6 Pengajaran Kepimpinan Dari Tokoh Dunia Terhebat Apa Yang Pemimpin Terhebat Dunia Selalu Pesan Tentang Hidup, Kepimpinan & Masa Depan Manusia? Dalam sejarah tamadun, para pemimpin hebat sentiasa meninggalkan satu perkara yang paling berharga — “pesanan untuk manusia.” Ia bukan tentang politik. Bukan tentang kuasa… Tetapi tentang bagaimana kita boleh menjadi manusia yang lebih baik, masyarakat yang lebih matang, dan memiliki dunia yang lebih aman. Hari ini, di era serba mencabar, kata-kata hikmah daripada pemimpin global amat menyerlahkan cara pemikiran mereka yang berbeza, ianya sangat berilmu dan tinggi nilai-nilainya. Kepimpinan sebeginilah yang perlu kita ada sebenarnya. Daripada Nelson Mandela kepada Jacinda Ardern, daripada Steve Jobs kepada Dr. A.P.J. Abdul Kalam, daripada Malala Yousafzai, kepada tokoh kemanusiaan dunia — semuanya menyampaikan mesej yang sama: Dunia akan berubah apabila manusia memilih untuk memimpin dengan NILAI MANUSIAWI YANG TINGGI! Berikut adalah rangkuman pesanan terbesar yang selalu diulang oleh para pemimpin hebat dunia. 1. “Lead with empathy.” Dalam dunia yang semakin berpecah, pemimpin terhebat abad ini menekankan satu perkara utama: empati. Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, pernah berkata, “Kindness is power.” Manakala Michelle Obama pula mengingatkan, “When you walk in someone’s shoes, you understand better how to lift them.” Hari ini, pemimpin yang dihormati bukan lagi yang keras, sombong atau hanya mementingkan prestasi. Pemimpin yang paling berjaya ialah mereka yang: memahami tentang rasa manusia di bawah mereka, mendengar segala rintihan sebelum mula bercakap, dan memimpin dengan hati nurani sebelum membuat sebarang keputusan. “Empati membuka pintu. Autoriti hanya mengunci.” 2. “Courage builds nations.” Nelson Mandela & Warisan Keberanian Beliau mengubah dunia dengan satu falsafah mudah tetapi berat: “Keberanian bukan ketiadaan ketakutan — tetapi keberanian adalah bertindak walaupun kita takut.” Menurut Nelson Mandela, Keberanian membina: bangsa, organisasi, keluarga, dan diri kita sendiri. Hari ini ternyata kata-kata benar belaka, keberanian bukan hanya pada medan perang. Ia ada pada: wanita yang bangkit selepas trauma, pemilik bisnes kecil yang memulakan semula dari kosong, pekerja yang berani mencuba sesuatu yang baru, dan pemimpin yang membuat keputusan sukar demi kebaikan ramai. Setiap perubahan besar dalam sejarah bermula dengan seseorang yang berani mengorak langkah sukar. 3. “Innovation separates leaders from followers.” Steve Jobs Dalam dunia yang berubah tersangat pantas, Steve Jobs meninggalkan satu pesanan yang menjadi prinsip global: “Stay hungry, stay foolish.” Inovasi sentiasa menjadi tanda aras kepimpinan. Pemimpin yang berpengaruh adalah mereka yang: tidak takut mencuba, tidak takut gagal, dan tidak takut mencipta sesuatu yang belum wujud. Hari ini, inovasinya menyerlah ke seluruh dunia dan menjadi tanda aras dan bukan hanya sekadar teknologi — ia juga pemikiran. Cara kita bekerja, memimpin, berkomunikasi, menyelesaikan masalah, bahkan cara kita melihat masa depan. “Pemimpin melihat apa yang orang lain belum nampak. Dan mereka berani bertindak sebelum dunia bersedia untuk memahaminya.” 4. “Education is the engine of equality.” Malala Yousafzai Malala, ikon global untuk pendidikan, pernah berkata: “One child, one teacher, one book, one pen can change the world.” Pendidikan bukan sekadar akademik. Ia adalah kunci kepada: kesedaran, kemajuan, kestabilan, dan kebebasan manusia. Pemimpin dunia selalu percaya bahawa: masyarakat yang berpendidikan adalah masyarakat yang kuat, wanita berpendidikan adalah tulang belakang bangsa, dan generasi muda yang berilmu adalah pelaburan masa depan. Tiada negara boleh naik lebih tinggi daripada tahap pendidikannya. 5. “Discipline is destiny.” Dr. A.P.J Abdul Kalam & Pemimpin Sains Dunia Tokoh-tokoh sains dan teknologi seperti Dr. A.P.J. Abdul Kalam sering menekankan bahawa: “Great dreams need great discipline.” Semua pemimpin hebat dunia mempunyai satu persamaan: Disiplin harian yang tidak pernah gagal untuk diikuti. Mereka berjaya kerana: tabiat yang konsisten, kerja keras yang tidak glamor, komitmen yang tidak dilihat oleh orang ramai. Disiplin, bukan motivasi, ia adalah asas kejayaan sebenar dan ianya adalah sesuatu yang amat susah diikuti. Namun sekiranya anda boleh mendisiplinkan diri, maka anda berada ke arah kejayaan. “Semakin hebat impian seseorang, semakin tinggi disiplin yang diperlukan.” 