Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Hampir Mengalah Semasa Night Race 5KM…

Tetapi Ada Sesuatu Yang Saya Sedar…

Night Race 5KM mengajar saya tentang kehidupan

Baru-baru ini saya menyertai satu Night Race 5KM.

Kalau hendak diikutkan, saya sendiri tidak sangka akan berada di situ. Pagi hingga petang saya menghadiri konferens bersama Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) – Malam pula terus menyertai Night Race 5KM bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Memang penat.

Sampai rumah pun rasa macam hendak berehat sahaja. Tetapi apabila saya melihat semula gambar-gambar yang diambil pada malam itu, saya tersenyum sendiri. 🙂

Bukan kerana saya berjaya menamatkan larian 5 kilometer.

Tetapi kerana saya berjaya melawan satu perkara yang sering menghalang ramai orang daripada bergerak ke hadapan…

Iaitu suara dalam diri yang selalu berkata, “Tak apalah… relek luuuu, nanti sahaja. Kaki dah sakit nihh!”

Uihhh… imagine la kan, saya pun manusia biasa je… bukan Super Women haha 😀

Ada masanya saya penat. Ada masanya saya malas. Ada masanya saya tertanya-tanya, “Perlu ke saya buat semua ini?”

Tetapi kadang-kadang dalam hidup, kita perlu mencabar diri sendiri untuk keluar sedikit daripada zon selesa.

 

Hidup Ini Tidak Sepatutnya Dilalui Seorang Diri

Satu perkara lagi yang saya pelajari sepanjang menghadiri pelbagai program, seminar dan aktiviti masyarakat ialah…

Kita tidak boleh hidup bersendirian.

Kita perlukan manusia lain dalam kehidupan kita.

Kita perlukan kawan untuk bertukar idea dan pendapat.

Kita perlukan komuniti untuk saling memberi semangat.

Kita perlukan ruang untuk berkomunikasi, belajar dan berkembang bersama.

Sebab itulah saya sentiasa menggalakkan orang ramai untuk melibatkan diri dalam persatuan, program komuniti atau aktiviti yang boleh membuka peluang untuk mengenali lebih ramai orang dan mengenal erti tentang kehidupan sebenar.

Kadang-kadang peluang besar dalam hidup datang daripada satu pertemuan yang tidak disangka-sangka.

Kadang-kadang satu perbualan santai boleh membuka pintu kepada idea yang mengubah kehidupan.

Dan kadang-kadang, kegembiraan itu sendiri datang daripada hubungan yang kita bina bersama orang lain.

 

Mengapa Sertai Night Race 5KM Walau dah Lama Tak Berlari?

Sejujurnya, sudah lama saya tidak menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini.

Jadi apabila saya berada di garisan permulaan malam tu, saya tidak datang dengan sasaran untuk menjadi yang terpantas.

Saya cuma mahu mencabar diri sendiri.

Itu sahaja.

Tetapi apabila larian bermula, barulah saya sedar…

Mungkin sesetengah daripada you all 5 kilometer ni ‘kacang je’ , but to me, 5KM itu bukan dekat yaaa…

Saya akui, ada masa saya berjalan. Ada masa saya berhenti sekejap.

Ada masa saya cuba mengawal nafas sambil melihat peserta lain terus berlari dengan penuh semangat.

 

Dalam hati saya berkata,

“Siapa suruh aku daftar benda ni?”

Kemudian saya ketawa sendiri.

Umur pun bukan semakin muda. Bila mengah, memang terasa juga.

Tetapi saya teruskan.

Satu langkah.  Kemudian satu langkah lagi.  Dan satu langkah lagi.

 

Kehidupan Sebenarnya Sama Seperti Larian

Semasa berlari malam tu, saya mula terfikir tentang kehidupan.

Bukankah kehidupan juga begitu?

Kita tidak semestinya bergerak laju setiap masa.

Ada hari yang penuh semangat.

Ada hari yang penuh cabaran.

Ada hari yang membuatkan kita rasa hendak berhenti.

Tetapi selagi kita terus melangkah, kita sebenarnya masih bergerak ke hadapan.

Ramai orang gagal bukan kerana mereka tidak berbakat.

Tetapi kerana mereka berhenti terlalu awal.

Mereka berhenti ketika hasil belum kelihatan.

Mereka berhenti ketika perjalanan menjadi sukar.

Sedangkan setiap kejayaan besar sebenarnya dibina melalui langkah-langkah kecil yang dilakukan secara berterusan.

 

Garisan Penamat Bukan Pengakhiran

Apabila saya akhirnya sampai ke garisan penamat, saya berasa sangat bersyukur.

Bukan kerana mendapat anugerah pingat.

Bukan kerana menamatkan Night Race 5km.

Tetapi kerana saya membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya masih mampu melakukannya.

Namun saya juga sedar satu perkara.

Garisan penamat itu bukanlah pengakhiran.

Larian 5 kilometer itu hanyalah satu persinggahan.

Selepas itu, masih ada perjalanan lain yang perlu diteruskan.

Masih ada impian yang ingin dicapai.

Masih ada cabaran baru yang menanti.

Begitulah tentang kehidupan kita…

Setiap kejayaan yang kita capai hari ini bukan alasan untuk berhenti berkembang.

Ia hanyalah satu tanda bahawa kita sudah bersedia untuk melangkah ke destinasi seterusnya.

Jadi jika hari ini anda sedang berusaha mencapai sesuatu, jangan terlalu risau tentang sejauh mana lagi perjalanan yang perlu ditempuh.

Fokus sahaja kepada langkah seterusnya.

Kerana kadang-kadang kejayaan bukan milik mereka yang paling laju.

Tetapi milik mereka yang tidak berhenti melangkah.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
➡️Persens – Sebuah NGO yang diasaskan oleh Dr. Suffia Hany

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com