Apa Hobi Ourdoor saya? Kalau anda kenal saya secara dekat, anda mesti tahu saya suka outdoor aktiviti dan salah satu hobi outdoor saya yang jadi sedikit kegilaan lately ni ‘Mountain Bike’ — saya memang love outdoor activities anyway. Saya suka Scuba Diving, Camping kat hutan-hutan, sky diving dan macam-macam lagilah “haha… ya, saya ni giler-giler sikit, tapi tidak gila ya” 😛 To me, duduk lama-lama dalam bilik pejabat atau terperuk kat rumah tu… terasa macam terhimpit otak ni. Minda kena rasa free, jadi akitiviti outdoor wanita menjadi pilihan. Sebabnya ia boleh release tension saya, especially selepas heavy work load. Kadang-kadang buat saya rasa cepat penat mentally bila asyik bekerja saja. Jadi bila ada masa terluang, saya memang suka keluar, hirup udara segar, dan buat aktiviti yang buat badan bergerak. So, antara hobi outdoor paling enjoy ialah berbasikal. Ada sesuatu yang sangat menenangkan bila kita kayuh basikal di jalan yang sunyi, kiri kanan penuh dengan pokok hijau. Angin sepoi-sepoi, bunyi burung, dan suasana alam yang tenang. Masa itu rasa macam dunia ni slow down sikit. Fikiran pun jadi lebih clear. Kadang-kadang saya berhenti sekejap, tarik nafas dalam-dalam, tengok sekeliling, dan saya rasa sangat bersyukur dengan kenikmatan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang Esa. Simple moment like this — it makes me happy. Wanita Aktif Itu Cantik Saya selalu percaya satu perkara: wanita yang aktif selalunya nampak lebih berseri. Sebab itu, aktiviti outdoor wanita itu penting! Bukan sebab makeup mahal, bukan sebab skincare berlapis-lapis. Tapi sebab mereka ada tenaga yang hidup di dalam diri mereka apabila aktif. Cuba tengok mereka yang tidak aktif. Wajah kusam, badan asyik lemah je… pastu sering dalam keletihan betul tak? Kena pulak tidur tak cukup, pemakanan tak seimbang, kurang aktiviti fizikal, habislah… badan kita akan jadi lemah, lama-lama kita akan sering merasa letih untuk melakukan apa sahaja. Bila kita buat aktiviti outdoor seperti berbasikal, berjalan, hiking atau sekadar brisk walk di taman, badan kita akan bergerak, peluh keluar, peredaran darah jadi lebih baik. Ini sebenarnya sangat baik untuk kesihatan kulit dan tubuh. Kulit nampak lebih segar. Badan rasa lebih ringan. Mood pun jadi lebih positif. In fact, ramai wanita tanya saya tentang penjagaan diri dan kecantikan. Jawapan saya selalu simple: “Beauty starts with how you treat your body.” Kalau kita jaga tubuh kita, badan akan balas balik dengan cara yang sangat baik. FAKTA: Menurut artikel di WebMD, a leading online publisher of health and medical information Senaman meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke sel kulit. “Exercise increases blood flow, which helps nourish skin cells and keep them vital. Blood carries oxygen and nutrients to the skin.” ➡️Baca artikel webMD di sini Hobi Outdoor Bukan Sekadar Sukan Bagi saya, aktiviti outdoor bukan sekadar exercise. Ia juga adalah “therapy untuk jiwa.” Kadang-kadang hidup ini sangat busy. Kerja, tanggungjawab, keluarga, macam-macam perkara yang perlu difikirkan. Kalau kita tak beri ruang untuk diri sendiri, kita mudah rasa letih, stress dan burnout. Sebab itu saya suka aktiviti macam berbasikal. Mudah, cepat, tak perlu nak plan-plan banyak, grab n terus gerak! 🙂 Simple. Bila kayuh basikal, kita fokus pada pergerakan, pernafasan dan perjalanan di depan. Fikiran yang berserabut tadi perlahan-lahan jadi tenang. It’s like a reset button for the mind. Dan bila kita kembali semula kepada rutin harian selepas itu, kita rasa lebih segar, lebih positif dan lebih bersemangat. Cubalah, tak cuba tak tahu guys… Wanita aktif dan sihat, baru Aura Pun Berbeza Saya selalu percaya wanita yang bahagia akan ada aura yang berbeza. Bahagia itu tak semestinya datang daripada perkara besar. Kadang-kadang perkara kecil pun sudah cukup. Contohnya: Kayuh basikal pagi-pagi Minum kopi sambil tengok langit (paling favourite) Jalan santai di taman Gelak dengan kawan-kawan These little moments sebenarnya yang buat hidup kita terasa lebih bermakna. Sebagai wanita, kita selalu sibuk menjaga orang lain — keluarga, anak, pasangan, kerja. Tapi kita sering lupa satu perkara penting: Kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. Self-care bukan selfish. Self-care itu penting. Hobi Outdoor & Keyakinan Diri Satu lagi perkara menarik tentang aktiviti outdoor ialah ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri wanita. Bila kita aktif bergerak, badan jadi lebih kuat. Postur badan lebih baik. Kita rasa lebih sihat dan bertenaga. Dan secara tak langsung, perasaan itu akan terpancar pada wajah kita. Saya selalu cakap pada peserta training saya: “Wanita yang menjaga diri akan lebih yakin berdiri di mana-mana.” Bukan kerana mereka sempurna, tetapi kerana mereka menghargai diri mereka sendiri. Selepas Raya, Let’s Go Outdoor Again! Sekarang ini kita semua sedang berada di penghujung Ramadan. Mood pun sudah mula terasa suasana raya. Banyak perkara perlu disiapkan — persiapan rumah, keluarga, dan macam-macam lagi. Jadi aktiviti serta hobi outdoor saya pun agak slow sedikit sekarang. Tapi honestly, saya sudah tak sabar. Saya tak sabar untuk kembali aktif doing outdoor thingy selepas Raya nanti, sapa nak join saya? 🙂 Kayuh basikal lagi, hirup udara pagi, dan menikmati moment kecil yang membuatkan hidup terasa indah. Sometimes happiness is really that simple. Raya Dah Dekat Very soon kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya ambil kesempatan ini untuk mendoakan you guys semua agar hari raya nanti membawa kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan kepada you all. Gunakan masa ini untuk bersama keluarga, bergelak ketawa dan mencipta kenangan terindah ya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, bersama keluarga tercinta. Saya doakan anda semua happy-happy selalu. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini ➡️Jom baca tentang hobi outdoor saya – Scuba Diving di sini
Jangan Tunggu 1 Syawal Baru Nak Bahagia – Dr Suffia Hany
