Persens - Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Sosial Ekonomi Negeri Selangor

Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Sosial Ekonomi Negeri Selangor

Persens - Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Sosial Ekonomi Negeri Selangor

Transformasi Hidup Wanita & Komuniti Malaysia

“Membina peluang, memacu perubahan, menginspirasi komuniti.”

PERSENS, diasaskan oleh Dr. Suffia Hany Mohd Amin, dan ianya adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif melaksanakan program pembangunan sosial dan ekonomi di Negeri Selangor. Organisasi ini memperkasakan masyarakat, khususnya wanita, belia, dan komuniti B40 melalui latihan, program keusahawanan, dan sokongan pembangunan komuniti.

Program Kesedaran & Sokongan Masyarakat merupakan salah satu inisiatif penting yang diperkenalkan oleh Dr Suffia Hany dalam usaha memperkukuh kesejahteraan wanita dan komuniti di Malaysia.

Program ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang sering dihadapi oleh wanita, keluarga dan komuniti setempat, termasuk cabaran emosi, tekanan kehidupan moden serta kepentingan membina sokongan sosial yang sihat.

Program Dr. Suffia bersama 50 orang peserta Seminar Persens
Program Persens

Tentang PERSENS

Melalui pendekatan yang lebih inklusif dan mesra komuniti, PERSENS bukan sekadar program latihan, tetapi juga platform untuk membuka ruang dialog, perkongsian pengalaman dan pembinaan jaringan sokongan dalam kalangan peserta. Visi inilah yang menjadi tunggak bermula pertubuhannya.

  • Ditubuhkan: Julai 2019
  • Jenis: NGO berdaftar (PPM-032-10-10072019)
  • Misi: Melahirkan usahawan profesional, khususnya wanita di bidang kesihatan & kecantikan
  • Visi: Memberi latihan & kemahiran untuk pembangunan sosioekonomi komuniti
  • Presiden: Dr. Suffia Hany

Melalui PERSENS, peserta didedahkan kepada pelbagai sesi kesedaran, perkongsian pengalaman serta aktiviti pembangunan diri yang membantu mereka memahami kekuatan dalaman serta membina keyakinan untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih positif.

Selain itu, program ini juga memberi penekanan kepada kepentingan kecerdasan emosi (EQ), komunikasi yang sihat serta pembangunan hubungan yang lebih harmoni dalam keluarga dan masyarakat.

Dalam banyak keadaan, wanita sering memikul pelbagai peranan dalam kehidupan — sebagai ibu, isteri, profesional dan pemimpin dalam komuniti. Namun tidak semua mempunyai ruang untuk berkongsi cabaran yang dihadapi atau mendapatkan sokongan emosi yang sewajarnya.

Matlamat, Visi & Misi

Oleh kerana kekurangan pelbagai perkara inilah, lalu usaha ke arah Matlamat, Visi dan Misi ini tercipta.

Matlamat:

  • Perkasakan ekonomi ahli masyarakat
  • Sediakan platform perniagaan
  • Bentuk keyakinan & kemahiran diri
  • Program pendidikan untuk bersahsiah, kompetitif & berdaya saing
  • Aktiviti amal & sokongan komuniti

 

Visi: Latih & kembangkan kemahiran wanita dalam penjagaan kesihatan & kecantikan

Misi: Melahirkan usahawan profesional berjaya di bandar & luar bandar

Objektif:

  • Kurangkan jurang ekonomi B40
  • Tingkatkan penyertaan wanita dalam pembangunan sosioekonomi
  • Jadi penghubung komuniti-agensi kerajaan
  • Sokong kesihatan & kesejahteraan masyarakat
Dr Suffia Hany, Certified HRDC trainer, Leadership & EQ strategist juga speaker

Bidang Tumpuan Strategik

PERSENS memberi tumpuan kepada beberapa bidang pembangunan komuniti yang dirangka bagi memastikan kesejahteraan sosial dan
peningkatan ekonomi masyarakat tercapai secara menyeluruh. Bidang tumpuan strategik ini merangkumi:

01 – Pendidikan & Pembangunan Kapasiti

  • Latihan kemahiran & ilmu
  • Kepimpinan & keyakinan diri
  • Kesihatan, gaya hidup & kesejahteraan

