Apakah ciri-cirinya?
Ramai tahu, kalau seorang isteri pandai memasak, sedap pula, suka kemas rumah, pandai jaga anak-anak dan cantik pula penampilan diri MALAH… ‘terbaik’ di kamar, pastinya akan disayangi suami! Dicintai encik suami kannn…
Tapi, itu semua standard lahhhh… Siapa pun kalau dah pasangan cam gitu sure happy!! Puas hati punyalah kan. Makan sedap, rumah selesa, tidur pun nyenyak gitew 😊
Namun ada sesuatu yang mungkin tidak ramai yang tahu. Yang boleh buat si suami jatuh cinta berkali-kali! Haaa… nak tahu apa tak? 😀
Encik Suami anda akan sangat sayang kepada Isteri yang BIJAK dalam segi kewangan & bisnes!
- Bijak urus perbelanjaan, bukan boros sakan
- Ada plan bajet dan simpanan emergency
- Pandai labur & gandakan duit
Tapi yang paling power? Isteri yang boleh buat duit sendiri tanpa tunggu duit suami, malah boleh bantu dan boost bisnes suami pulak! FOR SURE disayangi suami.
Perghhh… bayangkan encik suami tengok isteri boleh generate income sendiri, urus duit dengan bijak, siap boleh bagi idea lagi untuk bisnes dia. Fuuuuu… dah la best, dapat menguntungkan suami pula?? WO… MANA NAK CARI ISTERI CAM TU???
Pasti encik suami sanggup mati-matian demi isteri sebegitu.
TETAPI… mahu menjadi isteri macam ni, mesti kena ada ilmu & mindset yang betul. SO, jangan risau, boleh start sikit-sikit dulu, dan cuba follow TIPS di bawah ni untuk guide anda menjadi isteri yang memiliki ciri-ciri disayangi suami selalu :
A – Mindset Kaya & Positif
- Setiap hari start dengan “Aku boleh!”
- Fikir peluang, bukan masalah.
- Jangan mudah mengeluh bila bisnes slow.
B – Ilmu Bisnes & Kewangan
- Belajar asas accounting, labur & marketing.
- Cuba apps budget & simpanan.
- Baca buku, ikut webinar, join komuniti usahawan.
C – Disiplin & Konsisten
- Buat kerja sikit-sikit hari-hari.
- Tetapkan target income mingguan.
- Jangan harap “sekali buat terus kaya”, dunia ni tak gitu.
D – Kreatif & Flexible
- Kalau satu plan gagal, buat plan B, C, D…
- Cari jalan baru untuk tarik client atau boost jualan.
- Kreatif dalam marketing & branding sendiri.
E – Network & Support System
- Cari mentor, join komuniti, belajar dari yang berjaya.
- Kalau ada kawan yang sama passion, boleh tukar idea & support each other.
- Jangan malu minta bantuan bila perlu.
Tips Harian (Extra Bonus) :
- Morning routine power: bangun awal, solat subuh dulu dan rancang hari anda. Check duit masuk/keluar, siap mindset “hari ni aku buat duit”.
- Budget Smart: catat semua perbelanjaan harian. Anda akan shocked berapa banyak boleh save tiap bulan.
- Side hustle small steps: start dengan bisnes kecil dari rumah, tak perlulah terus-terus BESAU. Contoh: jual e-book, class online, atau handmade.
- Support suami smart: Bantu En Suami dengan idea, tapi jangan pula biar kerja dia terus tanggung semua.
- Self-care & appearance: Jangan lupa diri sendiri walau busy. Suami tengok pun jatuh cinta lagi.
Demi untuk memiliki kasih seorang suami yang sejati, semua tips & guide ini kena praktik. However… jangan lupa tengok juga jenis suaminya…
- Kalau asyik tonggang terbalik kerjanya… baik tak perlu bantu.
- Kalau mata keranjang, curang sana-sini… buang masa you all je
- atau jenis pemalas… kita pulak yang kerja lebih dia tidur je… Kalau cam tu biar kita sendirian je lah yang kaya raya… dia boleh tidur sampai kiamat haha :))
Dalam perkahwinan, suami & isteri kenalah berusaha bersama, bersusah payah bersama. Baru ada hasil dan nilai yang bermakna untuk dikongsikan bersama-sama nanti.
If not, it just a waste of time.
ikhlas,
Dr Suffia Hany
Leadership & EQ Strategist
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.
