Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

7 Tanda Anda Sebenarnya Lebih Kuat Daripada Yang Anda Sangka

7 Tanda Anda Sebenarnya Lebih Kuat Daripada Yang Anda Sangka

Mungkin anda kadang terasa seperti anda lemah… wo, stop dulu.  Tidakkah anda terfikir, mungkin anda sebenarnya lebih kuat daripada yang anda sangkakan?

Kadang-kadang kita rasa kita lemah hanya kerana kita sedang penat.

Kita rasa kita tidak cukup kuat kerana pernah menangis. Kita rasa kita gagal kerana pernah jatuh. Kita rasa kita sudah tidak mampu meneruskan perjalanan kerana terlalu banyak perkara yang terpaksa kita lalui.

Tetapi mungkin sebenarnya…

Anda bukan lemah. Anda cuma terlalu lama bertahan.

 

Anda Sebenarnya Lebih Kuat

 

1. Anda Masih Bangun Walaupun Pernah Jatuh

Orang yang kuat bukan orang yang tidak pernah jatuh.

Orang yang kuat ialah orang yang, selepas jatuh, masih mencari kekuatan untuk bangun semula.

Mungkin perlahan. Mungkin sambil menangis. Tetapi tetap bangun. Itu menunjukkan yang anda sebenarnya lebih kuat daripada yang anda sangka.

 

2. Anda Belajar Daripada Apa Yang telah Menyakitkan anda selama ini

Setiap pengalaman pahit meninggalkan sesuatu.

Ada yang mengajar you supaya lebih berhati-hati. Ada yang mengajar you mengenali manusia. Ada yang mengajar you supaya tidak lagi mengabaikan diri sendiri.

Apa yang pernah menyakitkan you tidak semestinya menjadi kelemahan.

Kadang-kadang, ia menjadi guru yang paling mahal dalam hidup.

 

3. Anda Sudah Berhenti Memaksa Semua Orang Memahami 

Dulu mungkin anda terlalu sibuk menjelaskan diri kepada orang lain.

Sekarang anda mula faham bahawa tidak semua orang perlu memahami perjalanan hidup anda.

Ada perkara yang tidak perlu dijelaskan.

Cukup anda tahu siapa diri anda dan kenapa anda memilih untuk terus berjalan.

Akibatnya, keputusan ini boleh membuatkan anda kehilangan orang-orang yang munkin tidak dapat menerima cara anda. Di sini juga petunjuk yang anda sanggup lepaskan kehidupan itu. Jelas… anda sebenarnya lebih kuat dari kebiasaan orang lain.

 

4. Anda Berani Melepaskan Apa Yang Tidak Lagi Baik 

Melepaskan bukan bermaksud kalah.

Kadang-kadang, melepaskan ialah tanda bahawa anda sudah cukup matang untuk memilih ketenangan berbanding terus memegang sesuatu yang hanya menyakitkan.

Anda tidak perlu mempertahankan sesuatu hanya kerana anda sudah terlalu lama berada di dalamnya. Jika itu bukan KUAT… tak tahulah apa lagi…

 

5. Anda Tidak Lagi Takut Bermula Semula

Bermula semula pada usia berapa pun bukan sesuatu yang memalukan.

Kerjaya boleh bermula semula.

Impian boleh dibina semula.

Hidup juga boleh disusun semula.

Yang penting, jangan anggap halaman baru sebagai bukti bahawa cerita lama gagal.

Ia mungkin sebenarnya peluang untuk menulis cerita yang lebih baik.

Dan sesungguhnya orang yang cukup kuat dari segi emosi sahaja yang boleh bermula semula dari kegagalan… jadi anda sebenarnya lebih kuat daripada kebiasaan manusia.

 

6. Anda Masih Mampu Percaya Kepada Diri Sendiri

Mungkin keyakinan you pernah hilang.

Mungkin ada orang yang pernah membuatkan you rasa tidak cukup baik.

Tetapi jika hari ini you masih mempunyai sedikit sahaja kepercayaan bahawa hidup you boleh berubah, itu sudah cukup untuk memulakan langkah pertama.

Jangan tunggu sehingga you yakin 100%.

Kadang-kadang keberanian datang dahulu. Keyakinan datang kemudian.

 

7. Walaupun Penat, Anda Masih  Mampu Untuk Tidak Berhenti

Ini mungkin tanda paling besar.

Anda mungkin penat.

Anda mungkin kecewa.

Anda mungkin pernah terfikir untuk berhenti.

Tetapi somehow, you masih di sini.

Masih mencuba.

Masih mencari jalan.

Masih berharap.

Dan itu sendiri adalah bukti bahawa dalam diri you masih ada kekuatan.

 

You Lebih Kuat Daripada Yang You Sangka

Jangan ukur kekuatan diri hanya berdasarkan berapa banyak perkara yang sudah berjaya you capai.

Kadang-kadang kekuatan itu tersembunyi dalam perkara yang kecil.

Bangun pada pagi yang sukar.

Terus bekerja walaupun hati penat.

Memaafkan diri sendiri.

Berani berkata tidak.

Berani meninggalkan sesuatu yang tidak lagi baik.

Dan memilih untuk mencuba sekali lagi.

Mungkin you bukan sedang gagal.

Mungkin you sedang belajar menjadi lebih kuat.

Jadi kalau hari ini you sedang melalui sesuatu yang berat, jangan terlalu cepat menghukum diri sendiri.

Tarik nafas.

Bangun perlahan-lahan.

Dan teruskan.

Kerana mungkin Anda jauh lebih kuat daripada yang Anda sangka.

 

BANGKIT. BIJAK. BERANI. 🔥

ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
➡️Dr. Suffia Hany as Biro Pemerkasaan Wanita PERDIM

Komen anda?...

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com