Saya selalu nampak ramai wanita menunggu hari raya untuk merasa gembira dan bahagia. Baju baru, kuih raya, rumah yang kemas… semuanya seperti checklist kebahagiaan. Seolah-olah bila semua itu lengkap, barulah hati dibenarkan untuk tersenyum. Tetapi persoalannya — adakah bahagia hanya datang bila tiba hari raya? Saya percaya, sebuah kebahagiaan tidak perlu menunggu tarikh di kalendar. Bahagia boleh bermula sekarang. Hari ini juga. Diriwayatkan oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi saw. Baginda bersabda : مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ Maksudnya :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.” Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad Penjelasan: Adakah nak kena ada kereta dan rumah yang mewah baru dikatakan bahagia? Adakah nak kena sampai ke Hari Raya baru nak happy, nak bergelak ketawa? Baru nak ceria? TAK PERLU… maksud hadis ini jelas, dengan adanya kereta yang elok, ia cukup membantu. Tak perlu kereta mewah pun. Samalah juga dengan Hari Raya, tak perlu nak bersiap sakan… sekadar yang mampu itu sudah membahagiakan dahhh… ➡️Ketahui lebih terperinci tentang hadis ini di sini Membahagiakan Itu Pilihan, Bukan Paksaan Waktu Kadang-kadang kita menunggu sesuatu berlaku dahulu sebelum membenarkan diri kita merasai kebahagiaan. Kita tunggu: cuti panjang bonus hujung tahun kejayaan besar atau hari raya Baru kita rasa hidup ini indah. Namun realitinya, hati yang tenang tidak bergantung pada tarikh tertentu. Dalam banyak sesi latihan bersama wanita dan usahawan yang saya kendalikan, saya selalu berpesan: “Kadang-kadang yang kita tunggu sebenarnya bukan keadaan luar berubah, tetapi hati kita sendiri yang belum bersedia menerima bahagia.” Bila hati terlalu sibuk mengejar kesempurnaan, kita sering terlepas menikmati kebaikan kecil yang sebenarnya sudah ada di depan mata. Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain Media sosial sering membuatkan kita rasa hidup orang lain jauh lebih sempurna dari kita. Rumah cantik. Kereta Mewah. Pakaian lawa-lawa Makan di restoran mewah Anak-anak manja dan berjaya. Kuih raya sudah siap berbalang-balang. Sedara-mara gembira bersama… Sedangkan kita mungkin masih berkejar dengan kerja, anak, dan tanggungjawab harian. Tapi ingatlah — apa yang kita lihat di media sosial hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan seseorang. Setiap orang ada perjuangan yang TIDAK DITUNJUKKAN!. Jangan biarkan perbandingan ini mencuri kegembiraan yang sebenarnya sudah ada dalam hidup kita. Kadang-kadang, bahagia itu bukan pada apa yang kita belum ada. Tetapi pada apa yang kita sudah miliki tetapi jarang kita hargai. Lepaskan Beban Yang Tidak Perlu Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa untuk kita memperlahankan langkah dan melakukan refleksi diri. Dalam kesibukan menyediakan persiapan Hari Raya, cuba tanya diri sendiri: Apa yang sebenarnya sedang membebankan hati saya? Adakah saya terlalu keras terhadap diri sendiri? Adakah saya menyimpan kekecewaan yang sudah lama? Kadang-kadang yang membuat hati kita berat bukan kerana hidup terlalu sukar, tetapi kerana kita memikul terlalu banyak emosi yang tidak perlu. Saya sendiri belajar bahawa kadang-kadang yang perlu dilepaskan bukan orang lain, tetapi versi diri kita yang terlalu keras menghukum diri sendiri. Cara Mudah Mula Bahagia Hari Ini Untuk mula merasakan kebahagiaan hidup, anda tidak perlu bermula dengan perkara besar. Ia boleh bermula dengan langkah kecil yang kita lakukan setiap hari. Antara yang boleh anda cuba: Hargai kemenangan kecil Walaupun sekadar menyelesaikan satu tugas hari ini. Berhenti seketika untuk bersyukur Tarik nafas dan sedar bahawa kita masih diberi peluang menjalani hari ini. Senyum kepada diri sendiri Kadang-kadang kita terlalu baik kepada orang lain, tetapi lupa memaafkan diri sendiri. Kurangkan tekanan kesempurnaan Rumah tidak perlu sempurna untuk diraikan. Yang penting hati kita tenang. Luangkan masa untuk diri sendiri Walaupun hanya 10 minit sehari untuk berehat, membaca atau berdoa. Perkara kecil ini mungkin nampak sederhana, tetapi ia boleh memberi kesan besar kepada emosi kita. Untuk anda ubah situasi ini dan terus kekal happy, baca juga artikel saya di sini Wanita Yang Menghargai Diri Tidak Perlu Tunggu Raya Saya percaya satu perkara ini: “Wanita yang belajar menghargai dirinya sendiri tidak perlu menunggu hari raya untuk tersenyum.” Kerana bila hati kita ringan, kebahagiaan tidak lagi bergantung pada keadaan luar. Raya tetap akan datang. Kemeriahan tetap akan tiba. Tetapi jangan biarkan hari raya menjadi satu-satunya masa kita membenarkan diri untuk mengecapi kebahagiaan. Ia boleh dimulakan hari ini — dengan hati yang lebih tenang, lebih ringan, dan penuh syukur. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini ➡️Ketahui cara tambah bahagia di sini
5 Juadah Berbuka Puasa Terenak di dunia — Dr Suffia Hany
Bila masuk sahaja bulan Ramadan, satu soalan yang selalu muncul setiap hari ialah: “Hari ni nak berbuka dengan apa ya?” Betul tak? Kadang-kadang dari tengah hari lagi kita dah terbayang-bayang makanan yang kita nak makan waktu berbuka nanti. Juadah Berbuka Puasa favourite anda? Menariknya, setiap orang ada juadah berbuka puasa favourite masing-masing. Ada yang suka makanan berat, ada yang suka manisan tradisional, dan ada juga yang setia dengan satu dua makanan sahaja sepanjang bulan Ramadan. Jadi apa pula juadah berbuka puasa yang paling anda suka? Yang sampai ulang-ulang makan sepanjang Ramadan? Cuba fikir sekejap… mungkin ada makanan yang bila makan je terus teringat zaman kecil-kecil dulu. Kadang-kadang makanan ni bukan sekadar makanan tau. Ia boleh jadi kenangan. Ada makanan yang buat kita teringat arwah ibu yang selalu masak di dapur waktu petang. Ada yang buat kita teringat suasana kampung, bunyi azan maghrib dari surau kecil, atau suasana berbuka ramai-ramai di rumah nenek. Itulah magis makanan. Rasa dan aromanya boleh membawa kita kembali ke masa lalu. “TAPI, apa yang TERENAIK DI DUNIA tuuu?!” Suka saya untuk berkongsi dengan anda di sini, antara juadah berbuka puasa favourite saya setiap kali Ramadan tiba. Best List Juadah Berbuka Puasa saya “Best in the world” – haaa kalau orang dulu-dulu ayat cam ni memang selalu keluar la kan, GenZ tak tahu ni… orang-orang lama mesti biasa, kalau yang terenak dan terbaik tu meti komen dia BEST IN THE WORLD gitu haha 🙂 1. Tepung Pelita Yang ini memang klasik. Sejuk-sejuk, lembut, dengan lapisan santan di atas dan gula melaka di bawah… memang nikmat! Bila makan tepung pelita waktu berbuka, rasa macam terus segar selepas seharian berpuasa. Kadang-kadang satu bekas tu tak cukup. Nak tambah lagi! 2. Onde-onde / Buah Melaka Siapa yang tak suka onde-onde kan? Bila gigit je, gula melaka dalam tu terus meleleh keluar. Ditambah pula dengan kelapa parut yang lembut di luar… memang kombinasi yang sempurna. Kuih tradisional macam ni memang ada aura dia sendiri. Walaupun sekarang banyak dessert moden, onde-onde tetap ada tempat istimewa di hati rakyat Malaysia. 3. Sagu Gula Melaka Yang ini pun antara dessert yang simple tapi sedap. Sagu yang kenyal, dicampur dengan gula melaka dan santan… fuhh! Memang sesuai sangat makan waktu berbuka. Kadang-kadang makanan yang paling simple lah yang paling buat kita rindu. 