Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Vampire facial rawat wajah guna darah

Mingguan Malaysia, 24 Mac 2019

 

SAYA didatangi oleh seorang wanita berusia 40-an yang mengadu mukanya semakin kusam, kendur dan berkedut serta berparut disebabkan jerawat. Dia merasakan dirinya tidak cantik pada pandangan mata suaminya. Keyakinan dirinya semakin kurang. Malu kerana nampak tua sebelum usia. Orang selalu menganggap dia ialah ibu kepada suaminya sekiranya keluar bersama. Ini kerana suaminya kelihatan lebih muda.

Saya kemudian menyarankan dia menjalani rawatan hormon dan plasma darah atau platelet rich plasma (PRP). Dalam rawatan estetik, PRP semakin diminati dan menjadi trend terkini yang mampu memulihkan kulit dan membantu bagi menampakkan wajah lebih muda dan kulit lebih tegang.

Rawatan PRP ini memerlukan pengambilan darah dan kemudian dilakukan pengasingan plasma yang digunakan untuk rawatan regeneratif, antiradangan serta penghasilan tisu baharu yang sihat selain menghasilkan kolagen dan elastin.

Semua maklum bahawa kolagen sangat penting untuk menegangkan kulit. Malah ramai usahawan yang melabelkan produk mereka mengandungi kolagen yang boleh menegangkan kulit. Tahukah anda penghasilan kolagen terbaik adalah melalui rawatan PRP dengan menggunakan darah sendiri?

Rawatan PRP ini pernah ditularkan oleh Kim Kardashian sebagai vampire facial. Rawatan wajah puntianak menjadi kegilaan ramai tetapi ada juga yang takut apabila membaca perkataan puntianak. Sedangkan rawatan ini selamat, tidak menyakitkan, mudah dan tempoh penyembuhannya juga singkat. Rawatan PRP ini juga tidak menggunakan bahan lain selain darah sendiri, jadi risiko alahan tidak akan berlaku. Malah rawatan ini juga digunakan dalam ortopedik untuk merawat otot atau sendi yang mengalami radangan.

Darah adalah cecair plasma yang juga mengandungi komponen darah merah, darah putih dan platelet. Kemudian darah yang diambil akan diproses melalui mesin centrifudge yang berfungsi mengasingkan platelet rich plasma (plasma yang kaya dengan platelet) daripada komponen darah lain. PRP yang telah diasingkan akan disuntik semula kepada bahagian yang bermasalah seperti kulit wajah, kulit kepala, otot, sendi atau bahagian lain tubuh yang perlukan rawatan.

 

Rawatan yang boleh menggunakan PRP:

  • Wajah kusam/pigmentasi.
  • Parut jerawat/jerawat/pori-pori terbuka.
  • Kendur pada kulit wajah
  • Kedutan sekitar bawah mata, tepi mata, dahi dan seluruh wajah.
  • Rambut gugur/botak
  • Sakit sendi atau otot.
  • Parut pada perut/peha.
  • Payudara kendur.
  • Luka (terutama pesakit diabetes).
  • Merawat alat kelamin yang kendur (labia majora) pada wanita.

 

Langkah rawatan:

  • Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh pesakit sama ada pada wajah atau bahagian tubuh lain.
  • Sejarah perubatan, ada penyakit lain atau sedang menjalani apa-apa rawatan.
  • Kebenaran memulakan rawatan.
  • Muka akan dicuci bersih dan diletakkan krim kebas selama 20 minit
  • Darah diambil dan diproses melalui mesin centrifudge.
  • Muka akan dicuci semula sehingga bersih.
  • Microneedling akan digunakan dan PRP akan dimasukkan ke dalam kulit bahagian dermis dan penetrasi PRP pada bahagian dalam kulit akan stimulasikan penghasilan kolagen dan tisu baharu yang sihat. Bahagian kulit luar juga akan disapu sekata dengan PRP juga menggunakan microneedling. Kesemua bahagian kulit akan menerima PRP dengan sekata supaya kulit akan dipulihkan dan penghasilan sel baharu dan kolagen terhasil pada keseluruhan bahagian wajah.
  • Muka akan kelihatan merah sedikit dan rasa seperti tegang. Kemerahan akan hilang dalam masa 24 jam.
  • Pastikan semasa rawatan, pesakit tidak terlalu terdedah kepada matahari secara langsung. Pastikan penggunaan produk penjagaan kulit yang selamat dengan tidak menggunakan bahan-bahan yang merosakkan kulit seperti produk yang boleh mengelupaskan kulit. Lazimnya doktor akan menasihati tentang jenis-jenis produk yang selamat untuk digunakan.
  • Hasil awal rawatan akan diperoleh dalam masa satu hingga dua minggu. Kulit akan nampak cerah, tegang dan baharu.

 

Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah seperti tersenarai di atas, pastikan anda berjumpa dan meminta nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Pastikan anda mengemukakan masalah dan jangan malu untuk meminta nasihat doktor.

 

Prepared by Dr. Suffia Hany
Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation
drsuffiahany.com

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com