Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

5 Tanda Silent Burnout Wanita – Ramai tak sedari

5 Tanda Silent Burnout Wanita — Bila Penat Itu Disimpan Dalam Diam

Bahaya Memendam Rasa ‘PENAT’

Hari ini saya ingin bercakap dari hati ke hati — khusus buat wanita yang kelihatan kuat di luar, tetapi dalam diam memikul beban yang tidak pernah diceritakan.

Ramai wanita mengalami sindrom silent burnout wanita — keletihan emosi yang dipendam terlalu lama sehingga diri sendiri pun hampir tidak sedar betapa penatnya jiwa! “Haaa, pernah anda rasakannya?” itulah BURNOUT namanya. SILENT, sebab senyaplah. Tak berani nak beritahu sesiapa. Segan atau malu, lalu sorokkan perasaan PENAT yang teramat sangat tu sehingga menjadi ‘Mental Torture’

Bukan penat buat kerja, bukan penat kerana banyak tanggungjawab, tetapi MENTAL anda penat!

 

Mungkin anda masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa — bekerja, mengurus keluarga, menjaga semua orang. Namun di sudut hati, ada rasa letih yang sukar dijelaskan.

Jika anda pernah merasa begitu, percayalah… anda tidak keseorangan.

 

Sebagai seorang yang sering mendengar kisah wanita dari pelbagai latar belakang, saya melihat satu pola yang sama — ramai yang memilih untuk berdiam diri kerana takut membuka cerita yang dianggap sensitif atau memalukan. Dan ramai sangat yang lebih kepada menjaga AIB! Ya, saya faham membuka aib itu tak baik dan berdosa. Namun, sekiranya ianya memudaratkan anda… maka carilah teman karib atau keluarga terdekat yang boleh dipercayai untuk meluahkan segala beban yang ditanggung seorang diri itu, agar anda dapat mengelakkan dari menjadi Silent Burnout Wanita.

Di sini, saya senaraikan 5 TANDA Silent Burnout Wanita:

 

1️ Rasa Penat Yang Tidak Hilang Walaupun Berehat

Wanita yang mengalami sindrom tanpa sedar, silent burnout wanita ini sering merasa letih secara emosi, walaupun secara fizikal nampak okay.

Kadang tidur cukup, tetapi hati tetap terasa berat.

Ini kerana keletihan emosi tidak boleh pulih hanya dengan rehat fizikal — ia memerlukan ruang untuk diproses. Yang mana sometimes, anda kena keluar terus dari normal rutin harian anda dan pergi BERCUTI atau STOP working dan keluar bandarlah sehari dua!

 

2️ Sentiasa Meletakkan Orang Lain Dahulu

Ramai wanita terbiasa menjaga semua orang — pasangan, anak, keluarga, rakan sekerja — sehingga lupa bertanya kepada diri sendiri:

“Apa yang hati aku nak hari ini?… apa yang best makan hari ni eh?… Rancangan TV apa yang seronok?”

Apabila keperluan dan kemahuan rutin anda diabaikan terlalu lama, silent burnout wanita boleh berlaku secara perlahan-lahan, tanpa anda sedari. Ini yang bahaya! Kadang sesetengah tu bila dah tersedar, dia boleh berlaku sakit jantung, boleh amuk, malah lebih teruk dari itu pun boleh berlaku akibat JIWA tak dapat menerima TEKANAN! Nanguzubillah…

 

3️ Takut Berkongsi Kerana Mahu Menjaga Maruah

Ada wanita memilih untuk menyimpan segalanya kerana takut:

  • Rahsia rumah tangga terbuka
  • Dilihat lemah
  • Dinilai oleh orang lain
  • Malu dengan adik beradik
  • Maruah keluarga tercalar

Macam-macam dia punya takut. Sedangkan memendam tekanan berpanjangan boleh memberi kesan kepada kesihatan mental yang teruk… itu tak takut pula?, Seperti yang sering ditekankan oleh World Health Organization mengenai kepentingan kesejahteraan emosi dalam kehidupan harian, kesihatan mental kita adalah bermula dengan, pergaulan kita. Komunikasi yang seimbang boleh melegakan minda yang tengah serabut.

 

4️ Rasa Kosong Walaupun Hidup “Nampak Baik”

Ini antara tanda paling halus. “Terasa sunyi di dalam sebuah keramaian yang hiruk pikuk” – punyalah padat dengan orang ramai, kita boleh merasa kosong dan sunyi? That is something wrong somewhere.

Segala tanggungjawab berjalan, tetapi dalam hati terasa kosong — seolah-olah hanya “berfungsi”, tetapi bukan benar-benar hidup.

Silent burnout wanita sering muncul dalam bentuk ini.

 

5️ Mudah Rasa Bersalah Bila Mahu Berehat

Ada suara kecil dalam diri berkata:

  • “Tak boleh rehat… nanti orang susah.”
  • “Aku kena kuat untuk lalui satu hari lagi.”

Hakikatnya, menjaga diri bukanlah mementingkan diri — ia adalah tanggungjawab terhadap kesihatan emosi. tetapi mungkin hati wanita ni kadang terlalu lembut hati, terlalu baik sangat. Sampai membiarkan keadaan sekeliling mengambil kesempatan ke atas dirinya. Haa… bukan orang lagi, baru keadaan sahaja. Tengoklah betapa baik sangat kaum wanita ni kan hehe 🙂 — You know, kadang-kadang kita perlu KUAT untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Lembut is good, but too lembut is not.

 

Akhir kata, Pesanan Saya…

Jika hari ini anda sedang membaca ini dan terasa seperti ada sesuatu yang menyentuh hati — berhentilah sejenak.

Tarik nafas.

Akui bahawa anda juga manusia yang berhak untuk MELEPAS PENAT!

Tidak semua perkara perlu dipikul seorang diri.

Kadang, kekuatan sebenar bukan pada kemampuan menahan segalanya — tetapi pada keberanian untuk memberi ruang kepada diri untuk sembuh.

Anda tidak perlu sentiasa kelihatan kuat.

Anda hanya perlu jujur dengan diri sendiri.

==========================================

Langkah Lembut Untuk Mengurus Silent Burnout Wanita

🌿 Luangkan masa walaupun beberapa minit untuk diri sendiri setiap hari
🌿 Berkongsi dengan individu yang dipercayai atau mentor
🌿 Menulis tentang perasaan anda untuk melepaskan beban emosi
🌿 Mendapatkan sokongan profesional jika perlu
🌿 Mengingatkan diri bahawa rehat itu bukan kelemahan

 

Anda BERHAK Untuk Merasakan Ketenangan dalam hidup!

Sebagai wanita, anda sering menjadi tiang kepada ramai orang.

Namun ingat — tiang juga perlu dijaga supaya tidak retak.

Jika anda sedang melalui silent burnout wanita, mulakan dengan langkah kecil.

Berlembutlah dengan diri anda sendiri

“Kerana dalam menjaga dunia sekeliling anda… jangan lupa untuk menjaga dunia hati kecil anda sendiri.”

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com