4. Lauk Kampung — Sambal Bilis Kalau bab nasi pula, saya memang suka lauk pauk masakan kampung. Tak perlu fancy sangat. Cukup dengan sambal bilis, telur dadar, sayur kampung… dah cukup buat saya happy. Sambal bilis tu pula kalau pedas-pedas sikit, makan dengan nasi panas… memang bertambah nasi jawabnya! 5. Mee Kari — Yang Ini Memang Favourite No.1! Yang ini memang juara dalam senarai saya. Mee kari boleh dikatakan macam makanan ruji juga. Kuah dia yang pekat, aroma rempah yang wangi, dengan tauhu, ayam atau kerang… memang padu. Kalau diberi pilihan, hari-hari makan mee kari pun saya tak kisah. Itu tandanya memang betul-betul favourite lah tu! BEST IN THE WORLD😄 Dengar kata, ramai yang berlumba-lumba cuba mendapatkan booking tempat di Restoran Rembayung. Ya la kan, ramai peminat Khairul Aming. Dapat berbuka pula dengan Juadah berbuka puasa di Rembayung, mesti gempak. Bagi saya, saya memang suka masakan ala kampung ni kan. Cuma ada dengar-dengar desas-desus cerita dari mereka yang pernah merasa, katanya, viral je lebih Rembayung ni, “makanannya sama sajalah dengan tempat lain, nothing special” – betul ke tidak, Allah waalam, saya pun belum dapat pergi lagi. Apa-apa pun kena support… Bagi anda yang nak mencuba booking boleh cuba booking Rembayung di sini FAMILY segala-galanya. Makan kat Rembayung ke makan dekat rumah ke, itu tak penting, yang penting adalah MAKAN bersama KELUARGA!. Walau apa pun juadah berbuka puasa favourite kita pun, tak bermakna apa-apa kalau menikmatinya seorang diri. Yang paling bermakna ialah bersama Family tercinta menikmati juadah bersama. Bila dapat duduk satu meja dengan keluarga, tunggu azan maghrib sama-sama, ambil kurma, minum air pertama selepas seharian berpuasa… itu adalah moment yang sangat berharga. Lauk pauk biasa-biasa pun boleh rasa sangat menyelerakan. Ada gelak tawa, ada cerita hari masing-masing, ada suasana tenang yang susah nak digambarkan. Itulah sebenarnya nikmat Ramadan yang terindah. Keluarga adalah segala-galanya. Tanpa keluarga di sisi, hidup boleh terasa sunyi walaupun makanan yang ada di depan kita sangat sedap. Sebab itu sementara kita masih ada masa, hargailah keluarga kita. Luangkan masa bersama mereka, berbual, makan bersama, dan cipta kenangan yang indah. Kerana suatu hari nanti, mungkin kenangan-kenangan kecil inilah yang akan kita rindukan paling dalam. Nak tanyalah juga… apa pula juadah berbuka puasa favourite anda? 😊 Kongsi di ruangan komen. Mana tahu kita ada menu favourite yang sama! Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ➡️Dapatkan info lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
3 Cara Termudah Membina Tujuan Hidup
Apakah tujuan hidup anda? Apabila bercakap tentang soal TUJUAN HIDUP… pelbagai perkara yang kita mulai fikirkan. Cita-cita kita, impian kita yang belum tercapai, juga mulai terimbau sekilas lalu. Membuatkan kita terfikir, “Apakah itu hala tuju hidup aku?” — atau membalas jasa baik kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita? Malah, mungkin juga kita terfikir untuk memenuhi impian, mengecapi sebuah kejayaan terbesar dalam hidup! Ya, itu semua boleh menjadi perkara-perkara yang ‘trigger’ NIAT kita dalam menegaskan, APA TUJUAN HIDUP kita yang sebenarnya. Namun, bagaimanakah ianya boleh terhasil? PERINGATAN: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” — Surah Ar-Ra’d [13:11] Baca keseluruhan tafsir ayat ini di sini Hidup kita tidak akan berubah hanya dengan menunggu atau berangan-angan. Tujuan hidup sebenar terhasil bila kita bertindak, walaupun langkah pertama itu kecil. “Impian takkan menjadi kenyataan jika hanya sekadar mengimpikannya sahaja” — Jadi, begitu jugalah dengan tujuan hidup. Ia bukan sesuatu yang anda boleh temui dimana-mana. Atau hanya dengan teringat lalu terjadi. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang anda perlu usahakan dan ciptakan! Ia harus dibina dan dibangunkan dalam tindakan anda seharian, malah perlu diusahakan seperti menyusun batu bata untuk membina sebuah mahligai impian — tetapi pembinaannya pula adalah dengan keputusan demi keputusan penting yang harus kita putuskan dan dimana resultnya akan memberi kesan yang sangat bermakna. Ingin mengubah hidup jadi lebih baik? Mulakan dengan satu soalan yang jujur kepada diri sendiri —Apakah tujuan hidup anda? Ramai beranggapan tujuan hidup adalah sesuatu yang perlu dicari.Seolah-olah ia tersembunyi dan menunggu untuk ditemui. Hakikatnya, Ia tidak hadir ketika kita duduk diam dan hanya merenung masa depan.Ia dibangunkan melalui tindakan, keputusan, dan keberanian setiap hari. Berikut adalah 3 cara mudah, membina tujuan hidup yang sebenar: 1. Mulakan Dengan Tindakan Kecil Tidak perlu melihat keseluruhan perjalanan yang panjang sehingga menjadikan anda terasa letih nak mulakan.Lihat sahaja langkah pertama yang berada tepat di hadapan anda. Dengan cara begitu, anda akan lebih fokus dan terasa lebih ringan. Ramai menunggu rasa yakin sebelum bertindak.Namun sebenarnya: Kita bukan bertindak kerana sudah bermotivasi.Kita menjadi bermotivasi kerana sudah bertindak. Ambil dulu satu tindakan kecil hari ini. Jangan tengok yang jauh dulu, buat yang mudah-mudah dulu agar anda cepat nampak hasilnya!Di situlah momentum bermula. 2. Berani Keluar Dari Zon Selesa Zon selesa memberi rasa selamat,tetapi ia juga boleh menghalang pertumbuhan. Memulakan sesuatu yang baru memang tidak mudah. Kita akan goyah. Kita akan rasa tidak selesa. Kita akan rasa takut. Tetapi rasa takut bukan tanda untuk berhenti. Anggap ia satu cabaran!Barulah Ia menjadi tanda kita sedang berkembang. Kejayaan bermula apabila kita berani melangkah keluar — walaupun sedikit! 3. Hentikan Alasan, Pilih Bertindak Duduk terlalu lama dalam zon alasan, zon penundaan tidak akan mengubah kehidupan anda. Ia hanya akan melengahkan kejayaan anda. Malah boleh menarik anda jatuh. Usah biarkan apa-apa sahaja keadaan, sebab atau sesiapa sahaja menarik anda dari mencapai impian anda! Elak dari menjadi lemah, lesu dan longlai dengan alasan-alasan yang tidak terkait dengan anda, sekarang bukan masanya kerana kerana sekarang adalah MASA UNTUK ANDA! Tujuan hidup tidak dibina melalui alasan.Ia dibina melalui keputusan. Anda Memegang Pena Hidup Anda Sendiri Hidup ini bukan skrip yang ditulis orang lain. Anda yang memegang pena. Anda yang menentukan jalan cerita. Anda yang memilih bab seterusnya. Keluarlah daripada zon alasan dan penundaan. Berhenti memberi kuasa kepada ketakutan. Buat tindakan sekarang. Walaupun kecil. Walaupun perlahan. Jadikan hari ini versi diri anda yang TERBAIK, yang LEBIH BAIK baik daripada semalam. Kerana tujuan hidup… tidak menunggu kita bersedia. Ia menunggu kita bertindak. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
5 Tanda Silent Burnout Wanita – Ramai tak sedari
