
Meskipun rutin hariannya sibuk sebagai doktor perubatan, ia tidak menghalang Dr. Suffia Hany Mohd. Amin untuk melibatkan diri dalam program sosial dan komuniti.
Wanita berusia 50 tahun ini, gemar untuk melibatkan diri dalam program sedemikian kerana ia dapat membuka hatinya, membangkitkan empati dan menghidupkan semula jiwa kemanusiaan yang sepatutnya wujud dalam setiap individu,
“Dalam kehidupan kita sebagai manusia sering memikirkan tentang diri sendiri dan mungkin kurang peduli dengan golongan yang memerlukan bantuan atau pertolongan. Dalam kehidupan kita sebagai manusia sering memikirkan tentang diri sendiri dan mungkin kurang peduli dengan golongan yang, memerlukan bantuan atau pertolongan.”
“Melalui program sosial dan komuniti yang saya anjurkan atau sertai, saya berpeluang untuk menyelami kesusahan mereka dan saya cuba untuk membantu mereka,” katanya kepada K-Wanita ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menurutnya, disebabkan itu, dia sering menganjurkan program-program yang mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
PERSENS
Antara yang menyerlah, melalui Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Ekonomi Negeri Selangor (Persens) yang diasaskan olehnya, Dr. Suffia Hany melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB). Program itu, dilaksanakan sejak pandemik Covid-19.
Dr. Suffia Hany berkata, ketika pandemik: Covid-19 ramai yang terkesan dan kehilangan pekerjaan, “Terdetik di hati saya pada waktu itu untuk membantu mereka yang terkesan terutama golongan B40. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi PEKB dengan menyediakan latihan dalam bidang kesihatan dan kecantikan (wellness),” jelasnya yang pernah merangkul – anugerah Nona Superwomen Award 2018.
PEKB bukan sekadar latihan biasa dan peserta diberikan kemahiran praktikal dalam bidang kesihatan dan kecantikan, termasuk penjagaan dan perawatan wajah, postnatal care dan asas pengurusan perniagaan.
Mereka bukan sahaja belajar teknik, tetapi juga diajar pengurusan akaun, pemasaran dan strategi untuk memulakan perniagaan sendiri. Peralatan diberikan untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan di rumah atau secara bergerak, menjadikan konsep mobile spa sebagai model utama..
Aktif menggerakkan program sosial dan komuniti

DR. SUFFIA HANY menjelaskan, untuk latihan dalam bidang tersebut peserta menjalani kursus yang padat selama tujuh hari, “Selepas itu, kami pantau selama enam bulan untuk pastikan mereka capai KPI sekurang-kurangnya RM750 sebulan.”
“Hasilnya, bukan sahaja peserta berjaya berdikari, malah ada yang mampu menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan,” jelasnya yang juga jurulatih bertauliah Human Resources Development Corporation di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Tambahnya, transformasi ini membuka peluang ekonomi baharu dan memberi keyakinan untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Inisiatif yang digerakkan oleh Dr. Sufia Hany berkembang dan memberi impak berterusan kepada komuniti.
Program yang dilaksanakan sejak tahun 2021 itu bukan sahaja membina kemahiran, tetapi juga membentuk mindset usahawan dan menanam semangat kemandirian dalam kalangan peserta.
la adalah bukti dengan bantuan yang tepat. Disertai dengan ilmu dan sokongan, mampu mengubah kehidupan orang ramai secara signifikan.
Namun, untuk menggerakkan program tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dan Dr. Suffia Hany berhadapan dengan cabaran tersendiri.
Menurut Dr. Sufia Hany, dia mencari mereka yang layak untuk menyertai program itu melalui senarai eKasih yang KPKT beri, “Staf saya perlu menelefon untuk memilih mereka yang sesuai untuk menyertai program ini. Malah, ada yang mengatakan kami scammer” ujarnya.
Namun, baginya, cabaran bukan penghalang. Ia hanyalah sebahagian perjalanan untuk mengubah mind set peserta menjadi seorang usahawan.
Selain itu, Dr. Suffia Hany yang turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan Program Pementoran Kepimpinan Dalam Sosioekonomi dan Keusahawanan Wanita Di Peringkat Komuniti (Pementoran Kepimpinan).
