Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

7 Sebab Mengapa Kecantikan dan Keayuan Diri Itu Penting Untuk Wanita

7 Sebab Mengapa Kecantikan dan Keayuan Diri Itu Penting Untuk Wanita

Wanita Hebat Bukan Hanya Bijak… Tetapi Tahu Menjaga Diri Dengan Penuh Keyakinan. 

Apabila menyebut soal wanita dan kehidupan… sering kali ia dikaitkan dengan kecantikan dan keayuan diri.

Ada wanita dipuji kerana wajahnya cantik. Ada pula yang disenangi kerana kelembutan dan keayuan dirinya.

Ada yang menjadi idola oleh kerana keterampilan body yang lawa.

Tetapi persoalannya sekarang…

Adakah kecantikan dan keayuan diri itu benar-benar penting?

Biar saya tanya anda satu soalan mudah…

“Kalau anda pergi shopping complex membeli pakaian… bukankah anda akan mencari pakaian yang paling cantik di mata anda?”

Betul tak?

Jarang sekali seseorang masuk butik lalu berkata…“Tak kisahlah cantik ke tidak… asalkan boleh pakai.” Mungkin ada, tapi tak ramai begitu. Kebanyakan wanita akan memegang, membelek, melihat cermin dan mencari sesuatu yang membuatkan dirinya rasa lebih cantik dan lebih yakin. Mengapa?

Kerana jauh di sudut hati seorang wanita… kelihatan cantik itu sebenarnya penting.

Dan sebab itulah jawapan saya sangat jelas… “Ya… kecantikan dan keayuan diri memang penting.” Tetapi jangan salah faham dahulu. Cantik yang saya maksudkan bukanlah perlu menjadi sempurna seperti super model atau model-model majalah. Bukan juga perlu bermakeup 24 jam sehari.

Apa yang lebih penting adalah bagaimana seorang wanita menjaga dirinya, menghargai dirinya dan membawa dirinya dengan penuh keyakinan diri dan kelembutan.

1. Kecantikan Membina Keyakinan Diri

Percayalah… Apabila seorang wanita menjaga dirinya dengan baik, auranya juga akan berubah. Cara berjalan berubah. Cara bercakap berubah. Cara memandang kehidupan juga berubah. Dan yang paling penting… hati seorang wanita itu sendiri akan rasa lebih gembira.

Ada wanita berkata…

“Saya malas dah nak cantik-cantik… bukan ada siapa tengok pun.” Eh, jangan begitu. Kita menjaga penampilan bukan semata-mata untuk orang lain. Tetapi untuk diri sendiri. Untuk keyakinan diri sendiri. “Wanita yang yakin dengan dirinya… akan nampak lebih berseri walaupun tampil sederhana.”

2. Wanita Yang Menjaga Penampilan Lebih Diyakini

Ini satu perkara yang ramai wanita buat endah tak endah. Keluar rumah ala kadar. Pakai tangkap muat sahaja. Rambut tidak terurus. Wajah terlalu letih. Kadang-kadang sampai hilang seri diri.

Sebagai wanita… kita tidak boleh terlalu membiarkan diri kelihatan lemah. Apatah lagi sekiranya anda adalah seorang Usahawan Wanita atau seorang Wanita Berkerjaya.

Kerana client melihat kita sebelum mereka percaya kepada kita. Saya selalu percaya… “Penampilan yang baik adalah bahasa keyakinan tanpa perlu banyak bercakap.” Bila seorang wanita tampil kemas, bersih, ayu dan profesional… orang akan rasa lebih yakin untuk mendengar dan berurusan dengannya.

Bukan sebab dia terlalu cantik. Tetapi kerana dia nampak menghargai dirinya sendiri. Apabila anda berhias dan tampil lawa dan hebat, cubalah anda selami hati seorang wanita anda itu dan rasa-rasakan bagaimana… Best tak? 🙂

3. Keayuan Membuatkan Orang Lebih Selesa Bersua

Ada wanita yang wajahnya bukan kategori terlalu cantik. Kira ok ok je… Tetapi bila dia bercakap… orang rasa suka dan senang berbual dengannya. Malah rasa relax, tenang, cool.

Bila dia tersenyum… orang rasa selesa. Bila dia memandang… ada kelembutan yang membuatkan hati orang jadi sejuk. Itulah yang dipanggil keayuan. Keayuan bukan hanya pada wajah. Tetapi pada energi diri… pada kelembutan bicara… dan pada cara melayani orang lain.

