Meskipun rutin hariannya sibuk sebagai doktor perubatan, ia tidak menghalang Dr. Suffia Hany Mohd. Amin untuk melibatkan diri dalam program sosial dan komuniti. Wanita berusia 50 tahun ini, gemar untuk melibatkan diri dalam program sedemikian kerana ia dapat membuka hatinya, membangkitkan empati dan menghidupkan semula jiwa kemanusiaan yang sepatutnya wujud dalam setiap individu, “Dalam kehidupan kita sebagai manusia sering memikirkan tentang diri sendiri dan mungkin kurang peduli dengan golongan yang memerlukan bantuan atau pertolongan. Dalam kehidupan kita sebagai manusia sering memikirkan tentang diri sendiri dan mungkin kurang peduli dengan golongan yang, memerlukan bantuan atau pertolongan.” “Melalui program sosial dan komuniti yang saya anjurkan atau sertai, saya berpeluang untuk menyelami kesusahan mereka dan saya cuba untuk membantu mereka,” katanya kepada K-Wanita ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Menurutnya, disebabkan itu, dia sering menganjurkan program-program yang mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. PERSENS Antara yang menyerlah, melalui Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Ekonomi Negeri Selangor (Persens) yang diasaskan olehnya, Dr. Suffia Hany melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB). Program itu, dilaksanakan sejak pandemik Covid-19. Dr. Suffia Hany berkata, ketika pandemik: Covid-19 ramai yang terkesan dan kehilangan pekerjaan, “Terdetik di hati saya pada waktu itu untuk membantu mereka yang terkesan terutama golongan B40. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi PEKB dengan menyediakan latihan dalam bidang kesihatan dan kecantikan (wellness),” jelasnya yang pernah merangkul – anugerah Nona Superwomen Award 2018. PEKB bukan sekadar latihan biasa dan peserta diberikan kemahiran praktikal dalam bidang kesihatan dan kecantikan, termasuk penjagaan dan perawatan wajah, postnatal care dan asas pengurusan perniagaan. Mereka bukan sahaja belajar teknik, tetapi juga diajar pengurusan akaun, pemasaran dan strategi untuk memulakan perniagaan sendiri. Peralatan diberikan untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan di rumah atau secara bergerak, menjadikan konsep mobile spa sebagai model utama.. Aktif menggerakkan program sosial dan komuniti DR. SUFFIA HANY menjelaskan, untuk latihan dalam bidang tersebut peserta menjalani kursus yang padat selama tujuh hari, “Selepas itu, kami pantau selama enam bulan untuk pastikan mereka capai KPI sekurang-kurangnya RM750 sebulan.” “Hasilnya, bukan sahaja peserta berjaya berdikari, malah ada yang mampu menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan,” jelasnya yang juga jurulatih bertauliah Human Resources Development Corporation di bawah Kementerian Sumber Manusia. Tambahnya, transformasi ini membuka peluang ekonomi baharu dan memberi keyakinan untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Inisiatif yang digerakkan oleh Dr. Sufia Hany berkembang dan memberi impak berterusan kepada komuniti. Program yang dilaksanakan sejak tahun 2021 itu bukan sahaja membina kemahiran, tetapi juga membentuk mindset usahawan dan menanam semangat kemandirian dalam kalangan peserta. la adalah bukti dengan bantuan yang tepat. Disertai dengan ilmu dan sokongan, mampu mengubah kehidupan orang ramai secara signifikan. Namun, untuk menggerakkan program tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dan Dr. Suffia Hany berhadapan dengan cabaran tersendiri. Menurut Dr. Sufia Hany, dia mencari mereka yang layak untuk menyertai program itu melalui senarai eKasih yang KPKT beri, “Staf saya perlu menelefon untuk memilih mereka yang sesuai untuk menyertai program ini. Malah, ada yang mengatakan kami scammer” ujarnya. Namun, baginya, cabaran bukan penghalang. Ia hanyalah sebahagian perjalanan untuk mengubah mind set peserta menjadi seorang usahawan. Selain itu, Dr. Suffia Hany yang turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan Program Pementoran Kepimpinan Dalam Sosioekonomi dan Keusahawanan Wanita Di Peringkat Komuniti (Pementoran Kepimpinan). Program melibatkan seramai 30 oraing wanita daripada pelbagai latar belakang itu telah diadakan baru-baru ini. Program selama 6 bulan itu bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kepimpinan, sosioekonomi dan keusahawanan serta jaringan perniagaan dalam kalangan wanita di peringkat komuniti. Dr. Suffia Hany yang menjadi mentor untuk program tersebut berkata, program itu bermatlamat membimbing dan mengasah bakat para peserta menjadi pemimpin wanita yang mampan. “Pementoran kepimpinan merupakan program yang menitikberatkan kemahiran soft skills bagi melahirkan golongan wanita yang mampu bersaing dalam keadaan penuh mencabar ketika ini.” “Para peserta yang menyertai program Ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, ada yang bekerjaya, pemimpin komuniti, usahawan dan suri rumah sepenuh masa. Saya selalu berpesan kepada wanita, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Wanita harus bangkit dengan kekuatan dalaman, jangan jatuh pada segala ujian hidup,” katanya. Dr. Suffia Hany turut terlibat menggerakkan program sosial dan komuniti bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim). Melalui Perdim, mereka menganjurkan program penjagaan kesihatan selepas bersalin di Kelantan. “Melalui program ini kami mengajar mereka yang menyediakan perkhidmatan – penjagaan selepas bersalin ataupun confinement lady meningkatkan kemahiran mereka. Doktor-doktor daripada Perdim memberi tunjuk ajar dan 35 orang dipilih untuk dilatih menjadi confinement lady bertauliah” jelasnya. Tambahnya, mereka ini menjana pendapatan lumayan dan ada yang meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Selain itu, pelbagai lagi program digerakkan oleh Dr. Suffia Hany untuk menyantuni komuniti termasuk CSR bersama gelandangan dan juga Orang Asli. Latar Belakang Dr Suffia Hany Menyentuh sisi latar belakang dirinya, Dr. Suffia Hany merupakan graduan dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya, Setelah tamat pengajian, dia berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Selayang dan kemudian bertugas di Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras di Selangor. “Ketika di klinik kesihatan saya banyak terlibat dengan komuniti, memberi ceramah kesihatan, turun kampung ke kampung termasuk kampung Orang Asli, Pengalaman ini membuka mata saya tentang keperluan mendekati masyarakat secara lebih mendalam. Inilah yang membuatkan saya sering ingin terlibat dalam program-program sosial dan komuniti,” ujarnya. Pada 2008, Dr. Suffia Hany mengambil keputusan untuk menjadi seorang usahawan dan membuka sebuah klinik sendiri. Pada masa sama, ketika itu juga dia sering menulis artikel kesihatan, memberi ceramah kesihatan dan berkongsi ilmu kepada masyarakat. Pada 2010, dia mengambil keputusan untuk mendalami dengan lebih mendalam bidang antipenuaan. Dia mendalami bidang antipenuaan selama setahun di bawah Society of Anti-Aging, Aesthetics and Regenerative Medicine Malaysia (SAARMM). “Di sinilah saya belajar bagaimana mengurangkan proses penuaan yang terlalu cepat serta menjaga sel-sel tubuh daripada kesan persekitaran yang tidak sihat seperti radiasi dan cahaya matahari. “Kini, saya fokus terhadap klinik saya yang lebih kepada antipenuaan dan gaya hidup sihat,” katanya. Berita ini diterbitkan di Kosmo Online RENCANA UTAMA KOSMO, K-WANITA BY – Farid Ahmad Tarmiji disediakan oleh: Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ———————————————————————————————————————————- Dr. Suffia
Bagaimana Mula Perniagaan Sendiri (P1)
Panduan Asas Untuk Wanita Yang Ingin Bangkit & Berdikari Minggu ini, tergerak hati untuk berkongsi sedikit pengalaman saya dalam dunia perniagaan — satu perjalanan yang telah saya lalui bertahun-tahun, penuh warna, cabaran dan pelajaran hidup. Sejujurnya, berniaga bukanlah sesuatu yang mudah. Ada hari kita rasa sangat yakin, ada hari kita rasa hampir mahu mengalah. Ada masa pendapatan naik, ada masa kita tertanya-tanya, “Betulkah ini jalan aku?” Namun di situlah prosesnya — jatuh bangun inilah yang membentuk kita menjadi wanita yang lebih kuat, matang dan berani. Mindset Usahawan: Asas Paling Penting Sebelum Bermula Ramai yang bertanya, “Dr Suffia, apa perkara pertama yang perlu ada untuk mula berniaga?” Jawapan saya sentiasa sama — MINDSET USAHAWAN. Mindset inilah yang membezakan antara mereka yang sekadar mencuba-cuba, dengan mereka yang benar-benar bertahan dan berjaya. Sebagai wanita, kita sering dibesarkan untuk rasa selamat — kerja tetap, gaji bulanan, rutin yang sama. Tidak salah. Tetapi untuk berniaga, kita perlu berani menukar cara berfikir. Daripada: “Takut rugi” kepada “Aku sedang belajar” Daripada: “Aku tak pandai berniaga” kepada “Aku sedang melatih diri” Transformasi ini tidak berlaku dalam sehari, tetapi ia perlu bermula dengan kesedaran. Bermula Kecil-Kecilan, Jangan Terus Letak Tekanan Besar Ramai wanita takut memulakan perniagaan kerana merasakan mereka perlu: Modal besar Ilmu lengkap Semua perkara sempurna Hakikatnya, ramai usahawan berjaya bermula dengan pendapatan kecil-kecilan terlebih dahulu. Apa yang penting bukan jumlah wang yang masuk, tetapi konsistensi dan kesanggupan untuk belajar. Berniaga sambil: Masih bekerja Mengurus keluarga Menjaga emosi dan kesihatan diri Itu sudah cukup baik untuk permulaan. Ilmu Asas Yang Wanita Usahawan Perlu Tahu Untuk memastikan perniagaan tidak mudah terbantut, ada beberapa asas penting yang perlu dipelajari: ✔️ Pengurusan Kewangan Asas – Faham beza untung & rugi – Asingkan duit perniagaan dan duit peribadi ✔️ Online Marketing & Pemasaran Digital – Faham media sosial – Tahu cara tarik pelanggan secara beretika ✔️ Asas Pengurusan Perniagaan – Catatan jualan – Perancangan ringkas – Disiplin diri Tanpa ilmu ini, kita mungkin boleh bermula — tetapi mudah penat, cepat kecewa dan akhirnya putus asa kerana tidak nampak hasil dalam masa singkat. Jangan Takut Proses, Jangan Bandingkan Perjalanan Setiap wanita ada latar belakang berbeza. Ada yang cepat, ada yang perlahan. Dan itu tidak mengapa. Apa yang penting: Terus belajar Terus perbaiki diri Terus percaya bahawa usaha kecil hari ini akan menjadi kekuatan besar suatu hari nanti Perniagaan bukan sekadar tentang wang. Ia tentang keyakinan diri, harga diri dan kebebasan memilih kehidupan yang kita impikan. Jika anda seorang wanita yang sedang mencari arah, ingin membina perniagaan sendiri atau sekadar mahu menambah pendapatan keluarga — ketahuilah, anda tidak keseorangan. Mulakan dengan langkah kecil, betulkan mindset, tambah ilmu, dan percayalah pada proses. ikhlas, Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. p/s : Jika anda rasa artikel ini ‘kena’ dengan jiwa anda, itu bukan kebetulan. Kita akan sambung perjalanan ini perlahan-lahan, langkah demi langkah. Let’s go part 2>>> www.drsuffiahany.com
6 TIPS Membina Perniagaan Mikro & Meningkatkan Ekonomi Wanita B40
Keusahawanan dan kemahiran ekonomi merupakan asas penting dalam membantu wanita membina perniagaan mikro yang mampan dan meningkatkan ekonomi keluarga, khususnya bagi golongan B40. Dengan strategi yang betul, wanita bukan sahaja mampu menjana pendapatan sendiri, malah membina kestabilan kewangan jangka panjang melalui perniagaan dan pemasaran digital. Di sini, saya sediakan 6 tips untuk anda follow, moga ianya memberi manfaat : TIPS 1: Mulakan Perniagaan Mikro Berdasarkan Kemahiran Sedia Ada Kenal pasti kemahiran, bakat atau pengalaman yang boleh ditukar menjadi pendapatan Fokus kepada perniagaan mikro kos rendah yang mudah diurus dari rumah Sesuai untuk wanita bekerjaya, suri rumah dan golongan B40 Elakkan idea perniagaan yang memerlukan modal besar di peringkat awal 👉 Perniagaan mikro wanita lebih berjaya apabila dibina atas kekuatan diri, bukan ikut orang. TIPS 2: Gunakan Model Perniagaan Yang Jelas & Mudah Faham Tentukan siapa pelanggan sasaran (target market) dengan jelas Fahami masalah pelanggan dan bagaimana produk atau servis menyelesaikannya Susun aliran pendapatan (income stream) secara ringkas dan realistik Elakkan berniaga secara “try & error” tanpa perancangan 👉 Model perniagaan yang jelas membantu usahawan wanita menjana pendapatan secara konsisten. TIPS 3: Kuasai Asas Pemasaran Digital Untuk Perniagaan Wanita Pilih satu platform digital utama (Facebook, WhatsApp, Instagram) Gunakan konten berunsur edukasi, kepercayaan dan nilai, bukan hard selling Bina jenama peribadi (personal branding) yang tulen dan konsisten Fahami asas copywriting dan visual untuk tarik perhatian pelanggan 👉 Pemasaran digital membuka peluang besar kepada usahawan wanita tanpa kos tinggi. TIPS 4: Disiplin Kewangan Asas Untuk Tingkatkan Ekonomi Keluarga Asingkan duit perniagaan dan duit peribadi walaupun perniagaan kecil Catat setiap jualan dan perbelanjaan secara konsisten Fahami aliran tunai (cash flow) supaya tidak berniaga tanpa untung Elakkan hutang yang tidak perlu di peringkat awal perniagaan 👉 Kemahiran ekonomi wanita bermula dengan disiplin kewangan yang betul. TIPS 5: Sertai Program & Bimbingan Keusahawanan Yang Berfokus Pilih program keusahawanan wanita yang praktikal dan berperingkat Cari bimbingan yang memahami cabaran wanita dan golongan B40 Elakkan belajar secara bersendirian tanpa sokongan mentor Ilmu yang betul mempercepatkan hasil dan mengurangkan kesilapan mahal 👉 Bimbingan keusahawanan membantu wanita membina perniagaan yang mampan. TIPS 6: Fokus Kepada Peningkatan Ekonomi Keluarga, Bukan Sekadar Jualan Tetapkan matlamat pendapatan yang realistik untuk keluarga Gunakan perniagaan sebagai alat kestabilan ekonomi jangka panjang Bina perniagaan yang fleksibel tanpa menjejaskan kesejahteraan emosi Keusahawanan adalah jalan kepada kebebasan kewangan wanita 👉 Apabila wanita stabil dari segi ekonomi, keluarga dan komuniti turut terangkat. Melalui keusahawanan yang berstruktur, kemahiran ekonomi yang praktikal dan bimbingan yang tepat, wanita berpeluang membina perniagaan yang lebih stabil dan berdaya saing. Apabila wanita diperkasa dari sudut ekonomi, kesannya bukan sahaja dirasai oleh individu, tetapi turut mengukuhkan ekonomi keluarga dan komuniti secara keseluruhan. ikhlas, Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
Bagaimana Pementoran Boleh Mengubah Masa Depan Sosioekonomi Wanita
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, wanita bukan sahaja memikul tanggungjawab di rumah, tetapi juga memainkan peranan besar dalam ekonomi keluarga, komuniti dan kerjaya. Namun, di sebalik potensi yang besar, ramai wanita masih berhadapan satu kekangan utama: Tiada Kurses Pementoran? Pementoran bukan sekadar bimbingan. Ia adalah proses yang membuka peluang, membina keyakinan dan membantu wanita membuat keputusan yang lebih bijak dalam kehidupan sosioekonomi dan keusahawanan. Di bawah ini ialah bagaimana pementoran mampu mengubah masa depan wanita secara praktikal, realistik, dan mudah difahami: 1.Pementoran Membantu Wanita Mengenal Pasti Potensi Diri Ramai wanita sebenarnya berbakat, kreatif, rajin dan berjiwa kepimpinan cuma mereka tidak menyedarinya. Di sinilah pentingnya apabila ada mentor: suara hati yang meragui diri mulai hilang, bakat terpendam mulai muncul lebih jelas, dan kekuatan diri lebih terserlah. Kadang-kadang seseorang hanya perlukan seorang yang percaya pada mereka, sebelum mereka mampu percaya pada diri sendiri. 2. Memberi Arah & Halatuju yang Lebih Jelas Dalam kerjaya, bisnes atau kehidupan, mungkin sesetengah wanita agak kurang yakin, lalu… “Aku patut buat apa dulu eh?” “Betul ke salah jalan aku ambik ni?” “Kenapa aku asyik sangkut-sangkut nihhhh?” Di sinilah Mentor boleh membantu: memberi perspektif luar, menyusun sasaran, memecahkan masalah besar menjadi langkah kecil, dan mengelakkan wanita buat kesilapan yang sama berulang kali. Pementoran bukan shortcut tetapi ia memendekkan jalan yang sepatutnya panjang. 3. Pementoran Meningkatkan Keyakinan Sosioekonomi Wanita Ramai wanita ada potensi besar, tetapi terhalang oleh: kurang yakin berunding hal kewangan, takut untuk memulakan sesuatu usaha, cepat risau akan tidak mampu bersaing, malah sering pula merasakan diri tidak layak. Mentor yang baik bukan hanya memberi nasihat, tetapi membina keyakinan melalui: contoh pengalaman sebenar, perkongsian strategi, dan sokongan moral yang konsisten. Wanita yang ada keyakinan adalah wanita yang mampu membuat keputusan ekonomi yang lebih baik. 4. Mengukuhkan Literasi (Kemahiran) Kewangan Wanita Tahap sosioekonomi wanita tidak bergantung pada gaji semata-mata, tetapi bergantung pada cara mengurus pendapatan, seperti: simpanan kecemasan, pengurusan hutang, perancangan jangka panjang, disiplin kewangan harian. Pementoran membantu wanita memahami bahasa kewangan dengan lebih ringkas, mudah dan praktikal. Sebab itu wanita yang faham duit → lebih stabil, lebih tenang, dan lebih berkuasa dalam membuat keputusan keluarga. 5. Membuka Pintu Ke Arah Peluang Baru Wanita yang ada mentor biasanya: lebih mudah dapat peluang kerjaya, lebih cepat masuk jaringan profesional, lebih banyak terdedah kepada idea baru, dan lebih berani memulakan projek atau bisnes kecil. Pementoran bukan magic. Tetapi ia membuka pintu yang mungkin selama ini tertutup. 6. Menyelesaikan Cabaran Keusahawanan Wanita Dengan Cara Lebih Bijak Ramai wanita nak mula bisnes, tapi: tak tahu nak mula daripada mana, takut gagal, tak cukup modal, takut tak ada sokongan, atau tak yakin mempromosikan diri. Dengan pementoran: langkah permulaan jadi jelas, risiko dapat dikurangkan, strategi pemasaran lebih fokus, dan wanita tidak keseorangan. Bisnes yang baik bukan bermula dengan modal besar — ia bermula dengan bimbingan yang betul. 7. Pementoran Menjadikan Wanita Ejen Perubahan Komuniti Apabila seorang wanita berubah menjadi lebih berpengetahuan : ekonomi keluarga pasti akan berubah menjadi lebih baik, mindset anak-anak dan ahli keluarga turut berubah, dan komuniti setempat turut terkesan secara positif. Wanita yang diperkasa akan memerkasakan orang lain. Itulah kuasa pementoran ia tidak berhenti pada seorang wanita, tetapi merebak menjadi kebaikan untuk seluruh komuniti. Kesimpulan: Pementoran Bukan Kemewahan sebaliknya Ia adalah KEPERLUAN! Dalam era moden, wanita berperanan besar dalam ekonomi keluarga dan komuniti. Mereka membuat keputusan penting setiap hari, dan setiap keputusan itu memberi kesan kepada masa depan diri, kerjaya, serta generasi yang dibesarkan. Di sinilah pementoran memainkan peranan: memberi halatuju, membina keyakinan, membuka peluang, serta melahirkan wanita yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Pementoran bukan untuk “orang hebat”. Ia adalah untuk setiap wanita yang mahu berkembang, mahu difahami, dan mahu memimpin kehidupan dengan lebih yakin. ikhlas, Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. ———————————————————————————– ** Sedikit Tentang Dr Suffia Hany: “Kepakaran Yang Mengangkat Potensi Wanita” Dalam perjalanan pembangunan sosioekonomi wanita, kehadiran tokoh yang memahami realiti sebenar amat penting. Dr. Suffia Hany telah lama bergerak di lapangan komuniti — membimbing wanita, melatih kepimpinan akar umbi, dan membuka ruang kepada mereka yang selama ini tidak pernah diberi peluang bersuara. Pendekatan beliau lembut tetapi tegas, akademik tetapi mudah difahami, dan praktikal tanpa membebankan. Beliau percaya setiap wanita boleh memimpin, selagi diberi ilmu, sokongan dan bimbingan yang betul. Kerana pada akhirnya, wanita yang diperkasa tidak hanya mengubah hidup sendiri — mereka mengubah komuniti di sekeliling mereka. www.drsuffiahany.com
8 Ciri-ciri Usahawan Wanita Berjaya
Di era ini, bergantung hanya pada satu sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga semakin kurang praktikal. Seorang isteri yang berdikari bukan sahaja membantu meringankan beban ekonomi — dia mengangkat martabat keluarga, menambah keyakinan diri, dan membuka ruang untuk kehidupan yang lebih seimbang. Tetapi menjadi usahawan bukan sekadar membuka akaun perniagaan — ia memerlukan karakter, strategi dan keteguhan dalaman. Tanya diri: adakah anda mempunyai ciri-ciri yang membezakan usahawan biasa dari usahawan wanita yang benar-benar berjaya? Kalau belum pasti, baca 8 ciri-ciri penting di bawah — dan perhatikan, anda mungkin sudah memiliki lebih banyak daripada yang anda sedar. 1. Visi yang Jelas Usahawan berjaya bermula dengan visi — gambaran masa depan yang bukan hanya tentang keuntungan, tetapi tentang impak maksima yang bakal dilakukan. Bila anda tahu mengapa anda berniaga, keputusan sukar jadi lebih mudah. Tip : Tuliskan visi 1 halaman: siapa pelanggan anda, masalah yang anda selesaikan, dan impak jangka panjang yang anda mahu capai. 2. Keberanian Mengambil Risiko Terancang atau (Calculated Risk) Berani tetapi TIDAK MEMBUTA TULI. Berani setelah membuat research dan perancangan yang baik. Ia kemampuan yang bijak untuk melangkah meskipun ada ketakutan — tetapi selepas membuat analisis dan mitigasi. Usahawan wanita hebat berani pivot, uji produk, dan buat pelaburan kecil untuk belajar cepat dan tahu selok belok serba sedikit sebelum terjun. Tip : Cuba satu eksperimen kecil minggu ini — iklan, produk baru, atau kolaborasi — ukur hasilnya dan belajar. 3. Ketekunan & Konsistensi Idea hebat tidak bermakna tanpa ketekunan. Perniagaan berkembang pada sistem dan pengulangan — bukan hanya semangat sekali dua. Konsistensi dalam pemasaran, servis, dan kualiti menghasilkan kepercayaan pelanggan. Tip : Tetapkan rutin 90 hari — aktiviti pemasaran, follow-up pelanggan, dan peningkatan produk — dan patuhinya. 4. Kecerdasan Emosi (EQ) Mengurus pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan keluarga memerlukan kecerdasan emosi. EQ membantu anda mendengar, berempati, dan mengekalkan hubungan yang membuka peluang. Pemimpin dengan EQ tinggi membina pasukan yang setia. Tip : Latih diri untuk active listening — dengar lebih banyak, bertanya lebih tepat, jawab dengan empati. 5. Fokus pada Penyelesaian Masalah Pelanggan membayar penyelesaian, bukan produk. Usahawan berjaya melihat masalah sebagai peluang. Fokus pada nilai yang anda berikan — bukan hanya ciri-ciri produk. Tip : Ambil 3 pelanggan terbaik anda — tanya masalah terbesar mereka — dan ubah satu produk/senarai servis anda berdasarkan maklum balas itu. 6. Kebolehan Mengurus Kewangan (Financial Discipline) Banyak perniagaan kecil gagal bukan kerana jualan rendah, tetapi kerana aliran tunai tidak diurus dengan baik. Belajar asas kewangan — margin, kos tetap, dan pengurusan tunai — ini adalah wajib agar kita tidak berbelanja lebih dari sepatutnya. Tip : Buat ringkasan kewangan bulanan: jualan, kos, untung kasar, dan tunai bersih. Gunakan itu untuk keputusan berikutnya. DAN MENYIMPAN LEBIH dari MENGGUNA. 7. Jaringan & Kolaborasi (Network & Collaboration) Tiada siapa berjaya sendirian. Hubungan strategik membuka pasaran, ilmu, dan sokongan emosi. Wanita yang membina jaringan padu mempercepat pertumbuhan perniagaan mereka. Tip : Sertai satu kumpulan profesional bulan ini atau atur sesi kopi-mengopi dengan 2 usahawan lain untuk explore kolaborasi. 