Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

3 Cara Termudah Membina Tujuan Hidup

3 Cara Membina Tujuan Hidup Yang Sebenar

Apakah tujuan hidup anda?

Apabila bercakap tentang soal TUJUAN HIDUP… pelbagai perkara yang kita mulai fikirkan.  Cita-cita kita, impian kita yang belum tercapai, juga mulai terimbau sekilas lalu. Membuatkan kita terfikir, “Apakah itu hala tuju hidup aku?” atau membalas jasa baik kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita? Malah, mungkin juga kita terfikir untuk memenuhi impian, mengecapi sebuah kejayaan terbesar dalam hidup!

  • Ya, itu semua boleh menjadi perkara-perkara yang ‘trigger’ NIAT kita dalam menegaskan,  APA TUJUAN HIDUP kita yang sebenarnya. Namun, bagaimanakah ianya boleh terhasil?

 

PERINGATAN:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” — Surah Ar-Ra’d [13:11]

Baca keseluruhan tafsir ayat ini di sini

 

Hidup kita tidak akan berubah hanya dengan menunggu atau berangan-angan. Tujuan hidup sebenar terhasil bila kita bertindak, walaupun langkah pertama itu kecil. “Impian takkan menjadi kenyataan jika hanya sekadar mengimpikannya sahaja” Jadi, begitu jugalah dengan tujuan hidup. Ia bukan sesuatu yang anda boleh temui dimana-mana. Atau hanya dengan teringat lalu terjadi. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang anda perlu usahakan dan ciptakan!

Ia harus dibina dan dibangunkan dalam tindakan anda seharian, malah perlu diusahakan seperti menyusun batu bata untuk membina sebuah mahligai impian tetapi pembinaannya pula adalah dengan keputusan demi keputusan penting yang harus kita putuskan dan dimana resultnya akan memberi kesan yang sangat bermakna.

 

Ingin mengubah hidup jadi lebih baik?

Mulakan dengan satu soalan yang jujur kepada diri sendiri —
Apakah tujuan hidup anda?

Ramai beranggapan tujuan hidup adalah sesuatu yang perlu dicari.
Seolah-olah ia tersembunyi dan menunggu untuk ditemui.

Hakikatnya, Ia tidak hadir ketika kita duduk diam dan hanya merenung masa depan.
Ia dibangunkan melalui tindakan, keputusan, dan keberanian setiap hari.

Berikut adalah 3 cara mudah, membina tujuan hidup yang sebenar:

 

1. Mulakan Dengan Tindakan Kecil

Tidak perlu melihat keseluruhan perjalanan yang panjang sehingga menjadikan anda terasa letih nak mulakan.
Lihat sahaja langkah pertama yang berada tepat di hadapan anda. Dengan cara begitu, anda akan lebih fokus dan terasa lebih ringan.

Ramai menunggu rasa yakin sebelum bertindak.
Namun sebenarnya:

  • Kita bukan bertindak kerana sudah bermotivasi.
    Kita menjadi bermotivasi kerana sudah bertindak.

Ambil dulu satu tindakan kecil hari ini.

Jangan tengok yang jauh dulu, buat yang mudah-mudah dulu agar anda cepat nampak hasilnya!
Di situlah momentum bermula.

 

2. Berani Keluar Dari Zon Selesa

Zon selesa memberi rasa selamat,
tetapi ia juga boleh menghalang pertumbuhan.

  • Memulakan sesuatu yang baru memang tidak mudah.
  • Kita akan goyah.
  • Kita akan rasa tidak selesa.
  • Kita akan rasa takut.

Tetapi rasa takut bukan tanda untuk berhenti. Anggap ia satu cabaran!
Barulah Ia menjadi tanda kita sedang berkembang.

Kejayaan bermula apabila kita berani melangkah keluar — walaupun sedikit!

 

3. Hentikan Alasan, Pilih Bertindak

Duduk terlalu lama dalam zon alasan, zon penundaan tidak akan mengubah kehidupan anda. Ia hanya akan melengahkan kejayaan anda. Malah boleh menarik anda jatuh. Usah biarkan apa-apa sahaja keadaan, sebab atau sesiapa sahaja menarik anda dari mencapai impian anda! Elak dari menjadi lemah, lesu dan longlai dengan alasan-alasan yang tidak terkait dengan anda, sekarang bukan masanya kerana kerana sekarang adalah MASA UNTUK ANDA!

Tujuan hidup tidak dibina melalui alasan.
Ia dibina melalui keputusan.

 

Anda Memegang Pena Hidup Anda Sendiri

Hidup ini bukan skrip yang ditulis orang lain.

Anda yang memegang pena.
Anda yang menentukan jalan cerita.
Anda yang memilih bab seterusnya.

Keluarlah daripada zon alasan dan penundaan.
Berhenti memberi kuasa kepada ketakutan.

Buat tindakan sekarang.
Walaupun kecil.
Walaupun perlahan.

  • Jadikan hari ini versi diri anda yang TERBAIK, yang LEBIH BAIK baik daripada semalam.

Kerana tujuan hidup…
tidak menunggu kita bersedia.

Ia menunggu kita bertindak.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com