkan wajah lebih muda dan kulit lebih tegang. Rawatan PRP ini memerlukan pengambilan darah dan kemudian dilakukan pengasingan plasma yang digunakan untuk rawatan regeneratif, antiradangan serta penghasilan tisu baharu yang sihat selain menghasilkan kolagen dan elastin. Semua maklum bahawa kolagen sangat penting untuk menegangkan kulit. Malah ramai usahawan yang melabelkan produk mereka mengandungi kolagen yang boleh menegangkan kulit. Tahukah anda penghasilan kolagen terbaik adalah melalui rawatan PRP dengan menggunakan darah sendiri? Rawatan PRP ini pernah ditularkan oleh Kim Kardashian sebagai vampire facial. Rawatan wajah puntianak menjadi kegilaan ramai tetapi ada juga yang takut apabila membaca perkataan puntianak. Sedangkan rawatan ini selamat, tidak menyakitkan, mudah dan tempoh penyembuhannya juga singkat. Rawatan PRP ini juga tidak menggunakan bahan lain selain darah sendiri, jadi risiko alahan tidak akan berlaku. Malah rawatan ini juga digunakan dalam ortopedik untuk merawat otot atau sendi yang mengalami radangan. Darah adalah cecair plasma yang juga mengandungi komponen darah merah, darah putih dan platelet. Kemudian darah yang diambil akan diproses melalui mesin centrifudge yang berfungsi mengasingkan platelet rich plasma (plasma yang kaya dengan platelet) daripada komponen darah lain. PRP yang telah diasingkan akan disuntik semula kepada bahagian yang bermasalah seperti kulit wajah, kulit kepala, otot, sendi atau bahagian lain tubuh yang perlukan rawatan. Rawatan yang boleh menggunakan PRP: Wajah kusam/pigmentasi. Parut jerawat/jerawat/pori-pori terbuka. Kendur pada kulit wajah Kedutan sekitar bawah mata, tepi mata, dahi dan seluruh wajah. Rambut gugur/botak Sakit sendi atau otot. Parut pada perut/peha. Payudara kendur. Luka (terutama pesakit diabetes). Merawat alat kelamin yang kendur (labia majora) pada wanita. Langkah rawatan: Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh pesakit sama ada pada wajah atau bahagian tubuh lain. Sejarah perubatan, ada penyakit lain atau sedang menjalani apa-apa rawatan. Kebenaran memulakan rawatan. Muka akan dicuci bersih dan diletakkan krim kebas selama 20 minit Darah diambil dan diproses melalui mesin centrifudge. Muka akan dicuci semula sehingga bersih. Microneedling akan digunakan dan PRP akan dimasukkan ke dalam kulit bahagian dermis dan penetrasi PRP pada bahagian dalam kulit akan stimulasikan penghasilan kolagen dan tisu baharu yang sihat. Bahagian kulit luar juga akan disapu sekata dengan PRP juga menggunakan microneedling. Kesemua bahagian kulit akan menerima PRP dengan sekata supaya kulit akan dipulihkan dan penghasilan sel baharu dan kolagen terhasil pada keseluruhan bahagian wajah. Muka akan kelihatan merah sedikit dan rasa seperti tegang. Kemerahan akan hilang dalam masa 24 jam. Pastikan semasa rawatan, pesakit tidak terlalu terdedah kepada matahari secara langsung. Pastikan penggunaan produk penjagaan kulit yang selamat dengan tidak menggunakan bahan-bahan yang merosakkan kulit seperti produk yang boleh mengelupaskan kulit. Lazimnya doktor akan menasihati tentang jenis-jenis produk yang selamat untuk digunakan. Hasil awal rawatan akan diperoleh dalam masa satu hingga dua minggu. Kulit akan nampak cerah, tegang dan baharu. Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah seperti tersenarai di atas, pastikan anda berjumpa dan meminta nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Pastikan anda mengemukakan masalah dan jangan malu untuk meminta nasihat doktor. Prepared by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com
Hilangkan kedutan dan tegangkan KULIT dengan cara moden
Oleh: ZAITON ABDUL MANAT Foto: MOHD SHAIFUL NIZAM AZZADIN Berita mengenai “hilangkan kedutan dengan rawatan teknologi moden” ini adalah dari Mingguan Wanita MENYEDARI WANITA DAN KECANTIKAN TIDAK DAPAT DIPISAHKAN, KLINIK ESTETIK INI BERSEDIA MEMENUHI KEPERLUAN MEREKA YANG INGIN TAMPIL CANTIK DAN AWET MUDA. KECANTIKAN BUKAN SEKADAR IMPIAN, SEBALIKNYA IA MENJADI KEPERLUAN SETIAP WANITA. BAGI MEREKA YANG MULA DI MAMAH USIA, PASTINYA KULIT WAJAH MAHUPUN TUBUH TIDAK LAGI SETEGANG SEBELUM INI. INI KERANA, PROSES PENGHASILAN KOLAGEN PADA KULIT SUDAH MULA BERKURANGAN. INI MENYEBABKAN KULIT MULAI MENGENDUR. Hilangkan Kedutan Justeru, teknologi moden melalui mesin Alma Laser Radio Frequency (RF), antara rawatan yang terkini dalam membantu memberikan perubahan menakjubkan dalam masa singkat. la direka menggunakan teknologi ciptaan terkini yang mampu mengembalikan ketegangan kulit tubuh, mengurangkan garis-garis, kedutan pada wajah dan sebagainya lagi. Menurut Dr. Suffia, pakar estetik, melalui penggunaan mesin RF ini, kulit kendur akan kembali tegang. Selain itu, mesin ini juga membantu merampingkan tubuh serta mengembalikan bentuk badan yang diingini. “Semakin berumur, tahap penghasilan kolagen juga semakin berkurangan. Ini menyebabkan kulit semakin hari semakin mengendur dan tidak lagi tegang seperti sebelum ini. Bagi mengembalikan keremajaan kulit selain merangsang kembali penghasilan kolagen yang baru, penggunaan mesin Alma Laser RF membantu mengatasi masalah tersebut. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak terlalu serius boleh melakukan rawatan menggunakan mesin tersebut, tetapi harus mendapatkan nasihatdari pakar bertauliah terlebih dahulu. “Selain untuk proses menegangkan kulit wajah, mesin RF ini boleh digunakan bagi mereka yang mengalami masalah kulit tubuh kendur terutama di bahagian lengan, paha dan punggung. Malah, ia juga boleh membantu mengatasi masalah selulit, strechmark, mengembalikan bentuk badan yang diingini dan sebagainya lagi. Pun begitu, hasil yang diperoleh bergantung pada besar atau kecil tubuh seseorang. Mesin RF ini akan memecahkan lemak-lemak dalam badan tanpa meninggalkan sebarang kesan mahupun membahayakan pengguna. Masa yang diambil lebih kurang 15-45 minit bergantung saiz badan dan bahagian tubuh seseorang. Setelah itu, lemak-lemak berkenaan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan. “Melalui mesin lemak-lemak dalam badan dapat dipecahkan, lalu ia akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan tidak meninggalkan kesan mudarat kepada pesakit. Selain memecahkan lemak dalam badan, ia juga membantu melancarkan peredaran darah. Kebaikan mesin ini juga ia tidak menyakitkan selain tidak menggunakan jarum mahupun suntikan. Kesan rawatan boleh dilihat selepas sesi rawatan pertama lagi. Sebagai contoh, ukur lilit pinggang boleh turun 1-5 cm pada satu rawatan. “Ketika proses rawatan hilangkan kedutan dilakukan, pesakit seolah-olah seperti tengah bertungku. Dengan diiringi alunan muzik mendamaikan serta bau-bauan aroma terapi, pasti pesakit akan terasa tenang seolah-olah sedang mengadakan rawatan ‘hot massage’. Malah, mesin ini juga sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sakit otot ataupun sakit belakang,” ujar Dr Suffia yang mengakui penggunaan mesin ini amat mudah, tidak mengambil masa yang lama selain tidak menyakitkan. Selain penggunaan mesin Alma Laser RF, Dr. Suffia turut menyediakan rawatan mengembalikan ketegangan kulit melalui penggunaan jarum halus iaitu melalui Teknik Serdev. “Teknik yang boleh dianggap sebagai pembedahan kecil (minor surgery) ini menggunakan jarum halus tanpa meninggalkan sebarang parut. la menggunakan benang khas yang akan menarik kulit muka di bahagian bawah telinga dan kening bagi mengembalikan ketegangan kulit. Malah, mereka yang mahu mengecilkan hidung, menaikkan kening atau menegangkan payu dara yang kendur juga boleh berbuat demikian menggunakan teknik ini. Malah, kita boleh nampak perubahan selepas proses tersebut dilakukan. Untuk mendapatkan hasil terbaik, pesakit juga digalakkan untuk mengikuti diet yang betul,” jelas Dr. Suffia lagi. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Women’s Leadership & Empowerment Strategist Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini ➡️Persens – Sebuah NGO yang diasaskan oleh Dr. Suffia Hany
