Di depan Lepas Raya, di hati BELUM LEPAS!
Lepas Raya je habis naik berat badan, perut macam gendang, jiwa merana, nak turun berat badan sebulan, nak naik berat, sehari je. Ni lah bahana lepas raya! ADOI!
Raya baru habis, raya ke 4 ke 5 ke? Tapi biasalah orang KL kalau beraya, SEBULAN! Haaa sepanjang Syawal lah rayanya. Mau tak dia… asyik open house hari-hari dan merata-rata. Macamana nak slim balik? Perut macam gendang jawabnya. Haha 😅
Siapa yang perut rasa macam gendang? Lemang, rendang, ketupat, kuih-muih… semua sedap, semua penuh meja, semua masuk perut kita. Jangan risau, anda tidak berseorangan haha… pastu bila lepas raya Aidil Fitri, I mean betul-betul lepas raya, mesti muncul rasa:
“Eh, badan aku macam nak protes ni…”
Tenang, Dr Suffia ada beberapa tip simple supaya korang boleh recover post-Raya tanpa stress.
1. Air, Air, Air
Minum banyak air guys — lagi banyak, lagi bagus. Bukan sebab nak suruh detox, tapi sebab badan kita perlukan air untuk “tune” balik metabolisme. Bonus lain: boleh buang rasa kembung dan lega sikit perut tu.
Tip extra: Kalau boring minum plain water, tambah sedikit lemon atau hirisan timun. Sedap, refreshing, dan Instagrammable juga 😎
2. Jalan Santai / Stretching
Bukan tak perlu ke gym, cuma tak perlulah exercise di gym hardcore. 10–15 minit jalan santai kat taman-taman atau regangkan badan di rumah pun cukup. Bonus: boleh buat sambil layan drama atau TikTok tanpa rasa guilty. Nak rasa guilty pun boleh, buat sambil makan biskut raya, lepas raya cam ni memang banyak biskut raya terlebih 😅
Kenapa penting stretching dan jalan-jalan santai ni? Sebab selalunya bila lepas raya, otot badan kita kaku sebab banyak ‘melantak’ makan. Sedikit pergerakan akan buat metabolisme “bangun balik”, mood naik, tenaga pun mulai ada.
3. Portion Control Post-Raya
Esok sarapan jangan repeat style open house. Ambil portion kecil, jangan takut — makanan sedap tak lari pun 😎. Anggap macam ni lah, Allah dah beri kita nikmat makan dah banyak hari dah… releklah sedikit. Be cool je, control sedikit pengambilan makanan tu apa salahnya, walau jiwa meronta-ronta haha😅
Tip: Boleh guna teknik “half plate” — separuh sayur / buah, separuh protein / karbo. Minda pun puas, perut pun lega.
4. Fruit & Veggies Comeback
Selalu lepas raya macam ni, maksud saya selepas raya betul-betul la kan, kita semua rasa nak makan semua benda manis. Haaa… ni biasa punya tabiat. Jangan risau, kita masih boleh enjoy sambil masuk balik buah & sayur dalam diet. Biskut raya duk memanggil-manggil tu kan haaa… sabarrr hehe.
Contoh mudah: Salad buah untuk sarapan, sup sayur untuk lunch. Tak boring macam diet ketat, tapi badan rasa “yeay, healthy kembali!” cubalah.
5.Self-Check Mood & Energy
Kadang perut okay, tidaklah perut kembung ke buncit ke, tapi badan rasa lemah sebab tidur tak cukup dan hati penat jumpa saudara-mara. Ambil masa 10 minit relax / tarik nafas / meditate. Ini amat membantu.
Tips cepat:
- Duduk di tempat sunyi, tutup mata, tarik nafas dalam 5–10 kali.
- Fokus pada rasa syukur ke hadrat Ilahi, Allah Maha Besar — badan dan minda akan rasa lebih ringan.
Tip Bonus Dr Suffia
Kalau rasa tak bertenaga, jangan paksa diri. Sambil duduk di kerusi, anda juga boleh Menggerakkan tubuh badan anda.
- Hayungkanlah tangan kiri dan kanan 10 kali, sambil duduk tu.
- Buat pergerakan seperti duduk dan bangun, ulang 10 kali lagi.
- Angkat lutut kiri, angkat lutut kanan, buatlah 10 kali.
- Masih duduk, pusingkan badan ke kiri dan kanan, ulang 10 kali.
Kemudian REPEAT!
Dapatkan fakta tentang kebaikan mengenai exercise ini
Pergerakan yang simple dan tidak stress ini pun dah cukup untuk buat anda kembali bertenaga.
Malah jika dilakukan setiap hari secara konsisten, anda boleh capai berat badan yang ideal!
Ingat, Raya bukan untuk stress — Raya untuk meraikan kemenangan kita yang telah berjuang menahan nafsu lapar dan dahaga. Kembalikan tenaga anda semula dengan sedikit pergerakan setiap hari.
Slowly kita akan mulai strong balik, InsyaAllah.
Lepas ni banyak open house pulak… TAKUUUUTTTTT 😱😂 hahaha… tapi dengan tips ni, you all boleh handle semua tanpa rasa guilty.
Kesimpulan
Lepas raya je, perut penuh, hati pun happy. Tak perlu risau kalau badan perlukan sedikit masa untuk recover. Mulakan healthy routine perlahan-lahan, minum air, gerak sikit, masukkan sayur & buah, dan jangan lupa check mood sendiri.
Kalau follow tips ni, insyaAllah badan rasa ringan, mood stabil, dan siap ready untuk open house seterusnya! 💪
________________________________________
Kalau korang suka tips simple & practical ni, jangan lupa share artikel ni dengan family & kawan-kawan. Biar semua enjoy Raya tanpa stress… dan perut pun taklah cam perut macam gendang lagi 😆
Salam Ikhlas,
Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.
