Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Turunkan BERAT BADAN tanpa DIET drastik

Mingguan Malaysia 28 APRIL 2019

Mendapat berat badan yang ideal sering dikaitkan dengan penurunan berat badan . Bagaimanapun ukuran berat badan dan penurunan berat badan ialah dua elemen yang tidak mengalami perubahan secara serentak . sebaliknya anda harus melangsingkan badan dengan cara senaman yang berkesan dan diet seimbang.

Ramai yang menurunkan berat badan kerana ingin menurukan risiko masalah kesihatan seperti kencing manis dan kardiovaskular. Jesteru , penurunan berat badan boleh membantu untuk penambahbaikan fizikal , peningkatan tenaga dan kesedaran untuk berasa lebih sihat .

Dalam pada itu definisi perkataan ‘Berat badan berlebihan’ perlu dianalisis kerana istilah ini boleh membawa kepada  obsess untuk melalukan diet drastic atau diet yang salah . Berat badan berlebihan bermakna seseorang itu mempunyai pengambilan  kalori yang tinggi dan metabolism yang rendah.

Oleh itu untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat , anda memerlukan dua langkah serentak iaitu mengurangkan pengambilan kalori dengan diet seimbang dan meningkatkan penggunaan kalori melalui senaman yang betul.Hakikatnya , senaman yang kerap boleh menurunkan berat badan , pada masa sama seseorang itu menjalani  gaya hidup sihat.

Penyelesian paling mudah ialah mengurangkan pengambilan makanan dan mengelakkan makanan yang dilarang ketika melalukan diet seimbang . Namun begitu , cara ini akan mengehadkan pengambilan nutrient penting kepada badan dengan berkesan.Walaupun boleh mengurangkan berat  badan dalam masa yang singkat tetapi berisiko kepada kesihatan individu .Matlamat diey seimbang ialah mengambil kalori yang betul di samping kekerapan melalukan senaman .

Jumlah nutrien yang diperlukan ( Karbohidrat , protein , lemak , air, vitamin dan mineral )bervariasi dengan gaya hidup seseorang . Kaebohidrat perlu meliputi kira-kira 60 Peratus daripada keperluan tenaga . Selebihnya dikongsi antara lemak dan protein , masing-masing sebanyak 25 dan 15 peratus.

Disyorkan  juga agar seseorang itu mengambil karbohidrat  sebelum aktiviti fizikal. Makanan yang mengandungi karbohidrat seperti yogurt ,buah dan  bijirin mengambil satu hingga dua jam untuk dicerna manakala makanan kaya lemak mengambil lebih dari empat jam dan makanan jenis ini tidak sesuai . Mengekalkan diet digabungkan dengan aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan lemak badan tanpa menjejaskan jisim badan tanpa lemak.

Mengurangkan Pengambilan protein boleh menurunkan berat badan tetapi akan memusnahkan jisim otot dan protein organ seperti yang ada pada hati dan buah pinggang. Diet  yang rendah karbohidrat dan protein yang tinggi juga boleh menjadi sangat berbahaya kepada tulang , buah pinggang dan kolesterol . Semua diet berdasarkan pengambilan kuantiti makanan tertentu adalah berbahaya bukan saja kepada fizikal tetapi juga untuk kesejahteraan psikologi .

PENTING:

Rawatan aestetik untuk pembentukan pinggang ramping

  • Laserlipolysis ialah rawatab pembedahan yang menggunakan teknologi laser pada bahagian anggota yang berlebihan lemak seperti paha , pinggang , lengan.
  • Meso lipo ( suntikan ) tanpa pembedahan dan dilalukan pada kawasan sasaran
  • Cryolipo atau teknologi mengunakan mesin yang membekukan lemak dan memecahkan pembekuan lemak tanpa sebarang pembedahan
  • Mesin Vibrolight digunakan untuk mengingkatkan kadar metabolism dan memperbaiki sistem limfa
  • Platele-rich plasma ( PRP) boleh digunakan untuk mengurangkan ukuran pinggang , paha, lengan dan selamat kerana menggunakan darah sendiri
  • Lipocel/Ulrtacel ialah mesin yang menggunakan teknologi meningkatkakn penghasilan kolagen yang akan memperbaiki kekenduran pada kulit dan menganjalkan kulit
  • Pelbagai mesin berteknologi tinggi yang digunakan dalam rawatan menurunkan berat badan . Tetapi dapatlah nasihat doktor estetik untuk pemilihan jenis rawatan yang bersesuaian dengan anda kerana setiap individu memerlukan rawatan yang berbeza.

 

Prepared by Dr. Suffia Hany
Director & Speaker | Dewi Hany Training & Consultation
drsuffiahany.com

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com