Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Jangan Tunggu 1 Syawal Baru Nak Bahagia – Dr Suffia Hany

Jangan Tunggu 1 Syawal Baru Nak Bahagia - Dr Suffia Hany

Saya selalu nampak ramai wanita menunggu hari raya untuk merasa gembira dan bahagia.
Baju baru, kuih raya, rumah yang kemas… semuanya seperti checklist kebahagiaan.

Seolah-olah bila semua itu lengkap, barulah hati dibenarkan untuk tersenyum.

 

Tetapi persoalannya —
adakah bahagia hanya datang bila tiba hari raya?

 

Saya percaya, sebuah kebahagiaan tidak perlu menunggu tarikh di kalendar.
Bahagia boleh bermula sekarang. Hari ini juga.

 

Diriwayatkan oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi saw. Baginda bersabda :

مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ

Maksudnya :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.”

Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

 

Penjelasan:

Adakah nak kena ada kereta dan rumah yang mewah baru dikatakan bahagia? Adakah nak kena sampai ke Hari Raya baru nak happy, nak bergelak ketawa? Baru nak ceria? TAK PERLU… maksud hadis ini jelas, dengan adanya kereta yang elok, ia cukup membantu. Tak perlu kereta mewah pun. Samalah juga dengan Hari Raya, tak perlu nak bersiap sakan… sekadar yang mampu itu sudah membahagiakan dahhh…

 

Membahagiakan Itu Pilihan, Bukan Paksaan Waktu

Kadang-kadang kita menunggu sesuatu berlaku dahulu sebelum membenarkan diri kita merasai kebahagiaan.

Kita tunggu:

  • cuti panjang
  • bonus hujung tahun
  • kejayaan besar
  • atau hari raya

Baru kita rasa hidup ini indah.

 

Namun realitinya, hati yang tenang tidak bergantung pada tarikh tertentu.

Dalam banyak sesi latihan bersama wanita dan usahawan yang saya kendalikan, saya selalu berpesan:

 

“Kadang-kadang yang kita tunggu sebenarnya bukan keadaan luar berubah,
tetapi hati kita sendiri yang belum bersedia menerima bahagia.”

 

Bila hati terlalu sibuk mengejar kesempurnaan, kita sering terlepas menikmati kebaikan kecil yang sebenarnya sudah ada di depan mata.

 

Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Media sosial sering membuatkan kita rasa hidup orang lain jauh lebih sempurna dari kita.

  • Rumah cantik.
  • Kereta Mewah.
  • Pakaian lawa-lawa
  • Makan di restoran mewah
  • Anak-anak manja dan berjaya.
  • Kuih raya sudah siap berbalang-balang.
  • Sedara-mara gembira bersama…

 

Sedangkan kita mungkin masih berkejar dengan kerja, anak, dan tanggungjawab harian.

Tapi ingatlah — apa yang kita lihat di media sosial hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan seseorang.

Setiap orang ada perjuangan yang TIDAK DITUNJUKKAN!.

Jangan biarkan perbandingan ini mencuri kegembiraan yang sebenarnya sudah ada dalam hidup kita.

Kadang-kadang, bahagia itu bukan pada apa yang kita belum ada.
Tetapi pada apa yang kita sudah miliki tetapi jarang kita hargai.

 

Lepaskan Beban Yang Tidak Perlu

Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa untuk kita memperlahankan langkah dan melakukan refleksi diri.

Dalam kesibukan menyediakan persiapan Hari Raya, cuba tanya diri sendiri:

  • Apa yang sebenarnya sedang membebankan hati saya?
  • Adakah saya terlalu keras terhadap diri sendiri?
  • Adakah saya menyimpan kekecewaan yang sudah lama?

 

Kadang-kadang yang membuat hati kita berat bukan kerana hidup terlalu sukar, tetapi kerana kita memikul terlalu banyak emosi yang tidak perlu.

Saya sendiri belajar bahawa kadang-kadang yang perlu dilepaskan bukan orang lain,
tetapi versi diri kita yang terlalu keras menghukum diri sendiri.

 

Cara Mudah Mula Bahagia Hari Ini

Untuk mula merasakan kebahagiaan hidup, anda tidak perlu bermula dengan perkara besar.
Ia boleh bermula dengan langkah kecil yang kita lakukan setiap hari.

Antara yang boleh anda cuba:

  • Hargai kemenangan kecil
    Walaupun sekadar menyelesaikan satu tugas hari ini.

 

  • Berhenti seketika untuk bersyukur
    Tarik nafas dan sedar bahawa kita masih diberi peluang menjalani hari ini.

 

  • Senyum kepada diri sendiri
    Kadang-kadang kita terlalu baik kepada orang lain, tetapi lupa memaafkan diri sendiri.

 

  • Kurangkan tekanan kesempurnaan
    Rumah tidak perlu sempurna untuk diraikan. Yang penting hati kita tenang.

 

  • Luangkan masa untuk diri sendiri
    Walaupun hanya 10 minit sehari untuk berehat, membaca atau berdoa.

 

Perkara kecil ini mungkin nampak sederhana, tetapi ia boleh memberi kesan besar kepada emosi kita.

Untuk anda ubah situasi ini dan terus kekal happy, baca juga artikel saya di sini 

 

Wanita Yang Menghargai Diri Tidak Perlu Tunggu Raya

Saya percaya satu perkara ini:

“Wanita yang belajar menghargai dirinya sendiri tidak perlu menunggu hari raya untuk tersenyum.”

Kerana bila hati kita ringan, kebahagiaan tidak lagi bergantung pada keadaan luar.

Raya tetap akan datang.
Kemeriahan tetap akan tiba.

 

Tetapi jangan biarkan hari raya menjadi satu-satunya masa kita membenarkan diri untuk mengecapi kebahagiaan.

Ia boleh dimulakan hari ini —
dengan hati yang lebih tenang, lebih ringan, dan penuh syukur.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

 

 

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com