Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

5 Perkara Terbaik Mencapai EQ Dalam Kehidupan

EQ Dalam Kehidupan

Apa maksud EQ dalam kehidupan sebenarnya?

Maksud asal EQ, sebenarnya adalah Emotional Intelligence (EI), namun ianya sering dirujuk sebagai EQ yang bermakna Emotional Quotient. Oleh kerana juga ianya berkait rapat kepada MENTAL dan MINDA yang mana dirujuk sebagai IQ seseorang + EMOSI. Lalu ianya dirujuk sebagai EQ yang mana tahap EQ adalah lebih tinggi daripada IQ.

EQ dalam kehidupan memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan cara kita berfikir, bertindak dan berhubung dengan orang lain. Ramai orang beranggapan kejayaan hanya datang daripada kebijaksanaan akademik, namun realitinya, EQ sering menjadi faktor utama yang menentukan sama ada seseorang mampu bertahan, berkembang dan hidup dengan lebih seimbang.

EQ bukan tentang menjadi terlalu sensitif, tetapi tentang kebolehan memahami emosi diri dan orang lain, serta mengurusnya dengan cara yang lebih sihat dan tidak mudah menyentuh hati dan perasaan seseorang sehingga membuatkan mereka terasa daripada apa yang diperkatakan.

Individu yang mempunyai EQ yang baik biasanya lebih tenang ketika diuji, lebih bijak dalam membuat keputusan, dan lebih stabil dalam perhubungan. Mereka juga mudah disukai dan senang didekati kerana keperibadian mereka yang amat memahami keadaan dan perasaan seseorang yang mana mereka mudah mengubah mood mengikut situasi.

Berikut adalah 5 perkara penting untuk mencapai EQ terbaik dalam kehidupan.

 

1. Kesedaran Terhadap Emosi Diri

Langkah pertama dalam membina EQ ialah mengenali emosi sendiri. Kita perlu jujur dengan perasaan yang sedang dialami — sama ada marah, sedih, kecewa atau gembira. Ramai orang memilih untuk menafikan emosi kerana takut dianggap lemah, sedangkan kesedaran emosi adalah tanda kematangan.

Apabila kita sedar apa yang kita rasa, kita akan mudah matang dalam membuat keputusan. Kita lebih mampu mengawal tindakan dan mengelakkan reaksi yang boleh melukakan diri sendiri atau orang lain. Malah kita juga bijak dalam menguruskan konfrontasi, pertelingkahan, pertengakaran, sehingga masyarakat mudah juga menyukai keperibadian kita, secara semulajadi.

 

2.Mengurus Emosi, Bukan Menyimpannya

EQ dalam kehidupan bukan tentang memendam perasaan, tetapi tentang menguruskannya dengan cara yang betul. Emosi yang dipendam terlalu lama boleh meletup dalam bentuk kemarahan, tekanan atau keletihan mental. Mental menjadi tegang dan terganggu. Ini sudah lari dari matlamat EQ. Jadi kena luahkan tak boleh pendam. Namun, kadang-kadang silap luah, buat orang marah pula. Di sinilah pentingnya EQ.

Belajar untuk meluahkan perasaan secara sihat — melalui perbualan yang matang, penulisan, atau refleksi diri — membantu emosi dilepaskan tanpa merosakkan hubungan dengan sesiapa sahaja. Dalam masa yang sama dapat belajar untuk bijak dalam public relation.

 

3.Kawalan Reaksi Ketika Tertekan

Orang yang mempunyai EQ tinggi tidak mudah bertindak mengikut emosi. Mereka memberi ruang kepada diri sendiri untuk berfikir sebelum bertindak. Dalam situasi tegang, diam seketika sering kali lebih bijak daripada berkata-kata tanpa kawalan.

Kawalan reaksi bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kebijaksanaan emosi. Inilah yang paling susah untuk dijumpai di kalangan masyarakat kita. Kebanyakannya, bertindak terlebih dahulu dan menyesal kemudian hari. Apabila sesuatu yang buruk berlaku, terjerit-jerit marahkan orang. Tanpa berfikir panjang, melakukan pula sesuatu yang paling tidak diingingi, akibatnya?… masuk lokap tak pasal-pasal. Ini yang kita tidak mahu.

 

4.Empati Terhadap Orang Lain

EQ yang baik membolehkan kita melihat sesuatu dari sudut pandang orang lain. Empati menjadikan kita lebih memahami bahawa setiap orang membawa cerita dan beban masing-masing.

Dengan empati, kita belajar untuk tidak cepat menghakimi dan lebih bersikap bertimbang rasa, terutamanya dalam hubungan keluarga, persahabatan dan pekerjaan.

 

5.Meletakkan Hubungan Melebihi Ego

Salah satu ciri utama EQ yang tinggi ialah keupayaan mengawal ego dalam kehidupan seharian. Tidak semua perkara perlu dimenangi. Ada masa, mengalah adalah pilihan yang lebih matang demi menjaga hubungan dan ketenangan jiwa.

Individu yang beremosi matang tahu bahawa kedamaian dalaman jauh lebih bernilai daripada kepuasan sementara untuk membuktikan diri betul.

 

EQ yang baik membentuk peribadi yang tenang, dihormati dan lebih bahagia.
Ia bukan sesuatu yang lahir secara semula jadi, tetapi boleh dibina melalui kesedaran dan latihan berterusan. Teruslah belajar menguasai EQ dalam kehidupan anda. Ini adalah sesuatu yang amat bernilai tinggi sekiranya anda dapat menguasainya. I know, it’s not easy namun, it’s worth it!

 

Salam ikhlas dari,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com