Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Raya Habis Duit? RM10,000 HANGUS! – Ini Cara Bijak Bangkit Semula

Raya Habis Duit - RM10,000 Hangus!

Sakan Raya Habis Duit!

Itulah dianya apabila kita sakan sangat Raya habis duit tak sedar… tiba-tiba tengok akaun bank — sunyi 😭

Tapi jangan risau… bukan kita seorang je. Ramai wanita alami benda sama.

Yang penting sekarang bukan menyesal… tapi bangkit semula 💪

 

Raya 3 Hari… Duit Hilang Macam 3 Saat 😭

Jujur sikit… siapa je tak rasa “terkoyak” lepas raya?

  • Baju raya bukan sepasang.
  • Kuih raya penuh satu meja.
  • Duit raya bagi anak saudara, sepupu, jiran… semua nak merasa.
  • Belum masuk lagi tempahan makanan, deco rumah, dan macam-macam lagi.

Sedap masa berbelanja tu memang sedap.
Tapi bila tengok baki akaun bank lepas raya… HANGUS RM10,000 nangissss…

 

Sunyi. Kosong. Sepi.

Kalau anda rasa macam ni, tenang.
Anda bukan seorang.

Ramai wanita — terutama yang urus keluarga atau bisnes kecil-kecilan — alami benda sama setiap tahun.

Soalan sekarang bukan:
“Kenapa aku belanja banyak sangat?”

Tapi:
👉 “Apa aku boleh buat untuk bangkit semula?”

 

Jangan Salah Diri Sendiri, Bangkit Semula Perlahan-Lahan

Pertama sekali, jangan terlalu keras pada diri sendiri. Biasalah raya habis duit. Kalau tak habis, itu bukan raya. BUT InsyaAllah jika kita ikhlas berbelanja, membahagiakan keluarga, memberi kesenangan kepada yang susah, rezeki akan bertambah nanti.

Raya Aidil Fitri hanya setahun sekali .
Kita nak bahagiakan keluarga, nak raikan orang tersayang.

Salah ke? Sure tak salah kan.

Tapi selepas raya, kita kena kembali kepada realiti — dan mula susun semula kewangan dengan lebih bijak.

 

💡 5 Tips Bangkit Semula Kewangan Lepas Raya

  1. Reset Perbelanjaan (Mode “Survival Smart”)

Untuk 2–4 minggu pertama lepas raya, cuba:

  • Kurangkan makan luar
  • Fokus pada keperluan sahaja
  • Elakkan shopping yang tak perlu

Ini bukan kedekut.
Ini strategi recovery.

 

  1. Senaraikan Semua Perbelanjaan Raya

Yes, sakit sikit nak tengok 😅
Tapi penting.

Bila kita nampak:

  • Berapa banyak habis untuk baju
  • Berapa untuk makanan
  • Berapa untuk duit raya

👉 Kita akan lebih sedar dan boleh plan lebih baik untuk tahun depan.

 

  1. Cari “Fast Cash” (Side Income Simple)

Ini masa terbaik untuk mula kecil-kecilan:

  • Jual lebihan kuih raya (serius ada demand lagi!)
  • Dropship produk
  • Offer servis (design, baking, editing, dll)

Tak perlu tunggu perfect.
Yang penting mula gerak.

 

  1. Gunakan Apa Yang Ada (Recycle & Reuse)

Tak semua benda kena baru.

  • Mix & match baju lama
  • Guna semula barang dapur
  • Kurangkan lifestyle “nak nampak cantik je”

Kadang kita tak sedar, kita dah ada banyak benda cukup.

 

  1. Perbetulkan Mindset Rezeki 💫

Ini paling penting.

Kalau anda beri duit raya, jamu orang makan, bahagiakan keluarga…

👉 Itu semua sedekah sebenarnya.

Dan dalam Islam, kita percaya:

Apa yang diberi dengan ikhlas, Allah akan gantikan — mungkin bukan cara yang sama, tapi lebih baik.

Tapi syarat dia satu: IKHLAS.

Bukan bagi sebab nak nampak hebat.
Bukan bagi sebab terpaksa.

Tapi bagi kerana kasih.

 

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Kadang kita risau:
“Duit dah habis… macam mana nak survive bulan ni?”

Tenang.

Rezeki bukan datang dari satu pintu sahaja.
Kadang Allah tutup satu, Dia buka pintu lain yang kita tak sangka.

Yang penting:

  • usaha jalan
  • hati kena betul
  • jangan putus harap

Bangkit semula, Bukan Menyesal

Raya dah berlalu. Duit pun mungkin dah banyak keluar.

Tapi hidup tak berhenti di situ.

👉 Ini masa untuk:

  • susun balik
  • belajar dari pengalaman
  • jadi lebih bijak tahun depan

Dan paling penting…

Jangan biarkan rasa bersalah melemahkan anda.

Kerana wanita yang kuat bukan yang tak pernah jatuh,
tapi yang tahu bagaimana untuk bangkit semula 💪

Jadi kalau tahun ini anda rasa raya habis duit dan tertanya-tanya apa nak buat… ingat, ini bukan pengakhiran.
Ini cuma permulaan untuk anda jadi lebih bijak mengurus kewangan.

 

*Baca juga PANDUAN MUDAH di laman KWSP ini yang amat membantu dalam menguruskankan BAJET dengan bijak. Panduan Mudah Kaedah Bajet – Cara Bijak Urus Bajet Anda

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com