Jangan Takut Hadapi Menopaus: 9 Perkara Wanita Perlu Tahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang saya kasihi. Apabila bercakap tentang hadapi menopaus, saya sering mendengar pelbagai reaksi daripada wanita. Ada yang takut. Ada yang risau. Ada juga yang tidak mahu langsung memikirkan tentangnya. Hakikatnya, menopaus adalah satu proses semula jadi yang akan dilalui oleh kebanyakan wanita apabila tiba masanya. Ia bukan penyakit. Ia juga bukan penghujung kepada kehidupan yang aktif dan bahagia. Sebaliknya, hadapi menopaus dengan tenang kerana ia adalah satu lagi fasa kehidupan yang perlu difahami dengan baik supaya kita dapat melaluinya dengan lebih tenang dan positif. Hari ini saya ingin berkongsi beberapa perkara penting yang setiap wanita perlu tahu mengenai menopaus. Apa Itu Menopaus? Menopaus berlaku apabila ovari berhenti menghasilkan ovum (telur) dan pengeluaran hormon wanita seperti estrogen serta progesteron mula berkurangan. Akibatnya, kitaran haid menjadi tidak teratur sebelum akhirnya berhenti sepenuhnya. Secara umumnya, menopaus berlaku sekitar umur 45 hingga 55 tahun, walaupun ada wanita yang mengalaminya lebih awal atau lebih lewat. Setiap wanita adalah berbeza. 1. Hadapi Menopaus dengan tenang kerana ia Bukan Penyakit Perkara pertama yang saya ingin tekankan ialah menopaus bukanlah satu penyakit. Ia adalah proses semula jadi dalam kehidupan seorang wanita. Sama seperti zaman remaja, kehamilan atau proses penuaan, menopaus adalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang normal. Oleh itu, tidak perlu berasa malu atau takut apabila memasuki fasa ini. 2. Simptom Menopaus Berbeza Bagi Setiap Wanita Ada wanita yang hampir tidak merasakan sebarang perubahan. Ada pula yang mengalami simptom-simptom menopaus yang lebih ketara seperti: Sukar tidur Badan terasa panas secara tiba-tiba Berpeluh pada waktu malam Mudah lupa Cepat marah Emosi tidak menentu Jantung berdebar Kekeringan faraj Kerap membuang air kecil Tidak semua wanita mengalami simptom yang sama. Itulah sebabnya pengalaman menopaus setiap wanita berbeza. 3. Menopaus Tidak Bermaksud Anda Sudah Tua Ini adalah salah satu salah faham yang paling biasa. Ramai wanita menganggap menopaus sebagai tanda bahawa kehidupan mereka sudah memasuki penghujung usia produktif. Saya tidak bersetuju. Sebenarnya ramai wanita mencapai kematangan emosi, keyakinan diri dan kestabilan hidup yang lebih baik selepas menopaus. Ramai juga wanita berjaya membina kerjaya, memulakan perniagaan dan menikmati kehidupan yang lebih tenang pada peringkat usia ini. 4. Kesihatan Emosi Juga Penting Perubahan hormon boleh mempengaruhi emosi. Ada wanita yang menjadi lebih sensitif. Ada yang mudah tersinggung. Ada yang berasa cemas tanpa sebab yang jelas. Perkara ini adalah normal. Namun begitu, jangan pendam perasaan seorang diri. Berbincanglah dengan pasangan, keluarga atau sahabat yang dipercayai. Kadang-kadang, sokongan emosi adalah ubat yang sangat berharga. 5. Jangan Mengasingkan Diri Salah satu kesilapan yang sering berlaku ialah apabila seseorang wanita mula menjauhkan diri daripada orang sekeliling. Mereka merasakan tiada siapa yang memahami apa yang sedang mereka lalui. Hakikatnya, ramai wanita lain sedang melalui pengalaman yang sama. Teruskan bergaul. Teruskan melakukan aktiviti yang anda sukai. Teruskan melibatkan diri dalam komuniti dan keluarga. Jangan biarkan menopaus membuatkan anda berasa keseorangan. 6. Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Sangat Membantu Walaupun kita tidak dapat menghalang menopaus, kita boleh membantu tubuh menghadapi perubahan ini dengan lebih baik. Antara perkara yang boleh diamalkan: Pemakanan seimbang Minum air yang mencukupi Bersenam secara berkala Tidur yang mencukupi Mengurangkan tekanan Tubuh yang sihat biasanya lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan hormon. 7. Hubungan Suami Isteri Masih Boleh Bahagia Ada wanita yang bimbang hubungan rumah tangga akan berubah selepas menopaus. Sebenarnya kebahagiaan rumah tangga tidak bergantung kepada hormon semata-mata. Komunikasi, kasih sayang dan sokongan pasangan memainkan peranan yang jauh lebih besar. Sebab itu saya selalu berpesan bahawa suami dan isteri perlu saling memahami perubahan yang berlaku dalam kehidupan masing-masing. 8. Sokongan Keluarga Sangat Penting Kadang-kadang wanita yang mengalami menopaus hanya memerlukan sedikit perhatian. Sedikit kefahaman. Sedikit kesabaran. Suami, anak-anak dan ahli keluarga boleh memainkan peranan yang besar dalam membantu wanita menghadapi perubahan ini dengan lebih tenang. Jangan memperlekehkan perasaan mereka. Dengar dan cuba memahami. Itu sudah cukup bermakna. 9. Menopaus Adalah Permulaan Fasa Baru Kehidupan Saya suka melihat menopaus dari sudut yang lebih positif. Mungkin inilah masanya untuk memberi lebih perhatian kepada diri sendiri. Mungkin inilah masanya untuk mengejar impian yang tertangguh. Mungkin inilah masanya untuk lebih dekat dengan keluarga dan Tuhan. Setiap fasa kehidupan mempunyai keindahannya yang tersendiri. Begitu juga dengan menopaus. Seperti yang kita telah bincangkan dan senaraikan, usah sesekali rasa takut menghadapi menopaus. Namun sekiranya anda masih ada rasa kegusaran. Anda bolehlah mendapat maklumat lebih lanjut di World Health Organisation (WHO) atau di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jika anda sedang menghampiri menopaus atau sedang melaluinya sekarang, saya ingin anda ingat satu perkara. Jangan takut. Anda tidak keseorangan. Jutaan wanita di seluruh dunia melalui perjalanan yang sama. Menopaus bukan penghujung kehidupan. Ia hanyalah satu lagi babak dalam perjalanan seorang wanita yang kuat, tabah dan penuh pengalaman. Hadapilah ia dengan ilmu. Hadapilah ia dengan tenang. Dan yang paling penting, hadapilah ia dengan keyakinan bahawa anda masih mempunyai banyak perkara indah untuk dinikmati dalam kehidupan ini. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Women’s Leadership & Empowerment Strategist Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
Kisah Dr. Suffia Hany – Dunia perubatan sebati dalam dirinya
Perjalanan seorang wanita yang memilih untuk bangkit, bukan mengalah. Hari ini ramai yang mengenali Dr. Suffia Hany sebagai seorang doktor, penceramah, jurulatih pembangunan wanita, usahawan dan pemimpin yang aktif memperkasakan masyarakat. Kisah Dr. Suffia Hany: Dari Ibu Tunggal Kepada Ikon Pemerkasaan Wanita Malaysia Namun di sebalik kejayaan yang dilihat hari ini, tersimpan sebuah perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran, pengorbanan dan ketabahan. Pada tahun 2011, sebuah majalah wanita tempatan pernah menampilkan kisah kehidupan Dr. Suffia sebagai seorang ibu tunggal yang berjaya membina kehidupan baharu selepas melalui episod perpisahan dalam rumah tangga. Ketika ramai melihat kejayaan beliau hari ini, tidak ramai yang mengetahui bahawa perjalanan tersebut sebenarnya bermula daripada satu fasa kehidupan yang sangat mencabar. Apabila Kehidupan Tidak Menjadi Seperti Yang Dirancang Tidak ada seorang wanita yang berkahwin dengan impian untuk berpisah. Namun kehidupan tidak sentiasa berjalan mengikut perancangan kita. Kadangkala Allah membawa kita melalui jalan yang tidak pernah kita bayangkan demi membentuk diri kita menjadi lebih kuat dan lebih matang. Bagi Dr. Suffia, perpisahan bukan sekadar melibatkan dirinya sendiri, tetapi turut melibatkan anak-anak yang amat disayangi. Namun beliau memilih untuk melihat ujian tersebut daripada sudut yang lebih positif. Beliau percaya bahawa setiap ketentuan Allah pasti mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun pada awalnya sukar untuk difahami. Demi Anak-Anak, Hubungan Baik Tetap Dijaga Salah satu perkara yang paling dikagumi tentang perjalanan hidup Dr. Suffia ialah keputusannya untuk terus mengekalkan hubungan yang baik demi anak-anak. Walaupun perkahwinan telah berakhir, kasih sayang terhadap anak-anak tidak pernah berubah. Beliau percaya bahawa anak-anak berhak menerima kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Oleh sebab itu, hubungan yang baik dan matang terus dikekalkan demi memastikan perkembangan emosi dan kebahagiaan mereka sentiasa terjaga. Pendekatan inilah yang menunjukkan bahawa kematangan sebenar bukan terletak pada siapa yang betul atau salah, tetapi bagaimana seseorang memilih untuk melindungi hati anak-anak yang tidak bersalah. Bangkit Dengan Sokongan Keluarga Seperti ramai wanita lain yang pernah melalui fasa sukar dalam kehidupan, Dr. Suffia juga tidak terlepas daripada rasa sedih dan kecewa. Namun beliau bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan. Daripada terus membiarkan diri tenggelam dalam kesedihan, beliau memilih untuk bangkit sedikit demi sedikit. Beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai pilihan. Kita boleh terus melihat ke belakang dan meratapi apa yang telah hilang, atau kita boleh memandang ke hadapan dan membina kehidupan yang lebih baik. Dr. Suffia memilih pilihan yang kedua. Dunia Perubatan Yang Sebati Dalam Jiwa Minat terhadap bidang perubatan bukanlah sesuatu yang muncul secara kebetulan. Sejak awal kerjaya lagi, Dr. Suffia telah banyak menimba pengalaman dalam bidang kesihatan dan rawatan masyarakat. Beliau pernah berkhidmat di hospital dan klinik kesihatan serta terlibat dalam pelbagai program komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat. Walaupun kemudiannya aktif dalam bidang estetik, kecantikan dan pembangunan wanita, jiwa seorang doktor tidak pernah hilang daripada dirinya. Bagi beliau, profesion doktor bukan sekadar pekerjaan. Ia adalah satu amanah. Amanah untuk membantu. Amanah untuk mendidik. Dan amanah untuk memberi harapan kepada mereka yang memerlukan. Seorang Doktor, Seorang Ibu Ramai wanita sering berasa bersalah apabila cuba menyeimbangkan kerjaya dan keluarga. Namun Dr. Suffia membuktikan bahawa kedua-duanya boleh berjalan seiring apabila disertai dengan disiplin dan keutamaan yang jelas. Di sebalik jadual yang padat, anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Masa bersama keluarga dianggap sebagai pelaburan paling berharga. Beliau percaya bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian kerjaya, tetapi juga melalui hubungan yang dibina bersama insan yang paling kita sayangi. Dari Kisah Peribadi Kepada Misi Membantu Wanita Mungkin kerana pernah melalui pelbagai ujian kehidupan, Dr. Suffia memahami bahawa ramai wanita sebenarnya sedang memikul beban yang tidak kelihatan. Ada yang berjuang sebagai ibu tunggal. Ada yang sedang membina semula keyakinan diri. Ada yang sedang mencari kekuatan selepas dikhianati. Dan ada juga yang sekadar mahu menjadi versi terbaik diri mereka. Pengalaman hidup itulah yang akhirnya menjadi antara sebab mengapa beliau begitu aktif dalam bidang pembangunan wanita, kepimpinan dan kecerdasan emosi hari ini. Beliau bukan sekadar bercakap berdasarkan teori. Beliau bercakap berdasarkan pengalaman hidup yang sebenar. Bangkit. Bijak. Berani. Perjalanan hidup Dr. Suffia membuktikan bahawa ujian bukanlah pengakhiran sebuah cerita. Kadangkala ia hanyalah permulaan kepada bab yang lebih indah. Daripada seorang ibu tunggal yang berusaha membesarkan anak-anak sambil membina kerjaya, beliau kini dikenali sebagai seorang doktor, jurulatih, usahawan dan ikon pemerkasaan wanita yang memberi inspirasi kepada ramai wanita di seluruh negara. Jika ada satu perkara yang boleh dipelajari daripada kisah beliau, ia adalah ini: Jangan pernah biarkan masa lalu menentukan masa depan anda. Kerana setiap wanita mempunyai kekuatan untuk bangkit semula. Dan kadangkala, wanita yang paling kuat bukanlah wanita yang tidak pernah jatuh. Tetapi wanita yang memilih untuk bangun semula setiap kali diuji. Bangkit. Bijak. Berani. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Women’s Leadership & Empowerment Strategist Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini