
Tahun baru selalu dikaitkan dengan penambahan —
azam baru, target baru, tekanan baru.
Tetapi jarang kita bercakap tentang apa yang patut ditinggalkan.
Kadang-kadang, kemajuan bermula bukan dengan menambah,
tetapi dengan melepaskan. Di sini saya sediakan…
5 Perkara Yang Patut Kita tinggalkan apabila Masuk Tahun Baru
- Hidup Untuk Memuaskan Hati Semua Orang
Tak semua orang akan faham keputusan kita.
Dan itu tidak mengapa.
Tahun baru adalah masa untuk belajar berkata:
Aku bertanggungjawab ke atas hidup aku, bukan persepsi orang.
- Bandingkan Perjalanan Diri Dengan Orang Lain
Setiap orang ada masa, ujian dan latar belakang yang berbeza.
Perbandingan hanya mencuri ketenangan dan keyakinan diri masing-masing je.
Kesedaran diri bermula apabila kita fokus pada langkah sendiri, bukan dari langkah orang lain.
- Rasa Bersalah Bila Berehat
Berehat bukan tanda lemah.
Ia tanda sedar.
Wanita yang berdaya tahan tahu bila perlu bergerak,
dan bila perlu berhenti untuk menjaga diri. Take a break jap, apa salahnya!
- Kejar Validasi Kosong
Like, pujian dan pengiktirafan dari tah sapa-sapa tidak boleh menggantikan nilai diri yang sebenar.
Tahun baru ini, bina nilai dari dalam —
melalui ilmu, kesedaran dan tindakan yang penuh bermakna. Bukan dari orang atas talian!
- Takut Untuk Belajar & Berubah Secara Sihat
Perubahan tidak perlu drastik.
Ia perlu sedar dan berperingkat-peringkat.
Ilmu dan sokongan komuniti membantu perubahan berlaku dengan lebih matang dan berpanjangan.
PERSENS: Ruang Kesedaran & Pendidikan Sosial
PERSENS NGO Malaysia percaya bahawa masyarakat yang kuat bermula dengan individu yang sedar dan berilmu.
Melalui pendekatan pendidikan sosial dan pemerkasaan wanita, PERSENS membantu membina:
- Ketahanan emosi
- Kesedaran diri
- Komuniti yang saling menyokong
👉 Kenali peranan PERSENS di halaman rasmi PERSENS NGO Malaysia.

Di Sebalik Misi: Dr. Suffia Hany
Di bawah kepimpinan Dr. Suffia Hany, PERSENS menekankan perubahan yang berasaskan kesedaran dan nilai kemanusiaan.
Pendekatan beliau menolak tekanan tidak realistik dan mengangkat pembangunan insan yang seimbang.
👉 Ketahui lebih lanjut di Profil Dr. Suffia Hany.
Tahun Baru 2026, Lepaskan Segala Yang Melemahkan!
Tak semua yang lama perlu dibawa ke tahun baru.
Lepaskan yang melemahkan,
dan simpan yang menguatkan jiwa dan semangat anda.
Kerana hidup yang berilmu bermula dengan kesedaran memilih untuk BANGKIT menjadi BIJAK dan BERANI menghadapi sebarang ujian dan cabaran dalam hidup.