Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Tahun Baru 2026 Untuk Berubah, atau Untuk Sedar?

Tahun Baru 2026 bersama Dr Suffia Hany
Dr. Suffia Hany memimpin PERSENS NGO Malaysia dalam pemerkasaan wanita dan pembangunan masyarakat berilmu

 

Setiap kali masuk tahun baru, kita dengar ayat yang sama. New year, new me. Azam baru. Senarai matlamat baru. Harapan baru. Namun jujurlah — berapa ramai yang benar-benar berubah? Hakikatnya, ramai bukan gagal kerana kurang usaha. Mereka gagal kerana berubah tanpa sedar.

 

Perubahan Tanpa Kesedaran Hanya Bertahan Sementara

Ramai mahu berubah:

  • Kerjaya baru
  • Gaya hidup baru
  • Sikap baru

Tetapi tanpa memahami siapa diri mereka, perubahan itu hanya bertahan sementara.

Kesedaran diri ialah keupayaan untuk:

  • Mengenal emosi sendiri
  • Memahami had dan kekuatan diri
  • Sedar kenapa kita buat sesuatu, bukan ikut tekanan luar

Tanpa kesedaran ini, azam baru untuk melakukan perubahan hanya jadi ulang tayang azam lama sahaja.

 

Wanita Berdaya Tahan Bermula Dengan Kesedaran, Bukan Kesempurnaan

Dr. Suffia Hany memberi bimbingan kepada wanita dalam program PERSENS

Dalam masyarakat hari ini, wanita sering dituntut untuk:

  • Kuat setiap masa
  • Berfungsi walaupun penat
  • Berjaya tanpa menunjukkan luka

BERAT TU… tetapi daya tahan sebenar bukan tentang menafikan rasa penat.
Ia tentang sedar bila perlu berhenti, belajar dan bangkit dengan cara sihat.

Di sinilah pendidikan emosi dan sosial menjadi asas penting — bukan untuk menjadikan wanita “sempurna”, tetapi cukup sedar untuk menjaga diri dan peranan mereka.

 

Peranan Pendidikan Sosial Dalam Membina Masyarakat Berilmu

Perubahan individu memberi kesan kepada keluarga.
Perubahan keluarga memberi kesan kepada masyarakat.

Tanpa pendidikan sosial:

  • Emosi tidak diurus dengan matang
  • Konflik diselesaikan dengan ego
  • Tekanan dipendam sehingga meletup

Masyarakat berilmu bukan diukur melalui akademik semata-mata, tetapi melalui cara berfikir, bertindak dan berempati.

 

PERSENS: Membina Kesedaran, Bukan Sekadar Motivasi

Logo PERSENS NGO Malaysia

PERSENS NGO Malaysia ditubuhkan dengan kesedaran bahawa perubahan sebenar tidak berlaku melalui motivasi sementara, tetapi melalui pendidikan, sokongan dan kesedaran berterusan.

Sebagai sebuah NGO pemerkasaan wanita dan pendidikan sosial, PERSENS memberi fokus kepada:

  • Kesedaran diri
  • Ketahanan emosi
  • Pembangunan insan berteraskan nilai kemanusiaan

👉 Ketahui lebih lanjut tentang misi ini di halaman rasmi PERSENS NGO Malaysia.

Kepimpinan Berprinsip: Dr. Suffia Hany

Di sebalik gerakan ini saya sebagai seorang wanita yang menekankan perubahan berasaskan ilmu dan kesedaran, bukan tekanan sosial, PERCAYA:

  • Perubahan yang dipaksa akan runtuh.
  • Perubahan yang disedari akan bertahan.

Pendekatan ini menjadikan PERSENS sebuah NGO yang berwibawa dan relevan dalam konteks masyarakat Malaysia hari ini.

 

 

Tahun Baru Ini, Kurangkan Tekanan. Tambahkan Kesedaran.

Walau baru sekalipun, janganlah pula buat versi diri yang palsu.
Jika ingin berjaya, kita memerlukan diri yang jujur, sedar dan sanggup belajar.

Kerana apabila kesedaran wujud, perubahan akan berlaku dengan sendirinya — perlahan, tetapi kukuh.

👉 Ketahui bagaimana PERSENS dan PERDIM dua pertubuhan terbaik yang telah berkerjasama sekian lama dalam menyumbang kepada pembinaan wanita berdaya tahan dan masyarakat berilmu di Malaysia. Rujuk juga pelbagai aktiviti dari PERDIM

 

Salam ikhlas dari,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

👉 Kenali perjalanan dan visi saya di Profil Dr. Suffia Hany.

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com