Bahaya Memendam Rasa ‘PENAT’ Hari ini saya ingin bercakap dari hati ke hati — khusus buat wanita yang kelihatan kuat di luar, tetapi dalam diam memikul beban yang tidak pernah diceritakan. Ramai wanita mengalami sindrom silent burnout wanita — keletihan emosi yang dipendam terlalu lama sehingga diri sendiri pun hampir tidak sedar betapa penatnya jiwa! “Haaa, pernah anda rasakannya?” itulah BURNOUT namanya. SILENT, sebab senyaplah. Tak berani nak beritahu sesiapa. Segan atau malu, lalu sorokkan perasaan PENAT yang teramat sangat tu sehingga menjadi ‘Mental Torture’ Bukan penat buat kerja, bukan penat kerana banyak tanggungjawab, tetapi MENTAL anda penat! Mungkin anda masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa — bekerja, mengurus keluarga, menjaga semua orang. Namun di sudut hati, ada rasa letih yang sukar dijelaskan. Jika anda pernah merasa begitu, percayalah… anda tidak keseorangan. Sebagai seorang yang sering mendengar kisah wanita dari pelbagai latar belakang, saya melihat satu pola yang sama — ramai yang memilih untuk berdiam diri kerana takut membuka cerita yang dianggap sensitif atau memalukan. Dan ramai sangat yang lebih kepada menjaga AIB! Ya, saya faham membuka aib itu tak baik dan berdosa. Namun, sekiranya ianya memudaratkan anda… maka carilah teman karib atau keluarga terdekat yang boleh dipercayai untuk meluahkan segala beban yang ditanggung seorang diri itu, agar anda dapat mengelakkan dari menjadi Silent Burnout Wanita. Di sini, saya senaraikan 5 TANDA Silent Burnout Wanita: 1️⃣ Rasa Penat Yang Tidak Hilang Walaupun Berehat Wanita yang mengalami sindrom tanpa sedar, silent burnout wanita ini sering merasa letih secara emosi, walaupun secara fizikal nampak okay. Kadang tidur cukup, tetapi hati tetap terasa berat. Ini kerana keletihan emosi tidak boleh pulih hanya dengan rehat fizikal — ia memerlukan ruang untuk diproses. Yang mana sometimes, anda kena keluar terus dari normal rutin harian anda dan pergi BERCUTI atau STOP working dan keluar bandarlah sehari dua! 2️⃣ Sentiasa Meletakkan Orang Lain Dahulu Ramai wanita terbiasa menjaga semua orang — pasangan, anak, keluarga, rakan sekerja — sehingga lupa bertanya kepada diri sendiri: “Apa yang hati aku nak hari ini?… apa yang best makan hari ni eh?… Rancangan TV apa yang seronok?” Apabila keperluan dan kemahuan rutin anda diabaikan terlalu lama, silent burnout wanita boleh berlaku secara perlahan-lahan, tanpa anda sedari. Ini yang bahaya! Kadang sesetengah tu bila dah tersedar, dia boleh berlaku sakit jantung, boleh amuk, malah lebih teruk dari itu pun boleh berlaku akibat JIWA tak dapat menerima TEKANAN! Nanguzubillah… 3️⃣ Takut Berkongsi Kerana Mahu Menjaga Maruah Ada wanita memilih untuk menyimpan segalanya kerana takut: Rahsia rumah tangga terbuka Dilihat lemah Dinilai oleh orang lain Malu dengan adik beradik Maruah keluarga tercalar Macam-macam dia punya takut. Sedangkan memendam tekanan berpanjangan boleh memberi kesan kepada kesihatan mental yang teruk… itu tak takut pula?, Seperti yang sering ditekankan oleh World Health Organization mengenai kepentingan kesejahteraan emosi dalam kehidupan harian, kesihatan mental kita adalah bermula dengan, pergaulan kita. Komunikasi yang seimbang boleh melegakan minda yang tengah serabut. 4️⃣ Rasa Kosong Walaupun Hidup “Nampak Baik” Ini antara tanda paling halus. “Terasa sunyi di dalam sebuah keramaian yang hiruk pikuk” – punyalah padat dengan orang ramai, kita boleh merasa kosong dan sunyi? That is something wrong somewhere. Segala tanggungjawab berjalan, tetapi dalam hati terasa kosong — seolah-olah hanya “berfungsi”, tetapi bukan benar-benar hidup. Silent burnout wanita sering muncul dalam bentuk ini. 5️⃣ Mudah Rasa Bersalah Bila Mahu Berehat Ada suara kecil dalam diri berkata: “Tak boleh rehat… nanti orang susah.” “Aku kena kuat untuk lalui satu hari lagi.” Hakikatnya, menjaga diri bukanlah mementingkan diri — ia adalah tanggungjawab terhadap kesihatan emosi. tetapi mungkin hati wanita ni kadang terlalu lembut hati, terlalu baik sangat. Sampai membiarkan keadaan sekeliling mengambil kesempatan ke atas dirinya. Haa… bukan orang lagi, baru keadaan sahaja. Tengoklah betapa baik sangat kaum wanita ni kan hehe 🙂 — You know, kadang-kadang kita perlu KUAT untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Lembut is good, but too lembut is not. Akhir kata, Pesanan Saya… Jika hari ini anda sedang membaca ini dan terasa seperti ada sesuatu yang menyentuh hati — berhentilah sejenak. Tarik nafas. Akui bahawa anda juga manusia yang berhak untuk MELEPAS PENAT! Tidak semua perkara perlu dipikul seorang diri. Kadang, kekuatan sebenar bukan pada kemampuan menahan segalanya — tetapi pada keberanian untuk memberi ruang kepada diri untuk sembuh. Anda tidak perlu sentiasa kelihatan kuat. Anda hanya perlu jujur dengan diri sendiri. ========================================== Langkah Lembut Untuk Mengurus Silent Burnout Wanita 🌿 Luangkan masa walaupun beberapa minit untuk diri sendiri setiap hari 🌿 Berkongsi dengan individu yang dipercayai atau mentor 🌿 Menulis tentang perasaan anda untuk melepaskan beban emosi 🌿 Mendapatkan sokongan profesional jika perlu 🌿 Mengingatkan diri bahawa rehat itu bukan kelemahan Anda BERHAK Untuk Merasakan Ketenangan dalam hidup! Sebagai wanita, anda sering menjadi tiang kepada ramai orang. Namun ingat — tiang juga perlu dijaga supaya tidak retak. Jika anda sedang melalui silent burnout wanita, mulakan dengan langkah kecil. Berlembutlah dengan diri anda sendiri “Kerana dalam menjaga dunia sekeliling anda… jangan lupa untuk menjaga dunia hati kecil anda sendiri.” Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
10 Cabaran Wanita & Cara Kekal Bersemangat di Bulan Ramadan