6. “Your life is your message.” Mahatma Gandhi Falsafah Gandhi adalah antara pesanan paling universal dalam sejarah: “Be the change you wish to see in the world.” Kepimpinan bukan jawatan, bukan gelaran, bukan mikrofon. Ia adalah contoh kepada Cara kita: bekerja, bercakap, menghormati orang lain, mengurus stres, menjaga hati, … semuanya adalah mesej kepada dunia. “Pemimpin sebenar tidak perlu memperkenalkan diri. Orang boleh melihat kepimpinannya melalui tindakan.” —————————————————————————————– Kesimpulan: Kepimpinan Bukan Tentang Kuasa — Tetapi Tentang Nilai Apabila kita melihat kembali pesanan pemimpin hebat dunia, semuanya membawa satu inti yang sama: “Dunia ini bukan milik orang yang paling kuat, tetapi milik orang yang paling sedar!” Sedar siapa kita. Sedar apa yang kita mampu lakukan. Sedar peranan kita dalam membina dunia yang lebih baik. Kepimpinan bukan hanya untuk presiden, menteri atau CEO. Kepimpinan adalah untuk setiap manusia yang memilih untuk hidup dengan integriti, empati dan keberanian. Akhir kata dari saya… “Pemimpin sejati bukan yang memegang kuasa, tetapi yang memberi harapan dan jalan untuk sama-sama berjaya.” Dr Suffia Hany Leadership & EQ Strategist Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence. www.drsuffiahany.com
Formula Wanita Hebat Dalam Kepimpinan dan Keusahawanan
Bangkit, Bijak & Berani: Setiap wanita memiliki potensi luar biasa untuk memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan negara. Namun potensi itu hanya akan menyerlah apabila wanita diberi ruang, ilmu dan keberanian untuk memimpin serta mencipta perubahan. Kerana itu, saya percaya — wanita perlu diperlengkapkan dengan ilmu kepimpinan dan keusahawanan. Bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan peribadi, tetapi untuk mengangkat golongan lain yang masih bergelut di bawah. Seorang wanita berilmu dan berjiwa pemimpin mampu menjadi cahaya buat ramai yang masih mencari arah. Inilah sebab utama mengapa Program Kepimpinan Dalam Sosioekonomi dan Keusahawanan Wanita diwujudkan. Program ini bukan sekadar latihan — ia adalah sebuah gerakan minda dan jiwa, membentuk peserta menjadi wanita yang lebih yakin, berpengetahuan, dan berstrategi dalam mengharungi cabaran hidup yang penuh ranjau. Namun, saya sedar sesuatu. Setiap wanita yang datang ke dalam program seperti ini, selalunya bukan datang dengan tangan kosong. Mereka datang dengan cerita luka, dengan kegagalan yang pernah membuat mereka hampir menyerah — sama ada dalam keluarga, kerjaya, atau kehidupan. Tetapi di situlah bermulanya keindahan sebuah perjalanan. Sebab itu saya selalu katakan, untuk wanita berjaya, mereka perlu melalui tiga langkah penting: Bangkit. Bijak. Berani. Pertama, mereka perlu BANGKIT. Bangkit dari kegagalan, dari kesedihan, dari kisah lama yang menahan potensi mereka. Tapi bangkit semata-mata tanpa arah tidak cukup. Kita tak mahu wanita yang hanya kuat secara luaran, tetapi kosong di dalam. Selepas itu, mereka mesti BIJAK. Bangkit tanpa kebijaksanaan hanya akan membawa kita berputar di tempat yang sama. Di sinilah pentingnya ilmu — ilmu yang membentuk minda strategik, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, dan kemampuan untuk menilai peluang dengan mata hati yang tajam. Dan akhirnya, mereka perlu BERANI. Kerana tanpa keberanian, semua ilmu dan potensi akan kekal menjadi teori. Berani mengambil langkah pertama. Berani menyuarakan pendapat. Berani mencipta perubahan. Salah satu modul penting dalam program saya nanti ialah tentang Kecerdasan Emosi (EQ) — kerana kejayaan sebenar bukan hanya bergantung pada kepintaran intelektual, tetapi bagaimana kita menguruskan emosi, memahami diri, dan berhubung dengan orang lain dengan empati. Itulah sebabnya saya memilih motto yang menjadi nadi perjuangan saya: “Bangkit. Bijak. Berani.” Ia bukan sekadar slogan — ia adalah falsafah hidup untuk setiap wanita yang mahu menulis semula kisah kejayaannya. by Dr. Suffia Hany Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation drsuffiahany.com