Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

5 Juadah Berbuka Puasa Terenak di dunia — Dr Suffia Hany

Bila masuk sahaja bulan Ramadan, satu soalan yang selalu muncul setiap hari ialah: “Hari ni nak berbuka dengan apa ya?” Betul tak? Kadang-kadang dari tengah hari lagi kita dah terbayang-bayang makanan yang kita nak makan waktu berbuka nanti.

Juadah Berbuka Puasa Dr Suffia Hany yang paling disukainya

Juadah Berbuka Puasa favourite anda?

Menariknya, setiap orang ada juadah berbuka puasa favourite masing-masing. Ada yang suka makanan berat, ada yang suka manisan tradisional, dan ada juga yang setia dengan satu dua makanan sahaja sepanjang bulan Ramadan.

Jadi apa pula juadah berbuka puasa yang paling anda suka? Yang sampai ulang-ulang makan sepanjang Ramadan? Cuba fikir sekejap… mungkin ada makanan yang bila makan je terus teringat zaman kecil-kecil dulu.

Kadang-kadang makanan ni bukan sekadar makanan tau. Ia boleh jadi kenangan.

Ada makanan yang buat kita teringat arwah ibu yang selalu masak di dapur waktu petang. Ada yang buat kita teringat suasana kampung, bunyi azan maghrib dari surau kecil, atau suasana berbuka ramai-ramai di rumah nenek.

Itulah magis makanan. Rasa dan aromanya boleh membawa kita kembali ke masa lalu.

“TAPI, apa yang TERENAIK DI DUNIA tuuu?!”

Suka saya untuk berkongsi dengan anda di sini, antara juadah berbuka puasa favourite saya setiap kali Ramadan tiba.

 

Best List Juadah Berbuka Puasa saya

“Best in the world” – haaa kalau orang dulu-dulu ayat cam ni memang selalu keluar la kan, GenZ tak tahu ni… orang-orang lama mesti biasa, kalau yang terenak dan terbaik tu meti komen dia BEST IN THE WORLD gitu haha 🙂

1. Tepung Pelita

Yang ini memang klasik. Sejuk-sejuk, lembut, dengan lapisan santan di atas dan gula melaka di bawah… memang nikmat! Bila makan tepung pelita waktu berbuka, rasa macam terus segar selepas seharian berpuasa.

Kadang-kadang satu bekas tu tak cukup. Nak tambah lagi!

 

2. Onde-onde / Buah Melaka

Siapa yang tak suka onde-onde kan? Bila gigit je, gula melaka dalam tu terus meleleh keluar. Ditambah pula dengan kelapa parut yang lembut di luar… memang kombinasi yang sempurna.

Kuih tradisional macam ni memang ada aura dia sendiri. Walaupun sekarang banyak dessert moden, onde-onde tetap ada tempat istimewa di hati rakyat Malaysia.

 

3. Sagu Gula Melaka

Yang ini pun antara dessert yang simple tapi sedap. Sagu yang kenyal, dicampur dengan gula melaka dan santan… fuhh! Memang sesuai sangat makan waktu berbuka.

Kadang-kadang makanan yang paling simple lah yang paling buat kita rindu.

 

4. Lauk Kampung — Sambal Bilis

Kalau bab nasi pula, saya memang suka lauk pauk masakan kampung. Tak perlu fancy sangat. Cukup dengan sambal bilis, telur dadar, sayur kampung… dah cukup buat saya happy.

Sambal bilis tu pula kalau pedas-pedas sikit, makan dengan nasi panas… memang bertambah nasi jawabnya!

 

5. Mee Kari — Yang Ini Memang Favourite No.1!

Yang ini memang juara dalam senarai saya.

Mee kari boleh dikatakan macam makanan ruji juga. Kuah dia yang pekat, aroma rempah yang wangi, dengan tauhu, ayam atau kerang… memang padu.

Kalau diberi pilihan, hari-hari makan mee kari pun saya tak kisah. Itu tandanya memang betul-betul favourite lah tu!

BEST IN THE WORLD😄

 

Juadah Berbuka Puasa di Rembayung

Dengar kata, ramai yang berlumba-lumba cuba mendapatkan booking tempat di Restoran Rembayung. Ya la kan, ramai peminat Khairul Aming. Dapat berbuka pula dengan Juadah berbuka puasa di Rembayung, mesti gempak.

Bagi saya, saya memang suka masakan ala kampung ni kan. Cuma ada dengar-dengar desas-desus cerita dari mereka yang pernah merasa, katanya, viral je lebih Rembayung ni, “makanannya sama sajalah dengan tempat lain, nothing special”betul ke tidak, Allah waalam, saya pun belum dapat pergi lagi. Apa-apa pun kena support…

Bagi anda yang nak mencuba booking boleh cuba booking Rembayung di sini

 

FAMILY segala-galanya.

Makan kat Rembayung ke makan dekat rumah ke, itu tak penting, yang penting adalah MAKAN bersama KELUARGA!. Walau apa pun juadah berbuka puasa favourite kita pun, tak bermakna apa-apa kalau menikmatinya seorang diri.

Yang paling bermakna ialah bersama Family tercinta menikmati juadah bersama.

Bila dapat duduk satu meja dengan keluarga, tunggu azan maghrib sama-sama, ambil kurma, minum air pertama selepas seharian berpuasa… itu adalah moment yang sangat berharga. Lauk pauk biasa-biasa pun boleh rasa sangat menyelerakan.

Ada gelak tawa, ada cerita hari masing-masing, ada suasana tenang yang susah nak digambarkan.

Itulah sebenarnya nikmat Ramadan yang terindah.

 

Keluarga adalah segala-galanya. Tanpa keluarga di sisi, hidup boleh terasa sunyi walaupun makanan yang ada di depan kita sangat sedap.

Sebab itu sementara kita masih ada masa, hargailah keluarga kita. Luangkan masa bersama mereka, berbual, makan bersama, dan cipta kenangan yang indah.

 

Kerana suatu hari nanti, mungkin kenangan-kenangan kecil inilah yang akan kita rindukan paling dalam.

 

Nak tanyalah juga… apa pula juadah berbuka puasa favourite anda? 😊

Kongsi di ruangan komen. Mana tahu kita ada menu favourite yang sama!

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com