Pagi itu, seorang wanita bangun sebelum Subuh… Rumah masih sunyi, lampu dapur menyala perlahan. Dia menyiapkan sahur sambil fikirannya melayang — tentang kerja, keluarga, tanggungjawab yang tidak pernah habis. “Ahh… penatnya rasa” 🙁 Sesungguhnya, ramai merasainya dengan rasa yang sama, betul tak? Kadang tak tertanggung beratnya memikirkan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Namun di sini, ada baiknya, kita melihat dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi, di bulan Ramadan yang hadir bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi untuk mengajar kesabaran, redha, dan kekuatan hati. Seperti yang kita sering diingatkan — sentiasa bersemangat walaupun jalan berliku-liku. Kerana kehidupan seharian kita ini memang tidak lurus, dan especially, buat wanita, kita semua akan sering diuji dengan pelbagai ujian! Akan tetapi, setiap ujian adalah peluang untuk membentuk diri menjadi lebih kuat. Allah mengingatkan kita: “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah 94:5–6) Baca tafsir keseluruhan ayat ini di sini Surah Al-Insyirah (94) ayat 5-6 (Atau Alam Nasyrah) Menegaskan janji Allah bahawa setiap kesukaran pasti disertai dengan kemudahan, diulang 2 kali untuk memberi penekanan serta keyakinan dan kekuatan hati agar kita belajar untuk lebih positif dan redha dengan ketentuan Ilahi. Yakin, bahawasanya, Allah akan datang selepas kesulitan. Ia juga memujuk hati, mengingatkan setiap ujian bukanlah tanda ditinggalkan, bukan bala, tetapi sebuah perjalanan menuju kekuatan dalam hidup yang fana ini. 10 Cabaran Wanita & Cara Kekal Positif 1️⃣ Tekanan Memikul Banyak Peranan Cabaran pertama inilah yang sering dilalui oleh ramai wanita. Ya lah kan, bayangkan dengan kerjaya, keluarga, ibadah — kadang terasa amat berat sekali… kepada siapalah hendak kita meluahkan rasa? InsyaAllah kembali kepada Maha Pencipta. However, untuk usaha sendiri, di sini saya berikan sedikit tip: Tips: ✔ Susun keutamaan dengan bijak ✔ Belajar berkata “tidak” bila perlu ✔ Ambil masa untuk diri sendiri Ramadan reminder: Jadikan setiap niat dengan ikhlas agar ia menjadi satu ibadah. 2️⃣ Keletihan Emosi & Mental Kadang rasa kosong walaupun tersenyum di depan orang. Tidak dapat tidak, kita terpaksalah hadapi juga walaupun kepenatan. Di sinilah emosi dan ketahanan mental diuji. Kalau lemah, pasti rebah tersungkur. Tips: ✔ Luahkan perasaan melalui doa ✔ Amalkan self-care ringan ✔ Rehat sejenak selepas solat sambil berzikir menyebut nama Allah. Ramadan reminder: Tenang itu datang bila hati bersandar pada Yang Maha Esa. 3️⃣ Ujian Kesabaran Dengan Orang Sekeliling Hati-hati apabila dah penat, apabila tertekan, kata-kata atau sikap orang boleh menguji hati. Orang hanya bertanya, kita rasa orang menghina. Orang tengok kat orang lain punnnnn… kita rasa macam orang tu sedang mencemuh kita. Aduh… Tips: ✔ Bezakan kritikan membina vs negatif ✔ Jangan biar pandangan orang tentukan nilai diri Ramadan reminder: Menahan sabar juga satu bentuk ibadah. 4️⃣ Wanita sering Kerisauan Tentang Masa Depan THINK TOO MUCH! Itulah kaum hawa ni kan. Fikir tentang En Suami, risau tentang anak-anak, rezeki, kehidupan dan macam-macam lagilah kan… Risau dan sering berjaga-jaga itu bagus, tetapi jika MELAMPAU sangat akan membebankan. Try balance kan. Tips: ✔ Fokus pada apa yang boleh dikawal ✔ Bertawakal kepada Allah selepas usaha Ramadan reminder: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kemampuannya. 5️⃣ Rasa Tidak Dihargai Banyak yang dibuat tetapi jarang disebut. Memang akan buat kita rasa frust sangat. Sebaik-baiknya, jangan terlalu berharap. Buat apa-apa dengan ikhlas dan kerana Allah, selebihnya lupakan pujian dan penghargaan sebaliknya, kita beri REWARD diri kita sendiri. Cara begitu boleh buat kita akan lebih bahagia. Tips: ✔ Hargai diri sendiri ✔ Ingat bahawa Allah melihat semua usaha Ramadan reminder: Nilai kita bukan diukur manusia, tapi di sisi Allah. 6️⃣ Keletihan Fizikal Bangun sahur, bekerja, urus rumah — tubuh terasa lelah. Sekali lagi saya sarankan, biar balance hidup kita ni. Seimbangkan! Tips: ✔ Rehat secukupnya ✔ Jaga pemakanan & tidur Ramadan reminder: Menjaga diri juga sebahagian daripada amanah Allah. 7️⃣ Perasaan Bersalah Terhadap Kekurangan Diri Please, wanita-wanita semua… hindarkan dari berperasaan sebegini. Asyik terasa belum cukup baik, tak pandai, kurang bijak… semua ini boleh diatasi. Boleh diajar dan berjaya! Tips: ✔ Fokus pada progress, bukan kesempurnaan ✔ Raikan pencapaian kecil Ramadan reminder: Pintu taubat selalu terbuka — Allah melihat usaha, bukan kesempurnaan. 8️⃣ Cabaran Hubungan Salah faham atau konflik dalam keluarga / kerja juga sering teruji. Jadi jagalah setiap hubungan dengan baik. Tips: ✔ Komunikasi jujur & matang ✔ Utamakan empati Ramadan reminder: Maafkan dan lepaskan, hati jadi lebih ringan. 9️⃣ Tekanan Untuk Sentiasa Kuat Kadang rasa perlu menyembunyikan kesedihan dan sentiasa mempamerkan yang anda sentiasa kuat. Ini akan lebih dirasai kepada single mother yang terpaksa compete dengan bekas suami yang lebih tinggi kedudukannya. Demi nak tunjuk pada anak-anak, yang Mama ni pun hebat juga… akhirnya anda menyeksa diri sendiri. Tips: ✔ Benarkan diri menangis & luahkan ✔ Kongsi dengan sahabat / mentor Ramadan reminder: Kekuatan sebenar datang dari hati yang jujur dengan emosi. 🔟 Hilang Semangat Pasti akan ada hari yang anda akan merasa berat untuk teruskan. Lantas, anda mulai hilang semangat untuk meneruskan usaha yang anda bina selama ini. Tips: ✔ Fokus pada hari ini, satu langkah pada satu masa ✔ Cari inspirasi melalui Quran & doa Ramadan reminder: Setiap malam membawa peluang baru untuk bangkit dan bersyukur. Setiap yang terjadi, pasti ada HIKMAHNYA! Jalan hidup mungkin berliku, tetapi setiap cabaran membawa hikmah. Always remember that! Dan tenang-tenanglah, bertabahlah, dan terus melangkah dengan semangat. Kerana di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang menunggu, itu pasti. Bagi wanita yang ingin terus memperkuat diri: Terus ikuti tips ini, dan jadikan setiap cabaran Ramadan sebagai latihan hati dan jiwa. Salam Ikhlas, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
5 Renungan di Hati sebelum Berbuka Puasa
Petang Ramadan selalu membawa rasa yang berbeza. Tika dan saat inilah renungan di hati muncul sendiri. Walaupun badan mungkin letih, perut mula berbunyi, tapi ada satu ketenangan yang sukar dijelaskan. Seolah-olah masa bergerak perlahan, memberi ruang untuk kita bernafas dan melihat ke dalam diri. Tiba-tiba redup, dan sayup-sayup je segala bunyian di sekeliling… sambil menantikan azan Maghrib. Sementara menunggu waktu berbuka beginilah, saat-saat inilah mungkin masa terbaik dan sesuai sangat untuk kita berhenti seketika — bukan sekadar tunggu makanan, tetapi juga berhenti dan merenung jauh, lantas mendengar nun jauh di sudut suara hati… Berikut 5 renungan di hati yang boleh menemani saat tenang itu. 1️⃣ Puasa Mengajar Kita Erti Sabar Yang Sebenar Bila lapar dan dahaga datang, kita belajar bahawa tidak semua keinginan perlu dipenuhi segera. Sabar bukan sekadar menunggu azan, tetapi melatih diri supaya tidak terburu-buru dalam hidup. “Benda boleh bincang 🙂 mengapa nak tergopoh-gapah ni kan?” haha… Mungkin di luar Ramadan kita sering mahu semuanya cepat — cepat makan, cepat hilang dahaga, cepat berjaya, cepat selesai, cepat bahagia. Namun puasa mengingatkan bahawa proses kesabaran itu amat penting. Lalu, banyak-banyaklah bersabar. 