02 – Keusahawanan & Kemahiran Ekonomi

  • Latihan perniagaan mikro & usahawan wanita
  • Strategi pemasaran digital & pendapatan
  • Program ekonomi keluarga B40

03 – Kebajikan & Sokongan Sosial

  • Bantuan komuniti memerlukan sokongan segera
  • Kesejahteraan mental & sokongan keluarga
  • Pemerkasaan ibu tunggal, belia & wanita rentan

04 – Kesihatan & Kesejahteraan

  • Kempen kesihatan wanita & pencegahan penyakit
  • Program penjagaan diri, wellness & mental health
  • Latihan kesihatan alternatif & estetika asas

05 – Pembangunan Komuniti & Jaringan Kerjasama

  • Kerjasama kerajaan, swasta & NGO
  • Program komuniti setempat bandar & pinggir bandar
  • Aktiviti merapatkan hubungan masyarakat melalui pendidikan & sokongan

 

Program Utama & Inisiatif

  1. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) – Kerjasama KPKT
  2. Program Pembangunan Usahawanita B40 – Mobile Spa, Makeup, Postnatal Care, Wellness
  3. Bengkel Kesihatan & Kesejahteraan Wanita – Anti-penuaan, mental health, penjagaan diri, estetika
  4. Program Latihan Keusahawanan & Transformasi Minda Komuniti
  5. Kolaborasi Dengan Agensi Kerajaan – KPWKM, KPKT, FELDA, PERDIM

 

Bidang Fokus Utama

  • Pembangunan Ekonomi Komuniti (Usahawanita, B40, Belia)
  • Latihan Keusahawanan & Kemahiran Teknikal
  • Pemberdayaan Wanita
  • Program Kesihatan & Kesejahteraan
  • Pembangunan Sosial & Komuniti Selangor
  • Program Pendidikan & Mentoring Kepimpinan

 

Persens - Pertubuhan Pembangunan Dan Perkembangan Sosial Ekonomi Negeri Selangor

Carta Organisasi

Presiden Persens - Dr Suffia Hany Mohd Amin

Presiden

Dr. Suffia Hany Mohd Amin

Timbalan Presiden Persens - Dr. Muzwin Othman

Timbalan Presiden

Dr. Muzwin Othman

Setiausaha

Pn. Noraini Ibrahim

Bendahari Persens - Pn. Norazila Ramli

Bendahari

Pn. Norazila Ramli

Datin Raja Norashikin Raja Tauran

Ahli Jawatankuasa

Datin Raja Norashikin Raja Tauran

AJL Persens - Pn. Azlyn Sarafina A. Hamid

Ahli Jawatankuasa

Pn. Azlyn Sarafina A. Hamid

Ahli Jawatankuasa

Cik. Yusli Yana Yasuni

AJK - Persens Faris Farhan

Ahli Jawatankuasa

Faris Farhan

*Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan pertubuhan NGO anda, anda bolehlah mendaftar di :
➡️Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

 

Harapan

Pendekatan yang digunakan oleh Dr Suffia Hany dalam program ini menekankan keseimbangan antara pembangunan individu dan kekuatan komuniti. Apabila wanita diberi ruang untuk berkembang, memahami diri dan menyokong antara satu sama lain, impaknya bukan sahaja dirasai oleh individu tersebut tetapi juga oleh keluarga dan masyarakat sekeliling.

Melalui pelaksanaan PERSENS, diharapkan lebih ramai wanita dan anggota komuniti dapat membina kesedaran diri yang lebih tinggi, meningkatkan daya tahan emosi serta memainkan peranan yang lebih aktif dalam mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan saling menyokong. Itulah harapan kami. Semoga pendekatan ini, serta niat suci ini, kan membawa kejayaan bersama InsyaAllah.

Ingin Dr Suffia Hany Sebagai Penceramah?

Cipta pengalaman ceramah/talk yang bukan sekadar motivasi, tetapi perjalanan menyentuh hati dan mengubah perspektif.

"Respon pantas. Slot terhad setiap bulan."

© 2026 All Rights Reserved – www.drsuffiahany.com