Petang Ramadan selalu membawa rasa yang berbeza. Tika dan saat inilah renungan di hati muncul sendiri. Walaupun badan mungkin letih, perut mula berbunyi, tapi ada satu ketenangan yang sukar dijelaskan. Seolah-olah masa bergerak perlahan, memberi ruang untuk kita bernafas dan melihat ke dalam diri.

Tiba-tiba redup, dan sayup-sayup je segala bunyian di sekeliling… sambil menantikan azan Maghrib.
Sementara menunggu waktu berbuka beginilah, saat-saat inilah mungkin masa terbaik dan sesuai sangat untuk kita berhenti seketika β bukan sekadar tunggu makanan, tetapi juga berhenti dan merenung jauh, lantas mendengar nun jauh di sudut suara hati…
Berikut 5 renungan di hati yang boleh menemani saat tenang itu.
1️⃣ Puasa Mengajar Kita Erti Sabar Yang Sebenar
Bila lapar dan dahaga datang, kita belajar bahawa tidak semua keinginan perlu dipenuhi segera. Sabar bukan sekadar menunggu azan, tetapi melatih diri supaya tidak terburu-buru dalam hidup. “Benda boleh bincang π mengapa nak tergopoh-gapah ni kan?” haha…
Mungkin di luar Ramadan kita sering mahu semuanya cepat β cepat makan, cepat hilang dahaga, cepat berjaya, cepat selesai, cepat bahagia. Namun puasa mengingatkan bahawa proses kesabaran itu amat penting. Lalu, banyak-banyaklah bersabar.
2️⃣ Detik Menunggu Adalah Ruang Untuk Bersyukur
Kadang kita hanya sedar nikmat makanan apabila tidak dapat menikmatinya sepanjang hari. Segelas air waktu berbuka terasa luar biasa, walaupun pada hari biasa ia perkara kecil. Semua ini adalah kerana menunggu tuuu… haaa “PENANTIAN satu seksa yang tidak tertanggung” Haaa sempat nyanyi lagu Penantian you all :))
Detik menunggu ini sememangnya mengajar kita untuk lebih menghargai β bukan sahaja makanan, tetapi juga keluarga, kesihatan, dan peluang yang sering kita terlepas pandang. Yang paling harus kita bersyukur, adalah REZEKI dari Allah s.w.t serta kenikmatan yang masih kita rasai, setelah penat menanti sepanjang hari.
Sesetengah orang, Tuhan tarik rasa nikmat tu, tunggulah lama mana pun, bila makan, semua rasa tawar je, tak sedap langsung haa… minta jauhlah kan. Sebab tu kena kena bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki, kerana semuanya datang dari Dia.
3️⃣ Ramadan Adalah Masa Untuk Melembutkan Hati
Dalam kesibukan harian, hati mudah menjadi keras β lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja, masalah hidup, dan pelbagai cabaran. Sebenarnya Tuhan ciptakan bulan Ramadan ini sungguh cantik sekali. Cuba renung-renungkan… dan bayangkan jika tiada bulan yang boleh redakan seketika ni, habis huru-hara kehidupan kita. Penuh dengan tekanan sepanjang masa.
Ramadan datang sebagai ruang untuk melembutkan kembali jiwa. Lembutkan hati nurani, bila banyak sabar, banyak redha, suasana jadi tenang, hati jadi lembut. Kehidupan kembali cool balik, tak adalah cam HAVOC je.
Mungkin dengan memaafkan, berdoa, atau sekadar duduk diam beberapa minit sebelum berbuka, kita memberi peluang kepada hati untuk sembuh dari segala tekanan dalam kehidupan.
4️⃣ Tidak Mengapa Jika Kita Masih Dalam Proses
Ramai yang rasa bersalah jika belum menjadi βsempurnaβ sepanjang Ramadan β mungkin masih terlepas amalan, masih bergelut dengan emosi, atau masih belajar berubah. It’s okay, don’t worry! – Masih dalam proses lah tu kan. Slowly kita belajar dan memahami erti Ramadan yang sebenar.
Kerana Hakikatnya, Ramadan bukan tentang menjadi sempurna dalam sekelip mata. Ia tentang langkah kecil yang konsisten. Setiap usaha, walaupun kecil, tetap bermakna. Yang penting terus berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.
5️⃣ Jadikan Doa Sebagai Teman Setia
Saat hampir berbuka adalah waktu yang sangat istimewa untuk berdoa, seperti yang sering dihuraikan dalam panduan ibadah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia | panduan ibadah JAKIM
Ambil beberapa saat untuk menyebut apa yang terbuku di hati β harapan, kegusaran, atau sekadar ucapan syukur.
Kadang doa yang paling ringkas datang dari hati yang paling jujur. Berdoalah kepada Allah s.w.t kerana DIA amat suka kita memohon doa dariNya. Lagi banyak kita minta lagi bagus. Yang tak suka MANUSIA. Haa.. manusia tak suka diminta-minta. Tuhan tidak begitu. Allah s.w.t sangat suka umatNya sering meminta dan memohon doa dariNya.
Nikmati Ketenangan Ini
Sementara menunggu azan berkumandang, mungkin kita boleh memilih untuk hadir sepenuhnya dalam detik ini. Rasai ketenangan, lepaskan seketika beban fikiran, dan ingat bahawa Ramadan adalah ANUGERAH dari YANG MAHA ESA β peluang untuk kembali kepada diri sendiri.
Semoga setiap petang Ramadan membawa sedikit kedamaian, dan setiap kali kita berbuka menjadi pengingat betapa banyaknya nikmat yang kita miliki. Harapan saya, dari renungan di hati kita ini, akan memberi ruang untuk kita kembali kepada diri sendiri dan menjalani Ramadan dengan hati yang penuh ikhlas, tenang dan redha dengan segala ketentuanNya, InsyaAllah.
Semoga renungan di hati ini menjadi teman di ruang sudut nun sanubari kita sepanjang Ramadan Al Mubarak.
Selamat Berbuka Puasa,
Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.
- 👉 For more info :Β Lihat Profil Dr. Suffia lebih lanjut di sini