2️⃣ Detik Menunggu Adalah Ruang Untuk Bersyukur Kadang kita hanya sedar nikmat makanan apabila tidak dapat menikmatinya sepanjang hari. Segelas air waktu berbuka terasa luar biasa, walaupun pada hari biasa ia perkara kecil. Semua ini adalah kerana menunggu tuuu… haaa “PENANTIAN satu seksa yang tidak tertanggung” Haaa sempat nyanyi lagu Penantian you all :)) Detik menunggu ini sememangnya mengajar kita untuk lebih menghargai — bukan sahaja makanan, tetapi juga keluarga, kesihatan, dan peluang yang sering kita terlepas pandang. Yang paling harus kita bersyukur, adalah REZEKI dari Allah s.w.t serta kenikmatan yang masih kita rasai, setelah penat menanti sepanjang hari. Sesetengah orang, Tuhan tarik rasa nikmat tu, tunggulah lama mana pun, bila makan, semua rasa tawar je, tak sedap langsung haa… minta jauhlah kan. Sebab tu kena kena bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki, kerana semuanya datang dari Dia. 3️⃣ Ramadan Adalah Masa Untuk Melembutkan Hati Dalam kesibukan harian, hati mudah menjadi keras — lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja, masalah hidup, dan pelbagai cabaran. Sebenarnya Tuhan ciptakan bulan Ramadan ini sungguh cantik sekali. Cuba renung-renungkan… dan bayangkan jika tiada bulan yang boleh redakan seketika ni, habis huru-hara kehidupan kita. Penuh dengan tekanan sepanjang masa. Ramadan datang sebagai ruang untuk melembutkan kembali jiwa. Lembutkan hati nurani, bila banyak sabar, banyak redha, suasana jadi tenang, hati jadi lembut. Kehidupan kembali cool balik, tak adalah cam HAVOC je. Mungkin dengan memaafkan, berdoa, atau sekadar duduk diam beberapa minit sebelum berbuka, kita memberi peluang kepada hati untuk sembuh dari segala tekanan dalam kehidupan. 4️⃣ Tidak Mengapa Jika Kita Masih Dalam Proses Ramai yang rasa bersalah jika belum menjadi “sempurna” sepanjang Ramadan — mungkin masih terlepas amalan, masih bergelut dengan emosi, atau masih belajar berubah. It’s okay, don’t worry! – Masih dalam proses lah tu kan. Slowly kita belajar dan memahami erti Ramadan yang sebenar. Kerana Hakikatnya, Ramadan bukan tentang menjadi sempurna dalam sekelip mata. Ia tentang langkah kecil yang konsisten. Setiap usaha, walaupun kecil, tetap bermakna. Yang penting terus berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. 5️⃣ Jadikan Doa Sebagai Teman Setia Saat hampir berbuka adalah waktu yang sangat istimewa untuk berdoa, seperti yang sering dihuraikan dalam panduan ibadah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia | panduan ibadah JAKIM Ambil beberapa saat untuk menyebut apa yang terbuku di hati — harapan, kegusaran, atau sekadar ucapan syukur. Kadang doa yang paling ringkas datang dari hati yang paling jujur. Berdoalah kepada Allah s.w.t kerana DIA amat suka kita memohon doa dariNya. Lagi banyak kita minta lagi bagus. Yang tak suka MANUSIA. Haa.. manusia tak suka diminta-minta. Tuhan tidak begitu. Allah s.w.t sangat suka umatNya sering meminta dan memohon doa dariNya. Nikmati Ketenangan Ini Sementara menunggu azan berkumandang, mungkin kita boleh memilih untuk hadir sepenuhnya dalam detik ini. Rasai ketenangan, lepaskan seketika beban fikiran, dan ingat bahawa Ramadan adalah ANUGERAH dari YANG MAHA ESA — peluang untuk kembali kepada diri sendiri. Semoga setiap petang Ramadan membawa sedikit kedamaian, dan setiap kali kita berbuka menjadi pengingat betapa banyaknya nikmat yang kita miliki. Harapan saya, dari renungan di hati kita ini, akan memberi ruang untuk kita kembali kepada diri sendiri dan menjalani Ramadan dengan hati yang penuh ikhlas, tenang dan redha dengan segala ketentuanNya, InsyaAllah. Semoga renungan di hati ini menjadi teman di ruang sudut nun sanubari kita sepanjang Ramadan Al Mubarak. Selamat Berbuka Puasa, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
PEKB 2026 KPKT Dengan Kerjasama Perdim Perkasa Wanita B40 Jadi Usahawan Urutan Berpantang
Program PEKB 2026 KPKT atau secara lebih terperincinya, Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2026 terus membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa wanita bandar melalui latihan kemahiran dan keusahawanan yang berimpak tinggi. Dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), edisi kedua program ini memfokuskan kepada kursus urutan selepas bersalin sebagai medium menjana pendapatan khususnya bagi wanita golongan B40. Program intensif selama tujuh hari ini berlangsung di Hotel Crown Garden dan melibatkan 40 peserta terpilih daripada hampir 1,000 pencalonan yang diterima. Saringan Ketat: 40 Peserta Terpilih Daripada Hampir 1,000 Permohonan Menurut Pengarah Program, Dr. Suffia Hany Mohd. Amin, pemilihan peserta dilakukan secara teliti melalui proses saringan dan bancian bagi memastikan peluang diberikan kepada wanita yang benar-benar layak dan memerlukan. Peserta terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah, wanita yang pernah berniaga serta mereka yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang urutan atau perniagaan. Pendekatan ini memastikan PEKB 2026 bukan sekadar program latihan, tetapi inisiatif sosial yang menyasarkan perubahan ekonomi sebenar. Modul Menyeluruh: Kemahiran, Anatomi dan Keusahawanan PEKB 2026 KPKT dengan kerjasama Perdim tidak hanya memberi latihan praktikal urutan berpantang. Modul yang dibangunkan merangkumi: Teknik urutan ibu selepas bersalin Pemakaian bengkung Bertangas dan mandian herba Penjagaan luka selepas bersalin Pendedahan asas anatomi (urat, otot dan rahim) Pengurusan perniagaan dan akaun Pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Barisan Pengamal Perubatan Sebagai Tenaga Pengajar Kredibiliti PEKB 2026 turut diperkukuhkan dengan penglibatan barisan pengamal perubatan daripada Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim). Antara tenaga pengajar utama ialah Presiden Perdim, Dr. Boi Saidi, bersama ahli jawatankuasa lain seperti Dr. Muzvin Othman, Dr. Nasaruddin Che Fa dan Dr. Shah Reza Khelikuzaman, serta pakar perbidanan Fauziah Haron. Penglibatan tenaga profesional ini memastikan setiap teknik yang diajar berasaskan pemahaman anatomi sebenar, termasuk kedudukan otot, urat dan rahim, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan dan profesionalisme perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh peserta. Pendekatan ini membezakan PEKB 2026 daripada kursus urutan biasa kerana ia disokong kepakaran klinikal dan disiplin latihan berstruktur. Latihan berasaskan anatomi ini memastikan teknik urutan dilakukan secara profesional dan selamat, bukan secara semberono. Transformasi Minda: Keluar Daripada Kepompong Kemiskinan Menurut Dr Suffia, antara objektif utama program ini adalah mengubah mindset peserta daripada takut dan kurang yakin kepada berani dan berdikari. Peserta digalakkan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan membina keyakinan diri serta asas perniagaan yang kukuh. Pendekatan ini menjadikan PEKB 2026 sebagai model latihan bersepadu