Hari ini, bila bercakap tentang AI… ramai wanita masih melihatnya sebagai sesuatu yang “sekadar suka-suka”. Wanita & Dunia AI ni seolah-olah dijadikan sebagai teman berchatting, teman berbual dan berkongsi perasaan. Haha 🙂 Ramai terkena ni kan bila saya kata begitu… don’t worry guys, saya sendiri juga pun ada waktu-waktunya saya gunakan AI sebagai teman untuk berbual kosong juga. Ya la kan, apabila jawapan-jawapan yang diberi tu amat memberi kesan positif dan menggembirakan. Wanita & Dunia AI Dunia hari ini, sebenarnya jelas menampakkan di media-media sosial, perubahan bahan posting. Yang kebanyakannya adalah dari AI creation. Ramai yang guna untuk happy-happy, main-main dan tidak kurang juga yang membuat pelbagai iklan around it. Bagi wanita yang sering main-main tu, sebaik-baiknya, jangan selalu begitu… saya tahu ramai yang gunakan AI untuk: sembang kosong akibat kesunyian buat gambar pelik-pelik sebab nak cuba-cuba edit gambar kasi cantik-cantik buat kad ucapan dan poster cuba-cuba trend media sosial & sebagainya. Tidak salah untuk berseronok. Sudah pasti tidak salah untuk mencuba, Baguslah supaya kita wanita & dunia AI tidak ketinggalan! Tetapi sayangnya… masih ramai yang belum sedar bahawa AI sebenarnya jauh lebih besar dan lebih berguna daripada itu. Menurut laporan daripada World Economic Forum, teknologi AI dijangka terus mengubah cara manusia bekerja dan menjalani kehidupan dalam beberapa tahun akan datang. AI hari ini bukan sekadar hiburan. Ia sudah menjadi alat yang membantu ramai orang: menjana pendapatan dan membina bisnes dengan baik mempercepat kerja dan meningkatkan prestasi diri mencari idea serta menambah ilmu memudahkan kehidupan harian Malah, ada wanita yang sebelum ini tidak yakin berniaga… kini mula mendapat pelanggan melalui bantuan teknologi AI. Ada juga yang menjadi lebih produktif di tempat kerja kerana bijak menggunakan AI untuk membantu tugasan harian. Dunia sedang berubah terlalu pantas. Dan wanita hari ini tidak boleh lagi memandang teknologi sebagai sesuatu yang “bukan dunia saya”. Kerana hakikatnya… teknologi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang. AI Tidak Menggantikan Wanita — Tetapi Membantu Wanita Yang Mahu Berkembang Kadang, wanita takut bila mendengar tentang AI terasa macam tinggi sangat ilmunya untuk dipelajari. Malah ada yang takut… Takut kerja hilang. Takut tidak pandai. Takut terlalu rumit. Sedangkan sebenarnya… AI bukan dicipta untuk menggantikan manusia sepenuhnya. Tetapi membantu manusia bekerja dengan lebih bijak. Wanita yang bijak menggunakan AI bukan bermaksud mereka malas berfikir. Sebaliknya, mereka tahu bagaimana menggunakan masa dan tenaga dengan lebih efektif bersama teknologi terkini. Sebagai contoh di sini saya ingin berkongsi, 8 tip bijak untuk wanita & dunai AI. 8 Tip Bijak Untuk Wanita Menggunakan AI Dalam Kehidupan Harian 1. Gunakan AI Untuk Menambah Ilmu, Bukan Sekadar Hiburan AI boleh membantu mencari: idea bisnes dan cara menjana pendapatan ilmu pemasaran online maupun offline tips kewangan, cara melabur dengan selamat dan menabung dengan bijak boleh memberi motivasi dan inspirasi resepi yang memudahkan anda cara mengajar anak-anak dengan lebih tersusun idea content media sosial yang pelbagai Jadi, kalau sudah begitu… gunakanlah teknologi terkini tu untuk berkembang, untuk menaikkan prestasi, untuk jadi lebih bijak! Bukan hanya sekadar menghabiskan masa saja… Dah lama sangat dah duk buang masa kan, It’s Time To Level Up, Time For A Better Future! 2. Jadikan AI Sebagai Pembantu Kerja Harian Wanita yang bekerja memang terlalu sibuk. Inilah masanya untuk guna AI. Kadang-kadang penat bukan kerana kerja terlalu berat… tetapi kerana terlalu banyak perkara kecil perlu dilakukan serentak. AI boleh membantu: menyusun idea membuat draf membantu penulisan mencari idea presentation mempercepat tugasan Bila masa lebih terurus, emosi juga menjadi lebih tenang. Kerja banyak pun tak apa sebab boleh siapkan dengan cepat. Baru best. TAPI hati-hati bila digunakan untuk penulisan. Bukan 100% bagi AI buat!… walau macamana sekali pun AI is still ROBOT, bukan manusia. Manusia ada JIWA, Robot tak ada SOUL… No Jiwa, Penulisan sering tak memberi kesan di hati manusia. Penulisan yang bagus adalah yang datang dari hati dan sanubari anda, part ni AI pun tak boleh lawan. 🙂 3. Gunakan AI Untuk Mula Menjana Pendapatan Ramai wanita masih fikir teknologi hanya untuk orang muda atau orang bijak IT. Sedangkan hari ini… ramai suri rumah, single mother dan wanita biasa mula menjana pendapatan melalui bantuan AI. Contohnya: membuat content online menjual produk online design simple buat ebook affiliate marketing servis online Kadang-kadang perubahan besar bermula daripada keberanian mencuba perkara kecil. 4. Jangan Malu Belajar Benda Baru Antara perkara yang paling menghalang wanita berkembang ialah rasa malu untuk bermula. “Ada orang lebih pandai.” “Saya dah terlambat.” “Saya tak reti teknologi.” Hakikatnya… Semua orang bermula daripada tidak tahu… tak semua orang terus-terus je pandai guna AI. Mesti kena belajar dan menuntut ilmu AI. Tak perlu yang berbayar pun kalau nak belajar. Kat Youtube pun banyak ilmu yang boleh dipelajari. Free je semua. Platform apa nak pakai pun boleh je check di youtube atau google je… in fact google sendiri pun dah guna AI untuk menjawab soalan anda. Wanita yang berjaya bukan semestinya paling hebat. Tetapi mereka yang tidak berhenti belajar! 5. Gunakan AI Dengan Bijak dan Beretika Teknologi yang hebat tetap perlukan manusia yang bijak menggunakannya. Jangan gunakan AI untuk: menipu menyebarkan fitnah menghasilkan perkara tidak bermanfaat memalukan orang lain Ilmu tanpa nilai diri boleh menjadi bahaya. 6. Tingkatkan Keyakinan Diri Dengan Teknologi Ramai wanita sebenarnya mempunyai idea yang bagus… tetapi tidak yakin untuk bermula. Itu yang Wanita & Dunia AI macam terasing. AI boleh membantu memberi: inspirasi kepada anda. panduan yang terbaik kepada arah yang mahu diambil. idea permulaan susunan kerja Kadang-kadang wanita tidak perlukan kesempurnaan. Mereka hanya perlukan sedikit keberanian untuk melangkah. ANGGAP AI ni saling lengkap melengkapi… tanpa AI, anda mungkin boleh pergi jauh cuma lambat sangat. Dengan AI, anda akan lebih cepat berjaya. Namun, tanpa arahan dari anda, AI tidak akan berfungsi dengan baik. 7. Jangan Terlalu Bergantung Hingga Hilang Nilai Diri Haaa ni sekali saya nak pesan. Seperti yang cakap tadi, walaupun AI sangat membantu, jangan sampai manusia kehilangan identiti sendiri. Kerana AI tidak ada JIWA! Teknologi tidak mampu menggantikan: hati seorang wanita yang sangat beremosi segala pengalaman hidup anda yang penuh onak duri itu kasih sayang seorang insan kelembutan jiwa kebijaksanaan emosi Itulah kekuatan sebenar
Di Sebalik Sebuah Anugerah, Ada Luka Yang Tak Siapa Tahu…
