Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

7 Cara Bina Keyakinan Diri Wanita Bekerja (Walaupun Selalu Rasa Tak Cukup)

7 Cara Bina Keyakinan Diri - Wanita Bekerja | Dr Suffia Hany

Salam semua, kali ini Dr Suffia nak berbicara tentang 7 Cara Bina Keyakinan Diri Wanita Bekerja yang mana sering kita rasa tak yakin dan susah untuk berdepan dengan masyarakat…

Pernah tak rasa…
anda dah buat yang terbaik, tapi masih rasa “tak cukup”?

Di tempat kerja, nampak kuat. Tapi dalam diri masih terketar-ketar nak buat keputusan.
Dalam hati, penuh persoalan.

“Betul ke aku layak?”
“Kenapa orang lain nampak lebih yakin?”

Hakikatnya, ramai wanita bekerja mengalami perkara yang sama.
Bukan sebab mereka lemah…
tetapi kerana mereka terlalu lama meragui diri sendiri.

Kajian menunjukkan keyakinan diri mempengaruhi tindakan dan kejayaan seseorang  psychologytoday.com |  Malah, pakar psikologi  juga menegaskan bahawa keyakinan adalah skill yang boleh dibina melalui latihan dan kesedaran diri – Clara Sarris, Psycologist

Dalam artikel kali ini, kita akan bongkar cara bina keyakinan diri wanita bekerja secara praktikal—bukan sekadar motivasi kosong.

Kenapa Ramai Wanita Bekerja Kurang Keyakinan Diri?

Sebelum kita bina, kita kena faham punca.

A) Terlalu Kerap Membandingkan Diri

Media sosial, rakan sekerja, bahkan circle sendiri—semuanya jadi “benchmark”.

Tanpa sedar, kita rasa tertinggal.

B) Takut Buat Silap

Wanita sering nak buat yang terbaik.
Tapi bila terlalu takut salah, kita jadi… diam.

C) Kurang Self-Awareness

Ramai tak sedar kekuatan sendiri.
Fokus hanya pada kekurangan.

7 Cara Bina Keyakinan Diri Wanita Bekerja

Sekarang, ini part paling penting.

1. Kenali Kekuatan Diri Sendiri

Tulis 3 perkara yang awak buat dengan baik. Simple, tapi powerful. Keyakinan bermula bila kita sedar nilai diri. Nampak seperti nothing, remeh. Tetapi cuba dulu. Buat dulu dan fokus kepada 3 perkara tersebut setiap hari.

 

2. Stop Compare, Start Improve

Setiap orang ada timeline berbeza. Fokus pada progress diri—bukan orang lain. Please, please, please usah sibuk tengok orang lain. I know kejayaan mereka boleh memberi inspirasi. Tetapi ia juga boleh buat kita rasa ketinggalan. Tengok sikit-sikit sudah. DONE. Let’s focus kepada kejayaan diri sendiri pula. Aim yang dekat dan mudah dicapai. lepas tu aim higher, InsyaAllah anda akan mudah yakin pada diri anda.

3. Berani Bersuara Walaupun Tak Sempurna

Tak perlu tunggu perfect baru nak bercakap. Confidence datang selepas kita bertindak, bukan sebelum. – Kadang kita mahu perfect baru kita nak menonjolkan sesuatu. I know, ianya tough bila nak say something tapi masih kosong. – Anggaplah ianya satu proses pembelajaran. Awal-awal sure salah, sure ada yang tak betul. BUT along the way, perbetulkan sambil meluahkan yang tersirat. Berani menghadapi kesilapan adalah langkah menuju kejayaan!

4. Jaga Cara Bercakap Dengan Diri Sendiri

Kalau asyik cakap “aku tak boleh”… lama-lama, otak akan percaya. Tukar kepada: “Aku sedang belajar.” jadi anda akan rasa mudah. Sebab kalau salah ke, kalau macam tak berilmu ke eh itu biasalah bagi orang yang sedang belajar.

5. Upgrade Skill Secara Konsisten

Bila skill naik, confidence akan follow. Ambil masa untuk belajar—walaupun sedikit setiap hari. Sebenarnyakan, upgrade skill ni adalah sesuatu yang paling best. Tapi kena upgrade selalu. Bila dah master skill lama, upgrade skill baru. Fuhh anda akan rasa seronok dan in a way, anda akan terasa seperti semakin bijak. (Bukan tak bijak sebelum ni) Cuma, belum tahu. Dah tahu, for sure la lebih mengetahui dan definitely nampak lebih bijak.

6. Jaga Penampilan & Energy

Percaya atau tidak, cara kita bawa diri memberi kesan besar. Posture, eye contact, cara bercakap—semua main peranan. In fact saya sendiri pun kadang-kadang bila selekeh je, especially kat rumah kan, kita akan rasa sedikit kekurangan la kan. Nak keluar pun rasa macam tak lengkap. So, sedikit mempersiapkan diri, surely buat kita rasa lebih yakin. The more kita jaga penampilan kita, the higher kita punya confident. – Buat untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain.

7. Surround Yourself Dengan Orang Yang Betul

Environment sangat mempengaruhi mindset. Pilih circle yang support, bukan yang menjatuhkan. Ini sangat penting. Kita kadang-kadang terasa berat untuk meninggalkan teman-teman lama. Sebab sudah lama kenal. In fact kita tahu, mereka yang ada sekeliling kita ni adalah yang menarik kita menjunam terus ke bawah. Malah tidak memberi semangat dan sokongan moral pun untuk kita berjaya. Tapi kita duduk je kat situ dengan deorang ni sebab kesihannn… hmm susahlah kalau macam tu. KITA KENA KASIHANKAN DIRI KITA SENDIRI TERLEBIH DAHULU. Barulah kita boleh bertambah yakin dan berjaya!

Bila Keyakinan Diri Mula Dibina… Ini Yang Akan Berubah

Anda akan mula:

✨ Lebih berani buat keputusan
✨ Tak mudah rasa down dengan pendapat orang
✨ Lebih jelas dengan arah hidup dan kerjaya

Dan yang paling penting…
anda mula percaya pada diri sendiri.

FINALE : Anda Tak Kurang—Anda Cuma Belum Yakin

Keyakinan diri bukan sesuatu yang kita “lahir terus ada”.

Ia dibina.
Sedikit demi sedikit.

Kalau hari ini awak masih ragu-ragu… tak apa.

Yang penting, awak dah mula.

Dan itu sudah cukup kuat.

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com