Di Dasar Laut, Saya Belajar Cara Bernafas Semula Dalam Hidup
Orang selalu bertanya apa pengajaran hidup dari scuba diving ni, saya kata, di dasar laut, saya belajar cara bernafas semula dalam hidup. Yaaa… bukan sekadar tentang scuba diving, tetapi tentang ketenangan, keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri.
Ramai orang fikir scuba diving sekadar hobi.
Aktiviti untuk orang yang sukakan cabaran, laut, dan keindahan alam.
Tapi bagi saya, scuba diving adalah satu pengalaman hidup.
Pengalaman yang mengajar saya tentang ketenangan, keberanian, dan kepercayaan pada diri sendiri.
- Kali pertama turun ke dalam laut, jujurnya… memang ada rasa takut, seram-seram gitu…
- Nafas terasa pendek… hampir sebak
- Kepala dipenuhi pelbagai persoalan, “Boleh ke aku buat ni?”
- Apa yang berlaku kemudian, you would be suprised!!
Namun bila saya belajar untuk tenang, fokus pada pernafasan, dan ikut langkah satu demi satu, langkah demi langkah, Alhamdulillah — dunia di bawah laut berubah menjadi sesuatu yang sangat indah. Tak dapat saya nak gambarkan betapa indahnya Alam Ciptaan Allah s.w.t, itulah salah satu pengajaran hidup dari scuba diving.
Dan di situlah saya sedar…
hidup kita semua pun, juga begitu.
-
Dalam hidup, kita tak boleh panik
Di bawah laut, panik bukan pilihan.
Panik boleh buat kita hilang arah, hilang fokus, dan membahayakan diri.
Begitu juga dalam hidup.
Bila diuji, bila tertekan, bila rasa serba tak cukup —
tenang adalah kekuatan sebenar.
Bukan semua masalah perlu diselesaikan hari ini.
Ada yang cuma perlukan ketenangan untuk difahami.
-
Fokus pada nafas, bukan ketakutan
Dalam scuba diving, nafas adalah segalanya.
Bila nafas teratur, badan dan minda akan ikut tenang.
Dalam hidup, “nafas” kita ialah kesedaran diri.
Fokus pada apa yang kita boleh kawal.
Fokus pada langkah kecil yang kita mampu buat hari ini.
Tak perlu berlumba dengan orang lain.
Tak perlu buktikan apa-apa pada sesiapa.
Cukup kita bergerak ke depan, perlahan tapi sedar.
-
Keindahan datang selepas berani turun
Dunia paling cantik bukan di permukaan.
Ia berada di tempat yang ramai takut untuk masuk.
Begitu juga dengan potensi diri.
Ramai wanita yang saya temui sebenarnya kuat, bijak dan luar biasa.
Cuma mereka penat berpura-pura kuat.
Penat memendam.
Penat meletakkan keperluan orang lain melebihi diri sendiri.
Kadang-kadang, untuk jumpa diri yang sebenar —
kita perlu berani “turun ke dasar” dan berdepan dengan diri sendiri.
Cita-cita saya sebagai seorang wanita
Pengalaman dan pengajaran hidup dari Scuba Diving seperti ini mengingatkan saya tentang misi hidup saya.
- Saya mahu membantu lebih ramai wanita
- Dan mahu mengenali diri mereka,
- Kalau boleh saya mahu memulihkan keyakinan setiap orang,
- Saya juga mahu mencungkil dan membina kekuatan dari dalam mereka — bukan sekadar luaran.
Tahun ini, saya berjanji pada diri sendiri:
Saya mahu bekerja lebih kuat. Bukan kerana mahu kejar pengiktirafan, tetapi kerana terlalu ramai wanita di luar sana yang perlukan sokongan, kefahaman, dan ruang untuk berkembang.
Dan apa yang boleh saya ambil dari pengajaran hidup dari Scuba Diving, pastinya ia mengajar saya sesuatu yang berharga, iaitu mengajar saya bahawa setiap orang mampu menjadi lebih berani daripada yang mereka sangka. Kalau kita buat tak tahu sahaja, sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita. Kita harus berani mencuba, dan keluar dari zon selesa, cecah-cecah sedikit di luar kawasan biasa anda. Cuba anda lihat perubahan yang berlaku nanti.
Jika anda sedang berada di fasa mencari ketenangan, kekuatan dan arah hidup, ingat :
- Anda tidak lemah, jangan sesekali anggap anda lemah!
- Anda cuma sedang belajar untuk bernafas semula dengan lebih selesa.
- Jika takut, ingat, sebenarnya anda BELUM TAHU, bila dah tahu, anda tidak akan takut apa-apa lagi.
- Dan perjalanan ini — anda tidak perlu melaluinya seorang diri.
Sebenarnya ada banyak lagi pengajaran hidup dari scuba diving, tapi selebihnya tu, anda kenalah cari sendiri secara personal, barulah thrilling!
Salam ikhlas dari,
Dr Suffia Hany❤️
Leadership, EQ Strategist & Certified HRDC trainer
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.
- Untuk yang ingin tahu lebih lanjut tentang keselamatan dan standard scuba diving, anda boleh rujuk Persatuan Scuba Diving Antarabangsa (PADI).
