
“Serabut! Serabut!… aihhh tension betul nihh” – Sabar… tenangkan diri dahulu. Jangan ikutkan emosi sangat. Kadang terlalu mengikut hati dan perasaan, seseorang boleh melakukan sesuatu yang tidak diingingi dalam hidupnya, sehingga membawa kepada penyesalan yang teramat sangat.
Cara-cara Tenangkan Diri
Sering dalam hidup kita, walau sejauh mana pengalaman kita, akan ada waktu-waktunya di mana kita akan menempuhi saat yang agak tertekan.
Mungkin kerana tekanan dari pekerjaan.
Mungkin dari masalah keluarga.
Mungkin juga dari masalah-masalah orang-orang di sekeliling kita yang hadir tanpa dirancang.
Inilah masa ujiannya yang harus kita hadapi dengan tenang.
Di sini ada 5 cara untuk anda tenangkan diri yang boleh anda amalkan bila menghadapi saat berserabut itu.
1. Berhenti Sejenak
Bila fikiran sedang berserabut, jangan paksa diri untuk terus menyelesaikan semuanya dalam satu masa.
Berhenti sekejap.
Tarik nafas perlahan-lahan. Letakkan telefon, jauhkan diri daripada perkara yang sedang membuatkan fikiran semakin kusut dan beri ruang kepada diri sendiri untuk bertenang.
Kadang-kadang kita bukan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kita cuma terlalu serabut untuk melihatnya dengan jelas.
Kadang dek kerana sifat kita yang suka menyelesaikan masalah segera, kita terus-terus nak handle dengan cepat sebab tak nak serabut. Sedangkan itulah perkara yang boleh buat kita berserabut…
Berhenti sejenak… relax, take your time…
2. Jangan Buat Keputusan Ketika Emosi
Bila sedang marah, kecewa atau terlalu tertekan, elakkan daripada membuat keputusan yang besar.
Apa yang kita rasa pada ketika itu mungkin sangat kuat, tetapi perasaan boleh berubah apabila kita sudah kembali tenang.
Berikan diri sendiri sedikit masa. Tenangkan hati dahulu, kemudian barulah fikirkan apa yang sebenarnya perlu dilakukan.
Mengawal emosi bukan mudah… namun ia boleh dilakukan.
So, kawal emosi sekejap… dan later-later lah nak buat apa-apa keputusan pun.
3. Buat Satu Perkara Pada Satu Masa
Ada masa kita rasa serabut kerana terlalu banyak perkara bermain dalam kepala pada masa yang sama.
Kerja belum selesai. Masalah keluarga belum selesai. Mesej belum dibalas. Banyak perkara yang perlu difikirkan.
Jangan cuba selesaikan semuanya serentak.
Pilih satu perkara yang paling penting dan selesaikan dahulu. Kemudian barulah bergerak kepada perkara yang seterusnya.
Memanglah kita kalau boleh nak clear everything… tapi sebenarnya, fokus kepada saru perkara dan selesaikannya one by one adalah lebih pantas… Tenang…
selesaikan Satu demi satu.
4. Cari Ruang Untuk Diri Sendiri
Tidak salah untuk mengambil sedikit masa untuk diri sendiri.
Keluar berjalan, duduk menikmati secawan kopi, membaca buku, mendengar muzik atau sekadar duduk diam tanpa melakukan apa-apa.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga dan menyelesaikan masalah orang lain sehingga terlupa bahawa diri sendiri juga perlukan perhatian.
I know… saya pun begitu, sering nak selesaikan atau nak bantu orang-orang di sekeliling kita. However…
Kita kena cari juga ME TIME… agar kita selalu tenang.
5. Ingatkan Diri Bahawa Tidak Semua Perkara Perlu Diselesaikan Hari Ini
Ini mungkin perkara yang paling sukar untuk kita terima.
Kita mahu semuanya selesai. Kita mahu jawapan sekarang. Kita mahu masalah hilang secepat mungkin.
Tetapi tidak semua perkara berada dalam kawalan kita.
Ada perkara yang memerlukan masa.
Jadi, jika hari ini anda sedang berserabut, jangan terlalu keras terhadap diri sendiri.
Tenangkan diri. Tarik nafas. Ambil satu langkah pada satu masa.
Esok masih ada. ❤️
BONUS
Rasanya semua orang tahu tentang BERCUTI! Ya, mungkin kadang nampak remeh, mungkin kadang terasa susah untuk sekadar ambil masa sedikit dari rutin harian kita tu dan pergi bercuti.
Maksud saya di sini bukanlah pergi holiday ke overseas tu… itu memanglah seronok! haha… saya pun suka. Tetapi maksud saya di sini pergi bercuti yang dalam spontan ni… mungkin ke Port Dickson ke, Mungkin ke Janda Baik ke, Kuantan jap ke…
Mana-mana yang dekat kepada anda, yang boleh kita sampai dalam masa beberapa jam drive je. Relax seketika… sesambil menikmati suasana tenang di tepi pantai, di pusat perangnan air terjun ke…
Berehatlah seketika, tenangkan diri, tenangkan fikiran… kadang terlalu menghadap sesuatu perkara yang mungkin tak dapat kita kawal itu memberi kita tekanan… JADI, pergilah bercuti sekejap, jauh dari segala tekanan. This is A MUST!
nanti bila pulang, kita akan rasa FRESH dan COOL… dan bolehlah kita membuat keputusan dengan lebih baik InsyaAllah.
ikhlas,
Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
➡️Pertubuhan NGO – Presiden PERSENS
➡️Pengerusi Dewanita, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) — 2026–2029