Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

7 Powerful Tabiat Wanita Yang Dihormati | “Tanpa Perlu Mencari Perhatian”

Tabiat Wanita Yang Dihormati

Rasanya jarang sangat saya bicarakan tentang “Tabiat Wanita Yang Dihormati” – ini adalah kerana sikap atau tabiat wanita yang boleh membuatkan masyarakat menghormati mereka sebenarnya jarang-jarang sekali boleh didapati dalam diri seseorang. PASTI ada, namun tak ramai.

Dan saya akui, saya sendiri juga rasanya tak berapa nak lepas untuk menjadi 100% role model dalam kategori ini. Mungkin ada sikit-sikit tapi tak semua saya miliki ciri-ciri tersebut.

Hormat Tidak Boleh Dipaksa, Tetapi Boleh Dibina

Ramai orang beranggapan bahawa untuk dihormati, seseorang perlu bercakap lantang, sentiasa menonjolkan pencapaian atau menjadi individu yang sentiasa berada di hadapan. Hakikatnya, tabiat wanita yang dihormati sering lahir daripada perkara-perkara kecil yang dilakukan secara konsisten.

Sepanjang perjalanan saya bertemu ramai wanita hebat daripada pelbagai latar belakang, saya mendapati mereka mempunyai satu persamaan. Mereka tidak mengejar perhatian. Sebaliknya, mereka membina karakter yang membuatkan orang lain menghormati mereka secara semula jadi.

7 Powerful Tabiat Wanita Yang Dihormati

1. Menepati Janji Walaupun Perkara Kecil

Wanita yang dihormati memahami bahawa janji ialah amanah. Walaupun hanya janji untuk menghubungi seseorang atau hadir tepat pada waktunya, mereka berusaha menunaikannya sebaik mungkin.

Kepercayaan dibina melalui tindakan yang konsisten. So guys, ask yourselves... “Adakah anda seorang yang menepati janji?”

 

2. Mendengar Sebelum Memberikan Pendapat

Tidak semua perbualan memerlukan kita menjadi orang yang paling banyak bercakap.

Wanita yang matang tahu bila perlu mendengar, memahami dan hanya memberi pandangan apabila benar-benar diperlukan. Sikap ini membuatkan kata-kata mereka lebih bernilai. Haaa… part ni kadang-kadang susah juga bagi saya, ya la kan sebab kita kan boss huhu… always have the last say 😉 

Walau apa pun, jika anda adalah seorang yang dikatakan A Good Listener, anda akan mudah disukai dan pastinya dihormati!

 

3. Mengawal Emosi Ketika Berdepan Tekanan

Setiap orang pasti melalui hari yang sukar. Namun wanita yang dihormati tidak membiarkan emosi menguasai setiap keputusan.

Mereka memilih untuk bertenang, berfikir dan bertindak dengan hikmah walaupun sedang berdepan cabaran.

Maaflah kan, kalau saya kata part ni, memang ramai yang cepat beremosi. TAK TAHAN! 🙂 – “I know la kan, it’s not easy untuk kawal perasaan nihhh”

 

4. Menghargai Masa Orang Lain

Datang tepat pada waktu, memberi maklum balas apabila diperlukan dan tidak membiarkan orang lain menunggu tanpa sebab merupakan tanda hormat kepada orang di sekeliling.

Orang yang menghargai masa selalunya lebih mudah mendapat kepercayaan. Justeru, pasti akan dihormati dan disegani ramai.

 

5. Tidak Suka Membuka Aib Orang

InsyaAllah dalam hal ni ramai wanita hari ini yang jaga bahagian ini, masing-masing tak suka buka aib orang kan. Alhamdulillah bagus di sini. Mereka sedar bahawa menjatuhkan orang lain, menghina, mengeji, mengata selalunya tidak membawa apa-apa keuntungan pun.

Sebaliknya, mereka memilih untuk menjaga maruah, menyimpan rahsia dan bercakap perkara yang membawa manfaat. Again, Alhamdulillah.

 

6. Terus Belajar Walaupun Sudah Berpengalaman

Wanita yang benar-benar berjaya tidak pernah merasakan diri mereka sudah tahu segalanya. Jangan sombong pulak bila dah belajar tinggi, kononnya dah tahu semua bagai, sampai lupa diri…

Jangan cam tu, kita hidup ni kena sentiasa belajar… mungkin kita hebat dalam sesuatu perkara tetapi, pasti tak tahu banyak benda lain lagi.

Jadi kena sentiasa membaca, bertanya, memperbaiki diri dan terbuka menerima ilmu baharu. Sikap rendah diri inilah yang menjadikan anda semakin dihormati.

 

7. Berbuat Baik Tanpa Mengharapkan Pujian

Ada kebaikan yang tidak perlu diketahui oleh seluruh dunia!

Membantu orang lain dengan ikhlas, memberi sokongan ketika diperlukan dan mendoakan kebaikan sesama insan ialah amalan yang membentuk peribadi mulia.

Kadangkala, kebaikan yang paling besar ialah yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan. PASTI anda akan dihormati!

Respect to Be Respected

Hormat bukan sesuatu yang boleh dipaksa atau dibeli. Ia lahir daripada akhlak, kejujuran dan konsistensi dalam kehidupan seharian. Untuk mudah, jika anda mahu dihormati. Andalah yang harus mulakan dulu. Anda hormat semua orang, dan pastinya semua orang akan menghormati anda!

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang tidak menyayangi (menghormati) orang lain, maka dia juga tidak akan disayangi (dihormati).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5997)

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kasih sayang dan hormat bukan sesuatu yang boleh dituntut semata-mata — ia perlu dimulakan terlebih dahulu. – Mahu dihormati? Hormatilah orang lain dulu.

 

Semoga setiap langkah kita bukan sekadar mencari pengiktirafan manusia, tetapi juga keredaan Allah SWT.

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com