“Kadang-kadang wajah yang lembut lebih menyentuh hati daripada kata-kata yang hebat.”

Ramai client sebenarnya tidak mencari orang yang terlalu sempurna. Tetapi mereka mencari seseorang yang membuatkan mereka rasa tenang dan mudah untuk rasa dipercayai.

4. Penampilan Yang Baik Memberi Aura Profesional

Ladies… listen, Jangan pernah fikir menjaga penampilan itu sesuatu yang sia-sia. Dalam dunia hari ini, imej diri memainkan peranan yang sangat besar. Kadang-kadang sebelum seseorang mendengar idea kita… mereka terlebih dahulu melihat cara kita membawa diri.

Sebab itu wanita yang menjaga penampilan biasanya lebih mudah membawa aura profesional dan kepimpinan. Dan mudah close the deal!

“Cara anda menjaga diri… sebenarnya menggambarkan bagaimana anda menghargai kehidupan anda.”

Dan percayalah… Aura seorang wanita yang yakin dan terurus itu sangat mahal nilainya.

5. Kecantikan Sebenar Datang Dari Dalam Diri

Ramai wanita terlalu fokus pada make up, skincare dan pakaian… Tetapi lupa menjaga hati sendiri. Sedangkan hati yang penat… akhirnya akan terpancar juga pada wajah. Wanita yang penuh dengki, suka marah dan sentiasa negatif… lambat laun wajahnya juga akan kehilangan seri.

Sebaliknya wanita yang ikhlas, penyayang dan mudah membantu orang lain… biasanya akan nampak lebih manis dan menyenangkan.

Itulah kecantikan dalaman. HATI MAU BAIK DULU…  “Wanita yang baik hatinya… ikhlas, jujur, biasanya tetap nampak indah walaupun usianya semakin bertambah.”

6. Kesihatan Membantu Wanita Tampil Berseri

Satu lagi perkara PENTING yang ramai wanita abaikan ialah kesihatan diri.

Tidur tidak cukup. Makan tidak terkawal. Stress terlalu tinggi. Kurang minum air. Kurang bersenam. Akhirnya badan mula cepat letih, wajah nampak kusam dan keyakinan diri juga mula menurun.

Saya bukan suruh wanita terlalu obses menjadi kurus atau sempurna. Tidak.

Tetapi jagalah kesihatan diri sebaiknya. Sekurang-kurangnya tubuh badan nampak sihat, wajah bersih dan diri lebih bertenaga.

Apabila tubuh badan tidak dijaga dengan baik, emosi dan seri diri juga boleh turut terjejas. Malah, laman Psychology Today turut membincangkan bagaimana pemakanan harian boleh mempengaruhi emosi, tenaga dan cara seseorang menjalani kehidupan seharian.

“Wanita yang menjaga kesihatan dirinya sebenarnya sedang menjaga masa depan dirinya.”

7. Wanita Yang Berseri Membawa Cahaya Kepada Orang Sekeliling

Saya percaya… Wanita yang menjaga penampilan, menjaga hati dan menjaga kesihatannya… akan membawa satu cahaya positif kepada orang di sekelilingnya.

Bila dia hadir… suasana jadi lebih tenang. Seolah-olah semua orang sedang menunggu kehadirannya. Kalau dia tak ada di dalam keramaian itu, bagai tak lengkap pula.

Bila dia bercakap… orang rasa selesa. Malah bagai ternanti-nanti apa lagi yang mahu diperkatakannya. Nak tahu lagi… nak tahu lagi.

Bila dia tersenyum… orang lain juga rasa ingin tersenyum seolah-olah sudah kenal lama. Inilah bendanya yang susah untuk dibuat-buat. Aura keikhlasan itu datang dari hati yang suci bersih.

Dan bukankah itu satu keindahan?

Jadi ladies…

  • Jagalah penampilan diri.
  • Jagalah wajah dan kulit dengan baik.
  • Jagalah kesihatan.
  • Jagalah hati.

 

Kerana kecantikan dan keayuan diri bukan hanya untuk dipandang manusia…

Tetapi juga sebagai tanda seorang wanita yang menghargai dirinya sendiri.

“Wanita yang menjaga dirinya dengan baik bukan bermaksud dia terlalu mencintai kecantikan… tetapi dia tahu dirinya juga berharga.”

 

Salam Ikhlas,

Dr Suffia Hany❤️
Women’s Leadership & Empowerment Strategist
Medical & Anti-Aging Doctor | Accredited HRDC Trainer

➡️Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Suffia Hany di sini

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com