Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

15 Cara Powerful Bina Jati Diri Wanita, yang Masih Ramai Abaikan.

15 Cara Powerful Bina Jati Diri Wanita

Mencipta keperibadian yang hebat bersama harga diri yang tinggi, sesungguhnya tidak mudah. Namun ia boleh diusahakan. Malah ianya adalah sesuatu yang hampir perlu dibangunkan di dalam kehidupan kita demi mengubah kehidupan yang lebih baik.

Dalam dunia hari ini, ramai wanita sebenarnya memiliki potensi yang besar. Mereka bijak, rajin, penyayang dan penuh dengan pelbagai pengorbanan.

Namun, masih ramai yang hidup dalam rasa kurang yakin, tak berani mencuba, terlalu memikirkan pandangan orang lain dan sering merendahkan diri sendiri. Dalam erti kata lain, “Sabotaj Diri Sendiri”

MEMBINA JATI DIRI

Hakikatnya, jati diri yang tinggi, tidak lahir begitu sahaja. Ia dibina sedikit demi sedikit. Peribadi yang hebat juga bukan hanya untuk orang tertentu sahaja. Ia boleh dibentuk, jadi tidak kisah siapa anda atau dari mana anda bermula. Jati Diri boleh dipelajari. Dan ia boleh dicipta untuk menjadi versi diri anda yang jauh lebih baik.

Jati diri bukan datang dari pujian manusia. Tetapi ia lahir dari kekuatan dalaman, cara kita berfikir, mengawal emosi dan menghargai diri sendiri. Dan paling utama, BERSYUKUR di atas kurniaan ilahi REDHA menerima hikmahNya!

 

Di sini, saya ingin berkongsi bagaimana anda sendiri boleh bina jati diri lantas membantu wanita menjadi lebih yakin dan tenang dalam kehidupan seharian.

1. Mengenal Diri Sendiri

Langkah pertama membina keyakinan adalah memahami siapa diri kita sebenarnya. Apa kekuatan kita? Apa kelemahan kita? Apa yang membuatkan kita bahagia dan apa yang sering melemahkan diri?

Apabila seseorang mengenali dirinya dengan baik, dia tidak mudah terikut-ikut dengan kehidupan orang lain. Kerana, apabila dia mulai membaiki kelemahan dan fokus kepada penambahbaikan diri sendiri tu pun, dia dah tak ada masa dah nak fikir pasal orang lain.

2. Menerima Diri Sendiri

Tiada manusia yang sempurna. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan terlalu membandingkan diri dengan orang lain sehingga hilang rasa syukur terhadap diri sendiri.

Bersyukurlah dengan kurniaan Allah s.w.t – Terima seadanya. Wanita yang menerima dirinya dengan redha, akan lebih tenang dan tidak terlalu hidup untuk memuaskan hati semua orang, lantas dia PASTI akan lebih berjaya.

3. Menjaga Batasan Diri

Belajar mengatakan “NO!” juga adalah tanda jati diri yang kuat. Jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan atau memperlakukan kita sesuka hati. Tak suka je, terus say, NO. Tak kena dengan jiwa, luahkan.

Jagalah nilai diri. Apabila kita tahu harga diri sendiri, orang lain juga akan lebih menghormati kita.

4. Mengendali Emosi Dengan Bijak

Marah, kecewa dan sedih adalah perkara normal. Tetapi jangan biarkan emosi mengawal kehidupan. Sampai habis semua orang melihat kita seolah-olah seorang yang tak pandai mengawal perasaan sendiri. Huuu… bahaya tu.

Wanita yang kuat bukan wanita yang tidak pernah menangis. Tetapi wanita yang mampu mengawal dirinya ketika berdepan tekanan dan masalah. Carilah jalan lain, untuk cover kesedihan atau keperitan di hati tu dengan membuat perkara-perkara lain atau buat sesuatu yang menjadi favourite anda.

5. Bijak Mengurus Minda anda

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup, cubalah belajar untuk bertenang. Jangan terlalu cepat membuat andaian negatif atau panik terhadap sesuatu keadaan. Releksss… cool je…

Fikiran yang tenang akan membantu kita membuat keputusan yang lebih baik.

6. Fokus Pada Hal Yang Penting

Tidak semua perkara perlu diberi perhatian. Kadangkala kita terlalu sibuk memikirkan hal kecil sehingga terlupa perkara yang benar-benar penting dalam hidup.

Fokuslah kepada keluarga, kesihatan, kerjaya, masa depan dan kebahagiaan diri sendiri. ITU LEBIH PENTING!

7. Menjaga Sikap Dalam Setiap Keadaan

Sikap mencerminkan keperibadian seseorang. Cara kita bercakap, melayan orang dan menghadapi masalah menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Pertuturan kita especially di khalayak ramai memainkan peranan yang sangat penting. BUKAN nak menunjuk, atau mempamerkan sesuatu kepada sesiapa. Sebaliknya… untuk kepuasan diri sendiri.

Orang yang hebat bukan hanya dinilai melalui kejayaan, tetapi juga melalui akhlak dan sikapnya. Jadi… apabila akhlak terjaga, sikap kita tidak melampau dan tenang… diri kita akan rasa lega dan puas hati. Walaupun tiada siapa yang nak puji… hati kita tak hiraukan pun, janji kita tahu kita cool, kita ok… then WE’RE OKAY!

8. Menghargai Diri Sendiri

Menghargai diri bukan bermaksud sombong. Tetapi menjaga diri dengan baik dari segi kesihatan, penampilan dan emosi.

Wanita yang menjaga dirinya akan lebih yakin apabila berhadapan dengan dunia luar.

9. Bijak Mengendalikan Hubungan

Tidak semua orang di sekeliling membawa kebaikan kepada hidup kita. Pilih persekitaran dan hubungan yang memberi ketenangan serta sokongan positif.

Hubungan yang sihat mampu membantu seseorang menjadi lebih kuat secara emosi. Kadang senak juga dada bila tak siapa peduli dengan effort kita, namun anggap itu sebagai asam garam dalam perhubungan. Kembali kepada Allah s.w.t. …kerana, hubungan dengan Tuhan lebih memberi makna yang mendalam dan menenangkan jiwa. InsyaALLAH.

10. Komunikasi Yang Bijak

Cara kita bercakap memainkan peranan besar dalam kehidupan. Gunakan kata-kata yang baik, jelas dan penuh hormat, walau kita berdepan dengan siapa sahaja. Bila dengan yang tersayang kenalah kata-katanya lebih manis-manis lagi dan pastikan pasangan kita rasa dirinya dihormati dan dihargai.

Komunikasi yang baik mampu mengelakkan salah faham dan membina keyakinan diri dalam pelbagai situasi.

11. Konsisten Dengan Prinsip Yang Baik

Ramai orang bersemangat hanya pada permulaan. Tetapi jati diri sebenar dibina melalui konsistensi.

Teruskan melakukan perkara yang baik walaupun perlahan. Sedikit demi sedikit, perubahan besar akan berlaku dalam hidup. Again, yang penting adalah KONSISTENSI.

12. Belajar Bersabar

Tidak semua perkara akan berlaku mengikut apa yang kita mahu. Kadangkala hidup mengajar kita untuk menunggu, memahami dan menerima seadanya. Kalau tak kena atau tak sesuai dengan apa yang dikehandaki, banyak-banyaklah bersabar… usah pula melenting tak tentu hala hingga hilang pedoman… tak baik begitu.

Kesabaran menjadikan seseorang lebih matang dan lebih kuat menghadapi ujian kehidupan. Sabar itu adalah separuh daripada IMAN!

13. Mengurus Masa Dengan Bijak

Masa adalah sesuatu yang tidak boleh diputar kembali. Gunakan masa untuk perkara yang memberi manfaat kepada hidup.

Kurangkan perkara yang membuang tenaga emosi dan mula fokus kepada perkara yang membina masa depan yang cerah dan luas terbentang dengan penuh berseri-seri.

14. Sentiasa Bersyukur

Bersyukur adalah salah satu kunci ketenangan hati. Semakin kita bersyukur, semakin kita sedar bahawa hidup ini masih penuh dengan nikmat.

Jangan terlalu fokus kepada apa yang tiada sehingga lupa menghargai apa yang sudah dimiliki.

Dalam Islam juga mengajar kita akan kepentingan bersyukur untuk mencapai ketenangan hati seperti yang disebut dalam Surah Ibrahim ayat 7.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu…”

15. Menjaga Hati Agar Sentiasa Tenang

Belajarlah melepaskan perkara yang sudah berlalu. Tidak semua luka perlu dibawa sepanjang hidup.

Kadangkala, ketenangan datang apabila kita berhenti memegang perkara yang menyakitkan hati dan mula memberi ruang untuk diri sendiri sembuh.

Menurut kajian oleh Psychology Today, individu yang mempunyai self-esteem yang baik lebih mudah mengawal tekanan emosi. Therefore juga akan mudah membina jati diri. Namun untuk ada self esteem kita juga kena bermula dengan dalaman kita.

 

Akhir kata…

Jati diri yang kuat bukan dibina dalam sehari. Ia memerlukan usaha, kesedaran dan keberanian untuk berubah menjadi lebih baik.

Wanita yang hebat bukan wanita yang paling sempurna. Tetapi wanita yang ikhlas bersyukur, dan terus membina dirinya walaupun pernah terluka, kecewa dan jatuh berkali-kali.

Mulakan perlahan-lahan. Bina diri dari dalam. Kerana apabila jati diri menjadi kuat, keyakinan akan hadir dengan sendirinya.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini
➡️Baca juga artikel seumpama ini, di sini

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com