Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Hobi Outdoor Wanita: Rahsia Simple Dr Suffia Kekal Aktif

Apa Hobi Ourdoor saya?

Berbasikal adalah antara hobi outdoor Dr Suffia Hany

Kalau anda kenal saya secara dekat, anda mesti tahu saya suka outdoor aktiviti dan salah satu hobi outdoor saya yang jadi sedikit kegilaan lately ni ‘Mountain Bike’  — saya memang love outdoor activities anyway. Saya suka Scuba Diving, Camping kat hutan-hutan, sky diving dan macam-macam lagilah “haha… ya, saya ni giler-giler sikit, tapi tidak gila ya” 😛

To me, duduk lama-lama dalam bilik pejabat atau terperuk kat rumah tu… terasa macam terhimpit otak ni. Minda kena rasa free, jadi akitiviti outdoor wanita menjadi pilihan. Sebabnya ia boleh release tension saya, especially selepas heavy work load. Kadang-kadang buat saya rasa cepat penat mentally bila asyik bekerja saja. Jadi bila ada masa terluang, saya memang suka keluar, hirup udara segar, dan buat aktiviti yang buat badan bergerak.

 

So, antara hobi outdoor paling enjoy ialah berbasikal.

Ada sesuatu yang sangat menenangkan bila kita kayuh basikal di jalan yang sunyi, kiri kanan penuh dengan pokok hijau. Angin sepoi-sepoi, bunyi burung, dan suasana alam yang tenang. Masa itu rasa macam dunia ni slow down sikit. Fikiran pun jadi lebih clear.

Kadang-kadang saya berhenti sekejap, tarik nafas dalam-dalam, tengok sekeliling, dan saya rasa sangat bersyukur dengan kenikmatan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang Esa.

Simple moment like this — it makes me happy.

 

Wanita Aktif Itu Cantik

Saya selalu percaya satu perkara: wanita yang aktif selalunya nampak lebih berseri.

Sebab itu, aktiviti outdoor wanita itu penting! Bukan sebab makeup mahal, bukan sebab skincare berlapis-lapis. Tapi sebab mereka ada tenaga yang hidup di dalam diri mereka apabila aktif. Cuba tengok mereka yang tidak aktif. Wajah kusam, badan asyik lemah je… pastu sering dalam keletihan betul tak?

Kena pulak tidur tak cukup, pemakanan tak seimbang, kurang aktiviti fizikal, habislah… badan kita akan jadi lemah, lama-lama kita akan sering merasa letih untuk melakukan apa sahaja.

Bila kita buat aktiviti outdoor seperti berbasikal, berjalan, hiking atau sekadar brisk walk di taman, badan kita akan bergerak, peluh keluar, peredaran darah jadi lebih baik. Ini sebenarnya sangat baik untuk kesihatan kulit dan tubuh.

Kulit nampak lebih segar. Badan rasa lebih ringan. Mood pun jadi lebih positif.

In fact, ramai wanita tanya saya tentang penjagaan diri dan kecantikan. Jawapan saya selalu simple:

 

“Beauty starts with how you treat your body.”

Kalau kita jaga tubuh kita, badan akan balas balik dengan cara yang sangat baik.

 

FAKTA: Menurut artikel di WebMD, a leading online publisher of health and medical information

Senaman meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke sel kulit.

“Exercise increases blood flow, which helps nourish skin cells and keep them vital. Blood carries oxygen and nutrients to the skin.”

 

Hobi Outdoor Bukan Sekadar Sukan

Bagi saya, aktiviti outdoor bukan sekadar exercise. Ia juga adalah “therapy untuk jiwa.”

Kadang-kadang hidup ini sangat busy. Kerja, tanggungjawab, keluarga, macam-macam perkara yang perlu difikirkan. Kalau kita tak beri ruang untuk diri sendiri, kita mudah rasa letih, stress dan burnout.

Sebab itu saya suka aktiviti macam berbasikal. Mudah, cepat, tak perlu nak plan-plan banyak, grab n terus gerak! 🙂 Simple. Bila kayuh basikal, kita fokus pada pergerakan, pernafasan dan perjalanan di depan. Fikiran yang berserabut tadi perlahan-lahan jadi tenang.

It’s like a reset button for the mind.

Dan bila kita kembali semula kepada rutin harian selepas itu, kita rasa lebih segar, lebih positif dan lebih bersemangat. Cubalah, tak cuba tak tahu guys…

Wanita aktif dan sihat, baru Aura Pun Berbeza

Saya selalu percaya wanita yang bahagia akan ada aura yang berbeza.

Bahagia itu tak semestinya datang daripada perkara besar. Kadang-kadang perkara kecil pun sudah cukup.

Contohnya:

  • Kayuh basikal pagi-pagi
  • Minum kopi sambil tengok langit (paling favourite)
  • Jalan santai di taman
  • Gelak dengan kawan-kawan

These little moments sebenarnya yang buat hidup kita terasa lebih bermakna.

Sebagai wanita, kita selalu sibuk menjaga orang lain — keluarga, anak, pasangan, kerja. Tapi kita sering lupa satu perkara penting:

Kita juga perlu menjaga diri kita sendiri.

 

  • Self-care bukan selfish.
  • Self-care itu penting.

 

Hobi Outdoor & Keyakinan Diri

Satu lagi perkara menarik tentang aktiviti outdoor ialah ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri wanita.

Bila kita aktif bergerak, badan jadi lebih kuat. Postur badan lebih baik. Kita rasa lebih sihat dan bertenaga.

Dan secara tak langsung, perasaan itu akan terpancar pada wajah kita.

Saya selalu cakap pada peserta training saya:

“Wanita yang menjaga diri akan lebih yakin berdiri di mana-mana.”

Bukan kerana mereka sempurna, tetapi kerana mereka menghargai diri mereka sendiri.

 

Selepas Raya, Let’s Go Outdoor Again!

Sekarang ini kita semua sedang berada di penghujung Ramadan. Mood pun sudah mula terasa suasana raya. Banyak perkara perlu disiapkan — persiapan rumah, keluarga, dan macam-macam lagi.

Jadi aktiviti serta hobi outdoor saya pun agak slow sedikit sekarang.

Tapi honestly, saya sudah tak sabar.

Saya tak sabar untuk kembali aktif doing outdoor thingy selepas Raya nanti, sapa nak join saya? 🙂

Kayuh basikal lagi, hirup udara pagi, dan menikmati moment kecil yang membuatkan hidup terasa indah.

Sometimes happiness is really that simple.

Raya Dah Dekat

Very soon kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya ambil kesempatan ini untuk mendoakan you guys semua agar hari raya nanti membawa kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan kepada you all.

Gunakan masa ini untuk bersama keluarga, bergelak ketawa dan mencipta kenangan terindah ya.

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, bersama keluarga tercinta.
Saya doakan anda semua happy-happy selalu.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com