Apabila bercakap soal perjuangan, pasti ada cerita di sebaliknya… dan di sini, ada pula yang bertanya, “Benarkah ada luka di sebalik sebuah anugerah yang diterima?… pasti anda akan bertanya sebegitu kan?…” Benar atau tidak benar, itu adalah di atas penerimaan setiap individu. Namun yang pernah melaluinya, pasti kan merasainya. Di Sebalik Sebuah Anugerah Kadang-kadang, manusia hanya nampak hasil. Mereka nampak senyuman di atas pentas. Mereka nampak trofi di tangan. Mereka nampak gambar yang cantik dimuat naik di media sosial. Tetapi tidak semua orang nampak perjalanan panjang yang berlaku sebelum sebuah penghargaan itu hadir. Tidak semua orang tahu berapa banyak malam yang dilalui dalam keadaan penat. Tidak semua orang tahu berapa banyak air mata yang pernah jatuh ketika cuba menjadi kuat untuk orang lain. Dan tidak semua orang faham bahawa di sebalik seorang wanita yang kelihatan tenang… kadang-kadang ada hati yang sedang berjuang bersendirian. Semalam, satu penghargaan diterima dalam sebuah majlis yang cukup bermakna. Alhamdulillah, satu penghormatan yang saya sangat hargainya. Namun hakikatnya, penghargaan sebenar bukanlah pada trofi atau nama yang terukir di atas pentas. Penghargaan sebenar adalah apabila apa yang dilakukan mampu memberi manfaat kepada kehidupan orang lain. Tidak Semua Perjuangan Perlu Diceritakan Dalam hidup ini, ada orang berjuang secara terbuka. Ada juga yang memilih untuk diam. Ramai wanita hari ini sedang melalui pelbagai cabaran yang tidak terlihat di mata manusia. Ada yang bangun setiap pagi walaupun hati mereka penat. Ada yang masih tersenyum walaupun sedang memikul tekanan keluarga, kerjaya, kewangan dan emosi pada waktu yang sama. Kadang-kadang, seseorang wanita itu kelihatan sangat kuat di luar. Tetapi sebenarnya, dia cuma sedang belajar untuk tidak mengalah. Perjalanan membina kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu memilih untuk membawa tanggungjawab yang besar — membantu orang lain, berkongsi ilmu, memberi inspirasi dan dalam masa yang sama tetap perlu menjaga hati sendiri. Tidak semua hari dipenuhi semangat. Ada hari yang penuh dengan keraguan. Ada hari yang terasa sangat sunyi. Ada hari yang membuatkan seseorang itu tertanya-tanya sama ada usahanya masih bermakna ataupun tidak. Namun hidup tetap perlu diteruskan. Menjadi Wanita Yang Memberi Manfaat Bukan Tugas Yang Mudah Ramai orang menyangka bahawa bercakap tentang motivasi, inspirasi dan kejayaan adalah sesuatu yang mudah. Hakikatnya, orang yang sering memberi kekuatan kepada orang lain juga hanyalah manusia biasa. Mereka juga pernah terluka. Mereka juga pernah kecewa. Mereka juga menghadapi tekanan hidup. Mereka pernah kehilangan semangat. Tetapi pengalaman itulah yang akhirnya dapat mengumpul dan membentuk kekuatan sebenar. Kadang-kadang, seseorang tidak mampu memberi cahaya kepada orang lain jika dia sendiri tidak pernah melalui kegelapan. Sebab itu nasihat yang datang daripada pengalaman sebenar biasanya lebih menyentuh hati. Ia bukan sekadar kata-kata indah. Ia datang daripada perjalanan hidup yang benar-benar pernah dirasai. Mungkin itulah sebabnya ramai insan hari ini mencari inspirasi yang lebih jujur dan lebih manusiawi. Mereka tidak lagi mahu melihat kesempurnaan semata-mata. Mereka mahu melihat ketabahan, keikhlasan dan perjuangan sebenar seorang insan. Penghargaan Yang Paling Bermakna Adalah Kepercayaan Manusia Dalam dunia hari ini, penghargaan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang menerima trofi. Ada yang menerima pujian. Ada yang menerima perhatian ramai. Inilah yang saya katakan, di sebalik sebuah anugerah atau satu penghargaan itu sebenarnya, yang jauh lebih besar daripada semua itu adalah — kepercayaan manusia. Apabila seseorang berkongsi cerita bahawa hidupnya berubah menjadi lebih baik kerana satu kata-kata semangat… itu penghargaan. Apabila seseorang kembali bangkit selepas kehilangan keyakinan diri… itu penghargaan. Apabila seseorang wanita mula percaya bahawa dirinya masih bernilai walaupun pernah melalui kegagalan… itu juga penghargaan. Kadang-kadang kita tidak sedar, perkara kecil yang dilakukan dengan ikhlas sebenarnya memberi kesan besar kepada kehidupan orang lain. Dan mungkin sebab itu juga, setiap usaha yang dilakukan dengan hati yang ikhlas, akhirnya akan sampai kepada rasa hati manusia yang lain. Jangan Takut Jika Kejayaan dalam Hidup Terasa Lambat Ramai orang hari ini terlalu cepat membandingkan hidup mereka dengan orang lain. Melihat orang lain berjaya kadang-kadang membuatkan seseorang rasa tertinggal jauh ke belakang. Sedangkan setiap manusia mempunyai perjalanan yang berbeza. Ada kejayaan yang datang cepat. Ada kejayaan yang mengambil masa bertahun-tahun. Dan tidak semua perjalanan yang lambat itu gagal. Kadang-kadang Tuhan sedang membina kekuatan dalaman seseorang itu sebelum memberikan sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan. Sebab itu jangan terlalu kecewa jika usaha masih belum dihargai manusia. Jangan terlalu sedih jika kebaikan yang dilakukan tidak dipuji sesiapa. Saya sendiri mengambil masa berbelas tahun untuk sampai ke destinasi hari ini. Itu pun masih lagi terus mengorak langkah dan mengumpul kekuatan menghadapi hari-hari mendatang. Jadi, you all… girls… Teruskan melangkah dengan sabar. Teruskan memberi manfaat. Teruskan menjadi manusia yang membawa kebaikan. Teruskan keredhaan mu, InsyaAllah… tenang nanti. Kerana akhirnya, hidup bukan tentang siapa yang paling cepat dipandang manusia. Tetapi siapa yang paling ikhlas ketika menjalani perjalanan hidupnya. Terimakasih di atas Anugerah Ikon Pemerkasaan Wanita 2026 Setiap perjalanan hidup pasti mempunyai cerita yang tidak diketahui ramai. Dan mungkin, itulah yang menjadikan di sebalik sebuah anugerah dan penghargaan terasa lebih bermakna. Bukan kerana populariti. Bukan kerana kemewahan. Bukan kerana perhatian manusia. Tetapi kerana segala penat, air mata dan usaha yang pernah disimpan dalam diam akhirnya menjadi sebahagian daripada perjalanan yang membawa makna. Terima kasih Sinar Harian dan semua yang menyokong saya. kepada semua yang sentiasa memberi sokongan, doa dan kepercayaan selama ini… syukur Alhamdulillah, saya ada kamu! InsyaAllah, semoga segala usaha kecil yang dilakukan akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai insan di luar sana. Kerana kadang-kadang, manusia tidak perlukan seseorang yang sempurna untuk memberi inspirasi. Mereka cuma perlukan seseorang yang jujur tentang perjuangannya. “Kadang-kadang Tuhan lambatkan penghargaan manusia… supaya kita belajar bekerja kerana makna, bukan kerana nama.” — Dr. Suffia Hany Dan ketahuilah setiap kali kita menghadapai kesukaran dalam hidup, sebenarnya kita seharusnya menerima dengan redha dan tabah, kerana sesungguhnya, di dalam setiap kesukaran dan kesusahan hidup, mesti ada juga kemudahannya. Seperti dalam surah ini… Surah Al-Inshirah (94:6) Dalam surah ini, Allah swt telah menegaskan bahawa dalam setiap kesukaran, ada kemudahan… إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا ٦ (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. — Abdullah Muhammad Basmeih Terima dengan redha, InsyaAllah… selamat.
