Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

10 Cabaran Wanita & Cara Kekal Bersemangat di Bulan Ramadan

Pagi itu, seorang wanita bangun sebelum Subuh…

10 Cabaran Wanita & Cara Kekal Bersemangat di Bulan Ramadan

Rumah masih sunyi, lampu dapur menyala perlahan. Dia menyiapkan sahur sambil fikirannya melayang — tentang kerja, keluarga, tanggungjawab yang tidak pernah habis. “Ahh… penatnya rasa” 🙁

Sesungguhnya, ramai merasainya dengan rasa yang sama, betul tak? Kadang tak tertanggung beratnya memikirkan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Namun di sini, ada baiknya, kita melihat dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi, di bulan Ramadan yang hadir bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi untuk mengajar kesabaran, redha, dan kekuatan hati.

Seperti yang kita sering diingatkan — sentiasa bersemangat walaupun jalan berliku-liku. Kerana kehidupan seharian kita ini memang tidak lurus, dan especially, buat wanita, kita semua akan sering diuji dengan pelbagai ujian! Akan tetapi, setiap ujian adalah peluang untuk membentuk diri menjadi lebih kuat.

Allah mengingatkan kita:

“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah 94:5–6)
Baca tafsir keseluruhan ayat ini di sini

 

Surah Al-Insyirah (94) ayat 5-6 (Atau Alam Nasyrah)
Menegaskan janji Allah bahawa setiap kesukaran pasti disertai dengan kemudahan, diulang 2 kali untuk memberi penekanan serta keyakinan dan kekuatan hati agar kita belajar untuk lebih positif dan redha dengan ketentuan Ilahi.  Yakin, bahawasanya, Allah akan datang selepas kesulitan. Ia juga memujuk hati, mengingatkan setiap ujian bukanlah tanda ditinggalkan, bukan bala, tetapi sebuah perjalanan menuju kekuatan dalam hidup yang fana ini.

 

10 Cabaran Wanita & Cara Kekal Positif

 

1️ Tekanan Memikul Banyak Peranan

Cabaran pertama inilah yang sering dilalui oleh ramai wanita. Ya lah kan, bayangkan dengan kerjaya, keluarga, ibadah — kadang terasa amat berat sekali… kepada siapalah hendak kita meluahkan rasa? InsyaAllah kembali kepada Maha Pencipta.

However, untuk usaha sendiri, di sini saya berikan sedikit tip:

Tips:
✔ Susun keutamaan dengan bijak
✔ Belajar berkata “tidak” bila perlu
✔ Ambil masa untuk diri sendiri

Ramadan reminder: Jadikan setiap niat dengan ikhlas agar ia menjadi satu ibadah.

 

2️ Keletihan Emosi & Mental

Kadang rasa kosong walaupun tersenyum di depan orang. Tidak dapat tidak, kita terpaksalah hadapi juga walaupun kepenatan. Di sinilah emosi dan ketahanan mental diuji. Kalau lemah, pasti rebah tersungkur.

Tips:
✔ Luahkan perasaan melalui doa
✔ Amalkan self-care ringan
✔ Rehat sejenak selepas solat sambil berzikir menyebut nama Allah.

Ramadan reminder: Tenang itu datang bila hati bersandar pada Yang Maha Esa.

 

3️ Ujian Kesabaran Dengan Orang Sekeliling

Hati-hati apabila dah penat, apabila tertekan, kata-kata atau sikap orang boleh menguji hati. Orang hanya bertanya, kita rasa orang menghina. Orang tengok kat orang lain punnnnn… kita rasa macam orang tu sedang mencemuh kita. Aduh…

Tips:
✔ Bezakan kritikan membina vs negatif
✔ Jangan biar pandangan orang tentukan nilai diri

Ramadan reminder: Menahan sabar juga satu bentuk ibadah.

