Mingguan Malaysia, 24 Feb 2019

Saat menginjak ke fasa menopaus, Ia sebenarnya satu waktu yang sangat membimbangkan dan menakutkan bagi seorang wanita. Banyak perkara yang bermain di minda mereka terutamanya memikirkan hubungan intim bersama pasangan . Soal ini harus dijaga terutama bagi wanita yang mempunyai pasangan yang usianya lebih muda ataupun pasangan yang masih aktif dalam hubungan seksual.
Hal yang sama berlaku ke atas diri rohani ( Bukan nama sebenar ) .Memikirkan hal ini membuatkan rohani ada kalanya menjadi murung dan tidak mahu gembira bersama pasanganya. Ini kerana tanda-tanda menopaus sudah ada dan ia menjadi kerunsingan bagi dirinya.
Menurut Dr Suffia Hany, pakar Estetik & Anti-aging, dari Francsuffia wellness centre, wanita dan menopaus dua perkara yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan . Setiap wanita yang sudah mencapai usia emas ataupun lewat 50-an malahan ada pada awal 50-an akan mengalami situasi dan keadaan ini. Simptom seperti haid tidak lagi teratur hingga ada yang tidak mengalami kedatangan haid sehingga dua bulan dan selepas itu ada kembali , Itu juga antara simptom dan tanda-tanda seorang wanita itu akan menopaus.
Namun begitu, kerunsingan dan kerisauan yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kemurungan dan kecicaruan fikiran. Hal ini sebenarnya akan menyumbangkan lagi kepada kecepatan menopaus itu terjadi. Apa yang perlu ialah, tenangkan diri dan anggap ia adalah perkara biasa terjadi kepada setiap wanita normal. Perbincangan dua hala pasangan serta sokongan daripada pasangan adalah sangat penting. Pada situasi ini pasangan tidak boleh membawa haluan sendiri kerana isteri perlukan pemahaman daripada suami. Kata-kata sokongan dibantu dengan perbuatan membuatkan isteri terasa diri mereka dihargai.
Vagina dan kulit disekitarnya terasa kering dan tidak lagi lembap seperti dahulu adalah kesanya .Keinginan untuk bersama pada peringkat awal juga mungkin akan berkurang kerana tidak berasa selesa dengan perubahan vagina. Terjadinya keadaan sebegini adalah disebabkan oleh hormon estrogen wanita menopaus ia sudah menurun.
Apa yang perlu dilakukan , Jangan terus mengelak untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan , boleh diteruskan seperti biasa dengan bantuan dan sokongan pelbagai gel serta krim yang disyorkan. Dan sebenarnya dengan cara terus merangsang aliran darah disekitar vagina dan tubuh anda tetap sihat walapun sudah menopaus.
“Tanggapan mengatakan mereka yang sudah menopaus tidak mencapai tahap orgasma yang memuaskan adalah satu tanggapan yang tidak tepat …”
APA YANG TERJADI PADA WAKTU MENOPAUS?
- CARA PANDANG TERHADAP DIRI BERUBAH
Banyak perubahan yang terjadi selama menopaus tidak hanya tertakluk pada perubahan fizikal tetapi tertakluk juga pada mental. Menopaus boleh mengubah cara pandangan wanita mengenai tubuhu dan kehidupan seksual mereka serta harga dirinya .Bagi mengatasinya cubalah alihkan kepada minat seperti bermain piano ataupun apa sahaja kegemaran anda yang boleh meningkatkan kepercayaan diri anda.
- USAHA LEBIH KERAS
Tanggapan mengatakan mereka yang sudah menopaus tidak mencapai tahap orgasma yang memuaskan adalah satu tanggapan yang tidak tepat . Boleh sahaja mencapai tahap orgasma namun perlu sedikit usaha yang lebih. Pasti nya kondisi diri sudah jauh beza ketika usia 20 tahun berbanding hubungan intim pada usia 50 tahun . Jadi ia adalah satu kejadian normal dan tidak perlu menjadi satu isu yang besar dan membuatkan anda tertekan.
- Tidak Konsisten
Ia adalah kalangan memberikan kesan yang berbeza untuk setiap orang. Ada yang membawa kesan kepada penurunan keirginan untuk melakukan hubungan intim namun ada juga ketikan keinginan itu memuncak . Jika keinginan yang tidak konsisten ini akan memberikan kesan kepada pemikiran jika ia tidak terkawal dengan baik. Jadi penuhkan diri dengan aktiviti seperti bersenam dan sebagainya mampu mengembalikan keceriaan diri dan hidup.
- Dinding vagina menipis
Salah satu masalah kehidupan seks terbesar setelah menopaus ialah menurunnya kadar estrogen yang menyebabkan berlakunya penipisan dinding vagina. Penipisan dinding vagina ditambah pula dengan berkurangnya darah lubrikasi akan menjadi keadaan menyakitkan ketika hubungan intim . Jika anda mengalami hal tersebut maka sebaiknya anda berjumpa dan meminta nasihat daripada doctor supaya mendapat khidmat dan nasihat.
Prepared by Dr. Suffia Hany
Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation
drsuffiahany.com