Program melibatkan seramai 30 oraing wanita daripada pelbagai latar belakang itu telah diadakan baru-baru ini. Program selama 6 bulan itu bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kepimpinan, sosioekonomi dan keusahawanan serta jaringan perniagaan dalam kalangan wanita di peringkat komuniti.
Dr. Suffia Hany yang menjadi mentor untuk program tersebut berkata, program itu bermatlamat membimbing dan mengasah bakat para peserta menjadi pemimpin wanita yang mampan. “Pementoran kepimpinan merupakan program yang menitikberatkan kemahiran soft skills bagi melahirkan golongan wanita yang mampu bersaing dalam keadaan penuh mencabar ketika ini.”
“Para peserta yang menyertai program Ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, ada yang bekerjaya, pemimpin komuniti, usahawan dan suri rumah sepenuh masa. Saya selalu berpesan kepada wanita, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Wanita harus bangkit dengan kekuatan dalaman, jangan jatuh pada segala ujian hidup,” katanya.
Dr. Suffia Hany turut terlibat menggerakkan program sosial dan komuniti bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim). Melalui Perdim, mereka menganjurkan program penjagaan kesihatan selepas bersalin di Kelantan.
“Melalui program ini kami mengajar mereka yang menyediakan perkhidmatan – penjagaan selepas bersalin ataupun confinement lady meningkatkan kemahiran mereka. Doktor-doktor daripada Perdim memberi tunjuk ajar dan 35 orang dipilih untuk dilatih menjadi confinement lady bertauliah” jelasnya.
Tambahnya, mereka ini menjana pendapatan lumayan dan ada yang meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Selain itu, pelbagai lagi program digerakkan oleh Dr. Suffia Hany untuk menyantuni komuniti termasuk CSR bersama gelandangan dan juga Orang Asli.
Latar Belakang Dr Suffia Hany
Menyentuh sisi latar belakang dirinya, Dr. Suffia Hany merupakan graduan dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya, Setelah tamat pengajian, dia berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Selayang dan kemudian bertugas di Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras di Selangor.
“Ketika di klinik kesihatan saya banyak terlibat dengan komuniti, memberi ceramah kesihatan, turun kampung ke kampung termasuk kampung Orang Asli, Pengalaman ini membuka mata saya tentang keperluan mendekati masyarakat secara lebih mendalam. Inilah yang membuatkan saya sering ingin terlibat dalam program-program sosial dan komuniti,” ujarnya.
Pada 2008, Dr. Suffia Hany mengambil keputusan untuk menjadi seorang usahawan dan membuka sebuah klinik sendiri. Pada masa sama, ketika itu juga dia sering menulis artikel kesihatan, memberi ceramah kesihatan dan berkongsi ilmu kepada masyarakat.
Pada 2010, dia mengambil keputusan untuk mendalami dengan lebih mendalam bidang antipenuaan. Dia mendalami bidang antipenuaan selama setahun di bawah Society of Anti-Aging, Aesthetics and Regenerative Medicine Malaysia (SAARMM).
“Di sinilah saya belajar bagaimana mengurangkan proses penuaan yang terlalu cepat serta menjaga sel-sel tubuh daripada kesan persekitaran yang tidak sihat seperti radiasi dan cahaya matahari.
“Kini, saya fokus terhadap klinik saya yang lebih kepada antipenuaan dan gaya hidup sihat,” katanya.

Berita ini diterbitkan di Kosmo Online
RENCANA UTAMA KOSMO, K-WANITA
BY – Farid Ahmad Tarmiji
disediakan oleh:
Dr Suffia Hany
Leadership & EQ Strategist
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.
———————————————————————————————————————————-
Dr. Suffia Hany merupakan pengasas Pertubuhan Pembangunan dan Perkembangan Ekonomi Negeri Selangor (PERSENS) yang aktif melaksanakan program sosial dan komuniti melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian. Beliau juga merupakan antara tokoh latihan pembangunan wanita di Malaysia yang konsisten memperkasa wanita melalui pendekatan beretika dan berstruktur.
Baca latar belakang penuh Dr Suffia Hany di sini.