 

4️ Wanita sering Kerisauan Tentang Masa Depan

THINK TOO MUCH! Itulah kaum hawa ni kan. Fikir tentang En Suami, risau tentang anak-anak, rezeki, kehidupan dan macam-macam lagilah kan… Risau dan sering berjaga-jaga itu bagus, tetapi jika MELAMPAU sangat akan membebankan. Try balance kan.

Tips:
✔ Fokus pada apa yang boleh dikawal
✔ Bertawakal kepada Allah selepas usaha

Ramadan reminder: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kemampuannya.

 

5️ Rasa Tidak Dihargai

Banyak yang dibuat tetapi jarang disebut. Memang akan buat kita rasa frust sangat. Sebaik-baiknya, jangan terlalu berharap. Buat apa-apa dengan ikhlas dan kerana Allah, selebihnya lupakan pujian dan penghargaan sebaliknya, kita beri REWARD diri kita sendiri. Cara begitu boleh buat kita akan lebih bahagia.

Tips:
✔ Hargai diri sendiri
✔ Ingat bahawa Allah melihat semua usaha

Ramadan reminder: Nilai kita bukan diukur manusia, tapi di sisi Allah.

 

6️⃣ Keletihan Fizikal

Bangun sahur, bekerja, urus rumah — tubuh terasa lelah. Sekali lagi saya sarankan, biar balance hidup kita ni. Seimbangkan!

Tips:
✔ Rehat secukupnya
✔ Jaga pemakanan & tidur

Ramadan reminder: Menjaga diri juga sebahagian daripada amanah Allah.

 

7️⃣ Perasaan Bersalah Terhadap Kekurangan Diri

Please, wanita-wanita semua… hindarkan dari berperasaan sebegini. Asyik terasa belum cukup baik, tak pandai, kurang bijak… semua ini boleh diatasi. Boleh diajar dan berjaya!

Tips:
✔ Fokus pada progress, bukan kesempurnaan
✔ Raikan pencapaian kecil

Ramadan reminder: Pintu taubat selalu terbuka — Allah melihat usaha, bukan kesempurnaan.

 

8️⃣ Cabaran Hubungan

Salah faham atau konflik dalam keluarga / kerja juga sering teruji. Jadi jagalah setiap hubungan dengan baik.

Tips:
✔ Komunikasi jujur & matang
✔ Utamakan empati

Ramadan reminder: Maafkan dan lepaskan, hati jadi lebih ringan.

 

9️⃣ Tekanan Untuk Sentiasa Kuat

Kadang rasa perlu menyembunyikan kesedihan dan sentiasa mempamerkan yang anda sentiasa kuat. Ini akan lebih dirasai kepada single mother yang terpaksa compete dengan bekas suami yang lebih tinggi kedudukannya. Demi nak tunjuk pada anak-anak, yang Mama ni pun hebat juga… akhirnya anda menyeksa diri sendiri.

Tips:
✔ Benarkan diri menangis & luahkan
✔ Kongsi dengan sahabat / mentor

Ramadan reminder: Kekuatan sebenar datang dari hati yang jujur dengan emosi.

 

🔟 Hilang Semangat

Pasti akan ada hari yang anda akan merasa berat untuk teruskan. Lantas, anda mulai hilang semangat untuk meneruskan usaha yang anda bina selama ini.

Tips:
✔ Fokus pada hari ini, satu langkah pada satu masa
✔ Cari inspirasi melalui Quran & doa

Ramadan reminder: Setiap malam membawa peluang baru untuk bangkit dan bersyukur.

 

Setiap yang terjadi, pasti ada HIKMAHNYA!

Jalan hidup mungkin berliku, tetapi setiap cabaran membawa hikmah. Always remember that!

Dan tenang-tenanglah, bertabahlah, dan terus melangkah dengan semangat.
Kerana di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang menunggu, itu pasti.

Bagi wanita yang ingin terus memperkuat diri:
Terus ikuti tips ini, dan jadikan setiap cabaran Ramadan sebagai latihan hati dan jiwa.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com