Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Pengorbanan Seorang Isteri, Asas Sebuah Kejayaan | 5 peringatan Penting

Pengorbanan Seorang Isteri

Pengorbanan Seorang Isteri

Dalam setiap kejayaan seorang lelaki, seorang suami, atau pun sebuah keluarga, sering kali berdiri seorang wanita di belakangnya. Dan wanita inilah yang bergelar isteri. Dan dialah yang sering berkorban untuk suami tercinta. Namun, selalunya pengorbanan seorang isteri ini sering dilihat sebagai tidak penting di mata masyarakat.

Ya, wanita inilah yang jarang-jarang disebut, tetapi pengorbanannya? Hanya Tuhan sajalah yang tahu…

Saya seorang isteri, leader, usahawan, speaker dan saya juga seorang ibu… saya melihat sendiri di sekeliling kehidupan saya bagaimana ramai isteri memikul beban yang tidak terlihat oleh sesiapa.

Mereka bukan hanya “menyokong di belakang tabir”— merekalah tulang belakang yang membuat sebuah keluarga mampu berdiri, dan mereka inilah yang menrealisasikan sesebuah kejayaan.

 

Lalu, hari ini saya mewakili semua isteri-isteri, memohon agar suami-suami di luar sana… please lah hargai, pengorbanan seorang isteri…

 

Peringatan Penting:

1. Isteri selalu kelihatan kuat… walau sebenarnya amat letih…

 Isteri ialah makhluk yang pelik tetapi luar biasa:

  • Dia boleh tersenyum walaupun jiwanya penat.
  • Dia boleh terus berjalan walaupun kakinya sudah lenguh.
  • Dia boleh terus memberi walaupun dirinya hampir sudah tidak punya apa-apa…

Ramai isteri tidak minta dihargai setiap hari.
Mereka cuma mahu suami nampak la sikit-sikit effort mereka…
dan sedar, bahawa mereka juga manusia.

Adakala mereka letih, dan ada rasa ingin diberi perhatian.

 

2. Pengorbanan isteri bukan kecil — ia membina masa depan keluarga

Seorang isteri berkorban bukan untuk dijulang.
Dia berkorban kerana di hati penuh dengan kasih sayang.

  • Kadang isteri sanggup tinggalkan impian kerana mahu membesarkan anak-anak dengan baik.
  • Kadang bekerja lebih masa pula demi membantu suami yang sedang bertatih baru mula berniaga.
  • Seorang isteri sanggup simpan segala duka, supaya rumah mereka tetap menjadi tempat pulang yang merehatkan.

Sekiranya kita lihat lelaki berjaya hari ini, please jangan lupa:
Di belakangnya ada seorang isteri yang pernah menangis diam-diam… menahan seksa, menahan segala cabaran hanya kerana percaya suaminya akan berjaya suatu hari nanti.

 

3. Wanita perlu tahu: pengorbanan kamu itu berharga

Buat si isteri pula, ramai yang merasa mereka “tak buat apa pun”. Tapi sebenarnya…

  • Kamulah yang bangun awal setiap pagi.
  • Kamulah yang fikirkan semua benda yang orang lain tak nampak.
  • Kamulah yang menguruskan anak, rumah, emosi, kewangan, masa, dan diri — serentak.

Itu bukan benda kecil. Itu bukan perkara biasa. Itu adalah satu bentuk kepimpinan yang hebat.

Dan kalau tiada siapa yang pernah ucapkan ini pada kamu…

Terima kasih.
Kerana pengorbanan kamu membina masa depan sebuah keluarga.

 

4. Suami, hargailah isteri yang sentiasa berdiri untuk kamu

  • Jika kamu ada isteri yang tidak pernah meninggalkan kamu walaupun waktu kamu jatuh…
  • Jika kamu ada isteri yang percaya pada impian kamu lebih kuat daripada kamu sendiri…
  • Jika kamu ada isteri yang sanggup bersama waktu susah sebelum waktu senang…

Maka kamu memiliki salah satu nikmat terbesar dalam hidup. Hargailah dia.
Pegang tangannya dan ucapkan terima kasih.

Kadangkala, satu ayat itu mampu menyembuhkan rasa yang lama terpendam.

 

5. Dan kepada para isteri… banggalah dengan perjalanan kamu

Pengorbanan kamu bukan tanda kelemahan. Ia tanda kekuatan yang luar biasa.

  • Kamu membina manusia.
  • Kamu membina rumah.
  • Kamu membina masa depan.

Kamu bukan sekadar “isteri”. Kamu adalah pendidik, pemimpin, penyembuh, penjaga yang sabarnya tiada penghujung. Dan walaupun dunia jarang memuji, ketahuilah:

Tuhan melihat semuanya.
Dan setiap kebaikan tidak akan pernah sia-sia.

 

Akhir kata dari saya, 

Kejayaan tidak pernah datang sendirian. Ia datang bersama doa, sokongan, dan pengorbanan baik dari suami sudah pastinya dari isteri baik yang tidak pernah meminta apa-apa.

Kepada semua isteri di luar sana… Teruskan melangkah dengan hati yang tegar. Dunia ini lebih indah kerana kamu. Kerana sesungguhnya,

Kamulah sebenar-benar wira dalam sebuah kejayaan.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women Through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com