yang menggabungkan kemahiran teknikal dan transformasi dalaman. Sijil Diiktiraf dan Peralatan Lengkap Selepas menamatkan kursus selama seminggu, setiap peserta menerima sijil yang diiktiraf serta peralatan lengkap bagi membolehkan mereka terus memulakan perniagaan sendiri. Inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan secara profesional tanpa memerlukan modal permulaan yang besar. Kisah Inspirasi Peserta Nurul Hidayah Mohamad, 39, ibu kepada tujuh anak, menyatakan keyakinan bahawa program ini mampu membantu keluarganya keluar daripada kemiskinan. Seorang lagi peserta, Yusliza Mat Yusoff, 58, menyifatkan latihan yang diterima sebagai menyeluruh dan meningkatkan profesionalisme sebagai confinement lady. Kedua-dua peserta menzahirkan penghargaan kepada KPKT dan Perdim atas peluang yang diberikan. PEKB 2026: Model Pembangunan Ekonomi Wanita Bandar PEKB 2026 KPKT dengan kerjasama Perdim membuktikan bahawa latihan berstruktur, disokong kepakaran perubatan dan elemen keusahawanan, mampu melahirkan usahawan wanita yang berdaya saing. Program ini bukan sekadar kursus urutan berpantang, tetapi satu langkah strategik dalam membina ekosistem ekonomi wanita bandar yang lebih mampan dan profesional. ✅ FAQ Apakah PEKB 2026? PEKB 2026 ialah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar anjuran KPKT yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan pendapatan komuniti bandar. Siapakah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini? Program ini dilaksanakan oleh KPKT dengan kerjasama Perdim sebagai rakan pelaksana latihan. Apa yang dipelajari dalam kursus urutan berpantang PEKB? Peserta mempelajari teknik urutan profesional, anatomi asas, pengurusan perniagaan dan transformasi mindset keusahawanan. ============================================================== Program ini juga telah mendapat laporan Berita di Kosmo bahagian K-Wanita di Segmen Citranita yang ditulis oleh : SAIRUL ZAMRI MISRANI, pada 13 Februari 2026, 8:15 am Salam ikhlas dari, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
2011, Pernah Merasa Menjadi Ibu Tunggal
Sudah seketika, saya bergelar ibu tunggal. Ya, saya pernah merasakannya, 2011 adalah antara tahun yang saya tidak pernah rancang untuk melaluinya… namun, inilah antara tahun-tahun getir yang terpaksa diharungi dan terus dirasai. Pastinya bukan kerana ia terlalu indah — tetapi kerana terlalu perit untuk dikenang. Erti sebuah perceraian dan menjadi Ibu Tunggal Perceraian bukan sesuatu yang sesiapa pun impikan. Ia bukan sebuah kemenangan. Ia adalah sebuah kehilangan. Apabila sebuah perkahwinan berakhir, yang runtuh bukan sekadar hubungan antara suami dan isteri. Yang turut hancur adalah rutin, impian, dan rasa selamat yang selama ini menjadi tempat berpaut. Usah cerita tentang kehilangan kasih sayang lagi, tempat menumpang kasih, kerana itu sudah pastinya TIADA LAGI untuk dirasai. Kita cerita soal peritnya apabila RUTIN kebiasaan kita itu yang bertahun-tahun tiba-tiba berubah! Fuhhh… ramai yang cakap, sabar, sabar, sesungguhnya, memang mudah untuk sekadar bercakap, tetapi hakikatnya, amat sukar untuk benar-benar merasainya. Saya masih ingat malam-malam panjang yang terasa sunyinya tidak bertepi. Tangisan yang jatuh tanpa suara. Soalan yang berlegar dalam fikiran — “Kenapa aku?” Namun, takdir tidak pernah bertanya sama ada kita bersedia atau tidak. Bila sudah sampai waktunya, maka hadapilah ia walau dengan tabah atau pun tidak! Pengalaman menjadi Ibu Tunggal Saya melalui fasa menjadi ibu tunggal dalam keadaan yang sangat rapuh. Bukan kerana saya lemah, tetapi kerana saya manusia. Semenjak berpisah, kesugulan sering melanda lantas ada hari-hari yang terasa sangat berat untuk bangun dari katil. Ada pagi yang disambut dengan senyuman palsu, semata-mata agar anak-anak tidak melihat luka yang cuba saya sembunyikan. Mereka berdua pula, oleh kerana keadaan, terpaksa berpisah, yang sulung tinggal bersama bekas suami. Manakala yang bongsu dengan saya. Hujung minggu atau setiap kali cuti sekolah, yang sulung pulang ke rumah. Perasaan sedih yang tidak biasa ini juga terpaksa saya simpan dalam hati kerana tidak mahu menunjukkan kepada anak bongsu yang ibunya lemah. Saya belajar satu perkara penting pada waktu itu — kesedihan tidak datang sekali lalu. Ia datang berulang kali, dalam bentuk rindu, kecewa, dan penyesalan. Sebagai seorang wanita, saya akur bahawa perceraian sering kali dipandang dengan pelbagai stigma. Ada yang bersimpati, ada yang menghakimi, dan ada juga yang diam tetapi memerhati. Namun, dalam semua itu, saya memilih satu jalan yang paling sukar — redha. Redha bukan bermaksud pasrah tanpa usaha. Redha adalah menerima takdir Allah dengan hati yang terluka, tetapi tidak memberontak. Hari-hari selepas itu bukan mudah. Saya perlu kuat bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak saya. Mereka adalah sebab saya bangkit setiap pagi walaupun hati terasa kosong. Setiap kali keletihan datang, wajah mereka menjadi penguat. Ada saatnya saya hampir berputus asa. Ada masa terasa seolah-olah dunia ini terlalu gelap untuk diteruskan. Malah ada ketikanya saya rasa mahu meraung dan menjerit sekuat hati! Namun, saya sentiasa ingat satu perkara — “Saya tidak mahu anak-anak membesar melihat ibunya menyerah kalah. Dan saya juga tidak mahu diri ini dilabel sebagai gagal.” *Kisah saya tentang pengalaman menjadi ibu tunggal ini juga pernah keluar di Majalah Wanita. PENGAJARAN Perjuangan seorang ibu tunggal bukan tentang siapa paling kuat di mata manusia. Ia adalah tentang siapa yang terus berjalan walaupun air mata masih mengalir. Tentang siapa yang memilih untuk bangkit walaupun luka masih berdarah. Seperti awan mendung yang berarak lama sebelum matahari memancar, begitulah perjalanan hidup saya. Ribut datang bertalu-talu, seolah-olah menguji sejauh mana iman dan kesabaran ini mampu bertahan. Ada waktu saya terasa sangat kecil di hadapan ujian-Nya. Tetapi Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Saya terus bekerja, terus berusaha, dan terus memperbaiki diri. Sedikit demi sedikit, saya belajar berdamai dengan masa lalu. Saya belajar memaafkan — bukan untuk orang lain, tetapi untuk ketenangan hati sendiri. Benarlah janji Allah SWT: “Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.” Hari ini, apabila saya menoleh ke belakang, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wanita yang gagal. Saya melihat seorang wanita yang pernah jatuh, tetapi memilih untuk bangkit. Seorang ibu yang pernah hampir rebah, tetapi tetap berdiri demi masa depan anak-anaknya. Alhamdulillah, akhirnya, Allah menghadiahkan saya kebahagiaan sekali lagi. Saya kembali dimiliki dan bertahun-tahun hidup bahagia bersama suami baru yang tersayang. Namun, perjalanan hidup saya sebagai ibu tunggal dahulu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya — sebagai peringatan bahawa kekuatan sebenar lahir daripada kesakitan. Jika anda pernah berada di tempat saya suatu ketika dahulu, ketahuilah satu perkara: anda tidak lemah. Anda sedang melalui proses menjadi lebih kuat. Kerana sebelum pelangi muncul, langit perlu menangis terlebih dahulu. Salam ikhlas dari, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini
7 Sebab Keluarga Adalah Segalanya Dalam Hidup
Keluarga adalah segalanya dalam hidup saya. Di saat dunia bergerak laju, tuntutan kerja semakin menekan dan kehidupan terasa meletihkan, keluarga sentiasa menjadi tempat saya kembali. Ketika berkhemah bersama mereka, jauh dari kesibukan bandar dan rutin harian, saya benar-benar sedar bahawa kebahagiaan sebenar bukan terletak pada apa yang kita miliki, tetapi pada siapa yang kita luangkan masa bersama. Pengalaman ringkas seperti berkhemah membuka mata tentang nilai kehidupan yang sering kita abaikan. Berikut adalah 7 sebab mengapa keluarga adalah segalanya dalam hidup, bukan sekadar ungkapan, tetapi satu kebenaran yang perlu dihargai. 1. Keluarga Adalah Tempat Kita Menjadi Diri Sendiri Dalam dunia luar, kita sering perlu berpura-pura kuat, profesional dan sentiasa “ok”. Namun bersama keluarga, kita boleh menjadi diri sendiri tanpa topeng. Ketawa tanpa sebab, diam tanpa perlu menjelaskan, dan berkongsi rasa tanpa takut dihakimi. Saat berkhemah, tiada status, tiada jawatan, hanya manusia biasa yang menikmati keindahan alam semulajadi dan saat kebersamaan. Di situlah kita sedar, keluarga menerima kita seadanya. Dan apabila kesedaran itu mencuit jiwa, saat itulah kita rasakan, keluarga adalah segala-galanya. 2. Keluarga Memberi Ketenangan Emosi Ketenangan emosi bukan datang dari percutian mewah atau kejayaan material, tetapi daripada rasa selamat. Keluarga adalah tempat kita merasa “dilindungi”. Apabila duduk bersama di bawah langit terbuka, berbual sambil menikmati bunyi dari aliran sungai dan air terjun menenangkan jiwa. Malah, hati terasa penuh aman dan tenteram sekali. Dalam momen sebegini, tekanan hidup seolah-olah perlahan-lahan hilang. Cubalah berkelah, camping, berkhemah di mana-mana pusat rekreasi, waterfall, glamping di resort sungai-sungai menarik yang ada di serata Malaysia ni, rugi tak cuba tau 😉 Di sini juga kita dapat melihat sejauh mana EQ seseorang. Kerana sebenarnya EMOSI kita ada bersangkut paut dengan EQ dan komunikasi, dari sini, seluruh keluarga boleh menerapi kebahagiaan hidup bersama sekiranya ada ciri-ciri kuat dalam EQ dan komunikasi, malah ianya boleh memberi kesihatan emosi kepada kehidupan seharian kita. Baca lanjut tentang EQ Emosi dan Komunikasi di sini 3. Masa Bersama Keluarga Tidak Boleh Diganti Wang boleh dicari, kerjaya boleh dibina semula, tetapi masa bersama keluarga tak bisa diganti dengan saat apa-apa sekalipun. Dan yang paling merugikan adalah apabila kita kehilangan insan tersayang, Saat-saat bersama itulah yang menjadi kenangan sampai bila dan tidak akan kembali lagi. Anak-anak membesar, ibu bapa pula semakin senior dan terus senja aduhhh… , dan setiap detik adalah peluang yang tidak berulang. Jadi, sekarang inilah masanya untuk bersama-sama. Jika bukan sekarang bila lagi? Berkhemah mengajar saya satu perkara penting — hadir sepenuhnya. Tanpa gangguan telefon, tanpa notifikasi, hanya masa berkualiti yang tulen. Demi keluarga tercinta! 4. Keluarga Adalah Sumber Kekuatan Ketika Susah Dalam saat paling mencabar, keluarga adalah orang pertama yang berdiri di sisi kita. Mereka mungkin tidak sentiasa ada jawapan, tetapi kehadiran mereka sudah cukup untuk menguatkan hati. Keluarga adalah segalanya kerana mereka tetap bersama kita, walaupun ketika dunia terasa berat dan tidak adil. Di kala semua orang mulai sudah tidak percaya, tidak lagi mahu melihat kita, KELUARGA sentiasa ada di situ memberi sepenuh kepercayaan! 5. Keluarga Mengajar Nilai Kehidupan Sebenar Kesederhanaan, kesyukuran dan empati sering dipelajari melalui keluarga. Aktiviti ringkas seperti memasak bersama, memasang khemah atau berkongsi tugas mengajar erti kerjasama dan saling memahami. Merasai masakan keluarga pula, lebih-lebih lagi air tangan suami pula aduhhh, terharunya. Sedap pula makan-makan macam ni, fuh best betul! Nilai-nilai ini membentuk kekuatan emosi dan menjadikan kita manusia yang lebih seimbang serta menambahkan rasa kasih dan sayang semua dalam keluarga kita, InsyaAllah. 6. Keluarga Membantu Kita ‘Reset’ Kehidupan Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mengejar kejayaan sehingga lupa tujuan asal hidup. Masa bersama keluarga membantu kita memperlahankan langkah dan menilai semula keutamaan. Dalam suasana alam semula jadi, bersama orang tersayang, hati menjadi lebih jujur dan minda lebih tenang. Ya betul, kita seharian mencari nafkah, mencari jalan untuk menambah pendapatan. Tetapi, apalah gunanya duit berkepuk, tapi hanya bersendirian. Tanpa insan-insan tersayang dan tercinta? 7. Keluarga Adalah Asas Kebahagiaan Jangka Panjang Kebahagiaan bukan sesuatu yang sementara. Ia dibina melalui hubungan yang kukuh dan bermakna. Keluarga adalah asas kepada kebahagiaan jangka panjang kerana mereka adalah sokongan emosi yang konsisten. Apabila hubungan keluarga dijaga, kehidupan terasa lebih seimbang dan bermakna. Kerana kita mahukan sebuah yang bahagia. Kita mahu setiap ahli keluarga happy selalu dan jika ada tidak kena atau sesuatu yang tak puas hati, inilah masanya untuk kita discuss out in the open secara terbuka. Agar tiada yang memendam rasa sehingga MELETUP! Bahaya tuuu… Namun sekiranya keluarga anda sudah agak jauh… sehingga tahap yang perlukan kaunseling, saya cadangkan ada baik cuba meminta pihak Jais, untuk mendapat khidmat nasihat. Cubalah, mana tahu keluarga akan kembali erat semula. Apa-apa pun kita seharusnya mencuba dan tidak membiarkan sahaja sebuah kebahagiaan hancur begitu saja. Please, saya mohon anda ke portal rasmi Jabatan Agama Islam dan mohon khidmat nasihat mereka. InsyaAllah. ✨ Akhir Kata… keluarga adalah segalanya. Akhirnya, saya benar-benar percaya bahawa keluarga adalah segalanya. Dalam kesibukan dunia moden, kita perlu berhenti seketika dan menghargai mereka yang sentiasa ada di sisi kita. Momen sederhana seperti berkhemah bersama keluarga mungkin nampak kecil, tetapi impaknya besar terhadap jiwa dan emosi. Hargailah keluarga, luangkan masa bersama mereka, dan ingatlah — di situlah terletaknya kebahagiaan sebenar. Salam ikhlas dari, Dr Suffia Hany❤️ Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. 👉 For more info : Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini