
Apakah aktiviti Healing yang saya telah buat sejak kebelakangan ini ya? Hehe…
Sebenarnya ada banyak dan pelbagai Amazing aktiviti healing yang saya pernah cuba. Ada yang biasa-biasa sahaja, ada yang memang meninggalkan kenangan sampai sekarang. Tetapi daripada semua pengalaman itu, ada 5 yang amazing sangat yang paling saya suka dan the most memberi kesan kepada diri saya.
Amazing aktiviti Healing
Mungkin bagi orang lain, aktiviti-aktiviti ini nampak biasa sahaja. Tetapi bagi saya, setiap satunya ada cerita, ada pengalaman dan ada rasa bahagia yang tersendiri. Itu yang membuatkan ianya AMAZING!
1. Memancing
Bagi sesetengah orang, memancing mungkin nampak membosankan. Duduk berjam-jam menunggu ikan makan umpan pun sudah cukup membuatkan mereka mengantuk. Hehe…
Tetapi bagi saya, itulah sebenarnya keseronokannya.
Saat tali pancing bergerak perlahan-lahan, jantung mula berdebar. Bila nampak ikan mula makan umpan dan kita mula menarik tali pancing, fuh… memang thrill sangat.
Perasaan itu susah hendak digambarkan. Lebih-lebih lagi apabila ikan yang berjaya dinaikkan itu agak besar. Masa itulah rasa puas yang luar biasa datang.
Kadang-kadang bukan ikan yang dicari sangat pun. Tetapi ketenangan ketika berada di tepi sungai, tasik atau laut itu sendiri sudah cukup membuatkan hati terasa lebih lapang.
2. Camping
Tak semua orang suka camping.
Tetapi saya SUKA. 😊
Sekali-sekala masuk hutan, jauh daripada kesibukan bandar, tidur dalam khemah, memasak sendiri dan makan secara outdoor memang sangat menarik bagi saya.
Memanglah ada cabarannya.
Nyamuk banyak.
Cuaca kadang-kadang panas.
Kadang-kadang hujan pula datang tanpa diundang.
Tetapi itulah yang menjadikan pengalaman itu lebih bermakna.
Bila malam tiba dan kita duduk berbual sambil menikmati suasana alam yang tenang, memang ada satu rasa yang sukar dijelaskan. Seolah-olah fikiran yang selama ini sibuk bekerja akhirnya diberi peluang untuk berehat seketika.
Kadang-kadang kita tidak perlukan hotel mewah untuk bahagia. Cukup dengan suasana yang tenang dan orang-orang yang baik di sekeliling kita.
3. Mengayuh Basikal
Mengayuh basikal merentas desa atau mengembara ke negeri-negeri lain memang sesuatu yang memenatkan.
Memang penat.
Memang lenguh.
Kadang-kadang rasa macam nak berhenti separuh jalan sahaja. Haha…
Tetapi apabila sampai ke destinasi yang dituju, perasaan puas itu memang tidak dapat diganti dengan apa-apa.
Lebih seronok apabila dapat berkayuh bersama kawan-kawan terdekat. Sambil mengayuh, sambil bergelak ketawa, sambil menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan.
Kadang-kadang kita jumpa tempat-tempat yang tidak pernah kita sangka wujud. Kadang-kadang kita bertemu orang-orang baru yang baik dan mesra.
Pengalaman seperti inilah yang membuatkan hidup terasa lebih berwarna.
4. Scuba Diving
Yang ini memang antara pengalaman paling menarik yang pernah saya alami.
Bila berada di laut dalam dan melihat sendiri dunia bawah air, memang terasa seperti berada di dunia yang lain.
Segala kesibukan, tekanan dan masalah seolah-olah hilang buat sementara waktu.
Kita hanya fokus kepada keindahan alam yang berada di depan mata.
Melihat ikan berenang bebas, terumbu karang yang cantik dan suasana dasar laut yang tenang benar-benar memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Ia sangat berbeza daripada dunia kebiasaan kita.
Sangat adventurous.
Sangat mencabar.
Tetapi dalam masa yang sama, sangat menggembirakan.
5. Air Balloon
Ini juga salah satu Amazing aktiviti Healing Experience yang paling saya suka.
Bukan mudah hendak mendapat peluang seperti ini.
Jadi apabila ada peluang, saya terus grab dan menikmatinya sebaik mungkin.
Perasaan berada tinggi di udara sambil melihat pemandangan yang luas terbentang di bawah memang sangat menakjubkan.
Pada waktu itu, kita akan rasa betapa besarnya dunia ini dan betapa kecilnya segala masalah yang selama ini kita fikirkan.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan perkara-perkara kecil dalam hidup sehingga terlupa untuk menikmati keindahan yang ada di sekeliling kita.
Kalau anda belum pernah mencubanya, MESTI TRY ok. 😊
Menjaga kesihatan emosi dan mental adalah sama pentingnya seperti menjaga kesihatan fizikal. Malah, World Health Organization (WHO) Mental Health turut menekankan kepentingan kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian. Jadi, aktiviti-aktiviti outdoor, healing, relaxations ini sebenarnya amat membantu tekanan hidup dan pastinya emosi anda.
Aktiviti Healing Itu Berbeza Untuk Setiap Orang
Anda pula bagaimana?
Apa aktiviti healing kegemaran anda?
Saya kalau dapat buat salah satu daripada lima perkara ini pun, memang rasa healing habis dah. Sebab saya memang minat dan menikmati setiap pengalaman tersebut.
Tetapi saya juga sedar bahawa healing itu berbeza untuk setiap orang.
Ada wanita yang suka membaca buku sambil menikmati secawan kopi panas.
Ada yang suka berjalan-jalan di tepi pantai.
Ada yang bahagia apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga.
Ada juga yang cukup gembira apabila dapat duduk seorang diri sambil mendengar muzik kegemaran.
Dan semuanya tidak salah.
Kerana setiap hati mempunyai cara tersendiri untuk kembali tenang.
Sebenarnya hidup kita ini perlu dipelbagaikan sedikit.
Ada waktu kita biasa-biasa sahaja.
Ada waktu kita melakukan sesuatu yang luar biasa.
Barulah hidup terasa lebih menarik dan bermakna.
Kalau asyik mengulang perkara yang sama setiap hari, lama-kelamaan kita sendiri akan mula terasa penat, bosan dan hilang semangat.
Sebab itu, sekali-sekala berilah peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru.
Pergilah melihat dunia.
Ciptalah kenangan.
Kumpullah pengalaman.
Kerana pada akhirnya nanti, yang paling kita ingat bukanlah berapa banyak kerja yang pernah kita lakukan, tetapi berapa banyak momen indah yang pernah kita rasai sepanjang perjalanan hidup ini.
Salam Ikhlas,
Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
➡️Hobi Outdoor Dr Suffia – Cara kekal aktif