
Apabila bercakap tentang KETAWA dalam TANGISAN, sering saya teringat akan seorang kenalan saya. Dia ni saban hari, selalu bercerita tentang betapa happy dia. Macam-macamlah kejayaannya. Yang mana kita tak tanya pun. Tapi ada je lah yang dia capai setiap hari. Namun, kami tahu je kisah hidup dia yang pernah dicurangi suaminya… kantoi ada perempuan lain!
Tapi oleh kerana nak avoid dari kita berbual atau bertanya tentang perhubungannya itu, hah… mulailah dia bercerita entah apa-apa la kan. Hehe… kita ya kan je lah. Kerana kita juga tak nak dia bersedih. Biarlah dia ketawa sekuat hatinya hari ini, kerana malam nanti pasti diseliputi dengan tangisan kecewa.
Samalah juga dengan hari ini Di MEDIA SOSIAL kan?
Pernahkah anda melihat seseorang yang kelihatan sangat bahagia di media sosial…
sentiasa tersenyum, ketawa, berkongsi kejayaan dan momen indah hidup mereka?
Namun dalam diam, terlintas satu persoalan kecil di hati —
adakah itu benar-benar realiti?
Apa Yang Kita Lihat, Tidak Selalu Sama
Hari ini, media sosial dipenuhi dengan pelbagai bentuk “kebahagiaan”.
Gambar percutian, kereta mewah, hubungan yang kelihatan sempurna,
dan video yang penuh dengan gelak tawa.
Tetapi hakikatnya, tidak semua yang dipaparkan di media sosial itu menggambarkan keseluruhan kehidupan seseorang.
Ada yang benar-benar bahagia, ya.
Namun ada juga yang hanya berkongsi apa yang mereka mahu dunia lihat.
Ketawa… Tapi Dalam Tangisan
Inilah realiti yang jarang kita bincangkan.
Ketawa dalam tangisan.
Seseorang boleh kelihatan sangat ceria di hadapan kamera,
tetapi menyimpan keletihan emosi yang tidak pernah diluahkan.
Mereka terus tersenyum, terus menghasilkan content media sosial,
namun dalam masa yang sama… mereka sedang berjuang dengan perasaan sendiri.
Jangan Terlalu Mudah Membandingkan Diri
Apabila kita melihat kehidupan orang lain yang kelihatan “sempurna”,
mudah untuk kita mula mempersoalkan diri sendiri.
“Kenapa hidup aku tak macam mereka?”
“Kenapa aku rasa penat sedangkan mereka nampak bahagia?”
Hakikatnya, kita sedang membandingkan realiti diri sendiri
dengan versi terpilih kehidupan orang lain di media sosial.
Dan itu tidak adil untuk diri kita. Sedangkan kita tak tahu pun,
entah-entah dia hanya ketawa dalam tangisan. Yang dia tunjuk, ketawanya. Yang tangis takkan nak tunjuk.
Short story…
baru-baru ini saya ada melihat satu influencer ni, keluar dating dengan satu influencer ‘kaki makan banyak’ – so dalam video dia, kemain kuat dia ketawa, lalu the guy terkejut. Ya lah as a girl, tak cover dah ke kan. BUT dia jawab, “Saya kena jadi diri saya sendiri” – so bermakna, dia takkan nak control ayu la kan.
Saya sebenarnya, confused juga. Adakah dia benar-benar jenis kuat ketawa begitu atau hanya sekadar konten sahaja?… mungkin dia juga hanya ketawa dalam tangisan?
jadi inilah perkara yang perlu kita fikirkan, di mana sebaik-baiknya… usahlah kita banding-bandingkan diri kita dengan diri seseorang di sosial media.
Tidak Salah Untuk Tidak Berkongsi Segalanya
Ini satu lagi perkara… nak juga share everything! Hehe… tak salah.
Cuma, tidak semua kesedihan atau kegembiraan perlu dikongsi.
Ada perkara yang cukup kita simpan, kita proses sendiri,
atau kita luahkan kepada orang yang benar-benar kita percaya.
Namun dalam masa yang sama,
kita juga tidak perlu memaksa diri untuk “berlakon bahagia” setiap masa.
Jadilah Diri Sendiri — Itu Sudah Cukup
Kita tidak perlu menjadi orang lain untuk diterima.
Tidak perlu sentiasa kelihatan kuat.
Tidak perlu sentiasa nampak bahagia.
Kadang-kadang, menjadi diri sendiri — dengan segala kekurangan dan kejujuran emosi —
itu sudah lebih daripada mencukupi.
Closing
Di sebalik senyuman yang kita lihat di media sosial tu,
mungkin ada cerita yang kita tidak pernah tahu.
Dan di sebalik kehidupan orang lain,
ada perjalanan yang tidak kita lalui.
Jadi, berpijaklah di bumi yang nyata. Usahlah berlakon ketawa dalam tangisan.
Kerana hidup ini…
lebih daripada sekadar apa yang dipaparkan di skrin.
Salam Ikhlas,
Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini