Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Hilangkan kedutan dan tegangkan KULIT dengan cara moden

Hilangkan kedutan kulit dengan teknologi moden

Oleh: ZAITON ABDUL MANAT
Foto: MOHD SHAIFUL NIZAM AZZADIN

Berita mengenai “hilangkan kedutan dengan rawatan teknologi moden” ini adalah dari Mingguan Wanita

MENYEDARI WANITA DAN KECANTIKAN TIDAK DAPAT DIPISAHKAN, KLINIK ESTETIK INI BERSEDIA MEMENUHI KEPERLUAN MEREKA YANG INGIN TAMPIL CANTIK DAN AWET MUDA. KECANTIKAN BUKAN SEKADAR IMPIAN, SEBALIKNYA IA MENJADI KEPERLUAN SETIAP WANITA. BAGI MEREKA YANG MULA DI MAMAH USIA, PASTINYA KULIT WAJAH MAHUPUN TUBUH TIDAK LAGI SETEGANG SEBELUM INI. INI KERANA, PROSES PENGHASILAN KOLAGEN PADA KULIT SUDAH MULA BERKURANGAN. INI MENYEBABKAN KULIT MULAI MENGENDUR.

Hilangkan Kedutan

Justeru, teknologi moden melalui mesin Alma Laser Radio Frequency (RF), antara rawatan yang terkini dalam membantu memberikan perubahan

menakjubkan dalam masa singkat. la direka menggunakan teknologi ciptaan terkini yang mampu mengembalikan ketegangan kulit tubuh, mengurangkan garis-garis, kedutan pada wajah dan sebagainya lagi.

Menurut Dr. Suffia, pakar estetik, melalui penggunaan mesin RF ini, kulit kendur akan kembali tegang. Selain itu, mesin ini juga membantu merampingkan tubuh serta mengembalikan bentuk badan yang diingini.

“Semakin berumur, tahap penghasilan kolagen juga semakin berkurangan. Ini menyebabkan kulit semakin hari semakin mengendur dan tidak lagi tegang seperti sebelum ini. Bagi mengembalikan keremajaan kulit selain merangsang kembali penghasilan kolagen yang baru, penggunaan mesin Alma Laser RF membantu mengatasi masalah tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak terlalu serius boleh melakukan rawatan menggunakan mesin tersebut, tetapi harus mendapatkan nasihatdari pakar bertauliah terlebih dahulu.

“Selain untuk proses menegangkan kulit wajah, mesin RF ini boleh digunakan bagi mereka yang mengalami masalah kulit tubuh kendur terutama di bahagian lengan, paha dan punggung. Malah, ia juga boleh membantu mengatasi masalah selulit, strechmark, mengembalikan bentuk badan yang diingini dan sebagainya lagi. Pun begitu, hasil yang diperoleh bergantung pada besar atau kecil tubuh seseorang. Mesin RF ini akan memecahkan lemak-lemak dalam badan tanpa meninggalkan sebarang kesan mahupun membahayakan pengguna.

Masa yang diambil lebih kurang 15-45 minit bergantung saiz badan dan bahagian tubuh seseorang. Setelah itu, lemak-lemak berkenaan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan.

“Melalui mesin lemak-lemak dalam badan dapat dipecahkan, lalu ia akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan tidak meninggalkan kesan mudarat kepada pesakit. Selain memecahkan lemak dalam badan, ia juga membantu melancarkan peredaran darah.

Kebaikan mesin ini juga ia tidak menyakitkan selain tidak menggunakan jarum mahupun suntikan. Kesan rawatan boleh dilihat selepas sesi rawatan pertama lagi. Sebagai contoh, ukur lilit pinggang boleh turun 1-5 cm pada satu rawatan.

“Ketika proses rawatan hilangkan kedutan dilakukan, pesakit seolah-olah seperti tengah bertungku. Dengan diiringi alunan muzik mendamaikan serta bau-bauan aroma terapi, pasti pesakit akan terasa tenang seolah-olah sedang mengadakan rawatan ‘hot massage’. Malah, mesin ini juga sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sakit otot ataupun sakit belakang,” ujar Dr Suffia yang mengakui penggunaan mesin ini amat mudah, tidak mengambil masa yang lama selain tidak menyakitkan.

Selain penggunaan mesin Alma Laser RF, Dr. Suffia turut menyediakan rawatan mengembalikan ketegangan kulit melalui penggunaan jarum halus iaitu melalui Teknik Serdev.

“Teknik yang boleh dianggap sebagai pembedahan kecil (minor surgery) ini menggunakan jarum halus tanpa meninggalkan sebarang parut. la menggunakan benang khas yang akan menarik kulit muka di bahagian bawah telinga dan kening bagi mengembalikan ketegangan kulit. Malah, mereka yang mahu mengecilkan hidung, menaikkan kening atau menegangkan payu dara yang kendur juga boleh berbuat demikian menggunakan teknik ini. Malah, kita boleh nampak perubahan selepas proses tersebut dilakukan. Untuk mendapatkan hasil terbaik, pesakit juga digalakkan untuk mengikuti diet yang betul,” jelas Dr. Suffia lagi.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
➡️Persens – Sebuah NGO yang diasaskan oleh Dr. Suffia Hany

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com