Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Inisiatif Usahawan Perbidanan | Membantu 35 wanita Kota Bharu jadi yang Terbaik

Artikel akhbar Kosmo mengenai Program PEKB 2025 yang membantu 35 wanita Kota Bharu menjadi usahawan perbidanan melalui kerjasama KPKT, PERDIM dan PERSENS.

Bantu 35 wanita Kota Bharu jadi usahawan perbidanan

Usahawan Perbinanan adalah satu Inisiatif baik, dari usahasama PERDIM, SEIRING kepesatan ekonomi negara ketika ini, golongan wanita terutamanya suri rumah dan ibu tunggal juga seharusnya menyambut baik program yang amat membantu ini. Golongan berkenaan sebenarnya boleh terlibat dalam penjanaan pendapatan bagi memperbaiki taraf hidup apatah lagi jika mereka tinggal di kawasan bandar.

 

Kerjasama PERDIM bersama PEKB

Menyedari hakikat itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) telah menganjurkan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.

Program berlangsung selama tujuh hari di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan itu melibatkan seramai 35 orang wanita berusia antara 18 hingga 58 tahun yang kebanyakannya adalah suri rumah dan ibu tunggal. Menerusi program tersebut, para peserta berpeluang mendalami ilmu berkaitan penjagaan kesihatan ibu berpantang selepas bersalin dan bayi menerusi Kursus Eksklusif Pantang dan Penjagaan Kesihatan Ibu, sekali gus membolehkan mereka bergelar usahawan.

Menurut timbalan penganjur kursus tersebut, Dr. Suffia Hany Mohd. Amin, program PEKB dianjurkan bertujuan membantu wanita dalam kumpulan B40 yang menetap di sekitar bandar Kota Bharu menjana pendapatan.

Katanya, bagi program di Kota Bharu, pihaknya memilih untuk menerapkan kursus berkaitan penjagaan ibu berpantang selepas bersalin dan penjagaan bayi kerana permintaan terhadap perkhidmatan tersebut semakin meningkat.

 

Kursus Ibu berpantang selepas bersalin

“Ini merupakan kali pertama pihak Perdim menganjurkan kursus berkenaan di Kota Bharu. Menerusi program ini, kami ingin membantu golongan wanita terutamanya suri rumah dan ibu tunggal menjana pendapatan menerusi kursus yang diberikan.

“Kursus ini diberi secara percuma kepada mereka yang terpilih. Peserta juga diberi penginapan sepanjang tujuh hari kursus berlangsung, selain duit poket dan perjalanan berjumlah RM500 seorang,” ujarnya ketika ditemu bual K-Wanita baru-baru ini. Antara modul yang diketengahkan sepanjang kursus tersebut adalah pembangunan minda insan bagi membina keyakinan diri dan menetapkan matlamat kepada para peserta.

Dalam kursus tersebut juga, para peserta didedahkan dengan kemahiran urutan selepas bersalin, asas rawatan penjagaan badan, anatomi perbidanan, bertungku, param pilis, bengkung, penjagaan bayi dan banyak lagi. Menurut Dr. Suffia Hany yang juga Ahli Jawatankuasa Perdim, kursus tersebut melibatkan teori dan amali bagi memudahkan para peserta memahami setiap ilmu yang diberikan.

“Kemahiran yang kami berikan ini tidak terhad kepada amalan tradisional saja. Sebaliknya, kami juga menerapkan ilmu-ilmu moden dalam penjagaan ibu berpantang dan bayi.

“Salah satu kehebatan kursus kemahiran ini, ia disampaikan oleh doktor-doktor perubatan dari Perdim yang memiliki pengalaman luas,” ujarnya.

Selepas tamat kursus, para peserta bukan sahaja diberi sijil, malah mereka mendapat peralatan untuk penjagaan ibu berpantang selepas bersalin dan bayi yang dianggarkan bernilai RM4,000 secara percuma.

Antara peralatan yang diberikan termasuklah set tangas, bengkung, set tuam bayi, set batu tungku, produk param pilis dan tapel, set minyak urutan serta katil mudah alih.

“Selepas tamat kursus ini, kami akan memantau para peserta selama enam bulan. Ia bagi memastikan mereka dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM750 bagi tiga bulan sepanjang tempoh pemantauan kami,” ujarnya.

Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Peningkatan Sosioekonomi Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT, Shahrunaim Radzali. Turut hadir pada majlis ialah penganjur kursus berkenaan yang juga Presiden Perdim, Dr. Boi Saidi Abdul Razak.

SALAH seorang tenaga pengajar menunjukkan cara urutan selepas bersalin kepada peserta program. Sementara itu, salah seorang peserta, Ayu Nur Syafieqa Ismail, 25, berkata, kursus berkenaan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita yang masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan keluarga.

Ujarnya, menerusi kursus tersebut, para peserta dapat mendalami pelbagai ilmu berkaitan penjagaan ibu berpantang selepas bersalin dan bayi sehingga membolehkan mereka bergelar seorang usahawan.

“Selepas habis belajar, saya masih belum mempunyai pekerjaan tetap kerana terpaksa menjaga bapa yang sedang sakit di rumah.
“Jadi menerusi kursus ini, saya ingin memulakan perkhidmatan secara sambilan mengurut ibu berpantang selepas bersalin, sekali gus membolehkan saya menjana pendapatan,” ujar wanita berasal dari Kota Bharu itu.

Tambahnya, sepanjang kursus, dia cukup teruja dapat mempelajari pelbagai kemahiran baharu seperti pengurusan kewangan, urutan badan, anatomi perbidanan dan bertungku daripada tenaga pengajar bertauliah.

“Sebenarnya, saya memang sudah ada asas dalam mengurut badan. Namun sebelum ini, saya hanya belajar daripada orang-orang di sekeliling. Ini kali pertama saya dapat belajar mengurut secara formal daripada mereka yang pakar.

“Dengan kemahiran dan barangan yang diperolehi daripada kursus ini, ia meningkatkan lagi keyakinan saya untuk mula memberi perkhidmatan mengurut kepada ibu berpantang selepas bersalin. Ketika ini, saya giat menyediakan poster promosi untuk disebarkan di dalam media sosial,” katanya.

Oleh MOHD SHAZWAN YUSOP
7 Mac 2025, 8:35 am
Artikel ditulis di News Media KOSMO

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

PERSENSLogo PERSENS NGO Malaysia, NGO yang diasaskan oleh Dr. Suffia Hany Mohd Amin, juga sering berkerjasama bersama PERDIM, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia. Bersama, mereka dapat melaksanakan program pembangunan sosial dan ekonomi di Negeri Selangor. Organisasi ini memperkasakan masyarakat, khususnya wanita, belia, dan komuniti B40 melalui latihan, program keusahawanan, dan sokongan pembangunan komuniti.

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com