Ketahui 7 Cara Usahawan Wanita Boleh Jadi Bijak dan Berjaya!
Dalam dunia bisnes hari ini, semakin ramai wanita mula melangkah berani untuk menjadi usahawan. Ada yang bermula dari rumah, ada yang bermula secara kecil-kecilan di media sosial, dan tidak kurang juga yang nekad meninggalkan kerjaya tetap demi mengejar impian membina perniagaan sendiri. Hakikatnya, menjadi usahawan wanita bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Ia kini menjadi satu gelombang yang semakin kuat, semakin dihormati, dan semakin memberi inspirasi kepada ramai orang. Namun begitu, tidak semua yang berniaga akan terus berjaya. Ada yang semangatnya berkobar-kobar pada awalnya, tetapi mula perlahan bila jualan tidak seperti yang diharapkan. Ada juga yang terlalu fokus pada produk, tetapi terlupa bahawa bisnes memerlukan strategi marketing, disiplin, dan kebijaksanaan. Di sinilah bezanya antara sekadar berniaga dan benar-benar menjadi…usahawan wanita yang bijak dan berjaya. Usahawan Wanita Ada yang melihat, wanita agak lemah jika dibanding dengan lelaki dalam keusahawanan. Persepsi ini tidak harus dijadikan ukuran. Dunia hari ini sudah jauh berbeza. Wanita tidak perlu lelaki untuk bangkit dengan sepenuh kekuatan untuk berjaya. Ada juga yang berfikir untuk berjaya dalam bisnes, seseorang wanita perlu ada modal besar, kenalan luas, atau personaliti yang sangat hebat. Sebenarnya tidak semestinya begitu. Apa yang lebih penting ialah cara berfikir, cara bertindak, dan cara mengurus bisnes dengan matang. Seorang wanita boleh bermula dengan sederhana, tetapi jika dia tahu langkah yang betul, peluang untuk berkembang sangat besar. Dalam banyak keadaan, kekuatan sebenar seorang usahawan wanita bukan terletak pada apa yang dia miliki, tetapi pada bagaimana dia membuat keputusan. Jika anda sedang berniaga, baru ingin bermula, atau sedang mencari semula arah dalam perniagaan, artikel ini mungkin sangat berguna untuk anda. Di bawah ini, kita akan lihat 7 cara usahawan wanita boleh jadi bijak dan berjaya, bukan dengan emosi semata-mata, tetapi dengan strategi yang lebih jelas dan lebih matang. 1. Berniaga Dengan Minda CEO Ramai wanita berniaga dengan penuh semangat, tetapi tidak semua berniaga dengan cara seorang pemimpin. Untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya, anda perlu mula berfikir seperti seorang CEO, bukan sekadar seorang penjual. Apa bezanya? Seorang penjual fokus kepada produk hari ini. Seorang CEO pula fokus kepada hala tuju bisnes untuk jangka panjang. Bila anda ada minda CEO, anda akan mula bertanya soalan yang lebih penting. Siapa pelanggan sebenar saya? Apa matlamat bisnes saya untuk enam bulan akan datang, setahun atau 5 tahun akan datang? Bagaimana saya boleh tambah nilai, bukan sekadar tambah jualan? Marketing apa lagi yang boleh digunakan? Bagaimana mahu menaikkan jenama? Cara berfikir seperti ini akan membuatkan anda lebih jelas, lebih tersusun, dan lebih kurang panik bila berdepan cabaran. Usahawan wanita yang bijak tidak terlalu cepat melatah. Mereka belajar melihat bisnes sebagai aset yang perlu dibina, bukan sekadar tempat mencari duit setiap hari. 2. Faham Pasaran Sebelum Cipta Produk Salah satu kesilapan paling biasa dalam dunia bisnes ialah terlalu cepat jatuh cinta dengan idea sendiri. Kita rasa produk kita cantik, menarik, dan hebat. Tetapi soalnya, adakah pasaran benar-benar mahukannya? Di sinilah pentingnya seorang usahawan wanita memahami pasaran sebelum terlalu sibuk mencipta produk. Sebelum anda keluarkan sesuatu, cuba kenali dulu masalah pelanggan. Apa yang mereka perlukan? Apa yang mereka selalu cari? Apa yang mereka rasa susah untuk dapat? Bila anda faham kehendak pasaran, produk anda akan jadi lebih relevan dan lebih mudah dijual. Bisnes yang berjaya selalunya bukan bermula dengan “apa saya suka”, tetapi dengan “apa pelanggan perlukan”. Ini nampak mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang. Wanita yang bijak dalam bisnes tahu bahawa mendengar pasaran adalah lebih penting daripada sekadar mengikut emosi sendiri. 3. Bina Jenama Yang Meyakinkan Dalam dunia yang penuh persaingan, pelanggan bukan hanya membeli produk. Mereka membeli keyakinan. Sebab itu, membina jenama yang meyakinkan adalah satu langkah penting untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya. Jenama bukan sekadar logo, warna, atau gambar cantik di media sosial. Jenama ialah bagaimana orang melihat anda, mempercayai anda, dan mengingati anda. Jika anda mahu orang yakin dengan bisnes anda, anda perlu tampil konsisten. Gaya komunikasi perlu jelas, mesej perlu mudah difahami, dan imej perniagaan perlu nampak kemas serta profesional. Tidak semestinya mewah, tetapi mesti meyakinkan. Bila orang nampak anda serius, mereka lebih mudah percaya. Bila orang percaya, mereka lebih mudah membeli. Inilah sebabnya kenapa sesetengah bisnes nampak “simple”, tetapi tetap laku. Bukan kerana produk semata-mata, tetapi kerana jenama mereka berjaya membina rasa yakin dalam hati pelanggan. 4. Kuasai Seni Menjual Ramai wanita ada produk yang bagus, tetapi masih sukar buat jualan. Kenapa? Kerana mereka belum benar-benar menguasai seni menjual. Hakikatnya, menjual bukan bermaksud memaksa orang beli. Menjual adalah seni menyampaikan nilai, menyentuh keperluan pelanggan, dan membantu mereka nampak kenapa produk anda penting untuk mereka. Seorang usahawan wanita yang bijak tahu bahawa menjual memerlukan kemahiran. Anda perlu tahu cara menulis ayat yang menarik, cara bercerita dengan baik, cara menjawab pertanyaan pelanggan, dan cara membina kepercayaan sebelum menutup jualan. Bila anda kuasai seni ini, anda tidak perlu terlalu bergantung pada diskaun atau promosi semata-mata. Anda boleh menjual dengan lebih yakin, lebih tenang, dan lebih berkesan. Menjual adalah sebahagian daripada bisnes, bukan sesuatu yang perlu ditakuti atau dielakkan. 5. Disiplin Diri Menguruskan Kewangan Banyak bisnes nampak sibuk, tetapi belum tentu untung. Ada yang jual banyak, tetapi duit entah ke mana. Sebab itulah disiplin dalam mengurus kewangan sangat penting. Jika anda mahu menjadi usahawan wanita yang berjaya, anda perlu belajar membezakan antara duit bisnes dan duit peribadi. Ini nampak asas, tetapi sangat ramai yang masih gagal di bahagian ini. Catat jualan, rekod perbelanjaan, semak untung rugi, dan sentiasa tahu ke mana aliran wang anda pergi. Bila anda ada disiplin kewangan, anda akan lebih mudah buat keputusan yang betul. Anda tahu bila masa sesuai untuk tambah modal, bila perlu berjimat, dan bila boleh berkembang. Bisnes yang stabil bukan dibina dengan semangat sahaja, tetapi dengan kawalan kewangan yang baik. Wanita yang bijak dalam bisnes faham bahawa duit bukan sekadar untuk dibelanjakan, tetapi perlu diurus dengan strategi. 6. Konsisten Buat Marketing Satu lagi perkara yang membezakan usahawan biasa dengan usahawan wanita yang berjaya ialah konsistensi dalam marketing. Ramai yang semangat posting masa awal-awal, tetapi bila engagement rendah atau jualan perlahan, terus hilang momentum. Padahal marketing bukan kerja sehari
