Dr Suffia Hany Journal – Keyakinan, Kecantikan & Inspirasi Wanita

Journal
Dr. Suffia Hany

20+ Tahun Pengalaman dalam Perubatan & Pembangunan Wanita
Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer | Leadership & EQ Strategist
Membantu wanita membina keyakinan, kepimpinan, dan mencapai kejayaan.

Bangkit. Bijak. Berani!

Usaha dedahkan wanita dengan ilmu kepimpinan

Secara umumnya, wanita bukan sahaja berperanan dalam rumah tangga, malah golongan itu turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, setiap wanita perlu diperkasakan dengan ilmu kepimpinan bagi memastikan golongan tersebut mampu menjadi pembimbing yang baik kepada orang di sekeliling.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan Program Pementoran Kepimpinan Dalam Sosioekonomi dan Keusahawanan Wanita Di Peringkat Komuniti (Pementoran Kepimpinan).

Program melibatkan seramai 30 orang wanita daripada pelbagai latar belakang itu telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Tamu dan Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan – mengenai kepimpinan, sosioekonomi dan keusahawanan dalam kalangan wanita di peringkat komuniti.

Mentor program tersebut, Dr. Sufia Hany Mohd. Amin memaklumkan, program tersebut bermatlamat membimbing dan mengasah bakat para peserta menjadi pemimpin wanita yang mampan.

“Pementoran Kepimpinan merupakan program yang menitikberatkan kemahiran

soft skills bagi melahirkan golongan wanita yang mampu bersaing dalam keadaan penuh

mencabar ketika ini.

“Para peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang berkerjaya, pemimpin komuniti, usahawan dan suri rumah sepenuh masa.

“Di akhir program ini, kami mahu para peserta pulang ke tempat masing-masing dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di sini dalam kehidupan harian mereka,” katanya ketika ditemu bual K-Wanita.

Untuk makluman, program Pementoran Kepimpinan berlangsung selama enam bulan termasuk sesi pementoran secara dalam talian (zoom meeting), aktiviti kesukarelawanan dan kem bina semangat.

Antara modul yang diketengahkan dalam program tersebut termasuklah kepimpinan, penampilan dan dandanan, komunikasi, cabaran sosioekonomi, strategi usahawan, perancangan perniagaan, aktiviti kesukarelawan serta mengenali potensi diri.

Menurut Dr. Suffia yang juga seorang usahawan, para peserta didedahkan dengan pendekatan dan modul mudah difahami dalam usaha melahirkan pemimpin hebat, selain membina penampilan wanita dihormati.

“Salah satu modul menarik adalah kepimpinan dan cara mengurus emosi dalam kalangan wanita. Kebijaksanaancmengurus emosi mampu membantu peserta mengawal perasaan secara bijak, walau apa pun cabaran yang terpaksa dihadapi mereka.

“Menerusi modul-modul yang diketengahkan juga, program ini mampu mengeratkan lagi silaturahim antara wanita, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama antara golongan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang peserta Pementoran Kepimpinan, Noorafzan Md. Yusof, 48, berkata, program tersebut berjaya mencapai objektifnya apabila dia kini berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan harian.

Menurut wanita berasal dari Kampung Baru itu, program tersebut menjadikannya lebih yakin untuk berusaha memajukan diri menerusi ilmu-ilmu kepimpinan yang diterapkan.

“Ini kali pertama saya menyertai program berbentuk kepimpinan selepas dipelawa oleh salah seorang rakan. Ternyata program ini sangat menyeronokkan dan saya langsung tidak berasa bosan.

“Paling penting, saya berjaya menyerap banyak ilmu berkaitan kepimpinan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Biarpun saya bergelar suri rumah dan menjalankan perniagaan online dari rumah, namun saya yakin ilmu kepimpinan sangat penting dalam hidup,” ujarnya.

Noorafzan yang juga ibu kepada dua cahaya mata memberitahu, salah satu modul yang menarik perhatiannya dalam program tersebut adalah perancangan perniagaan. Ujarnya, menerusi modul tersebut, para peserta perlu membentangkan idea perniagaan yang ingin diusahakan oleh mereka, sebelum dikritik oleh mentor untuk ditambah baik.

“Menerusi pembentangan itu, saya dapat macam-macam idea untuk menjalankan perniagaan pada masa depan.”

“Setiap kritikan diberikan oleh mentor cukup bermakna kerana Dr. Suffia merupakan seorang usahawan yang mempunyai banyak pengalaman,” ujarnya.

 

disediakan oleh:

Dr Suffia Hany
Leadership & EQ Strategist
Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence.

—————————————————————————————————————————

Usaha memperkukuh kepimpinan wanita ini turut mencerminkan visi dan pendekatan yang dibawa oleh Dr Suffia Hany dalam membangunkan potensi wanita secara holistik.
Ketahui latar belakang Dr Suffia Hany di sini.

Komen anda?...

Dr. Suffia Hany | Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer

Dr. Suffia Hany

Medical & Anti-Aging Doctor | Certified HRDC Trainer
Leadership | EQ Strategist | Speaker

Empowering Women through Leadership, Wisdom & Emotional Intelligence

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kesihatan dan pembangunan insan, saya kini memberi fokus kepada pembangunan minda, emosi dan ekonomi wanita — khususnya membantu golongan B40 menjadi usahawan berjaya!

Melalui program, coaching dan sesi motivasi, kami menginspirasi wanita untuk kekal berdaya saing, mengurus emosi dengan bijak, dan mencapai potensi sebenar diri mereka bersama motto,

BANGKIT, BIJAK, BERANI
Motivasi
0 %
Training
0 %
Emotional Quotient
0 %
Leadership
0 %

Features

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com