
Kadang-kadang, kita ingat punca hidup kita rasa berat itu datang daripada kerja, hutang, atau masalah keluarga. Tetapi hakikatnya… dalam diam-diam kawan yang melemahkan kita. Bayangkan orang yang terlalu dekat dengan kita yang boleh sampai drag kita jatuh…
Kawan yang sentiasa negatif, malas berusaha, suka menjatuhkan orang lain, atau hanya muncul bila ada kepentingan… lama-kelamaan akan mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita melihat hidup, malah cara kita memandang diri sendiri.
Kerana itu, memilih kawan bukan perkara kecil. Ia bukan sekadar soal siapa yang selalu ada di sisi… tetapi siapa yang mempengaruhi hati, emosi, akhlak dan masa depan kita setiap hari.
Malah dalam Islam, Rasulullah ﷺ juga mengingatkan kita tentang betapa besarnya pengaruh seorang sahabat dalam hidup seseorang.
“Seseorang itu berada di atas agama (cara hidup) sahabat karibnya. Maka hendaklah salah seorang daripada kamu melihat siapa yang dia jadikan sahabat.”
(HR Abu Dawud, no. 4833 – hadis hasan)
Bukan sahaja indah, tetapi sangat tepat. Kerana kadang-kadang, tanpa kita sedar… circle kita sedang membentuk siapa diri kita.
Ishh… sebenarnya bila bercakap soal kawan ni, saya naik lemah… just imagine, kita very closed. Tapi, kerana dialah kita porak peranda, kerana kawan inilah kita susah berjaya, kawan yang melemahkan kita!
1. Kawan Yang Suka Mengeluh Tentang Semua Benda
Jenis ini nampak seperti hanya “suka meluah”. Tetapi sebenarnya, jika terlalu lama bersama mereka, kita akan mula terbiasa dengan aura negatif yang mereka bawa.
Semua benda tak kena.
Semua benda susah.
Semua benda salah.
Lama-kelamaan, kita juga akan mula melihat hidup dari sudut yang gelap. Benda kecil jadi besar. Peluang nampak seperti beban. Rezeki yang datang pun rasa tidak cukup.
Kesan buruknya?
Emosi kita jadi cepat lemah, mudah putus asa, dan hilang semangat untuk bersyukur. Sedangkan hidup ini memang ada ujian, tetapi bukan semua hari perlu dihadapi dengan keluhan.
Kadang-kadang, orang yang terlalu banyak mengeluh bukan sekadar melepaskan rasa… tetapi sedang memindahkan beban emosi mereka kepada orang di sekeliling.
2. Kawan Yang Suka Mengata dan Menjatuhkan Orang Lain
Hari-hari cerita pasal orang…
Bila orang berjaya, dia sakit hati.
Bila orang bahagia, dia benci.
Bila orang berusaha, dia gelakkan.
Hari-hari mengata kelemahan orang lain… sedangkan dialah yang lemah. Inilah jenis kawan yang melemahkan kita!
Pada awalnya, mungkin kita rasa itu sekadar gossip biasa. Tetapi hakikatnya, hati yang selalu sibuk menjatuhkan orang lain akan perlahan-lahan mengotorkan hati kita juga.
Kesan buruknya?
Tanpa sedar, kita mula terbiasa dengan budaya mengata, membandingkan hidup, memandang serong kepada kejayaan orang lain, dan akhirnya… hati kita sendiri jadi sempit, jiwa longlai dan lemah… bila lemah, mulailah cepat marah!
Dan hati yang sempit, sukar menerima bahagia.
Jika hari-hari telinga kita diisi dengan cerita buruk tentang orang lain, lama-kelamaan kita juga akan hilang rasa hormat, hilang empati, dan hilang fokus terhadap hidup kita sendiri.
3. Kawan Yang Malas Berusaha, Tapi Suka Perlekeh Orang
Ini antara yang paling bahaya. Orang lain punyalah susah payah berjuang…
Dia sendiri tidak bergerak.
Tidak mahu berubah.
Tidak mahu belajar.
Tidak mahu keluar daripada zon selesa.
Tapi bila lihat orang lain berusaha, berjuang habis-habisan, dia cepat-cepat perlekeh.
“Buat apa susah-susah?”
“Alah, nanti gagal juga.”
“Relax la… tak payah over sangat.”
Nampak macam ayat santai. Tetapi sebenarnya, ayat-ayat beginilah yang membunuh momentum orang yang sedang cuba membina hidup.
Kesan buruknya?
Jika kita terlalu lama berada dalam circle kawan begini, kita akan mula rasa bersalah untuk berjaya. Kita akan mula rasa takut untuk berubah. Kita akan mula mempersoalkan impian sendiri.
Akhirnya, kita sendiri jadi lemah, lantas slowly berhenti melangkah… hanya kerana terlalu lama dikelilingi orang yang tidak mahu bergerak. Jauh sekali nak berjuang!
Ingat, bukan semua orang yang ketawa bersama kita… benar-benar mahu melihat kita sampai ke puncak.