5 Sebab Wanita Bijak Menjaga Batas Emosi Demi Ketenangan Diri
Dalam hidup ini, tidak semua orang yang hadir di sekeliling kita benar-benar membawa ketenangan. Ada yang datang dengan senyuman, tetapi meninggalkan beban. Ada yang hadir dengan kata-kata manis, tetapi perlahan-lahan mengganggu emosi, keyakinan dan ketenangan diri kita. Ramai wanita terlalu baik. Terlalu mudah memberi ruang. Terlalu banyak memendam. Dan akhirnya, terlalu penat untuk terus tersenyum seperti biasa. Hakikatnya, menjaga batas emosi bukan bermaksud kita sombong. Bukan juga bermaksud kita dingin atau tidak peduli. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa seorang wanita itu semakin matang, semakin sedar nilai dirinya, dan semakin faham bahawa ketenangan jiwa bukan sesuatu yang boleh dipertaruhkan sewenang-wenangnya. Berikut adalah… 5 sebab mengapa wanita bijak menjaga batas emosi. Before that, …Menjaga batas emosi bukan bermaksud menjauhkan diri daripada semua orang, tetapi memahami batas emosi yang sihat dalam hubungan supaya kita tidak mudah terluka atau kehabisan tenaga. 1. Tidak semua orang layak mendapat akses kepada hati dan fikiran kita Bukan semua orang yang rapat dengan kita benar-benar selamat untuk dikongsikan emosi kita. Ada orang yang suka mendengar cerita hidup kita, tetapi bukan untuk memahami. Ada yang bertanya kerana ingin tahu, bukan kerana benar-benar peduli. Ada juga yang hanya menunggu peluang untuk menilai, membandingkan, atau menggunakan kelemahan kita untuk membaham kita balik di waktu yang lain. Wanita yang bijak faham satu perkara penting: tidak semua orang perlu tahu semua perkara tentang hidup kita. Kadang-kadang, terlalu banyak berkongsi membuatkan kita rasa “lega sekejap”, tetapi sebenarnya membuka ruang kepada gangguan emosi yang lebih besar selepas itu. Batas emosi mengajar kita untuk memilih — siapa yang layak mendengar, siapa yang hanya sekadar ingin tahu, dan siapa yang benar-benar hadir dengan niat yang baik. 2. Menjaga batas emosi melindungi tenaga mental kita Setiap hari, seorang wanita memikul terlalu banyak peranan. Sebagai isteri. Sebagai ibu. Sebagai pekerja. Sebagai pemimpin. Sebagai anak. Sebagai wanita yang sentiasa cuba nampak kuat walaupun dalam hati sedang letih. Bila terlalu ramai orang masuk ke ruang emosi kita dengan masalah, drama, tekanan dan kata-kata yang melemahkan — lama-kelamaan tenaga mental kita akan habis. Inilah sebabnya wanita bijak tidak memberi akses emosi kepada semua orang. Bukan kerana mereka ego.cTetapi kerana mereka tahu, tenaga emosi yang tidak dijaga akan membuatkan diri sendiri hilang fokus, hilang semangat dan hilang arah. Kadang-kadang, menjaga jarak adalah satu bentuk kasih sayang terhadap diri sendiri. 3. Tidak semua hubungan perlu dipelihara jika ia hanya melukakan Ada wanita yang terlalu setia pada hubungan yang sebenarnya sudah lama meletihkan jiwa. Masih cuba menjaga hati semua orang. Masih cuba memahami semua sikap. Masih cuba bertahan walaupun sudah berkali-kali terluka. Tetapi wanita yang bijak sedar bahawa: bukan semua hubungan perlu diselamatkan. Ada hubungan yang hanya wujud untuk mengajar kita sesuatu. Ada perkenalan yang hanya datang untuk menguji sempadan kita. Dan ada orang yang hadir bukan untuk membina kita, tetapi untuk mengganggu kestabilan emosi kita. Kita tidak wajib terus kekal dalam hubungan yang membuatkan kita sentiasa rasa kecil, serba salah, penat atau tidak dihargai. Kadang-kadang, melepaskan bukan tanda kalah. Kadang-kadang, ia tanda kita akhirnya memilih diri sendiri. 4. Wanita yang menjaga batas emosi lebih mudah membuat keputusan dengan tenang Apabila emosi terlalu terganggu, keputusan yang dibuat selalunya datang dari keletihan, ketakutan atau rasa bersalah. Kita jadi mudah: terlalu cepat mengalah, terlalu banyak overthinking, terlalu takut mengecewakan orang lain, atau terlalu lama bertahan dalam situasi yang tidak sihat. Wanita yang menjaga batas emosi akan lebih mudah melihat sesuatu dengan jelas. Mereka tidak membiarkan semua suara luar menguasai fikiran mereka. Mereka tahu bila perlu mendengar, dan bila perlu berhenti melayan perkara yang hanya mengganggu ketenangan. Inilah kekuatan sebenar seorang wanita yang matang: bukan sekadar pandai bercakap, tetapi pandai mengawal ruang emosinya agar fikirannya tetap waras dan hatinya tetap tenang. 5. Menjaga Batas emosi adalah tanda self-worth, bukan tanda kelemahan Ramai wanita takut dilihat berubah. Takut orang kata sombong. Takut orang kata sudah lain. Takut orang kata terlalu sensitif. Takut orang kata “dulu okay je, kenapa sekarang tak boleh?” Tetapi hakikatnya, wanita yang semakin mengenali nilai dirinya memang akan berubah. Dia tidak lagi mudah memberi ruang kepada orang yang hanya hadir ketika mahu sesuatu. Dia tidak lagi memaksa diri untuk sentiasa tersedia. Dia tidak lagi rasa wajib memberi sebarang penjelasan segalanya kepada semua orang. Kerana dia tahu: menjaga batas emosi bukan kelemahan. Ia adalah tanda bahawa dia sudah mula menghormati dirinya sendiri. Dan apabila seorang wanita mula menghormati dirinya, hidupnya akan berubah. Cara dia bercakap berubah. Cara dia memilih orang di sekeliling berubah. Cara dia memberi respons terhadap tekanan juga berubah. Itulah beza antara wanita yang hanya bertahan… dan wanita yang benar-benar sedang berkembang luas! Finale Seorang wanita yang bijak bukanlah wanita yang membina tembok tinggi sehingga tiada siapa boleh mendekati dirinya. Tetapi dia adalah wanita yang tahu siapa patut diberi ruang, siapa patut dijaga jaraknya, dan siapa yang hanya patut dilihat dari jauh. Kerana ketenangan itu mahal. Tenaga emosi itu berharga. Dan hati seorang wanita bukan tempat untuk semua orang keluar masuk sesuka hati. Kadang-kadang, menjaga batas emosi bukan bermaksud kita berubah menjadi dingin. Kadang-kadang, itulah tanda kita akhirnya belajar menyayangi diri sendiri dengan cara yang lebih matang. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Women’s Leadership & Empowerment Strategist Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
7 Cara Bina Keyakinan Diri Wanita Bekerja (Walaupun Selalu Rasa Tak Cukup)
Salam semua, kali ini Dr Suffia nak berbicara tentang 7 Cara Bina Keyakinan Diri Wanita Bekerja yang mana sering kita rasa tak yakin dan susah untuk berdepan dengan masyarakat… Pernah tak rasa…anda dah buat yang terbaik, tapi masih rasa “tak cukup”? Di tempat kerja, nampak kuat. Tapi dalam diri masih terketar-ketar nak buat keputusan.Dalam hati, penuh persoalan. “Betul ke aku layak?”“Kenapa orang lain nampak lebih yakin?” Hakikatnya, ramai wanita bekerja mengalami perkara yang sama.Bukan sebab mereka lemah…tetapi kerana mereka terlalu lama meragui diri sendiri. Kajian menunjukkan keyakinan diri mempengaruhi tindakan dan kejayaan seseorang psychologytoday.com | Malah, pakar psikologi juga menegaskan bahawa keyakinan adalah skill yang boleh dibina melalui latihan dan kesedaran diri – Clara Sarris, Psycologist Dalam artikel kali ini, kita akan bongkar cara bina keyakinan diri wanita bekerja secara praktikal—bukan sekadar motivasi kosong. Kenapa Ramai Wanita Bekerja Kurang Keyakinan Diri? Sebelum kita bina, kita kena faham punca. A) Terlalu Kerap Membandingkan Diri Media sosial, rakan sekerja, bahkan circle sendiri—semuanya jadi “benchmark”. Tanpa sedar, kita rasa tertinggal. B) Takut Buat Silap Wanita sering nak buat yang terbaik.Tapi bila terlalu takut salah, kita jadi… diam. C) Kurang Self-Awareness Ramai tak sedar kekuatan sendiri.Fokus hanya pada kekurangan. 7 Cara Bina Keyakinan Diri Wanita Bekerja Sekarang, ini part paling penting. 1. Kenali Kekuatan Diri Sendiri Tulis 3 perkara yang awak buat dengan baik. Simple, tapi powerful. Keyakinan bermula bila kita sedar nilai diri. Nampak seperti nothing, remeh. Tetapi cuba dulu. Buat dulu dan fokus kepada 3 perkara tersebut setiap hari. 2. Stop Compare, Start Improve Setiap orang ada timeline berbeza. Fokus pada progress diri—bukan orang lain. Please, please, please usah sibuk tengok orang lain. I know kejayaan mereka boleh memberi inspirasi. Tetapi ia juga boleh buat kita rasa ketinggalan. Tengok sikit-sikit sudah. DONE. Let’s focus kepada kejayaan diri sendiri pula. Aim yang dekat dan mudah dicapai. lepas tu aim higher, InsyaAllah anda akan mudah yakin pada diri anda. 3. Berani Bersuara Walaupun Tak Sempurna Tak perlu tunggu perfect baru nak bercakap. Confidence datang selepas kita bertindak, bukan sebelum. – Kadang kita mahu perfect baru kita nak menonjolkan sesuatu. I know, ianya tough bila nak say something tapi masih kosong. – Anggaplah ianya satu proses pembelajaran. Awal-awal sure salah, sure ada yang tak betul. BUT along the way, perbetulkan sambil meluahkan yang tersirat. Berani menghadapi kesilapan adalah langkah menuju kejayaan! 4. Jaga Cara Bercakap Dengan Diri Sendiri Kalau asyik cakap “aku tak boleh”… lama-lama, otak akan percaya. Tukar kepada: “Aku sedang belajar.” jadi anda akan rasa mudah. Sebab kalau salah ke, kalau macam tak berilmu ke eh itu biasalah bagi orang yang sedang belajar. 5. Upgrade Skill Secara Konsisten Bila skill naik, confidence akan follow. Ambil masa untuk belajar—walaupun sedikit setiap hari. Sebenarnyakan, upgrade skill ni adalah sesuatu yang paling best. Tapi kena upgrade selalu. Bila dah master skill lama, upgrade skill baru. Fuhh anda akan rasa seronok dan in a way, anda akan terasa seperti semakin bijak. (Bukan tak bijak sebelum ni) Cuma, belum tahu. Dah tahu, for sure la lebih mengetahui dan definitely nampak lebih bijak. 6. Jaga Penampilan & Energy Percaya atau tidak, cara kita bawa diri memberi kesan besar. Posture, eye contact, cara bercakap—semua main peranan. In fact saya sendiri pun kadang-kadang bila selekeh je, especially kat rumah kan, kita akan rasa sedikit kekurangan la kan. Nak keluar pun rasa macam tak lengkap. So, sedikit mempersiapkan diri, surely buat kita rasa lebih yakin. The more kita jaga penampilan kita, the higher kita punya confident. – Buat untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. 7. Surround Yourself Dengan Orang Yang Betul Environment sangat mempengaruhi mindset. Pilih circle yang support, bukan yang menjatuhkan. Ini sangat penting. Kita kadang-kadang terasa berat untuk meninggalkan teman-teman lama. Sebab sudah lama kenal. In fact kita tahu, mereka yang ada sekeliling kita ni adalah yang menarik kita menjunam terus ke bawah. Malah tidak memberi semangat dan sokongan moral pun untuk kita berjaya. Tapi kita duduk je kat situ dengan deorang ni sebab kesihannn… hmm susahlah kalau macam tu. KITA KENA KASIHANKAN DIRI KITA SENDIRI TERLEBIH DAHULU. Barulah kita boleh bertambah yakin dan berjaya! Bila Keyakinan Diri Mula Dibina… Ini Yang Akan Berubah Anda akan mula: ✨ Lebih berani buat keputusan✨ Tak mudah rasa down dengan pendapat orang✨ Lebih jelas dengan arah hidup dan kerjaya Dan yang paling penting…anda mula percaya pada diri sendiri. FINALE : Anda Tak Kurang—Anda Cuma Belum Yakin Keyakinan diri bukan sesuatu yang kita “lahir terus ada”. Ia dibina.Sedikit demi sedikit. Kalau hari ini awak masih ragu-ragu… tak apa. Yang penting, awak dah mula. Dan itu sudah cukup kuat. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
PEKB 2026 KPKT Dengan Kerjasama Perdim Perkasa Wanita B40 Jadi Usahawan Urutan Berpantang
Program PEKB 2026 KPKT atau secara lebih terperincinya, Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2026 terus membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa wanita bandar melalui latihan kemahiran dan keusahawanan yang berimpak tinggi. Dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), edisi kedua program ini memfokuskan kepada kursus urutan selepas bersalin sebagai medium menjana pendapatan khususnya bagi wanita golongan B40. Program intensif selama tujuh hari ini berlangsung di Hotel Crown Garden dan melibatkan 40 peserta terpilih daripada hampir 1,000 pencalonan yang diterima. Saringan Ketat: 40 Peserta Terpilih Daripada Hampir 1,000 Permohonan Menurut Pengarah Program, Dr. Suffia Hany Mohd. Amin, pemilihan peserta dilakukan secara teliti melalui proses saringan dan bancian bagi memastikan peluang diberikan kepada wanita yang benar-benar layak dan memerlukan. Peserta terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah, wanita yang pernah berniaga serta mereka yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang urutan atau perniagaan. Pendekatan ini memastikan PEKB 2026 bukan sekadar program latihan, tetapi inisiatif sosial yang menyasarkan perubahan ekonomi sebenar. Modul Menyeluruh: Kemahiran, Anatomi dan Keusahawanan PEKB 2026 KPKT dengan kerjasama Perdim tidak hanya memberi latihan praktikal urutan berpantang. Modul yang dibangunkan merangkumi: Teknik urutan ibu selepas bersalin Pemakaian bengkung Bertangas dan mandian herba Penjagaan luka selepas bersalin Pendedahan asas anatomi (urat, otot dan rahim) Pengurusan perniagaan dan akaun Pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Barisan Pengamal Perubatan Sebagai Tenaga Pengajar Kredibiliti PEKB 2026 turut diperkukuhkan dengan penglibatan barisan pengamal perubatan daripada Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim). Antara tenaga pengajar utama ialah Presiden Perdim, Dr. Boi Saidi, bersama ahli jawatankuasa lain seperti Dr. Muzvin Othman, Dr. Nasaruddin Che Fa dan Dr. Shah Reza Khelikuzaman, serta pakar perbidanan Fauziah Haron. Penglibatan tenaga profesional ini memastikan setiap teknik yang diajar berasaskan pemahaman anatomi sebenar, termasuk kedudukan otot, urat dan rahim, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan dan profesionalisme perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh peserta. Pendekatan ini membezakan PEKB 2026 daripada kursus urutan biasa kerana ia disokong kepakaran klinikal dan disiplin latihan berstruktur. Latihan berasaskan anatomi ini memastikan teknik urutan dilakukan secara profesional dan selamat, bukan secara semberono. Transformasi Minda: Keluar Daripada Kepompong Kemiskinan Menurut Dr Suffia, antara objektif utama program ini adalah mengubah mindset peserta daripada takut dan kurang yakin kepada berani dan berdikari. Peserta digalakkan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan membina keyakinan diri serta asas perniagaan yang kukuh. Pendekatan ini menjadikan PEKB 2026 sebagai model latihan bersepadu yang menggabungkan kemahiran teknikal dan transformasi dalaman. Sijil Diiktiraf dan Peralatan Lengkap Selepas menamatkan kursus selama seminggu, setiap peserta menerima sijil yang diiktiraf serta peralatan lengkap bagi membolehkan mereka terus memulakan perniagaan sendiri. Inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan secara profesional tanpa memerlukan modal permulaan yang besar. Kisah Inspirasi Peserta Nurul Hidayah Mohamad, 39, ibu kepada tujuh anak, menyatakan keyakinan bahawa program ini mampu membantu keluarganya keluar daripada kemiskinan. Seorang lagi peserta, Yusliza Mat Yusoff, 58, menyifatkan latihan yang diterima sebagai menyeluruh dan meningkatkan profesionalisme sebagai confinement lady. Kedua-dua peserta menzahirkan penghargaan kepada KPKT dan Perdim atas peluang yang diberikan. PEKB 2026: Model Pembangunan Ekonomi Wanita Bandar PEKB 2026 KPKT dengan kerjasama Perdim membuktikan bahawa latihan berstruktur, disokong kepakaran perubatan dan elemen keusahawanan, mampu melahirkan usahawan wanita yang berdaya saing. Program ini bukan sekadar kursus urutan berpantang, tetapi satu langkah strategik dalam membina ekosistem ekonomi wanita bandar yang lebih mampan dan profesional. ✅ FAQ Apakah PEKB 2026? PEKB 2026 ialah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar anjuran KPKT yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan pendapatan komuniti bandar. Siapakah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini? Program ini dilaksanakan oleh KPKT dengan kerjasama Perdim sebagai rakan pelaksana latihan. Apa yang dipelajari dalam kursus urutan berpantang PEKB? Peserta mempelajari teknik urutan profesional, anatomi asas, pengurusan perniagaan dan transformasi mindset keusahawanan. ============================================================== Program ini juga telah mendapat laporan Berita di Kosmo bahagian K-Wanita di Segmen Citranita yang ditulis oleh : SAIRUL ZAMRI MISRANI, pada 13 Februari 2026, 8:15 am Salam ikhlas dari, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
5 Fakta Utama Tentang Dr. Suffia Yang Wajar Diketahui Umum
Pengenalan: Siapakah Dr. Suffia Sebenarnya? Nama Dr. Suffia semakin mendapat perhatian dalam landskap pembangunan wanita dan latihan kendiri di Malaysia. Namun begitu, masih ramai yang mengenali beliau secara permukaan — tanpa benar-benar memahami peranan, sumbangan dan tanggungjawab sebenar yang dipikulnya. Artikel ini ditulis bagi memperincikan fakta sebenar tentang Dr. Suffia, berdasarkan penglibatan beliau dalam program berdaftar, kepimpinan NGO serta usaha berterusan membantu masyarakat melalui pendekatan latihan yang beretika dan berimpak. Dr. Suffia Merupakan Pengarah Program Berdaftar Di Bawah KPKT Antara fakta paling penting ialah penglibatan beliau sebagai pengarah yang mengendalikan pelbagai program berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Program-program ini dilaksanakan dengan: Objektif pembangunan komuniti yang jelas Struktur pelaksanaan yang tersusun Fokus kepada pemerkasaan wanita dan kesejahteraan sosial Sebagai pengarah, beliau bertanggungjawab terhadap: Perancangan dan hala tuju program Pemantauan pelaksanaan Penilaian impak kepada peserta Pendekatan ini memastikan setiap program yang dijalankan bukan bersifat simbolik, sebaliknya memberi manfaat sebenar kepada komuniti sasaran. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini Presiden NGO PERSENS Yang Diusahakan Dengan Matlamat Sosial Selain peranan profesional, beliau juga merupakan Presiden kepada NGO PERSENS, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dan diusahakan bagi membantu masyarakat melalui pendidikan, kesedaran dan sokongan komuniti. Di bawah kepimpinan beliau, PERSENS telah: Melaksanakan program kesedaran sosial Menyokong inisiatif kebajikan Membantu golongan yang memerlukan melalui pendekatan berstruktur Apa yang membezakan Dr. Suffia ialah komitmen beliau yang aktif dan bertanggungjawab, bukan sekadar memegang jawatan secara simbolik. 👉 Anda boleh ke Portal NGO / ROS Malaysia di sini Program-Program Dr. Suffia Telah Membantu Ramai Peserta Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia latihan dan pembangunan kendiri, ramai individu telah menerima manfaat langsung daripada program yang dikendalikannya. Antara kesan yang sering dilaporkan oleh peserta termasuk: Peningkatan keyakinan diri Kejelasan dalam membuat keputusan Pengurusan emosi yang lebih stabil Kefahaman kendiri yang lebih mendalam Program-program ini menekankan aplikasi praktikal, bukan motivasi sementara. Peserta dibekalkan dengan kerangka pemikiran dan alat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Inilah yang menjadikan hasilnya berpanjangan dan bermakna. Dewi Hany Training: Fokus Kepada Latihan, Bukan Sensasi Dewi Hany Training diasaskan oleh Dr. Suffia dengan satu prinsip utama — pemerkasaan wanita melalui latihan dan ilmu, bukan melalui persepsi luaran atau sensasi semata-mata. Beliau secara jelas memilih untuk: Menjauhkan jenama daripada elemen estetika yang mengelirukan Menekankan latihan kendiri dan pembangunan dalaman Membina program yang beretika dan berstruktur Melalui Dewi Hany Training, wanita dibimbing untuk: Memahami diri sendiri Membina kekuatan dalaman Membuat keputusan dengan yakin dan matang 👉 Lihat program-program Dr Suffia di sini Pendekatan Tenang, Berfakta Dan Beretika Salah satu ciri yang sering dikaitkan dengan Dr. Suffia ialah pendekatan beliau yang tenang dan tidak menghakimi. Dalam setiap sesi dan program, beliau menekankan: Pembelajaran yang selamat Komunikasi berfakta Hormat terhadap pengalaman individu Beliau percaya bahawa wanita tidak perlu “dibetulkan”, tetapi dibantu untuk memahami diri sendiri secara lebih jelas dan rasional. Pendekatan ini menjadikan beliau seorang figura yang dipercayai, bukan sekadar dikenali. Sumbangan Dalam Pembangunan Wanita Di Malaysia bersama PERDIM Dr Suffia juga adalah AJK Biro Pembangunan Wanita di dalam Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dalam konteks tempatan, pemerkasaan wanita memerlukan lebih daripada kempen sementara. Inilah yang telah membuatkan beliau bersama doktor-doktor lain yang bersama PERDIM menyumbang melalui: Program latihan berdaftar Kepimpinan NGO aktif Modul pembangunan berimpak Pendekatan jangka panjang Walaupun usaha ini tidak sentiasa menjadi perhatian umum, kesannya dirasai secara mendalam oleh peserta dan komuniti yang terlibat. Kenapa Fakta Tentang Dr. Suffia Perlu Diketahui? Penerbitan artikel berfakta seperti ini penting untuk: Memberi gambaran sebenar tentang peranan Dr. Suffia Membezakan fakta daripada persepsi Membina naratif positif berasaskan sumbangan sebenar Ia juga membantu masyarakat memahami bahawa kepimpinan wanita hadir dalam pelbagai bentuk, termasuk melalui latihan, pendidikan dan khidmat komuniti. Kesimpulan: Dr. Suffia Lebih Daripada sebuah Nama Beliau ialah: Pengarah program berdaftar KPKT Presiden NGO PERSENS Pengasas Dewi Hany Training Seorang pemimpin wanita yang membina impak melalui ilmu dan tindakan Sumbangan beliau berkembang secara konsisten — perlahan, terancang dan bermakna.
Empowerment Wanita Malaysia: Berdiri Atas Kaki Sendiri Menjelang 2026
Empowerment Wanita: Kenapa Wanita Perlu Berdiri Atas Kaki Sendiri di Tahun 2026 Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, wanita bukan lagi sekadar pelengkap dalam kehidupan. Wanita adalah nadi, penggerak dan tonggak kepada keluarga, organisasi dan masyarakat. Tahun 2026 bukan sekadar angka — ia simbol kepada era baharu di mana wanita perlu lebih berani berdiri atas kaki sendiri, bukan kerana terpaksa, tetapi kerana sedar akan nilai diri. Empowerment wanita bukan bermaksud menentang lelaki, merendahkan peranan pasangan, atau menolak institusi kekeluargaan. Sebaliknya, empowerment adalah tentang kesedaran, keyakinan, dan keupayaan untuk membuat keputusan terbaik demi diri, keluarga tercinta dan pastinya masa depan. Realiti Wanita Hari Ini Ramai wanita hari ini memegang pelbagai peranan serentak. Seorang ibu. Seorang isteri. Seorang profesional. Seorang penjaga emosi keluarga. Malah kadang tuu… hmm, wanita jugalah antara yang menjana pendapatan di dalam sesebuah keluarga tu. Bukan kata tak boleh, memang BAGUS kerana menambahkan lagi. Cuma jadi tak bagus jika ia memalaskan sang suami untuk bekerja. Namun dalam kesibukan menjaga semua orang, sering kali wanita terlupa untuk menjaga diri sendiri. Keletihan emosi, tekanan kewangan, dan kurang keyakinan diri menjadi isu senyap yang jarang dibicarakan. Di sinilah empowerment memainkan peranan penting. Empowerment Bukan Pilihan, Tetapi Keperluan Wanita yang berdaya saing bukan hanya wanita yang bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri. Empowerment bermula dari dalam — cara wanita melihat diri mereka sendiri. Haa… ini penting tau, bukan main-main… Cuba renung-renungkan, bagaimana cara anda melihat diri anda… ?? Wanita yang empowered: Tahu nilai dirinya Berani bersuara dengan berhemah Tidak bergantung sepenuhnya pada keadaan Mampu bangkit walau diuji Bisa berdiri, biar diri hanya sendiri kini Di tahun 2026, single mother, single-single or whatever reason lah, it is NOT an excuse anymore! Dunia menuntut wanita yang bukan sekadar bertahan, tetapi berkembang. Kemandirian Emosi & Kewangan Kemandirian bukan bermaksud hidup sendirian. Ia bermaksud: Tidak runtuh apabila diuji Tidak hilang arah apabila ditinggalkan Tidak takut membuat keputusan penting Wanita yang berdiri atas kaki sendiri lebih tenang dalam hubungan, lebih matang dalam konflik, dan lebih yakin dalam menentukan hala tuju hidup. Dalam erti kata lain, TIADA DRAMA! Bila tiada drama, hidup lebih produktif. Banyak perkara yang bermanfaat dapat dicapai. Bukan hidup penuh skandal, penuh sketsa, pertelingkahan yang hanya merugikan. Sayangilah diri dan MASA yang singkat di dunia yang fana ini. Allah s.w.t memberi pinjam waktu ini, jangan sia-siakannya. Peranan Latihan & Komuniti Empowerment tidak berlaku dalam ruang kosong. Ia memerlukan sokongan, ilmu dan persekitaran yang betul. Latihan pembangunan diri, sokongan komuniti, dan bimbingan yang berterusan membantu wanita: Mengenali potensi diri Mengurus emosi dengan sihat Membina keyakinan jangka panjang Apabila wanita dibekalkan dengan ilmu dan sokongan yang betul, mereka bukan sahaja mengubah hidup sendiri, malah memberi kesan positif kepada keluarga dan masyarakat. Empowerment Wanita dan Kesan Kepada Masyarakat Empowerment wanita bukan hanya memberi manfaat kepada individu, tetapi turut memberi kesan besar kepada masyarakat secara keseluruhan. Wanita yang yakin dan berdaya mampu membina keluarga yang lebih stabil, membesarkan anak-anak dengan nilai yang sihat, serta menyumbang secara aktif dalam komuniti dan ekonomi. Apabila wanita diberi ruang untuk berkembang, mereka lebih berani berkongsi idea, memimpin dengan empati dan menjadi agen perubahan dalam persekitaran sekeliling. Ini termasuk dalam bidang keusahawanan, pendidikan, kesihatan mental dan kerja sukarela. Masyarakat yang menyokong pembangunan wanita adalah masyarakat yang memahami bahawa kekuatan wanita bukan ancaman, tetapi aset. Empowerment wanita mewujudkan keseimbangan sosial, meningkatkan kesejahteraan emosi dan melahirkan generasi yang lebih berdaya tahan menghadapi cabaran masa depan. “INITIATIF PERKASA PERANAN WANITA” Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan pelbagai dasar dan perkhidmatan yang khusus untuk para wanita di kalangan rakyat Malaysia. Ada Program Untuk Wanita Bantuan Berkaitan Wanita Perkhidamatan Psikososial dan perundangan Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut sila ke : ➡️Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Akhir kata dari saya, Dr Suffia Hany, Wanita yang kuat bukan wanita yang tidak pernah menangis. Tetapi wanita yang tahu bangkit, belajar, dan terus melangkah. Tahun 2026 adalah masa terbaik untuk wanita Malaysia berdiri lebih teguh — bukan kerana dunia memaksa, tetapi kerana mereka layak untuk hidup dengan yakin, bermaruah dan berdaya. 👉 Ketahui lebih lanjut tentang Enpowerment Women di halaman rasmi PERSENS NGO Malaysia. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
5 Perkara Patut Ditinggalkan Bila Tahun Baru
Tahun baru selalu dikaitkan dengan penambahan — azam baru, target baru, tekanan baru. Tetapi jarang kita bercakap tentang apa yang patut ditinggalkan. Kadang-kadang, kemajuan bermula bukan dengan menambah, tetapi dengan melepaskan. Di sini saya sediakan… 5 Perkara Yang Patut Kita tinggalkan apabila Masuk Tahun Baru Hidup Untuk Memuaskan Hati Semua Orang Tak semua orang akan faham keputusan kita. Dan itu tidak mengapa. Tahun baru adalah masa untuk belajar berkata: Aku bertanggungjawab ke atas hidup aku, bukan persepsi orang. Bandingkan Perjalanan Diri Dengan Orang Lain Setiap orang ada masa, ujian dan latar belakang yang berbeza. Perbandingan hanya mencuri ketenangan dan keyakinan diri masing-masing je. Kesedaran diri bermula apabila kita fokus pada langkah sendiri, bukan dari langkah orang lain. Rasa Bersalah Bila Berehat Berehat bukan tanda lemah. Ia tanda sedar. Wanita yang berdaya tahan tahu bila perlu bergerak, dan bila perlu berhenti untuk menjaga diri. Take a break jap, apa salahnya! Kejar Validasi Kosong Like, pujian dan pengiktirafan dari tah sapa-sapa tidak boleh menggantikan nilai diri yang sebenar. Tahun baru ini, bina nilai dari dalam — melalui ilmu, kesedaran dan tindakan yang penuh bermakna. Bukan dari orang atas talian! Takut Untuk Belajar & Berubah Secara Sihat Perubahan tidak perlu drastik. Ia perlu sedar dan berperingkat-peringkat. Ilmu dan sokongan komuniti membantu perubahan berlaku dengan lebih matang dan berpanjangan. PERSENS: Ruang Kesedaran & Pendidikan Sosial PERSENS NGO Malaysia percaya bahawa masyarakat yang kuat bermula dengan individu yang sedar dan berilmu. Melalui pendekatan pendidikan sosial dan pemerkasaan wanita, PERSENS membantu membina: Ketahanan emosi Kesedaran diri Komuniti yang saling menyokong 👉 Kenali peranan PERSENS di halaman rasmi PERSENS NGO Malaysia. Di Sebalik Misi: Dr. Suffia Hany Di bawah kepimpinan Dr. Suffia Hany, PERSENS menekankan perubahan yang berasaskan kesedaran dan nilai kemanusiaan. Pendekatan beliau menolak tekanan tidak realistik dan mengangkat pembangunan insan yang seimbang. 👉 Ketahui lebih lanjut di Profil Dr. Suffia Hany. Tahun Baru 2026, Lepaskan Segala Yang Melemahkan! Tak semua yang lama perlu dibawa ke tahun baru. Lepaskan yang melemahkan, dan simpan yang menguatkan jiwa dan semangat anda. Kerana hidup yang berilmu bermula dengan kesedaran memilih untuk BANGKIT menjadi BIJAK dan BERANI menghadapi sebarang ujian dan cabaran dalam hidup.
Tahun Baru 2026 Untuk Berubah, atau Untuk Sedar?
Setiap kali masuk tahun baru, kita dengar ayat yang sama. New year, new me. Azam baru. Senarai matlamat baru. Harapan baru. Namun jujurlah — berapa ramai yang benar-benar berubah? Hakikatnya, ramai bukan gagal kerana kurang usaha. Mereka gagal kerana berubah tanpa sedar. Perubahan Tanpa Kesedaran Hanya Bertahan Sementara Ramai mahu berubah: Kerjaya baru Gaya hidup baru Sikap baru Tetapi tanpa memahami siapa diri mereka, perubahan itu hanya bertahan sementara. Kesedaran diri ialah keupayaan untuk: Mengenal emosi sendiri Memahami had dan kekuatan diri Sedar kenapa kita buat sesuatu, bukan ikut tekanan luar Tanpa kesedaran ini, azam baru untuk melakukan perubahan hanya jadi ulang tayang azam lama sahaja. Wanita Berdaya Tahan Bermula Dengan Kesedaran, Bukan Kesempurnaan Dalam masyarakat hari ini, wanita sering dituntut untuk: Kuat setiap masa Berfungsi walaupun penat Berjaya tanpa menunjukkan luka BERAT TU… tetapi daya tahan sebenar bukan tentang menafikan rasa penat. Ia tentang sedar bila perlu berhenti, belajar dan bangkit dengan cara sihat. Di sinilah pendidikan emosi dan sosial menjadi asas penting — bukan untuk menjadikan wanita “sempurna”, tetapi cukup sedar untuk menjaga diri dan peranan mereka. Peranan Pendidikan Sosial Dalam Membina Masyarakat Berilmu Perubahan individu memberi kesan kepada keluarga. Perubahan keluarga memberi kesan kepada masyarakat. Tanpa pendidikan sosial: Emosi tidak diurus dengan matang Konflik diselesaikan dengan ego Tekanan dipendam sehingga meletup Masyarakat berilmu bukan diukur melalui akademik semata-mata, tetapi melalui cara berfikir, bertindak dan berempati. PERSENS: Membina Kesedaran, Bukan Sekadar Motivasi PERSENS NGO Malaysia ditubuhkan dengan kesedaran bahawa perubahan sebenar tidak berlaku melalui motivasi sementara, tetapi melalui pendidikan, sokongan dan kesedaran berterusan. Sebagai sebuah NGO pemerkasaan wanita dan pendidikan sosial, PERSENS memberi fokus kepada: Kesedaran diri Ketahanan emosi Pembangunan insan berteraskan nilai kemanusiaan 👉 Ketahui lebih lanjut tentang misi ini di halaman rasmi PERSENS NGO Malaysia. Kepimpinan Berprinsip: Dr. Suffia Hany Di sebalik gerakan ini saya sebagai seorang wanita yang menekankan perubahan berasaskan ilmu dan kesedaran, bukan tekanan sosial, PERCAYA: Perubahan yang dipaksa akan runtuh. Perubahan yang disedari akan bertahan. Pendekatan ini menjadikan PERSENS sebuah NGO yang berwibawa dan relevan dalam konteks masyarakat Malaysia hari ini. Tahun Baru Ini, Kurangkan Tekanan. Tambahkan Kesedaran. Walau baru sekalipun, janganlah pula buat versi diri yang palsu. Jika ingin berjaya, kita memerlukan diri yang jujur, sedar dan sanggup belajar. Kerana apabila kesedaran wujud, perubahan akan berlaku dengan sendirinya — perlahan, tetapi kukuh. 👉 Ketahui bagaimana PERSENS dan PERDIM dua pertubuhan terbaik yang telah berkerjasama sekian lama dalam menyumbang kepada pembinaan wanita berdaya tahan dan masyarakat berilmu di Malaysia. Rujuk juga pelbagai aktiviti dari PERDIM Salam ikhlas dari, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 Kenali perjalanan dan visi saya di Profil Dr. Suffia Hany.