8. Belajar Berterusan & biasakan ia dalam kehidupan harian Dunia berubah pantas — pelanggan, trend dan teknologi. Usahawan hebat tidak pernah berhenti belajar. Mereka adapt cepat, upgrade skill, dan baca situasi dengan tangkas. Tip : Komitedkan diri untuk 1 jam seminggu belajar: podcast, webinar, atau baca buku berkaitan bisnes anda. Penutup — Dari Hati Seorang Pemimpin Menjadi usahawan wanita berjaya bukan hanya mengumpul sales atau status — ia tentang membina kehidupan yang lebih kukuh, memberi contoh kepada anak-anak, dan mengangkat komuniti di sekeliling anda. Ciri-ciri di atas boleh dilatih; ia bukan bakat semula jadi sahaja. Jika anda mahu berubah, mulakan hari ini dengan satu tindakan kecil — dan ulangi lagi esok. Di bawah payung Dewi Hany Training, saya merangka modul praktikal yang membantu wanita membina semua ciri-ciri ini — dari kepimpinan emosi hingga pengurusan kewangan. Kalau anda serius nak transformasi, mari kita bincang langkah pertama. Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
Formula Wanita Hebat Dalam Kepimpinan dan Keusahawanan
Bangkit, Bijak & Berani: Setiap wanita memiliki potensi luar biasa untuk memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan negara. Namun potensi itu hanya akan menyerlah apabila wanita diberi ruang, ilmu dan keberanian untuk memimpin serta mencipta perubahan. Kerana itu, saya percaya — wanita perlu diperlengkapkan dengan ilmu kepimpinan dan keusahawanan. Bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan peribadi, tetapi untuk mengangkat golongan lain yang masih bergelut di bawah. Seorang wanita berilmu dan berjiwa pemimpin mampu menjadi cahaya buat ramai yang masih mencari arah. Inilah sebab utama mengapa Program Kepimpinan Dalam Sosioekonomi dan Keusahawanan Wanita diwujudkan. Program ini bukan sekadar latihan — ia adalah sebuah gerakan minda dan jiwa, membentuk peserta menjadi wanita yang lebih yakin, berpengetahuan, dan berstrategi dalam mengharungi cabaran hidup yang penuh ranjau. Namun, saya sedar sesuatu. Setiap wanita yang datang ke dalam program seperti ini, selalunya bukan datang dengan tangan kosong. Mereka datang dengan cerita luka, dengan kegagalan yang pernah membuat mereka hampir menyerah — sama ada dalam keluarga, kerjaya, atau kehidupan. Tetapi di situlah bermulanya keindahan sebuah perjalanan. Sebab itu saya selalu katakan, untuk wanita berjaya, mereka perlu melalui tiga langkah penting: Bangkit. Bijak. Berani. Pertama, mereka perlu BANGKIT. Bangkit dari kegagalan, dari kesedihan, dari kisah lama yang menahan potensi mereka. Tapi bangkit semata-mata tanpa arah tidak cukup. Kita tak mahu wanita yang hanya kuat secara luaran, tetapi kosong di dalam. Selepas itu, mereka mesti BIJAK. Bangkit tanpa kebijaksanaan hanya akan membawa kita berputar di tempat yang sama. Di sinilah pentingnya ilmu — ilmu yang membentuk minda strategik, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, dan kemampuan untuk menilai peluang dengan mata hati yang tajam. Dan akhirnya, mereka perlu BERANI. Kerana tanpa keberanian, semua ilmu dan potensi akan kekal menjadi teori. Berani mengambil langkah pertama. Berani menyuarakan pendapat. Berani mencipta perubahan. Salah satu modul penting dalam program saya nanti ialah tentang Kecerdasan Emosi (EQ) — kerana kejayaan sebenar bukan hanya bergantung pada kepintaran intelektual, tetapi bagaimana kita menguruskan emosi, memahami diri, dan berhubung dengan orang lain dengan empati. Itulah sebabnya saya memilih motto yang menjadi nadi perjuangan saya: “Bangkit. Bijak. Berani.” Ia bukan sekadar slogan — ia adalah falsafah hidup untuk setiap wanita yang mahu menulis semula kisah kejayaannya. by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com