4. Kawan Yang Hanya Datang Bila Ada Kepentingan
Jenis ini paling pandai bermain peranan.
Bila dia perlukan sesuatu, dia muncul.
Bila dia perlukan bantuan, nasihat, duit, sokongan, atau connection… tiba-tiba dia menjadi sangat rapat.
Tetapi bila kita susah?
Bila kita perlukan seseorang?
Bila hati kita penat?
Dia hilang.
- Jenis ini bukan hadir kerana sayang. Mereka hadir kerana KEPENTINGAN SENDIRI!
Kesan buruknya?
Kita akan cepat lemah secara emosi. Kita rasa digunakan. Kita mula hilang rasa percaya. Dan paling menyedihkan, kita mula keliru antara kasih sayang yang ikhlas… dengan hubungan yang sebenarnya hanya penuh kepentingan.
Berkawan sepatutnya memberi rasa selamat dan tenang. Bukan membuat kita sentiasa tertanya-tanya… “Dia ikhlas, atau dia cuma perlukan sesuatu daripada aku?”
5. Kawan Yang Tidak Mahu Berkembang, dan Tidak Suka Melihat Anda Berkembang
Ini yang paling menyakitkan.
Sebab kadang-kadang… mereka bukan orang jauh. Mereka kawan lama. Orang yang pernah ketawa bersama kita. Orang yang pernah tahu jatuh bangun kita.
Tetapi apabila kita mula berubah menjadi lebih baik… lebih tenang… lebih matang… lebih berjaya… mereka mula rasa tidak selesa.
Mereka mula menyindir.
Mereka mula merendahkan usaha kita.
Atau lebih halus… mereka buat-buat tidak menyokong.
Kesan buruknya?
Jika kita terus bertahan dalam circle sebegini, kita akan sentiasa rasa bersalah untuk berkembang. Kita akan sentiasa mengecilkan diri supaya orang lain selesa. Kita akan mula menahan cahaya diri sendiri… hanya supaya hubungan itu tidak retak.
Sedangkan hidup ini bukan untuk kita sentiasa ‘menyesuaikan diri’ dengan orang yang tidak mahu melihat kita maju.
Kadang-kadang, orang yang paling kuat menahan kita… ialah orang yang paling dekat dengan kita.
Adakah Kita Perlu Tinggalkan Kawan Begini?
Jawapan jujurnya… ya. Kadang-kadang, memang perlu untuk kita tinggalkan kawan yang melemahkan kita.
Bukan bermaksud kita perlu bergaduh.
Bukan bermaksud kita perlu bermusuh.
Bukan bermaksud kita perlu membalas kejahatan dengan kejahatan.
Tetapi ada masanya, kita wajib menjaga diri sendiri.
Kalau seseorang itu berulang kali merosakkan emosi kita, melemahkan semangat kita, menjauhkan kita daripada kebaikan, dan membuat kita semakin jauh daripada versi terbaik diri kita… maka menjauhkan diri adalah satu bentuk kematangan, bukan kejam.
Kadang-kadang, kita tidak perlu “membuang” mereka secara kasar. Cukup dengan:
- kurangkan berkongsi hal peribadi,
- kurangkan masa bersama,
- berhenti mencari validasi daripada mereka,
- dan perlahan-lahan bina circle yang lebih sihat.
Sad but true…
Ada orang yang kita sayang, tetapi tidak lagi sesuai kita bawa ke fasa hidup yang seterusnya.
Dan lebih menyedihkan lagi…
Kadang-kadang, mereka sebenarnya bukan benar-benar kawan kita sejak awal.
Mereka cuma selesa dengan versi lama kita — versi kita yang lemah, mudah dipengaruhi, dan tidak banyak berubah.
Apabila kita mula sembuh, mula kuat, mula berani, mula bercita-cita besar… mereka mula rasa tergugat.
Jadi ya… kadang-kadang, kita memang perlu tinggalkan mereka.
Bukan kerana kita sombong.
Tetapi kerana kita sudah penat membiarkan hati kita rosak sedikit demi sedikit.
Pilih Circle Yang Menguatkan, Bukan Melemahkan
Tidak semua yang lama perlu dibawa bersama sampai ke hujung jalan.
Ada orang hadir untuk satu fasa.
Ada orang hadir untuk mengajar kita sesuatu.
Dan ada juga orang… yang kita terpaksa lepaskan demi menyelamatkan diri sendiri.
Pilihlah kawan yang mengingatkan kita kepada usaha, akhlak, impian dan Tuhan.
Kerana sahabat yang baik akan menguatkan jiwa… tetapi sahabat yang salah boleh merosakkan emosi, melemahkan semangat, dan menahan langkah kita bertahun-tahun lamanya.
Kadang-kadang, untuk hidup lebih tenang… kita tidak perlukan lebih ramai kawan. Kita cuma perlukan circle yang betul bukan kawan yang melemahkan kita!
Salam Ikhlas,
Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini