Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

7 Strategi EQ & Komunikasi – Menjadikan Wanita Lebih Berwibawa

Bila bercakap tentang strategi EQ, dan juga tentang komunikasi, kedua-duanya berkait rapat. Sekiranya anda dapat menguasai both, anda boleh menjadi seorang yang sedang mengorak langkah ke arah kejayaan di dalam kehidupan kekeluargaan dan juga untuk diri sendiri.

7 Strategi Strategi EQ & Komunikasi

Pendahuluan: Kepimpinan Wanita Bukan Lagi Pilihan — Ia Keperluan Organisasi Moden

Dalam dunia pekerjaan hari ini, organisasi yang benar-benar ingin berkembang tak boleh lagi mengabaikan kehebatan kepimpinan wanita. Kajian global menunjukkan wanita mempunyai kelebihan semula jadi dalam Strategi EQ, empati, komunikasi pengaruh, dan ketahanan jiwa — malah, wanita memiliki elemen yang menjadikan sesebuah pasukan lebih stabil, produktif dan inovatif.

Para pakar di laman Psycology Today juga telah mengatakan ramai yang melupakan untuk menggunakan EQ sebagai timbang tara dalam kehidupan. Di mana ianya amat berguna.

 

Di sinilah saya Dr Suffia Hany, menampilkan diri dengan berperanan sebagai seorang Leadership & EQ Strategist yang ingin membantu wanita hari ini untuk lebih memahami potensi diri, menguasai komunikasi, dan membina imej kepimpinan yang dihormati.

Untuk journal kali ini, saya akan huraikan strategi paling berkesan untuk wanita yang ingin naik ke tahap kepimpinan yang lebih tinggi.

  1. Kuasai Strategi EQ: Rahsia Kepimpinan Wanita yang Paling Berpengaruh

Emotional Intelligence (EQ) adalah kelebihan besar wanita.
Wanita secara semula jadi mempunyai keupayaan membaca situasi, memahami emosi orang lain, dan bertindak dengan empati — menjadikan mereka pemimpin yang lebih stabil.

Bagaimana EQ menguatkan kepimpinan wanita

  • Membina kepercayaan dalam pasukan
  • Menyelesaikan konflik dengan lebih tenang
  • Meningkatkan moral & produktiviti pekerja
  • Membuat keputusan dengan lebih seimbang

  1. Komunikasi Berpengaruh: Bukan Sekadar Cakap, Tapi Mempengaruhi

Sebagai pemimpin, wanita perlu menguasai komunikasi strategik — bukan hanya bercakap, tetapi mempengaruhi tindakan di dalam sesebuah team.

Formula komunikasi berwibawa:

  • Cakap dengan struktur, bukan emosi semata
  • Pilih perkataan yang tegas tetapi lembut
  • Ambil masa sekejap untuk menarik nafas & fikir sejenak sebelum respon

Contoh ayat komunikasi pemimpin

“Bagaimana jika kita cuba pendekatan ini? Saya lihat ia boleh percepatkan hasil.”
“Terima kasih dengan usaha awak. Kita upgrade sedikit di bahagian ini.”

 

  1. Imej Profesional: Wanita yang Menjaga Imej Lebih Cepat Dipercayai

Imej adalah bahasa yang bercakap tanpa suara. Pemimpin yang menjaga imej akan lebih mudah dihormati.

3 elemen imej kepimpinan wanita lebih berwibawa

  1. Penampilan kemas & konsisten
  2. Bahasa badan yakin & tenang
  3. Gaya komunikasi visual — eye contact, senyum, posture

Ini bukan tentang kecantikan — tetapi tentang ketegasan dengan sopan, dan tenaga kehadiran (presence) yang kuat. Itu yang dinamakan strategi Eq & komunikasi

 

  1. Bangunkan “Leadership Voice” — Suara Kepemimpinan yang Orang Ikut

Suara wanita sering disalah ertikan sebagai lembut — padahal ia boleh jadi senjata kepimpinan paling kuat.

Cara bina Leadership Voice

  • Bercakap perlahan tapi jelas
  • Jangan mulakan ayat dengan “Maybe” atau “I think only”
  • Gunakan “power words” — fokus, jelas, hasil, strategi

Leadership voice membentuk aura kepimpinan tanpa perlu meninggikan suara.

 

  1. Ketahanan Jiwa (Emotional Resilience): Senjata Wanita Dalam Tekanan Kerja

Pemimpin wanita sering diuji: work-life balance, staff management, expectation yang tinggi.
Untuk kekal kukuh, wanita kena ada emotional resilience.

Teknik bina ketahanan jiwa

  • Self-awareness harian (tanya diri: “Apa yang aku rasa?”)
  • Beri batas pada kerja
  • Rehat bila perlu (pemimpin pun manusia juga)

 

  1. Kuasai Kemahiran Coaching — Bukan Arahan, Tetapi Bimbingan

Pemimpin moden bukan boss — mereka coach (melatih dengan bijak).

Kemahiran coaching membolehkan pemimpin:

  • membimbing pasukan tanpa micromanage
  • memupuk kepakaran & keyakinan staff
  • menjadikan pasukan lebih berdikari

Gunakan teknik GROW Model:

  • Goal
  • Reality
  • Options
  • Will

Ini menjadikan pemimpin wanita lebih dihormati & mudah disokong.

 

  1. Buat Keputusan Dengan Fakta dan Data, Bukan Dengan Andaian

Wanita kadang dituduh “emotional decision maker”.
Cara patahkan stereotaip itu?

➡️ Gunakan data dalam setiap cadangan & keputusan.

Contoh:

  • “Mengikut data jualan bulan lepas…”
  • “Berdasarkan statistik staff attendance…”
  • “Feedback pelanggan menunjukkan…”

Pemimpin wanita yang menggunakan data dilihat lebih kredibel dan sukar dipersoalkan apabila anda memiliki fakta dan data yang lengkap.

Kesimpulan:

Pemimpin Wanita Bukan untuk Masa Depan — Mereka SUDAH ADA HARI INI!

Kepimpinan wanita bukan lagi “kategori khas”.
Ia adalah standard baru dalam organisasi moden.

Wanita yang menguasai Strategi EQ, komunikasi, imej, dan ketahanan jiwa akan menjadi pemimpin wanita lebih berwibawa:

  • lebih dihormati
  • lebih stabil
  • lebih berpengaruh
  • lebih memberi inspirasi

Dengan panduan dan latihan yang betul, mana-mana wanita boleh meningkat dari biasa MENJADI LUAR BIASA.

 

Salam ikhlas dari,

Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

 

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com