Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Lambatkan Proses Penuaan

Mingguan Malaysia, 7 April 2019


Alangkah beruntung seorang wanita yang memiliki kulit cantik dan berseri tanpa sebarang cela. Kulit yang segar berupaya melindungi usia sebenar seseorang wanita. Namun, bagi wanita yang sudah menginjak umur 4o-an, potensi mengalami masalah tanda-tanda penuaan tidak dapat dielakkan seiring dengan  peningkatan usia dan kekurangan hormon dalam badan .

Masalah penuaan yang tidak ditangani dengan sebaik mungkin boleh memberi kesan kepada wanita sama ada dari segi perubahan emosi mahupun fizikal.

“Wanita yang kelihatan tua pada usia sebenar turut berpontensi mengalami Proses penuaan bermula ketika seseorang itu memasuki usia 25 tahun, justeru setiap individu memerlukan masa yang lama untuk menangani masalah tersebut.”

 

Dalam hal ini,’wanita lebih tinggi mengalami masalah penuaan berbanding lelaki memandangkan factor perubahan hormon yang berlaku dengan lebih cepat dalam badan mereka. Lagi lama anda tunggu untuk menangani proses penuaan lebih sukar untuk mengawalnya serta memperlahankan kesannya.

Sebagai contoh, jika anda mula mengambil langkah untuk mengatasi penuaan pada usia 3o-an, ia mungkin mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk mengatasinya.

Sekiranya anda tunggu sehingga berusia 5o tahun atau lebihi masalah penuaan memerlukan tiga hingga lima tahun untuk ditangani.

Penuaan amat berkaitan dengan perubahan dari segi dinamik, biologi, fisiologi, persekitaran, psikologi, kelakuan dan proses sosial. Penuaan bukanlah penyakit tetapi penyakit-penyakit yang kronik akan mempercepatkan proses penuaan. Proses penuaan ini melibatkan sel, komponen tisu dan system tubuh badan manusia.

Penuaan pada wajah bermula dengan perubahan pada permukaan-luar dan dalam struktur tisu muka iaitu kulit, lemak, otot dan tulang. Perubahan itu boleh dilihat melalui ekspresi muka.

 

Tanda-tanda penuaan pada wajah :

  • Kedutan atau garisan atas dahi
  • Kedutan antara dua kening berkerut
  • Kedutan tepi mata terutama ketika senyum
  • Garisan tepi hidung
  • Garisan bawah mata
  • Garisan bawah tepi pipi shingga ke bahagian dagu
  • Kendur pipi di wajah akan terjadinya garisan di tepi hujung bibir.

 

BAGAIMANA PENUAAN BERLAKU?
Teori penuaan, secara rawak berlaku mutasi pada sel somatic DNA yang menyebabkan berlakunya perubahan sel. Teori berkaitan cToss-linkedkolagen dengan protein yang menyebabkan non enzymatic kombinasi antara glukos dan asid amino yang menyebabkan kerosakan pada tisu. Boleh dibahagikan kepada proses biologi iaitu kronologikal dan hormonal.proses kronologikal adalah proses secara normal atau semula jadi.

Kolagen akan hilang secara semula jadi disebabkan pengurangan penghasilan kolagen oleh Jibroblast danelastic Jibers yang menjadi lemah. Ini menyebabkan kekenduran pada kulit sekali gus ada nya tanda kedutan garisan  halus,kekeringan pada kulit dan tiada lagi ketegangan pada kulit wajah.

Proses hormonal pula adalah daripada proses evolusi badan secara natural. Antaranya berkaitan perubahan hormon seperti perubahan hormon semasa mengandung atau semasa menopaus iaitu kekurangan hormon estrogen.

Selain itu, penuaan boleh disebabkan oleh sinaran matahari. Kajian menunjukkan bahawa 80peratus penuaan pramasa disebabkan oleh persekitaran yang tercemar. Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan menyebabkan peningkatan penghasilan radikal bebas yang meningkatkan proses oksidasi pada kerosakan sel dan DNA. Tanda-tanda yang dapat tona kulit yang tidak sekata, garisan halus dan kedutan.

 

BAGAIMANA PENUAAN BOLEH D LAMBATKAN?

  • Lindungi kulit daripada terdedah berlebihan kepada cahaya matahari.
  • Penggunaan pelindung cahaya matahari (sunblock atau sunscreen) sangatlahpenting (SPF).
  • Hentikan merokok supayatidak terdedah secara langsung kepada bahan kimia rokok dan asap.
  • Makan pemakanan seimbang dan pemakanan
  • Minum air satu hingga dua liter sehari
  • senaman
  • pastikan menjalani pemeriksaan kesihatan yang berjadual.

 

RAWATAN PENUAAN

  • Rawatan pemeriksaanhormon dan seimbangkanparas hormon yang normal.
  • Rawatan laser.
  • Filler atau BTX boleh membantu.
  • Teknik platelet rich plasma (PRP) yang memudakan sel-sel dalam badan.

 

Prepared by Dr. Suffia Hany
Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation
drsuffiahany.com

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com